Alam Jin & Setan

Oleh: Nor Akhma Binti Yazid

Jin adalah makhluk Allah subhanahu wa Ta’ala yang hidup di alam lain, selain alam manusia dan alam maliakat. Di antara mereka dan manusia terdapat persamaan dari sudut sifat akal dan kedudukannya. Termasuk dari sisi kemampuan mereka untuk berbuat baik dan buruk. Perbezaan ketara mereka dengan manusia adalah dari segi penciptaan. Allah telah mengatakan bahawa jin itu diciptakan dari api, sebagaimana firman-Nya: “Dan kami telah menciptakan jin (sebelum Adam) dari api yang sangat panas” Al Hijr: 27

Ibn ‘Abdul Barr berkata, bahawa jin menurut ahli kalam dan pengetahuan dengan lisan memiliki susunan sebagai berikut:
1. Apabila mereka adalah jin yang bebas (bukan budak), maka mereka disebut sebagai jinni.
2. Jika mereka tinggal bersama manusia, maka mereka disebut ‘Amir, jamaknya adalah ‘Ammar.
3. Jika mereka terlihat oleh anak kecil, maka mereka disebut arwah.
4. Jika buruk dan tercela tingkahlakunya, maka mereka disebut setan.
5. Jika keburukan dan sifat tercelanya lebih besar, serta lebih kuat hasratnya untuk menyesatkan, maka mereka itu adalah ifrit.

Jin merupakan makhluk hidup yang juga dilengkapi dengan akal fikiran, dan juga memiliki keinginan. Mereka juga dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan Allah. Mereka juga memiliki sifat-sifat yang menyamai manusia atau haiwan.
Jika kita tidak melihat jin, maka sebahagian makhluk hidup yang lain dapat melihat jin; seperti keldai dan anjing. Dalam Musnad Imam Ahmad dan Sunan Abu Dawud dengan sanad yang sahih dari Jabir secara marfu’ dijelaskan: “Jika kalian mendengar lolongan anjing serta ringkihan keldai di malam hari, maka mintalah perlindungan kepada Allah dari godaan setan. Kerana mereka itu (anjing dan setan) melihat sesuatu yang tidak kita lihat” Setan dalam bahasa ‘Arab berkaitan dengan setiap kejelekan dan segala bentuk pembangkangan. Makhluk yang satu ini sentiasa dikaitkan dengan hal-hal yang bersifat pembangkangan kepada Rabb-nya. Setan berkaitan namanya dengan kata thaghut, sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Al qur’an: “Orang-orang yang beriman di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut. Sebab itu, perangilah kawan-kawan setan tersebut. Kerana sesungguhnya tipu daya setan itu adalah lemah. ” An Nisa’:76

Makhluk ini terputus dari rahmat Allah. Sebab itu, mereka dinamai oleh Allah s.w.t dengan sebutan iblis. Iblis adalah perkataan yang berasal daripada perkataan balasa, yang dalam bahasa ‘Arab bermaksud tidak ada kebaikan disisisnya. Iblis itu terputus dan menyesatkan.
Tidak ada nash yang spesifik, yang menunjukkan bahawa setan itu merupakan nenek moyang dari bangsa jin, ataupun salah satu daripada mereka. Walaupun terdapat argumentasi yang menjelaskannya didalam firman Allah s.w.t: “…kecuali iblis. Ia adalah dari golongan jin” Al Kahfi: 50

Ibn Taimiyah Rahimullah mempercayai, bahawa setan itu merupakan nenek moyang dari jin, seperti halnya Adam yang menjadi moyang dari manusia (Majmu’ Al Fatwa, 4;235, 246).
Jin dan setan juga makan serta minum. Dalam kitab Shahih Bukhari dari Abi Hurairah r. a dijelaskan, bahawa Nabi s.a.w memerintahkan untuk mengambil batu untuk beristinja’. Lalu baginda berkata: “Jangan bawakan kepadaku tulang ataupun kekotoran. ” Lalu Abi Hurairah bertanya kepada baginda s.a.w mengapa baginda melarangnya untukmengambil tulang dan kotoran (yang telah kering). Baginda s.a.w menjawab:”Keduanya adalah makanan jin. Kerana telah datang kepadaku delegasi mereka dan mereka menanyakan nikmat untuk mereka. Maka aku bertanya;apakah bekalan kalian? Mereka mereka menjawab dengan keduanya yakni tulang dan kotoran kering. Lalu aku berdoa kepada Allah agar tidak menjadikan tulang dan kotoran yang telah kering untuk beristinja’, serta menjadikannya untuk mereka. Kerana keduanya adalah makanan mereka. ”

Tidak asing dari kita mendengar, bahawa si Fulan dari bangsa manusia menikah dengan jin. Banyak ulama memakruhkan perkara ini. Seperti Al Hassan, Qatadah, Al Hakam dan Ishaq. Sedangkan Imam Malik tidak menemukan dalil yang melarang tentang pernikahan antara jin dengan manusia. Akan tetapi, walaubagaimanapun hal itu kurang disukai. Serta diterangkan tentang hal tersebut dengan perkataannya (Imam Malik):”Akan tetapi, aku memakruhkan jika aku menemukan seorang perempuan dari bangsa kita (manusia) yang sedang hamil, lalu ditanyakan kepadanya; siapa suamimu? Dimana dia menjawab; dari bangsa jin, maka akan banyaklah (terjadi) kerusakan (keburukan) di dalamnya.

Banyak pendapat menentang (tidak sepakat) dengan pernikahan tersebut. Dimana mereka telah memberikan dalil bahawa Allah s.w.t telah memasangkan kepada hamba-Nya dari manusia dengan menjadikan pasangan (bagi mereka) dari jenis mereka sendiri. Jika terjadi perkahwinan di antara manusia dan jin, maka akan timbul persoalan dalam aspek perlaksanaan perkahwinan itu berdasarkan hukum syara’.

Bangsa jin dan setan juga tinggal di muka bumi Allah. Mereka banyak ditemukan di lubang-lubang, padang yang luas, tempat-tempat najis (kamar mandi, tempat kotoran haiwan) dan tanah perkuburan. Setan juga tinggal di rumah yang telah lama ditinggalkan oleh manusia. Namun demikian, mereka tidak akan merasa tenang jika terdapat penyebutan nama Allah s.w.t didalamnya; berzikir, membaca Al quran. Setan juga akan berlarian tatkala mendengar adzan berkumandang. Setan suka berkeliaran pada waktu terbenamnya matahari, yakni waktu senja. Oleh itu, kita tidak digalakkan untuk berada di luar rumah pada waktu senja.

Jin dan setan itu memiliki kemampuan untuk merubah bentuk, yakni dengan bentuk manusia dan juga haiwan. Sebagaimana setan telah datang kepada golongan kaum musyrikin pada hari peperangan Badar dalam rupa Suraqah bin Malik. Jin sering wujud dalam bentuk ular. Rasulullah s.a.w telah melarang untuk membunuh haiwan yang berada didalam rumah kerana dikhuatiri jika haiwan yang dibunuh itu adalah jin yang telah masuk islam.

Rasululkah s.a.w pernah bersabda:
“Sesungguhnya di Madinah ada sekelompok jin yang telah masuk Islam. Barangsiapa yang melihat sesuatu dalam rupa dimaksud (didalam rumahnya), maka izinkinlah kepadanya selama tiga hari. Jika ia tidak pergi selepas tiga hari, maka bunuhlah. Kerana itu adalah setan. ”
Apakah semua ular itu termasuk jin atau sebahagian sahaja?? Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda: “Ular adalah bentuk jin yang terburuk. Seperti halnya monyet dan babi dari Bani Israel”

Allah s.w.t telah memberikan Nabi Sulaiman a.s untuk menguasai jin dan setan. Mereka mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Nabi Sulaiman, dan Nabi a.s dapat mengurung dan memenjarakan bagi mereka yang membangkang. Firman Allah s.w.t: “Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut (ke mana saja ) yang dikehendakinya. Dan (Kami tundukkan pula kepadanya) setan-setan, semuanya ahli bangunan serta penyelam. Dan setan lain yang terikat dalam belenggu. Shad, 36-38

Jin tidak mampu unuk melawan mukjizat yang didatangkan oleh Allah untuk Rasul-Nya dan menjadi bukti atas kebenaran terhadap apa yang dibawanya. Dan ketika sebahagian orang kafir berdalih bahawa Al-quran adalah produk dari setan, maka Allah segera menjawab dengan menurunkan firman-Nya: “Dan Al-quran itu bukanlah dibawa turun oleh setan-setan. Serta tidaklah patut mereka membawa turun Al-quran itu. Dan mereka pun tidak akan kuasa. Sesungguhnya mereka benar-benar dijauhkan daripada mendengar Al-quran itu. ” Asy Syu’ara:210-212

Setan juga tidak mampu untuk menyerupai bentuk Rasulullah s.a.w (sekalipun) dalam mimpi. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam At Tirmidzi dalam kitab sunan miliknya dengan sanad yang shahih (dimana Nabi s.a.w pernah bersabda): “Siapa yang melihatku, maka itulah aku. Kerana setan tidak akan mampu untuk menyerupai diriku(Nabi s.a.w)” HR. Tirmidzi

Dengan dalil ini, siapa yang melihat Rasulullah s.a.w dalam mimpinya, maka sungguh dia telah melihat kebenaran. Iaitu, yang sesuai dengn sifat Nabi yang diriwayatkan kepada kita oleh berbagai hadis. Jika tidak sesuai maka apa yang kita lihat itu ada sebaliknya dari yang benar, dan bertentangan dengan bukti yang kuat.
Tujuan penciptaan jin adalah sama seperti tujuan penciptaan manusia. Sebagaimana dinyatakan didalam firman Allah s.w.t: “ Aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah-Ku” Adz Dzariyat, 56

Dengan demikian, maka jin terbebani pula dengan perintah-perintah dan juga larangan-larangan. Siapa di antara mereka yang taat kepada Allah, maka Allah s.w.t akan redha kepadanya, dan ia (jin) akan dimasukkan ke dalam syurga-Nya. Sedangkan bagi siapa yang membangkang, maka baginya neraka.

Allah s.w.t memberikan kepada jin kekuatan untuk beriman ataupun berlaku kufur. Begitu juga setan yang dahulunya termasuk hamba Allah yang beriman bersama para malaikat, dimana kemudian ia berlaku kufur. Dan ketika ia berada dalam kekafiran, maka jadilah ia suka kepada kejelekan, serta sentiasa mencari jalan kejelekan pula. Mereka suka mengerjakannya, serta mengajak kita untuk ikut melakukannya juga. Ia tamak terhadap apa yang buruk untuk dirinya, sehingga wajib baginya untuk diseksa.


Permusuhan antara manusia dengan setan sudah berakar sangat dalam. Kembali kepada sejarah permusuhan keduanya, yang itu dimulai pada hari ketika Allah s.w.t menyepurnakan penciptaan Adam a.s, atau sebelum ditiupkan padanya ruh. Setan lalu mendatanginya dan berkata:”Jika engkau menjadi penguasaku kelak, maka aku akan membangkang kepadamu. Dan jika engkau menjadi bawahanku, maka aku akan mencelakakanmu. ”

Dan setelah Allah meniupkan kepada Adam ruh, maka Dia memerintahkan kepada para malaikat untuk sujud kepadanya, dimana iblis juga menyembah Allah bersama para malaikat di langit, hingga perintah itu juga berlaku kepadanya. Akan tetapi, iblis merasa lebih besar (angkuh) dan sombong, sehingga ia enggan untuk sujud kepada Adam. Ia berkata:”Aku lebih baik daripada dirinya (Adam). Aku diciptakan dari api dan ia diciptakan dari tanah. ”

Dan ketika mata bapak kita (Adam) terbuka, ia melihat dirinya dihormati. Ia melihat para malaikat bersujud kepadanya. Di samping itu, ia juga menemukan musuh yang kelak akan mengintimidasi dirinya dan juga keturunnya dengan kehancuran serta kesesatan.
Allah s.w.t lalu mengusir setan dari syurga kerana kesombongannya. Ia juga mendapat janji dari Allah iaitu ia akan ditangguhkan (azab terhadap dirinya) sampai hari hai kiamat kelak. Firman Allah s.w.t: “Iblis menjawab;’beri tangguhlah aku sampai waktu mereka dbangkitkan (kiamat). ’Allah berfirman;’sesungguhnya engkau termasuk dari mereka yang diberi tangguh. ” Al A’raf:14-15

Maka sang terlaknat berjanji akan menyesatkan keturunan Adam, serta menipu mereka (sebagaimana firman-Nya): “iblis menjawab; ‘kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, maka aku benar-benar akan menghalang meraka dari jalan yang lurus. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan serta kiri mereka. Dan engkau tidak akan mendapati dari mereka bersyukur (taat). ” Al A’raf:16-17

Dari pernyataan tersebut menggambarkan kesungguhan setan untuk menyesatkan keturunan Adam a.s.
Setan berusaha untuk menyesatkan anak Adam dalam pelbagai cara. Antaranya ialah:
- Menghias yang batil; yakni menghiasi yang batil dalam gambaran kebenaran, lalu mengemas kebenaran dalam rupa yang batil.
- Menamai perkara yang haram dengan sesuatu yang indah. Perkara yang dimaksudkan di sini adalah sebuah perkara yang mengajak kepada berlaku maksiat.
- Sentiasa mengajak pada perilaku pemborosan. Setan akan meniupkan rasa was-was ke dalam hati manusia supaya sentiasa merasa kurang terhadap ibadah yang dilakukan. Serta hamba tersebut akan merasakan bahawa dia perlu menambahkan sesuatu yang tidak diajar oleh Islam. Sehingga hal itu menyebabkan kepada pemborosan dan perbuatan bid’ah, atau mungkin juga menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.
- Menghalangi manusia untuk mengerjakan ibadah serta mempengaruhi kepada kelemahan dan kemalasan. Setan memujuk seseorang itu supaya bertangguh-tangguh, bermalas-malasan dalam melaksanakan ibadah. Oleh itu, setiap muslim disarankan agar segera melaksanakan sesuatu ibadah.
- Selalu berdusta dalam janji. Setan mendatangi manusia dengan janji-janji dusta dan memberikan angan-angan manis. Padahal setan menjerumuskannya ke jurang kesesatan.
- Setan menyatakan bahawa ia sedang memberi nasihat kepada manusia. Setan mengajak seseorang kepada jurang kemaksiatan dengan dalih, bahawa ia sedang memberi nasihat dan menginginkan orang tersebut untuk mendapatkan kebaikan.
- Mendorong manusia ke jalan shubhah. Setan menggoncang akidah manusia dengan menemukan manusia dengan keragu-raguan; yakni shubhah. Sebagaimana Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kepada kita untuk sentiasa waspada atas berbagai bentuk shubhah yang kita temui.
- Nyanyian dan muzik. Ini merupakan cara setan untuk merosakkan jiwa manusia dengan mendengar siulan, tepukan, nyanyian dengan alat-alat yang diharamkan, yang membuat hati itu jauh dengan Al-quran, serta cenderung kepada kefasikan dan berbuat maksiat. Namun jika sesuatu nyanyian itu memuji Allah, ia dibenarkan dalam Islam.

Banyak orang menyangka bahawa jin mengetahui yang ghaib, jin dapat memberi dan menguatkan pengetahuannya tentang sesuatu yang bersifat ghaib. Telah dijelaskan oleh Allah s.w.t bahawa semua itu adalah dusta. Ini ditunjukkan-Nya ketika Dia mencabut nyawa Nabi Sulaiman a.s. di mana Nabi diberi kekuatan untuk memberi perintah kepada bangsa jn. Dan jasad Nabi a.s tidak bergerak unuk beberapa saat lamanya. Sehingga para jin tetap mengerjakan apa yang sedang Nabi Sulaiman perintahkan kepada mereka. Mereka tidak menyedari kematian Nabi Sulaiman sehingga ketika tongkat Nabi Sulaiman telah habis dimakan oleh rayap, lalu terjatuh. Jelaslah bahawa mereka dusta jika mereka tahu akan hal yang ghaib
Masih banyak orang yang mempercayai bahawa dukun dan tukang amal mengetahui tentang perkara-perkara ghaib, padahal yang ghaib itu (ilmunya) hanya ada pada kekuasaan Allah s.w.t semata-mata. Tidak akan dijelaskan tentang sesuatu yang ghaib itu, kecuali kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari orang-orang yang soleh.
Musuh manusia yang terburuk ini (yakni setan) adalah penipu yang tamak dan selalu ingin menyesatkan Bani Adam. Sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa setan akan berusaha bersungguh-sungguh dan akan melakukan apa sahaja cara untuk menyesatkan anak Adam. Justeru, sebagai seorang muslim, kita wajib sentiasa mempersiapkan diri dengan senjata-senjata untuk memerangi setan serta godaannya. Antara senjata-senjata orang mukmin ialah :
1. Berpegang kepada Al-quran dan As-sunnah, yakni memahami dan mengamalkan keduanya. Al-quran dan As-sunnah merupakan petunjuk ke jalan kebenaran. Sedangkan setan berusaha agar kita keluar dari jalan yang lurus itu. Oleh itu, kita hendaklah mengikut apa yang telah ditunjukkan oleh Allah s.w.t baik dari segi akidah, perkataan, ibadah dan syariat.
2. Berlindung kepada Allah dan memohon penjagaan daripada-Nya, yakni sentiasa berdoa kepada Allah supaya diberi perlindungan daripada setan yang direjam. Kerana, Allah Maha Berkuasa untuk berbuat segalaya.
3. Sentiasa berzikir kepada Allah, kerana dengan berzikir kita dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, secara tidak langsung kita dapat menjauhkan diri daripada setan yang durjana itu.
4. Sentiasa menjaga pancaindera, kerana setan akan sentiasa mencari jalan untuk menghasut manusia melakukan kejahatan.
5. Sentiasa bertenang dan tidak terburu-buru dalam semua perkara. Hal ini kerana, sikap terburu-buru amat disukai setan. Sikap ini dapat menyebabkan manusia terdorong untuk membuat kesalahan.
6. Menutup mulut apabila menguap. Menguap termasuk dalam perkara yang disukai setan. Kerana itu, Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kepada kita supaya untuk menahan semampu kita. Itu kerana menguap merupakan tanda kemalasan. Sedangkan setan sangat jika manusia itu malas, lemah dan lalai dalam beribadat.
7. Taubat dan istighfar. Ketika seorang hamba berhadapan dengan tipu daya setan, maka hendaklah dia segera bertaubat dan meminta perlindungan daripada Allah s.w.t.
Setan dan jin juga merupakan makhluk Allah dimuka bumi ini. Kita semua diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Namun setan secara terang-terangan telah memilih untuk menjadi kafir. Sebagai seorang muslim dan mukmin, kita hendaklah menjauhkan diri dari godaan setan serta sekutunya. Semoga kita semua berada dalam perlindungan Allah s.w.t. Wallahu’alam.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Peperangan Badar

Oleh: Muhammad Afiq Bin Mat Yasin

Setelah hijrahnya Rasulullah dari Makkah ke Madinah bersama-sama para sahabatnya dan diterima baik oleh orang-orang anshar, Islam telah berkembang, tersebar luas dan diterima oleh banyak kabilah-kabilah arab. Kekuatan dan ekonomi Madinah telah menjadi kukuh. Orang-orang arab Quraisy Makkah tidak senang hati dengan kemajuan ini.
Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah. Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentara yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka. Dengan Keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam. Tidak ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang senantiasa menjalankan perintahnya dan menjauhi larangannya.
Serangan yang dilakukan oleh Abdullah Ibn Jahshin terhadap angkatan perdagangan kaum Quraisy pada bulan Rejab yang diharamkan berperang telah dianggap oleh mereka sebagai tamparan dan cabaran hebat kepada mereka. Kaum Quraisy merasakan kematian Al-Hadhrami seharusnya dibela dan memusnahkan semua pihak yang bersangkutan dengan pembunuhan itu. Rasulullah sememangnya menyedari pihak Quraisy pasti akan menuntut bela. Baginda telah membuat persediaan yang lebih awal.
Pada bulan Ramadhan tahun 2 Hijriah, Rasulullah bersama 313 orang tentera telah keluar dari Madinah untuk menyekat angkatan perdagangan kaum Quraisy yang pulang dari negeri Syria(Syam) dalam usaha mereka hendak melemahkan persiapan tentera Quraisy Makkah untuk menyerang Madinah. Abu Sufyan yang mengetuai angkatan perdagangan tersebut telah menyedari tindakan Rasulullah itu lalu beliau telah menghantar utusannya yang bernama Dham Dham bin Amr Al-Ghifari meminta bantuan dari Makkah.
Di Makkah pula, 3 hari sebelum Dham Dham sampai, Atiqah Binte Abdul Muthalib telah bermimpi sesuatu yang sungguh menakutkan. Atiqah telah bermimpi melihat seorang musafir datang dengan menunggang unta. Ia berdiri diatas tanah lapang. Kemudian, lelaki tersebut berteriak dengan suara yang amat kuat, “Ketahuilah wahai keluarga Ghudar, berangkatlah kalian kepada tempat-tempat kematian kalian dalam masa 3 hari. ”
Atiqah melihat manusia berkumpul dekat musafir tersebut kemudian dia masuk dalam masjid diikuti orang ramai dan berdiri ia diatas untanya didepan Ka’abah dan dilaungkan lagi perkataan yang sama. Lelaki itu kemudian berdiri dihadapan Abu Qais dan diulangi ucapannya buat kali ketiga. Musafir itu kemudian mengambil batu besar dan melemparkannya. Batu itu jatuh bergolek. Ketika batu itu tiba dibawah gunung, ia pecah berkeping-keping. Tidak sebuah rumah pun yang ada di Makkah terlepas dari dimasuki pecahan batu besar tersebut. Mimpi Atiqah itu walaupun diminta supaya dirahsiakan, telah tersebar luas di Kota Makkah hingga kepengetahuan Abu Jahal. Tetapi Abu Jahal dengan sikap bongkak dan sombongnya tidak memperdulikan mimpi itu malah memperlekehkannya.
Al-Abbas bin Abdul Muthalib, orang pertama yang mengetahui tentang mimpi Atiqah telah mendengar saudaranya di ejek oleh Abu Jahal. Beliau ingin mempertahankan saudaranya lalu keluar untuk mencari Abu jahal. Pada ketika beliau terjumpa Abu Jahal, Dham Dham, iaitu utusan dari Abu Sufyan telah sampai ke Makkah dengan membawa berita Abu Sufyan meminta bantuan. Ketika itu juga Makkah menjadi kecoh dengan berita ini. Ramai pembesar-pembesar Quraisy merasa marah dengan tindakan Muhammad. Mereka lalu mengumpulkan orang untuk keluar membantu Abu Sufyan. Tidak ada seorang lelaki pun yang ingin ketinggalan dalam peperangan ini. Ada diantara mereka yang tidak dapat ikut tetapi mengutus orang suruhan mereka untuk ikut serta.
Sebelum berlaku peperangan di Badar, Nabi Muhammad S.A.W. telah mengutuskan Talhah Bin Ubaidullah dan Said bin Zaid untuk mengumpul maklumat tentang kabilah Abu Sufyan. Mereka mengumpulkan maklumat yang perlu dan kembali ke Madinah untuk menyampaikannya kepada Rasul. Baginda bergerak bersama-sama para pengikutnya. Baginda menuju ke Badar tetapi terlebih dahulu Baginda mengutus Ali bin Abu Talib, Zubir bin Al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas bersama beberapa orang lain ke Badar mengumpulkan maklumat terbaru tentang orang Quraisy serta musuh mereka. Maklumat yang diperolehi daripada dua orang budak lelaki yang telah mendedahkan tentang tempat persinggahan orang Quraisy. Apabila Rasulullah bertanya berapa ekor binatang yang disembelih untuk makanan mereka setiap hari, kanak-kanak itu menjawab 9 atau 10 ekor. Dengan kebijaksanaan Rasulullah, Beliau dapat mengagak jumlah tentera musuh ada 900 hingga 1000 orang tentera.
Dengan maklumat yang diperolehi itu, Rasulullah pada waktu itu merasa khawatir sekiranya setelah tenteranya bertempur dengan tentera Quraisy, ada di antara tenteranya yang mengundur diri. Nabi Muhammad S.A.W. juga pada mulanya ingin berangkat dari madinah untuk mengejar unta-unta yang membawa barang perdagangan kaum Quraisy yang di ketuai oleh Abu Sufyan, sedangkan mereka telah melepasi jalan ke Makkah. Rasulullah bimbang jika ada di antara tenteranya yang tidak suka bertempur dengan tentera Quraisy. Pasukan tentera Quraisy berlipat ganda lebih besar. Peralatan perang Quraisy lebih lengkap dan mereka serba kekurangan.
Nabi Muhammad S.A.W. mengadakan permusyawaratan bersama pahlawan-pahlawan tenteranya untuk meminta pendapat mereka. Pada mulanya, mereka berkata bahawa mereka keluar hanya untuk perdagangan Quraisy dan bukan untuk berperang. Ketika itu Rasulullah amat merasa susah hati dan berubah wajahnya. Apabila Abu Bakar r. a melihat keadaan ini, lalu beliau berkata, “Ya Rasulullah, lebih baik kita bertempur dengan musuh!”. Diikuti pula dengan Umar r. a. dan seorang sahabat Miqdad Bin Al-Aswad.
Ketika itu Rasulullah juga ingin kepastian dari kaum Anshar. Melihat keadaan itu, Sa’ad Bin Muaz lalu berdiri dan berkata dengan kata-kata yang memberi keyakinan pada Rasulullah sama seperti kaum Muhajirin. Di ikuti pula oleh suara-suara pahlawan yang lain. Setelah mendengar kata-kata daripada sahabat dan tenteranya yang sungguh meyakinkan, bercahayalah muka Nabi seraya tertampak kegirangannya. Pada saat itu juga Allah menurunkan wahyunya yang tercatat di Surah Al-Anfal ayat 5-7.
Setelah itu, Nabi Muhammad S.A.W. lalu bersabda pada seluruh tenteranya, “Berjalanlah kamu dan bergiranglah kerana sesungguhnya Allah telah memberi janji kepadaku salah satu daripada dua golongan (yaitu Al-Ier dan An-Nafier). Demi Allah, sungguh aku seakan-akan sekarang ini melihat tempat kebinasaan kaum Quraisy, ”Mendengar perintah Rasulullah S.A.W. yang sedemikian itu, segenap kaum muslimin memulakan perjalanan dengan tulus ikhlas dan berangkatlah mereka menuju ketempat yang dituju oleh Nabi. Mereka selalu taat dan patuh kepada perintah Nabi dengan melupakan segala sesuatu yang menjadi kepentingan diri mereka sendiri. Di pihak Quraisy pula berlaku beberapa kekeliruan sehingga beberapa kaum yang berjalan berpatah balik ke Makkah.
Rasulullah tidak berhenti-henti berdoa kepada Allah memohon pertolongan. Untuk menebalkan iman tenteranya dan meneguhkan semangat barisannya, Rasulullah menghadapkan mukanya kepada tentera-tenteranya sambil memohon pertolongan kepada Allah. Diriwayatkan diwaktu itu, Nabi S.A.W. berulang-ulang memohon kepada Allah sehingga Abu Bakar r. a yang sentiasa berada di sisinya telah memegang selendang dan bahu Nabi sambil berkata bahawa Allah akan menunaikan apa yang telah dijanjikan-Nya.
Sebagai kebiasaan bangsa Arab, sebelum berperang pahlawan-pahlawannya terlebih dulu harus bertanding dan beradu kekuatan dengan pahlawan musuh. Bagi pihak kaum Quraisy, 3 pahlawan yang keluar adalah Utbah Bin Rabi’ah, Syaibah Bin Rabi’ah dan Walid Bin Utbah. Manakala dari tentera Islam pula ialah ‘Auf bin Al-Harits, Mu’adz bin Harts dan Abdullah bin Rawahah. Mereka bertiga adalah dari kaum Anshar. Tetapi kerana kesombongan kaum Quraisy yang merasakan bangsanya lebih baik, mereka tidak mahu menerima kaum Anshar, malah meminta Rasulullah mengeluarkan 3 orang pahlawan dari kaum Quraisy sendiri. Maka Rasulullah mengeluarkan Hamzah Bin Abdul Muthalib, Ali Bin Abi Thalib dan ‘Ubadah Bin Al-Harits. Mereka berenam beradu tenaga. Akhirnya ketiga-tiga tentera Quraisy tewas dan tentera Islam hanya ‘Ubaidah Bin Al-Harits yang syahid. Ini adalah petanda bahawa kaum Quraisy akan tewas.
Setelah itu pertempuran terus berlaku. Tentera Islam yang seramai 313 orang berperang bermati-matian untuk menewaskan tentera Quraisy. Rasulullah sentiasa mengawasi gerak-geri tentera Islam. Dalam masa singkat, berpuluh-puluh tentera musyrikin tewas. Tentera Islam sentiasa menyebut “Esa! Esa! Esa!” Rasulullah pula tidak berhenti-henti berdoa kepada Allah memohon kemenangan tentera Islam. Pada suatu ketika, Rasulullah telah jatuh seperti orang pengsan. Tubuhnya gementar dan kedinginan bagaikan orang ketakutan. Tetapi setelah beberapa minit, Baginda kembali berdiri dengan tegak.
Rasulullah memberi semangat kepada tenteranya dengan sabdanya yang membawa maksud dan jaminan bahawa tentera Islam yang turut serta diperang Badar dijamin masuk syurga. Mendengar perkara ini, semangat tentera Islam semakin berkobar-kobar. 70 orang kaum Quraisy terbunuh dan 70 orang yang lain ditawan. Manakala hanya 14 orang tentera Islam yang syahid (6 dari Muhajirin dan 8 dari Anshar). Tentera Islam mendapat kemenangan kerana keteguhan dan ketabahan hati mereka. Mayat-mayat tentera musyrikin dilempar dan dikuburkan di dalam sebuah perigi di Badar. Kemenangan ini disambut dengan riang gembira oleh kaum perempuan, kanak-kanak dan beberapa orang lelaki yang diberi tugas mengawal Madinah dalam ketika tentera Islam berperang di Badar.
Di Madinah pula, Rasulullah memikirkan apa yang patut dilakukan kepada tawanan-tawanan perang. Rasulullah juga berpesan kepada orang Islam supaya bersikap baik dan belas kasihan kepada orang tawanan. Terdapat kaum muslimin yang memberikan satu-satunya roti yang ada kepada orang tawanan. Hal ini menyebabkan orang tawanan berasa segan dengan kebaikan yang ditunjukkan. Rasulullah kemudian berbincang dengan orang Islam tentang nasib tawanan Badar. Ada yang mahu membunuh mereka kerana mereka telah ingkar kepada Allah dan mengusir kaum Muhajirin dari Makkah. Ada pula yang lebih lembut hatinya dan mahu melepaskan saja mereka dengan harapan mudah-mudahan mereka akan insaf dan tertarik dengan Islam.
Setelah lama berbincang, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan mereka dengan mengenakan tebusan sekadar yang sepatutnya mengikut keadaan masing-masing. Tebusan adalah di antara 4000 dirham dan 1000 dirham. Bagi yang miskin tetapi mempunyai pengetahuan membaca dan menulis dikehendaki mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam. Mereka semua dibebaskan apabila tebusan telah dibayar atau kanak-kanak itu telah pandai.
Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam. Andaikata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam sendiri. Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahawa mereka adalah pihak yang benar. Mereka telah mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah. Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot. Setelah dibebaskan, tawanan-tawanan tentera Islam balik ke Makkah dan telah bercerita kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam.
Cerita ini dengan secara tidak langsungnya telah mendorong kepada perkembangan agama Islam di Makkah. Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam-diam telah berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam. Dengan ini tentera Islam bertambah dari masa ke semasa. Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan ajaran Islam. Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan Baginda dan agama Islam
Pengajaran dari peperangan ini menunjukkan bahawa kaum Quraisy tidak bersatu padu. Ini terbukti apabila terdapat beberapa puak yang menarik diri sebelum perang terjadi. Dengan ini sebagai orang Islam kita harus bersatu demi mencapai kemenangan.
Kaum Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang memang sedikit dari segi jumlah tetapi tidak dari segi semangat juang. Mereka tidak dapat mengalah tentera Islam kerana semangat tentera Islam begitu kukuh kerana Rasulullah telah berjaya menjalinkan silaturrahim yang kuat sesama umat Islam. Nabi Muhammad S.A.W adalah pentabdir yang berkaliber dan pintar mengendalikan strategi peperangan. Orang Islam mempunyai pegangan sama ada berjaya didunia atau mati syahid. Oleh itu, kita sebagai umat Islam yang cinta kepada agama hendaklah sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam di samping bersama-sama dalam menegakkan syiar Islam.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com


Mengenang Akhlak Nabi Muhammad sallAllahu 'alayhi wasallam

Oleh: Mohamad Adzim Bin Samsudin

Setelah Nabi Muhammad sallAllahu 'alayhi wasallam wafat, seketika itu pula kota Madinah bising dengan tangisan ummat Islam; antara percaya - tidak percaya, Rasul Yang Mulia telah meninggalkan para sahabat. Beberapa waktu kemudian, seorang arab badui menemui Umar dan dia meminta, "Ceritakan padaku akhlak Muhammad!". Umar menangis mendengar permintaan itu. Ia tak sanggup berkata apa-apa. Ia menyuruh Arab badui tersebut menemui Bilal. Setelah ditemui dan diajukan permintaan yg sama, Bilal pun menangis, ia tak sanggup menceritakan apapun. Bilal hanya dapat menyuruh orang tersebut menjumpai Ali bin Abi Thalib.

Orang Badui ini mulai hairan. Bukankah Umar merupakan seorang sahabat senior Nabi, begitu pula Bilal, bukankah ia merupakan sahabat setia Nabi.

Mengapa mereka tak sanggup menceritakan akhlak Muhammad Orang Badui ini mulai hairan. Bukankah Umar merupakan seorang sahabat senior Nabi, begitu pula Bilal, bukankah ia merupakan sahabat setia Nabi. Mengapa mereka tak sanggup menceritakan akhlak Muhammad sallAllahu 'alayhi wasallam. Dengan berharap-harap cemas, Badui ini menemui Ali. Ali dengan linangan air mata berkata, "Ceritakan padaku keindahan dunia ini!. " Badui ini menjawab, "Bagaimana mungkin aku dapat menceritakan segala keindahan dunia ini.. " Ali menjawab, "Engkau tak sanggup menceritakan keindahan dunia padahal Allah telah berfirman bahwa sungguh dunia ini kecil dan hanyalah senda gurau belaka, lalu bagaimana aku dapat melukiskan akhlak Muhammad sallAllahu 'alayhi wasallam, sedangkan Allah telah berfirman bahwa sungguh Muhammad memiliki budi pekerti yang agung! (QS. Al-Qalam[68]: 4)"

Badui ini lalu menemui Siti Aisyah r. a. Isteri Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam yang sering disapa "Khumairah" oleh Nabi ini hanya menjawab, khuluquhu al-Qur'an (Akhlaknya Muhammad itu Al-Qur'an). Seakan-akan Aisyah ingin mengatakan bahwa Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam itu bagaikan Al-Qur'an berjalan. Badui ini tidak puas, bagaimana bisa ia segera menangkap akhlak Nabi kalau ia harus melihat ke seluruh kandungan Qur'an. Aisyah akhirnya menyarankan Badui ini untuk membaca dan menyimak QS Al-Mu'minun [23]: 1-11.

Bagi para sahabat, masing-masing memiliki kesan tersendiri dari pergaulannya dengan Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam. Kalau mereka diminta menjelaskan seluruh akhlak Nabi, linangan air mata-lah jawabannya, karena mereka terkenang akan junjungan mereka. Paling-paling mereka hanya mampu menceritakan satu fragmen yang paling indah dan berkesan dalam interaksi mereka dengan Nabi terakhir ini.

Mari kita kembali ke Aisyah. Ketika ditanya, bagaimana perilaku Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam, Aisyah hanya menjawab, "Ah semua perilakunya indah. " Ketika didesak lagi, Aisyah baru bercerita saat terindah baginya, sebagai seorang isteri. "Ketika aku sudah berada di tempat tidur dan kami sudah masuk dalam selimut, dan kulit kami sudah bersentuhan, suamiku berkata, 'Ya Aisyah, izinkan aku untuk menghadap Tuhanku terlebih dahulu. '" Apalagi yang dapat lebih membahagiakan seorang isteri, karena dalam sejumput episode tersebut terkumpul kasih sayang, kebersamaan, perhatian dan rasa hormat dari seorang suami, yang juga seorang utusan Allah.

Nabi Muhammad sallAllahu 'alayhi wasallam jugalah yang membikin khawatir hati Aisyah ketika menjelang subuh Aisyah tidak mendapati suaminya disampingnya. Aisyah keluar membuka pintu rumah. terkejut ia bukan kepalang, melihat suaminya tidur di depan pintu. Aisyah berkata, "Mengapa engkau tidur di sini?" Nabi Muhammmad menjawab, "Aku pulang sudah larut malam, aku khawatir mengganggu tidurmu sehingga aku tidak mengetuk pintu. itulah sebabnya aku tidur di depan pintu. " Mari berkaca di diri kita masing-masing. Bagaimana perilaku kita terhadap isteri kita? Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam mengingatkan, "berhati-hatilah kamu terhadap isterimu, karena sungguh kamu akan ditanya di hari akhir tentangnya. " Para sahabat pada masa Nabi memperlakukan isteri mereka dengan hormat, mereka takut kalau wahyu turun dan mengecam mereka.

Buat sahabat yang lain, fragmen yang paling indah ketika sahabat tersebut terlambat datang ke Majlis Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam. Tempat sudah penuh sesak. Ia minta izin untuk mendapat tempat, namun sahabat yang lain tak ada yang mau memberinya tempat. Di tengah kebingungannya, Rasul sallAllahu 'alayhi wasallam memanggilnya. Rasul sallAllahu 'alayhi wasallam memintanya duduk di dekatnya. Tidak cukup dengan itu, Rasul sallAllahu 'alayhi wasallam pun melipat sorbannya lalu diberikan pada sahabat tersebut untuk dijadikan alas tempat duduk. Sahabat tersebut dengan berlinangan air mata, menerima sorban tersebut namun tidak menjadikannya alas duduk akan tetapi malah mencium sorban Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam tersebut.

Senangkah kita kalau orang yang kita hormati, pemimpin yang kita junjung tiba-tiba melayani kita bahkan memberikan sorbannya untuk tempat alas duduk kita. Bukankah kalau mendapat kartu lebaran dari seorang pejabat saja kita sangat bersuka cita. Begitulah akhlak Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam, sebagai pemimpin ia ingin menyenangkan dan melayani bawahannya. Dan tengoklah diri kita. Kita adalah pemimpin, bahkan untuk lingkup paling kecil sekalipun, sudahkah kita meniru akhlak Rasul Yang Mulia.

Nabi Muhammad sallAllahu 'alayhi wasallam juga terkenal suka memuji sahabatnya. Kalau kita baca kitab-kitab hadis, kita akan kebingungan menentukan siapa sahabat yang paling utama. Terhadap Abu Bakar, Rasul sallAllahu 'alayhi wasallam selalu memujinya. Abu Bakar- lah yang menemani Rasul sallAllahu 'alayhi wasallam ketika hijrah. Abu Bakarlah yang diminta menjadi Imam ketika Rasul sallAllahu 'alayhi wasallam sakit. Tentang Umar, Rasul sallAllahu 'alayhi wasallam pernah berkata, "Syetan saja takut dengan Umar, bila Umar lewat jalan yang satu, maka Syetan lewat jalan yang lain. " Dalam riwayat lain disebutkan, "Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam bermimpi meminum susu. Belum habis satu gelas, Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam memberikannya pada Umar yang meminumnya sampai habis. Para sahabat bertanya, Ya Rasul apa maksud (ta'wil) mimpimu itu? Rasul sallAllahu 'alayhi wasallam menjawab "ilmu pengetahuan. "
Tentang Utsman, Rasul sallAllahu 'alayhi wasallam sangat menghargai Utsman karena itu Utsman menikahi dua putri Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam, hingga Utsman dijuluki Dzu an-Nurain (pemilik dua cahaya). Mengenai Ali, Rasul sallAllahu 'alayhi wasallam bukan saja menjadikannya ia menantu, tetapi banyak sekali riwayat yang menyebutkan keutamaan Ali. "Aku ini kota ilmu, dan Ali adalah pintunya. " "Barang siapa membenci Ali, maka ia merupakan orang munafik. "

Lihatlah diri kita sekarang. Bukankah jika ada seorang rakan yang punya sembilan kelebihan dan satu kekurangan, maka kita jauh lebih tertarik berjam-jam untuk membicarakan yang satu itu dan melupakan yang sembilan. Ah.. ternyata kita belum suka memuji; kita masih suka mencela. Ternyata kita belum mengikuti sunnah Nabi.

Saya pernah mendengar ada seorang ulama yang mengatakan bahwa Allah pun sangat menghormati Nabi Muhammad sallAllahu 'alayhi wasallam. Buktinya, dalam Al-Qur'an Allah memanggil para Nabi dengan sebutan nama: Musa, Ayyub, Zakaria, dll. tetapi ketika memanggil Nabi Muhammad sallAllahu 'alayhi wasallam, Allah menyapanya dengan "Wahai Nabi". Ternyata Allah saja sangat menghormati beliau.

Para sahabat pun ditegur oleh Allah ketika mereka berlaku tak sopan pada Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam. Alkisah, rombongan Bani Tamim menghadap Rasul sallAllahu 'alayhi wasallam. Mereka ingin Rasul sallAllahu 'alayhi wasallam menunjuk pemimpin buat mereka. Sebelum Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam memutuskan siapa, Abu Bakar berkata: "Angkat Al-Qa'qa bin Ma'bad sebagai pemimpin. " Kata Umar, "Tidak, angkatlah Al-Aqra' bin Habis. " Abu Bakar berkata ke Umar, "Kamu hanya ingin membantah aku saja, " Umar menjawab, "Aku tidak bermaksud membantahmu. " Keduanya berbantahan sehingga suara mereka terdengar makin keras. Waktu itu turunlah ayat: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha Mendengar dan maha Mengetahui. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menaikkan suaramu di atas suara Nabi. janganlah kamu mengeraskan suara kamu dalam percakapan dengan dia seperti mengeraskan suara kamu ketika bercakap sesama kamu. Nanti hapus amal- amal kamu dan kamu tidak menyadarinya" (QS. Al-Hujurat 1-2)

Setelah mendengar teguran itu Abu Bakar berkata, "Ya Rasul Allah, demi Allah, sejak sekarang aku tidak akan berbicara denganmu kecuali seperti seorang saudara yang membisikkan rahasia. " Umar juga berbicara kepada Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam dengan suara yang lembut. Bahkan konon kabarnya setelah peristiwa itu Umar banyak sekali bersedekah, karena takut amal yang lalu telah terhapus. Para sahabat Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam takut akan terhapus amal mereka karena melanggar etiket berhadapan dengan Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam.

Dalam satu kesempatan lain, ketika di Mekkah, Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam didatangi utusan pembesar Quraisy, Utbah bin Rabi'ah. Ia berkata pada Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam, "Wahai kemenakanku, kau datang membawa agama baru, apa yang sebetulnya kau kehendaki. Jika kau kehendaki harta, akan kami kumpulkan kekayaan kami, Jika Kau inginkan kemuliaan akan kami muliakan engkau. Jika ada sesuatu penyakit yang dideritamu, akan kami carikan obat. Jika kau inginkan kekuasaan, biar kami jadikan engkau penguasa kami"

Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam mendengar dengan sabar uraian tokoh musyrik ini. Tidak sekalipun beliau membantah atau memotong pembicaraannya. Ketika Utbah berhenti, Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam bertanya, "Sudah selesaikah, Ya Abal Walid?" "Sudah. " kata Utbah. Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam membalas ucapan utbah dengan membaca surat Fushilat. Ketika sampai pada ayat sajdah, Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam pun bersujud. Sementara itu Utbah duduk mendengarkan Nabi sampai menyelesaikan bacaannya.

Peristiwa ini sudah lewat ratusan tahun lalu. Kita tidak heran bagaimana Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam dengan sabar mendengarkan pendapat dan usul Utbah, tokoh musyrik. Kita mengenal akhlak nabi dalam menghormati pendapat orang lain. Inilah akhlak Nabi dalam majelis ilmu. Yang menakjubkan sebenarnya adalah perilaku kita sekarang. Bahkan oleh si Utbbah, si musyrik, kita kalah. Utbah mau mendengarkan Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam dan menyuruh kaumnya membiarkan Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam berbicara. Jangankan mendengarkan pendapat orang kafir, kita bahkan tidak mau mendengarkan pendapat saudara kita sesama muslim. Dalam pengajian, suara pembicara kadang-kadang tertutup suara obrolan kita. Masya Allah!

Ketika Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam tiba di Madinah dalam episode hijrah, ada utusan kafir Mekkah yang meminta janji Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam bahwa Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam akan mengembalikan siapapun yang pergi ke Madinah setelah perginya Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam. Selang beberapa waktu kemudian. Seorang sahabat rupanya tertinggal di belakang Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam. Sahabat ini meninggalkan isterinya, anaknya dan hartanya. Dengan terengah-engah menembus padang pasir, akhirnya ia sampai di Madinah. Dengan perasaan haru ia segera menemui Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam dan melaporkan kedatangannya. Apa jawab Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam? "Kembalilah engkau ke Mekkah. Sungguh aku telah terikat perjanjian. Semoga Allah melindungimu. " Sahabat ini menangis keras. Bagi Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam janji adalah suatu yang sangat agung. Meskipun Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam merasakan bagaimana besarnya pengorbanan sahabat ini untuk berhijrah, bagi Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam janji adalah janji; bahkan meskipun janji itu diucapkan kepada orang kafir. Bagaimana kita memandang harga suatu janji, merupakan salah satu bentuk jawaban bagaimana perilaku Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam telah menyerap di sanubari kita atau tidak.

Dalam suatu kesempatan menjelang akhir hayatnya, Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam berkata pada para sahabat, "Mungkin sebentar lagi Allah akan memanggilku, aku tak ingin di padang mahsyar nanti ada diantara kalian yang ingin menuntut balas karena perbuatanku pada kalian. Bila ada yang keberatan dengan perbuatanku pada kalian, ucapkanlah!" Sahabat yang lain terdiam, namun ada seorang sahabat yang tiba-tiba bangkit dan berkata, "Dahulu ketika engkau memeriksa barisan di saat ingin pergi perang, kau meluruskan posisi aku dengan tongkatmu. Aku tak tahu apakah engkau sengaja atau tidak, tapi aku ingin menuntut qishash hari ini. " Para sahabat lain terpana, tidak menyangka ada yang berani berkata seperti itu. Kabarnya Umar langsung berdiri dan siap "membereskan" orang itu. Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam pun melarangnya. Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam pun menyuruh Bilal mengambil tongkat ke rumah beliau. Siti Aisyah yang berada di rumah Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam keheranan ketika Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam meminta tongkat. Setelah Bilal menjelaskan peristiwa yang terjadi, Aisyah pun semakin heran, mengapa ada sahabat yang berani berbuat senekad itu setelah semua yang Rasul sallAllahu 'alayhi wasallam berikan pada mereka.

Rasul memberikan tongkat tersebut pada sahabat itu seraya menyingkapkan bajunya, sehingga terlihatlah perut Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam. Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam berkata, "Lakukanlah!"

Detik-detik berikutnya menjadi sangat menegangkan. Tetapi terjadi suatu keanehan. Sahabat tersebut malah menciumi perut Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam dan memeluk Nabi seraya menangis, "Sungguh maksud tujuanku hanyalah untuk memelukmu dan merasakan kulitku bersentuhan dengan tubuhmu!. Aku ikhlas atas semua perilakumu wahai Rasulullah". Seketika itu juga terdengar ucapan, "Allahu Akbar" berkali-kali. Sahabat tersebut tahu, bahwa permintaan Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam itu tidak mungkin diucapkan kalau Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam tidak merasa bahwa ajalnya semakin dekat. Sahabat itu tahu bahwa saat perpisahan semakin dekat, ia ingin memeluk Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam sebelum Allah memanggil Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam ke hadirat-Nya.

Suatu pelajaran lagi buat kita. Menyakiti orang lain baik hati maupun badannya merupakan perbuatan yang amat tercela. Allah tidak akan memaafkan sebelum yang kita sakiti memaafkan kita. Rasul sallAllahu 'alayhi wasallam pun sangat hati-hati karena khawatir ada orang yang beliau sakiti. Khawatirkah kita bila ada orang yang kita sakiti menuntut balas nanti di padang Mahsyar di depan Hakim Yang Maha Agung ditengah miliaran umat manusia? Jangan-jangan kita menjadi orang yang muflis. Na'udzu billah...

Nabi Muhammad sallAllahu 'alayhi wasallam ketika saat haji Wada', di padang Arafah yang terik, dalam keadaan sakit, masih menyempatkan diri berpidato. Di akhir pidatonya itu Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam dengan dibalut sorban dan tubuh yang menggigil berkata, "Nanti di hari pembalasan, kalian akan ditanya oleh Allah apa yang telah aku, sebagai Nabi, perbuat pada kalian. Jika kalian ditanya nanti, apa jawaban kalian?" Para sahabat terdiam dan mulai banyak yang meneteskan air mata. Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam melanjutkan, "Bukankah telah kujalani hari-hari bersama kalian dengan lapar, bukankah telah kutaruh beberapa batu diperutku karena menahan lapar bersama kalian, bukankah aku telah bersabar menghadapi kejahilan kalian, bukankah telah kusampaikan pada kalian wahyu dari Allah... ?" Untuk semua pertanyaan itu, para sahabat menjawab, "Benar ya Rasul!"

Rasul sallAllahu 'alayhi wasallam pun mendongakkan kepalanya ke atas, dan berkata, "Ya Allah saksikanlah.. Ya Allah saksikanlah.. Ya Allah saksikanlah!". Nabi sallAllahu 'alayhi wasallam meminta kesaksian Allah bahwa Nabi telah menjalankan tugasnya. Di pengajian ini saya pun meminta Allah menyaksikan bahwa kita mencintai Rasulullah sallAllahu 'alayhi wasallam. "Ya Allah saksikanlah betapa kami mencintai Rasul-Mu, betapa kami sangat ingin bertemu dengan kekasih-Mu, betapa kami sangat ingin meniru semua perilakunya yang indah; semua budi pekertinya yang agung, betapa kami sangat ingin dibangkitkan nanti di padang Mahsyar bersama Nabiyullah Muhammad, betapa kami sangat ingin ditempatkan di dalam surga yang sama dengan surganya Nabi kami. Ya Allah saksikanlah.. Ya Allah saksikanlah Ya Allah saksikanlah"



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Rahmat Di Sebalik Dugaan Hidup

Oleh: Nurul Azreeyah Binti Awang Azli

Dalam menghadapi berbagai ujian dan dugaan selama hidup manusia di dunia ini, adalah sangat sedikit sekali bilangan manusia yang tahan diuji. Hal ini mungkin disebabkan kurangnya pengertian, atau terdorong oleh kehendak hawa nafsu yang tidak pernah mengenal puas, sehingga tidak redha menerima ketetapan ilahi dan menganggap sesuatu yang ia milikidi dunia ini adalah abadi. Mengingat kepada perkara tersebuut, penulis merasa perlu untuk menyajikan tulisan ini.

ISI
Hidup di atas muka bumi ini tidak akan pernah sunyi dari susah dan senang, dan suka dan duka yang datang silih berganti. Sesiapa yang menyangka hidup ini hanya kesenangan, kegembiraan dan kemewahan sahaja atau sebaliknya sahaja iaitu kehidupan ini hanya kesusahan, kesedihan, kesempitan selama-lamanya, semua itu adalah salah. Kesenangan dan kesusahan adalah seni kehidupan dan ia juga merupakan sunatullah pada alam semesta ini.

Kesenangan atau kesusahan itu adalah merupakan ujian dan dugaan yang diturunkan oleh Allah SWT kepada hambanya. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa hidup ono penuh dengan ujian dan dugaan. Sesuatu benda kalau tidak diuji, tidak akan nampak kekuatannya. Begitu juga manusia khususnya orang yang mengaku dirinya beriman, sudah tentu harus melalui pelbagai ujian dan dugaan. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Ankabut, ayat 2 hingga 3, yang membawa maksud, “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan: “Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji terlebih dahulu? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang-orang yang benar dan dusta. ”
Tujuan dati musibah dan dugaan yang diturunkan Allah SWT kepada hambanya ialah untuk membezakan yang mana orang mukmin sejati dan yang mana orang munafik. Ini adalah kerana terdapat ujian yang menyebabkan manusia mudah tergelincir dan salah satumya ialah ujian aqidah dan agama. Ramai yang mengaku Islam, beriman, termasuk alim ulamak, namun setelah diuji iman dan agamanya oleh Allah SWT dengan pelbagai ujian, ternyata lemah dan terjerumus sehingga menjadi sesat.
Selain itu, musibah dan dugaan ini diturunkan adalah untuk menghapuskan dosa sebagaimana yang terdapat di dalam hadis HR. Muslim di mana Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud, “Tiada musibah apa pu yang menimpa diri seorang muslim melainkan Allah menghapuskan keburukannya (dosanya) walaupun duri yang mengenai dirinya.
Ujian dan dugaan yang diturunkan juga adalah untuk melihat sejauh mana kesabaran dan ketaatan seorang hamba. Ini dapat dilihat dari sebuah hadis Qudsi yang membawa maksud, “Allah berfirman kepada para Malaikat-Nya: “Pergilah kamu kepada hamba-Ku timpakanlah berbagai ujian kepadanya kerana Aku ingin mendengar suaranya”. Daripada hadis tersebut, Allah telah memerintahkan para malaikat supaya melakukan berbagai ujian dan dugaan kepada hamba-hamba-Nya. Dengan itu, dapatlah didengar suara hamba-Nya yang sedang mengalami ujian dan dugaan tersebut. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hati hamba-Nya.
Tambahan pula, ujian yang diturunkan dapat membentuk dan mendidik keperibadian manusia sehingga menjadi umat berbudi tinggi. Ia juga sebagai latihan supaya manusia terbiasa menerima ujian dan dengan demikian akan bertambah kesabaran, kuat cita-cita dan tetap pendiriannya.
Ujian dan dugaan tersebut pula tidak hanya berupa kesusahan, kesulitan dan kesakitan sahaja, akan tetapi ia juga berupa kesenangan dan kemewahan. Pada hakikatnya, ujian yang berupa nikmat harta kekayaan dan berbagai macam kesenangan pada hakikatnya adalah lebih berat daripada ujian yang berupa bencana dan seksaan. Ini dapat dilihat bahawa ramai orang yang memperoleh kekayaan tetapi kekayaan itu menyebabkan kesusahan bagi dirinya kerana ia tidak dapat menggunakan hartanya itu dengan sebaik mungkin. Justeru kekayaan itu menjadi ujian bagi dirinya.
Dalam mengahadapi ujian-ujian tersebut, manusia perlu redha menerima apa yang telah ditentukan oleh Allah kepada mereka. Maka dalam hal ini, mereka perlu mengetahui hakikat daripada takdir yang telah ditentukan oleh Allah untuk mereka. Mereka harus mengetahui mana satu ketentuan yang harus diterima seadanya dan ketentuan yang perlu usaha untuk merubahnya. Takdir ini ter bahagi kepada dua iaitu takdir mubram dan takdir mu’allaq.
Takdir adalah ketentuan Allah atas segala sesuatu yang diciptakan. Allah menciptakan segala sesuatu dan setiap sesuatu itu telah ditetapkan takdirnya oleh Allah. Takdir merupakan kemungkinan yang dapat terjadi atas sesuatu. Tidak seorang pun manusia yang dapat menghindari diri dari takdir baik mahupun buruk jika Allah mengkehendakinya. Akan tetapi tidak seorang pun manusia yang mengetahui atau diberitahu tentang takdirnya esok atau di kemudian hari. Justeru, Allah memberi kebebasan kepada manusia untuk berusaha agar memperoleh takdir yang diharapkan atau diinginkan.
Setelah manusia berusah mengikut kemampuannya, dan dia merasakan sudah sedaya yang mungkin ia tempuhinya, yang demikian itu, akhirnya dia harus menerimanya sebagai takdir. Berusaha itu wajib bagi manusia. Terdapat ungkapan yang berbunyi : jangan menyerah pada nasib. Ia tidaklah bererti manusia boleh menolak nasib atau takdir tetapi manusia harusberusaha merubah nasibnya jikalau masih belum mencapai apa yang diharapkan. Takdir pula terbahagi kepada dua iaitu takdir mubram dan takdir mu’allaq.
Takdir mubram ialah qada’ dan qadar yang tidak dapat dielakkan oleh manusia. Dalam erti kata lain, ia pasti terjadi pada diri manusia. Dengan itu, manusia tidak mempunyai kesempatan memilih atau tidak mempunyai pilihan pun. Sebagai contoh, jantina, hari kiamat dan hari kematian. Sebagaimana firman Allah SWT, di dalam surah, Al-Araf, ayat 34, yang bermaksud, “Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mngundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula memajukannya”.
Takdir mu’allaq ialah qada’ dan qadar yang bergantung kepada ikhtiar seseorang itu mengikut kemampuan yang ada pada manusia. Untuk menghadapi takdir ini, manusia wajib berusaha mengikut kemampuan yang ada untuk mungubah keadaan supaya menjadi lebih baik ke arah mencapai tujuannya. Soal berhasil atau tidak usaha tersebut, adalah bergantung kepada pertolongan Allah. Tetapi ini tidak menjadi alasan untuk berputus asa. Sebab berusaha memang telah menjadi kewajipan manusia. Ia dapat dilihat dari firman Allah SWT dalam surah Ar-Ra’d, ayat 11, yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan (nasib) sesuatu bangsa sehingga bangsa itu mahu merubah keadaan (nasib) mereka sendiri”.
Islam telah menyeru umatnya supaya sentiasa bersabar terutamanya semasa menghadapi musibah. Sebagaimana yang dapat dilihat dari firman Allah SWT, dari surah Al-Baqarah, ayat 153, yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar”.
Sabar ialah satu kekuatan yang mendorong jiwa untuk menunaikan kewajipan, juga satu kekuatan yang menghalang seseorang dari melakukan kejahatan. Sabar juga merupakan sifat yang membezakan antara manusia dan haiwandalam perkara menundukkan hawa nafsu. Dorongan hawa nafsu pula ialah tuntutan syahwat dan keinginan yang minta dilaksanakan. Oleh itu, sesiapa yang dapat menahan diri sehingga ia dapat menundukkan dorongan hawa nafsu secara berterusan, maka orang tersebut termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar.
Bila seseorang itu menghadapi dugaan dan penderitaan dengan redha, ikhlas serta mencari jalan keluar dengan cara yang baik, tidak mengeluh, mengaduh dan sebagainya, maka Allah pasti akan memudahkan baginya hisabnya pada hari kiamat. Allah akan menyegerakan balasan pahalanya memberkati kehidupannya sehingga timbangan amalnya tidak berat kepada kejahatan yang disudahi dengan masuk ke dalam syurga yang penuh dengan seribu satu kenikmatan.
Kebanyakan orang menyangka bahawa sabar bererti merendahkan diri dan menyerah kepada keadaan, membiarkan diri hanyut dalam keadaan tersebut, atau menghentikan usaha tanpa berikhtiar untuk mencari jalan keluar. Tetapi pengertian ini tidaklah tepat, sebab yang dikatakan sabar ialah menghadapi dugaan dan ujian dengan cara yang baik, berikhtiar untuk mencari jalan keluar dan membiasakan diri melakukan amal perbuatan yang soleh dan teruskan berusaha sambil menjadikan pengalaman itu sebagai dorongan untuk mempunyai kemahuan yang kuat disertai dengan keimanan dan keyakinan yang penuh istiqamah.
Semasa menghadapi sesuatu musibah, seseorang itu haruslah bersabar, tidak mengeluh dan redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Sesungguhnya keluh kesah hanya akan menambah kesukaran menghadapi musibah. Mengeluh tidak akan menyelesaikan masalah kerana walau bagaimana keluhannya, pada akhirnya, dia harus bersabar juga dan menerima semuanya.
Selain itu, kadangkala, semasa menghadapi sesuatu musibah itu, seseorang itu akan berasa sedih sehingga boleh menitiskan air mata. Sesungguhnya perasaan sedih yang tidak keterlaluan tidak akan menyebabkan dosa pada diri seseorang. Sebagai contoh, menangis kerana rasa sedih atas meninggalnya seseorang sebagai ungkapan dari belas kasihan adalah baik dengan syarat harus menerima semuanya dengan penuh kerelaan dan sabar. Begitu juga bagi orang yang bersedih kerana musibah yang menimpa diri kaum muslimin, maka perasaan sedih yang demikian itu juga akan mendapat pahala kerana orang yang demikian adalah termasuk dalam orng yang mencintai kebaikan dan membenci keburukan.
Akan tetapi jika kesedihannya itu menyebabkan dia meninggalkan perintah Allah SWT, serta mengerjakan larangan-Nya seperti tidak rela dan tidak sabar, maka perbuatan demikian itu termasuk perbuatan yang dilarang, bahkan ia akan memperoleh dosa san kesedihannya.
Selain dari itu juga, haruslah diingat, ketika seseorang itu ditimpa musibah, hendaklah dia berhati-hati dalam mengucapkan kata-kata. Jauhilah ucapan yang akan membuatkan Allah murka kepadanya serta boleh menghapuskan pahalanya. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Adil dan tidak akn berbuat kezaliman dan Maha Mengetahui segala yang dilakukan-Nya penuh kebijaksanaan, serta menyimpan banyak kebaikan.
Terdapat beberapa petua dalam menghadapi rintangan yang mendatang iaiatu jangan berputus asa dalam berdoa. Setiap orang dianjurkan supaya berdoa, akan tetapi tidak semua doa itu akan terus dikabulkan oleh Allah SWT. Ada yang cepat dan ada pula yanglambat. Jika sesuatu doa itu lambat dikabulkan oleh Allah SWT, janganlah berputus asa kerana Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Petua untuk menghadapi rintangan yang lain ialah dengan menghadap dan bersyukur kepada Allah SWT. Allah mahu supaya hamba-Nya supaya selalu mengingati dan kembali pada-Nya, walaupun kembalinya itu dengan cara paksa. Sebagai contoh, orang yang sakit, pada waktu sihatnya dia lupa kepada Allah SWT, akan tetapi kerana sifat kasih sayang-Nya, maka dia diingatkan dengan datangnya cubaan sakit. Akhirnya, dengan sakitnya itu ia terpaksa kembali mengingati Allah SWT. Oleh itu, sudah sepatutnya manusia selalu bersyukur kepada Allah SWT.
Selain itu, janganlah berpaling kepada selain Allah SWT dalam memohon semua keinginan. Hanya kepada-Nya sahaja semua hajat kita hadapkan. Sebab Dia adalah zat Yang Maha Pemurah, yang selalu menjadi harapan dari semua hajat yang kita perlukan. Justeru itu, jangan sekali-kali memohon sesuatu kepada selain-Nya.
Sebagai tambahan, jadikanlah al-Quran sebagai sahabat dalam kegelisahan. Bagi orang yang beriman, ia akan mengetahui bahawa Al-Quran mempunyai tugas kemanusiaan, baik untuk diri manusia secara peribadi mahupun untuk masyarakat umum, iaitu mengarahkan manusia dengan cara yang sempurna. Di samping itu juga, Al-Quran adalah ubat yang hakiki bagi penyakit kegelisahan manusia. Al-Quran adalah jawapan yang benar bagi tuntutan manusia yang hakiki. Manusia tidak akan mengetahui hakikat kemanusiaannya dan tidak akan mengetahui jalan hidup yang lurus, kecuali dengan petunjuk Al-Quran.

KESIMPULAN
Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan dapat lari dari dugaan dan ujian. Kadangkala tidak kita sedari. Walaubagaimana pun, jikalau kita lihat dan memikirkannya, kita akan dapat lihat dan sedar bahawa disebalik setiap dugaan itu terdapat hikmah di sebaliknya. Sesungguhnya, Allah SWT Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya dan manusia hanyalah insan yang lemah yang memerlukan petunjuk untuk menjalani kehidupan seharian. Oleh itu, setiap manusia harus bersyukur dengan apa nikmat yang telah dikurniakan dan menggunakannya sebaiknya. Dalam menghadapi dugaan pula, manusia seharusnya, menyedari hikmah disebalik setiap dugaan itu dan jadikannya dorongan untuk terus sabar dan tabah menghadapi segala cabaran yang mendatang.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Sebelum Dan Sesudah Wahyu

Oleh: Mohd Solihin Bin Mohd Hasan

Hasil karya ini menceritakan tentang sejarah-sejarah pembangunan islam. Sebelum kehadiran para Rasul dan Nabi-nabi umat manusia tidak mempunyai hala tuju. Pada zaman itu mereka digelar masyarakat jahiliah. Masyarakat ini mempunyai pelbagai ciri untuk mengenal pasti mereka ini adalah masyarakat jahiliah. Secara amnya agama islam tersebar dengan penguasaan empayar oleh pemerintah-pemerintah pada zaman kegemilangan islam. Karya ini juga menceritakan tentang cara kehadiran islam ke tanah melayu dan juga ke sekitar Asia Tenggara. Karya ini juga menyatakan sejarah itu adalah untuk pengajaran kepada manusia zaman kini. Ini terbukti apabila terdapat pelbagai kisah pengajaran yang tercatat dalam Al-Quran. Kesemua kisah-kisah adalah untuk pengajaran kepada mereka yang mempunyai hati. Karya ini menyatakan utnuk seseorang itu mempelajari dan mengkaji sejarah islam perlulah terlebih dahulu meneliti tentang tanah Arab. Pelbagai perkara yang disentuh oleh pengarang. Pada zaman keenam Masihi adalah tahap kemunduran darjah kemanusiaan keseluruhannya. Berlakunya seperti ini apabila sebelum kehadiran Islam dan setelah Islam itu hadir, ia membawa cahaya kepada umat manusia. Apabila ada manusia semestinya wujud agama. Dan apabila adanya agama disitulah wujudnya bangsa. Agama dan bangsa saling berkait rapat. Dengan agamalah bangsa itu dikenali. Agama yang mendidik umat manusia menjadi bertamadun. Semua manusia yang tidak mempunyai agama telah mengalami kehancuran kerana tidak mempunyai panduan hidup. Bermacam-macam dosa dan perkara keji dilakukan oleh manusia sebelum kedatangan Islam. Perkara yang paling ketara adalah penyembahan berhala. Buku ini juga menceritakan tentang bangsa dan agama lain dalam dunia ini. Kisah dalam buku ini banyak berkisar di kawasan tanah Arab. Kawasan tanah Arab terbahagi kepada 2 bahagian yang besar, dan dalam bahagian yang besar itu terdapat banyak daerah. Dikawasan tanah Arab terdapat berbagai-bagai bangsa. Semua bangsa Arab berasal dari keturunan samitik. Bangsa samitik ini mengikut sejarah adalah dari Sam bin Nuh.

Di kawasan tanah Arab lah wujud pelbagai kisah untuk dijadikan teladan kepada umat manusia. Keturunan al-arab al-ba’idah adalah keturunan yang telah lenyap dan tidak ada kesan sejarah ataupun catatan sejarah terhadap kaum ini. Hanya dapat diketahui melalui Al-Quran dan kitab-kitan langit yang lain. Al-arab al-baqiyah adalah keturunan arab yang masih ada lagi hingga kini. Keturunan ini terbahagi kepada banyak bahagian. Terdapat banyak kerajaan yang lahir didalam kawasan tanah arab. Kemunculan kerajaan-kerajaan ini hasil daripada pemerintah yang memerintah dengan bagus. Tetapi setiap kerajaan yang telah membangun akan mengalami kejatuhan. Satu-satunya kerajaan yang dapat bertahan ialah Negara kota Makkah. Makkah juga disebut dengan nama Bakkah dalam Al-quran. Makkah adalah tempat kelahiran Islam dan juga tempat di mana nabi Muhammad s.a.w dilahirkan. Dengan adanya ka’bah Makkah menjadi mahsyur. Ketua pemerintahnya adalah Qusaiy dan juga datuk kepada nabi Muhammad s.a.w. Beliau telah memindahkan semua orang-orangnya ke dalam kota Makkah. Sebelum kedatangan Islam lagi Makkah menjadi pusat pemerintahan. Sebelum kedatangan Islam bangsa arab makkah menyembah berhala. Dalam kota makkah itu sendiri mempunyai sebanyak 360 buah berahala. Makkah dibawah kuasa pemerintahan Qusaiy membangun kerana sistem pemerintahan yang teratur. Semasa sebelum kedatangan islam juga manusia melakukan ibadah haji tetapi mereka melakukan ibadah itu dengan cara mereka.
Pelbagai sistem diperkenalkan oleh Qusaiy untuk menjadikan pemerintahannya berjalan lancar. Bangsa arab terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu utara dan selatan. Pembahagian ini membuatkan banyak perbezaan diantara kaum. Bangsa arab juga mempunyai 2 golongan iaitu golongan hadari dan badwi. Golongan hadari ini adalah golongan arab yang tinggal di kota. Golongan ini mempunyai corak pemerintahan yang teratur. golongan badawi pula adalah golongan yang tinggal di kawasan pendalaman dan hidup secara berpuak-puak. Bagi golongan ini mereka mempunyai ketua masing-masing yang dikenali syeikh. Ekonomi orang arab pula berdasarkan kepada 4 jenis pekerjaan iaitu pertanian, perniagaan, ternakan dan pertukangan.

Orang-orang arab mempunyai bermacam-macam kepercayaan sebelum kehadiran islam ke tanah arab. Antara agama yang dianuti mereka ialah Animisme, Penyembahan Cakerawala, Penyembahan Berhala, Agama Hanif dan terdapat juga pengaruh agama Majusi, Yahudi dan Nasrani. Kesemua agama ini adalah agama yang menyeleweng dan tersasar jauh daripada agama islam. Sebelum kedatangan islam orang-orang arab sangat taksub dengan agama mereka sehinggakan ada yang sukar untuk menerima islam. Sebelum kebangkitan kerajaan islam terdapat 2 buah kerajaan yang mahsyur dan menjadi kerajaan yang kuat. Kerajaan itu adalah kerajaan Parsi dan Rumawi. Kerajaan-kerajaan ini menjadi kuat kerana sistem pertahanan kerajaan itu yang kukuh.
Lahirnya nabi Muhammad s.a.w telah memberi sinar perubahan yang bakal berlaku kepada orang-orang arab. Terbitnya fajar 12 rabiul awal pada tahun gajah yang berasamaan dengan 20 haribulan April, tahun 571 Masihi lahirlah seorang putera Abdullah yang diberi nama Muhammad. Muhammad lahir di kota makkah. Baginda berketurunan Bani Hashim, dan dari suku Quraish. Dari kecil lagi baginda telah menjalani hidup yang susah. Sejak lahir lagi baginda tidak pernah melihat ayahandanya.
Baginda telah memiliki sifat-sifat yang luhur dan nilai-nilai murni sejak baginda kecil lagi. Nabi Muhammad s.a.w digelar AL-AMIN dikalangan sahabat dan kenalan kerana mempunyai pekerti yang baik. Semasa baginda di usia remaja, hidupnya bersama bapa saudaranya. Baginda membantu bapa saudaranya memelihara kambing dan pekerjaan lain untuk menyara hidupnya. Baginda mula belajar berniaga dan telah menjadi orang yang dipercayai oleh saiyidatina Khadijah kerana telah memberi keuntungan perniagaan Khadijah. Pelbagai peristiwa yang baginda alami semasa sebelum menerima wahyu. Setelah segala peristiwa yang dilalui baginda kita dapat tahu bahawa nabi Muhammad s.a.w. ini seorang yang bijaksana mempunyai segala jalan penyelesaian masalah yang timbul. Dari itu juga kita dapat lihat bahawa nabi Muhammad s.a.w adalah seorang pemimpin kepada umat islam.

Nabi Muhammad s.a.w mempunyai isteri ketika baginda berumur 25 tahun. Isteri baginda ialah saiyidatina Khadijah iaitu seorang janda kaya bangsawan, beliau tertarik kepada baginda kerana sifat baginda yang amanah dalam menguruskan perniagaannya. Dengan perkahwinan ini nabi Muhammad s.a.w telah mendapat ruang dan keselesaan untuk melakukan ibadah baginda. Semasa baginda mengasingkan diri, baginda memikirkan pelbagai perkara. Baginda hanya berfikir bagaimana untuk membantu masyarakatnya yang berada dalam kejahilan. Isteri baginda juga turut memberi sokongan kepada baginda untuk melakukan ibadat. ketika baginda sedang mengasingkan diri, baginda sering mendapat mimpi yang memberi petunjuk kepada baginda. Pada malam isnin, 17 ramadan yang ketika itu baginda sedang beribadat seperti biasa dan turunlah malaikat Jibril dan memeluk baginda. Ketika itu Jibril berkata ‘bacalah’ kepada baginda. Sehingga 3 kali malaikat jibril berkata sebegitu dan selepas itu jibril membacakan wahyu yang pertama kepada nabi Muhammad s.a.w iaitu surah Al-‘Alaq ayat (1-5). Wahyu yang pertama baginda terima ini belum menyuruh baginda menyeru manusia ke arah suatu agama. Tetapi itu adalah petunjuk yang baginda bakal menjadi nabi. Pada wahyu yang pertama inilah baginda dilantik menjadi nabi. Selepas peristiwa itu sekian lamanya tidak kedatangan jibril. Seperti biasa nabi Muhammad s.a.w pergi ke Gua Hira’untuk melakukan ibadatnya. Sedang baginda bersendirian kedengaran suara dari langit dan baginda melihat ke langit dan kelihatan malaikat Jibril. Selepas itu segera baginda berlari pulang dan menyuruh isterinya menyelimutkan dirinya. Ketika itulah nabi Muhammad s.a.w mendapat wahyu yang ke 2 yang melantik baginda menjadi rasul. Ayat yang disampaikan oleh Jibril itu ialah surah al-Muddaththir ayat (1-7). Ayat inilah yang menyuruh baginda menyeru umat manusia kepada agama Allah.

Bermulalah kehidupan baginda sebagai seorang Rasulullah. Dalam usaha baginda menyampaikan dakwahnya di makkah baginda mendapat tentangan yang hebat daripada golongan Quraisy. Walaubagaimanapun baginda tetap berdakwah kerana ingin membantu umat manusia merdeka daripada kejahilan. Pelbagai cara digunakan ketika baginda menyampaikan dakwah baginda. Setelah 13tahun baginda berdakwah baginda tidak mendapat hasil. Nabi Muhammad s.a.w berhijrah pula ke madinah yang ketika itu dikenali sebagai Yathrib. Madinah merupakan kawasan tanah yang subur. Masyarakat madinah menerima dakwah Nabi Muhammad s.a.w dengan hati yang terbuka. Islam di madinah mula berkembang. Ketika Nabi Muhammad s.a.w berdakwah di madinah banyak peperangan yang berlaku diantara orang islam dengan orang kafir. Setelah segala rintangan dan dugaan yang dilalui oleh Nabi Muhammad s.a.w, baginda memulakan langkah-langkah ke arah perpaduan masyarakat di madiah. Dalam usaha baginda ini baginda juga dibantu oleh para sahabat yang sanggup berjuang bersama baginda untuk menyampaikan dakwah islam. Ketika itu jugalah baginda memperkenalkan perlembagaan madinah. Perlembagaan ini dipersetujui oleh penduduk madinah yang berbilang kaum itu. Dengan adanya perlembagaan ini madinah akan menjadi Negara yang kukuh. Asas perlembagaan ini adalah menyatupadukan kaum dan merupakan panduan kepada penduduk madinah. Madinah membangun dan maju dibawah pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. Setelah mengkaji dan mempelajari buku ini, Allah telah memerintahkan Nabi-nabinya untuk memimpin umat manusia ke arah kebenaran. Umat Nabi Muhammad adalah umat yang bertuah kerana tiada lagi nabi yang akan diutuskan selepas Nabi Muhammad s.a.w. seharusnya umat islam mengetahui sejarah islam itu sendiri, kerana melalui sejarah manusia mengenali asal-usul mereka. Sekarang yang tinggal hanyalah Al-quran dan sunnah nabi untuk dijadikan panduan kepada umat islam.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Hukum Hudud

Oleh: Muhammad Hafiz Bin Azmi

Prakata
Pertama sekali saya ingin bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana telah mempermudahkan kerja saya dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu saya juga ingin berterima kasih kepada Ustaz Abdul Aziz bin Harjin kerana telah memberi tunjuk ajar serta dorongan kepada saya. Seterusnya saya ingin berterima kasih kepada rakan seperjuangan kerana telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada keluarga saya yang memberi semangat kepada saya secara berterusan.

HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM
Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada ;
(a) Hukum Hudud
(b) Hukum Qisas
(c) Hukum Ta’zir

A. HUKUM HUDUD
1. Pengertian Hudud;
(a) Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh.
(b) Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah s.w.t. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.

Maksudnya; “Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” Surah al-Baqarah 229

2. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya
(a) Zina;
Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
(b) Qazaf (menuduh zina);
Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali

(c) Minum arak;
Meminum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali
(d) Mencuri;
Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
Hukuman : potong tangan
(e) Merompak;

Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
Hukuman :
sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

(f) Riddah (murtad);
Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali)
Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @ wang.










Salah Faham Terhadap Hudud

Salah faham yang pertama ialah apabila ada menganggap bahawa persoalan Hudud merupakan persoalan yang hanya dikaitkan secara ekslusif dengan golongan ekstrimis Islam. Padahal Hudud merupakan perkara asas dalam persoalan keimanan dan tauhid kepada Allah SWT. Hukum Hudud telah dinyatakan secara jelas di dalam Quran dan Sunnah. Setiap muslim wajib menerima kewajiban Hudud untuk dilaksanakan di kalangan masyarakat Islam.

Hujjah yang mengatakan bahawa Hudud tidak lagi sesuai dengan perkembangan zaman moden adalah hujjah yang dangkal. Sekiranya Hudud ketinggalan zaman, maka begitu jugalah halnya dengan semua hukum syariat yang lain seperti hukum solat, puasa, haji, nikah kahwin, dan jual beli. Kesemua hukum-hukum ini juga dinyatakan secara jelas oleh Al-Quran dan Sunnah.

Contohnya, lelaki yang adil bukan hanya perlu sebagai saksi-saksi dalam pengendalian kes-kes jenayah Hudud, tetapi juga sebagai wali nikah dan imam solat. Maka itu, andaian yang mengatakan bahawa amat sukar untuk mendapatkan saksi yang adil untuk menjadi saksi kes Hudud sebenarnya juga seolah-olah mengandaikan bahawa hukum nikah kahwin dan solat berjemaah tidak lagi perlu dipraktikkan oleh umat Islam sekarang. Tentunya ini merupakan andaian yang liar dan tidak benar.

Sekiranya Hudud mahu dilabelkan sebagai agenda golongan ekstrimis Islam, maka apakah semua orang yang bernikah kahwin mengikut syariat dan bersolat jamaah juga perlu dilabelkan sebagai ekstrimis Islam? Maka, siapa lagi sebenarnya di kalangan umat Islam yang bukan ekstrimis melainkan kesemua muslim yang baik akan digelar ekstrimis Islam belaka.

Salah faham seterusnya ialah apabila kita melihat hukum Hudud dalam bentuknya yang juz'i (stand alone) yang terpisah dari sistem jenayah syariah Islam secara keseluruhan. Islam adalah sistem yang lengkap dan saling melengkapi (kamil wa mutakamil). Setiap elemen dari ajaran Islam tidak boleh diceraikan dari keseluruhan batang tubuh Islam itu sendiri, dan begitu jugalah halnya dengan hukum Hudud. Hukum Hudud dalam bentuknya yang juz'i (stand alone) tidak akan mampu melahirkan keadilan, dan keadaan ini telah dipergunakan sepenuhnya oleh golongan penentang Hudud untuk menggambarkan bahawa Hudud adalah zalim. Mereka menilai Hudud dalam bentuknya yang terpisah dari keseluruhan sistem kehakiman dan perundangan Islam, dan sememangnya Hudud yang diambil secara juz'i ini boleh disifatkan sebagai tidak adil atau zalim.

Contoh yang selalu dikemukakan adalah persoalan rogol. Dalam hukum Hudud, jenayah rogol adalah disamakan dengan jenayah zina. Tahap kesaksian dan hukumannya juga sama. Dalam Hudud juga, menuduh seseorang yang dikenali sebagai orang baik melakukan zina tanpa mendatangkan saksi yang berwibawa merupakan suatu kesalahan Qazaf yang boleh membawa hukuman sebanyak 80 rotan. Lalu diambil peruntukan-peruntukan hudud ini secara terpisah oleh penentang Hudud untuk menggambar betapa mangsa rogol akan dizalimi. Mereka mengandaikan bahawa seorang mangsa rogol perlu mendatang 4 orang saksi lelaki yang adil untuk membuat pengaduan atau menghadapi risiko kesalahan Qazaf. Ini, menurut andaian mereka, adalah menzalimi mangsa rogol dan melindungi perogol.
Padahal, undang-undang yang melibatkan kes rogol perlu dirujuk kepada keseluruhan peruntukan undang-undang jenayah syariah secara lengkap (Hudud, Qisas, Takzir, Undang-undang keterangan, siasah syari'ah) dan tidak boleh dinilai dari perspektif hukum Hudud secara terhad dan terpisah.

Seseorang yang mengadu dirinya dirogol, sepertimana kes-kes biasa, perlu membuat laporan polis dan melakukan pemeriksaan doktor. Ini prosedur biasa. Polis atau pegawai penyiasat akan melakukan penyiasatan berdasarkan lapuran dan keterangan yang diberikan. Sekiranya terdapat bukti yang kukuh bahawa kes rogol sememangnya telah berlaku, pegawai penyiasat akan menyerahkan lapuran kepada pihak pendakwa.

Sekiranya tahap kesaksian untuk pendakwaan dilakukan dalam hukum Hudud tidak mencukupi (tiada 4 orang saksi yang melihat kejadian tersebut), pihak pendakwa masih boleh mendakwanya di bawah undang-undang Takzir. Melalui peruntukan Takzir, beban pembuktian adalah lebih longgar dan hukumannya juga lebih ringan berbanding Hudud. Pemeriksaan doktor dan keterangan-keterangan serta bukti-bukti yang dikumpulkan oleh polis ini (DNA test, lapuran kesihatan, penilaian psychology, dll) dinamakan sebagai Qarinah. Qarinah boleh digunakan sebagai bahan bukti yang boleh mensabitkan kesalahan takzir ke atas perogol. Qarinah ini juga boleh mengelakkan mangsa rogol dari dakwaan Qazaf, kerana Qazaf merupakan kesalahan Hudud dan sebarang keraguan yang boleh ditimbulkan (melalui Qarinah) dalam kes Hudud boleh menggugurkan kes tersebut. Hukuman Hudud boleh dilakukan ke atas seseorang hanya apabila tiada sebarang keraguan langsung (beyond any shadow of doubt). Manakala untuk kesalahan yang boleh dibuktikan secara jelas oleh Qarinah, tetapi tidak mencapai tahap kesaksian yang diperlukan oleh Hudud, hukum Takzir boleh dikenakan terhadap penjenayah tersebut.

Mengaitkan Qazaf dengan kes rogol secara mutlak adalah suatu andaian yang liar dan tidak adil. Hukum Qazaf berfungsi untuk melindungi maruah seseorang individu yang baik dari sebarang tuduhan melulu yang boleh menjatuhkan maruah diri dan keluarganya. Sekiranya, seseorang itu menuduh dirinya dirogol oleh seseorang, sedangkan bukti dan keterangan (Qarinah) yang dibawa menunjukkan sebaliknya, barulah ia boleh didakwa di bawah Qazaf. Contohnya, Minah menuduh Ali merogolnya sehingga mengandung, tetapi ujian DNA menunjukkan bahawa anak tersebut bukanlah dari benih Ali, maka Minah akan menghadapi risiko dakwaan Qazaf melainkan ada 4 orang saksi yang berwibawa yang melihat kejadian rogol tersebut, ataupun dapat dibuktikan secara Qarinah bahawa dia dirogol oleh ramai orang dan Ali adalah salah seorang daripada mereka. Tetapi, sekiranya ujian DNA mengesahkan bahawa anak tersebut memang jelas dari benih Ali, maka Ali boleh didakwa di bawah peruntukan Takzir, manakala Minah tidak akan dihukum di bawah Qazaf. Dalam kes ini, Ali tidak didakwa di bawah Hudud kerana tahap kesaksian tidak menepati kehendak hukum Hudud, sebaliknya beliau akan dihukum di bawah undang-undang Takzir.

Dalam kata lain, sekiranya perkara ini dirujuk kepada keseluruhan rang undang-undang Hudud, Qisas, Takzir, Undang-Undang Keterangan, dan ditambah dengan kefahaman terhadap konsep Siasah Syariah, maka segala keraguan dan andaian liar terhadap Hudud atau mana-mana peruntukan dalam hukum Jenayah Syariah tidak sepatutnya berlaku.
Ibarat kata Tun Salleh Abbas, bekas Ketua Hakim Negara, yang juga salah seorang ahli panel Jawatankuasa Penyediaan Rang Undang-Undang Hudud dan Qisas, " Sekiranya undang-undang ini dilaksanakan dengan mendapatkan kerjasama semua pihak, kebanyakan masalah yang melibatkan sistem Perundangan dan Kehakiman negara dapat diselesaikan, di samping mencapai matlamat mengurangkan kadar jenayah dan kerosakan akhlak. "

Kesilapan melihat peruntukan hukum jenayah syariah dalam bentuknya yang stand alone (juz'i) ini juga berlaku kepada pengkritik hukum Qisas. Mengikut peruntukan hukum Qisas, seorang pembunuh itu wajib dibalas bunuh melainkan beliau mendapat persetujuan dari waris mangsa untuk membayar diyat (gantirugi), ataupun pengampunan terus dari waris mangsa. Andaian yang sering dibuat oleh penentang Qisas ialah bahawa seorang pembunuh yang kejam dan merbahaya akan terlepas dari hukuman sekiranya waris mangsa bersetuju mendapat bayaran ganti rugi atau mengampunkan pembunuh tersebut. Sekiranya ini berlaku, pembunuh itu boleh terus membunuh mangsa-mangsa yang lain.

Sekiranya kita membaca peruntukan tersebut secara lengkap dan bersama dengan peruntukan-peruntukan yang lain, sebenarnya Hakim masih boleh menjatuhkan hukuman Takzir ke atas pembunuh itu, di samping hukum Qisas sekiranya pihak Mahkamah bersetuju bahawa pembunuh tersebut perlu dihukum bagi menjamin ketenteraman awam. Dalam kata lain, walaupun pembunuh tersebut mendapat pengampunan dari waris mangsa dari dijatuhkan hukuman bunuh balas (Qisas), beliau masih boleh dihukum penjara atau hukuman-hukuman lain yang setimpal dengan kesalahannya. Jadi, tidak timbul persoalan samada seseorang penjenayah itu dengan mudah boleh melepaskan diri dengan memberi rasuah kepada waris mangsa.

Seperkara lagi yang sering diabaikan dalam perbahasan berkenaan Hudud ialah peri pentingnya kefahaman terhadap Siasah Syar'iah di dalam perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah. Kebanyakan mereka yang menentang Undang-Undang Hudud dan Qisas adalah terdiri dari kalangan mereka yang mempunyai kefahaman yang sangat terhad terhadap Siasah Syari'ah. Siasah Syar'iah amat penting bagi menghadapi kes-kes yang rumit dan spesifik. Para Hakim dan Peguam Syari'ah adalah mereka yang terlatih di dalam ilmu Siasah Syari'ah. Ini penting agar keadilan sistem perundangan Islam dapat dilaksanakan.

Umpamanya penentang Hudud mempersoalkan tentang keperluan saksi lelaki di dalam kes-kes Hudud, dan bagaimana sekiranya kejadian rogol dilakukan di asrama wanita. Kes seperti ini boleh dirujuk kembali kepada perbicaraan terhadap pembunuhan Osman bin Affan, salah seorang Khalifah Islam. Saksi kepada pembunuhan tersebut ialah isteri Osman sendiri, dan tiada saksi lelaki. Hakim, menggunakan kaedah Siasah Syari'ah bagi membenarkan kesaksian dari kaum wanita kerana kes-kes tersebut memerlukan kesaksian mereka. Oleh kerana kesaksian beliau cukup kukuh dan tidak dapat dicabar di mahkamah, maka kesaksian tersebut diterima di dalam perbicaraan itu.
Begitulah juga dengan peristiwa yang berlaku di zaman pemerintahan Islam di mana terdapat seorang gadis yang mengandung lalu dibawa ke muka pengadilan. Gadis itu mempertahankan dirinya menyatakan bahawa beliau tidak tahu sesiapa yang merogolnya, tetapi menyebut bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur sehingga tidak sedar jika diperlakukan sesuatu yang tidak baik ke atasnya. Memandangkan kes ini jarang berlaku, hakim telah membenarkan tertuduh mengemukakan beberapa saksi yang boleh mengesahkan dakwaannya bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur. Setelah hakim berpuas hati dengan kesaksian bahawa gadis tersebut memang dikenali sebagai seorang wanita yang taat beragama serta berakhlak baik, dan kesaksian bahawa beliau memang seorang yang terlalu kuat tidur sehingga tidak sedar diperlakukan sesuatu ke atasnya ketika sedang tidur, maka hakim telah menggugurkan kes tersebut kerana terdapat keraguan yang munasabah bahawa gadis tersebut telah berzina secara sukarela.

Bagi mereka yang memahami persoalan Siasah Syar'iah secara mendalam, Hukum Hudud merupakan suatu sistem perundangan yang adil dan dinamik yang mampu menangani persoalan semasa selari dengan kemajuan saintifik dan perkembangan sosio-ekonomi masyarakat. Sebenarnya, terlalu banyak kes-kes penghakiman di dalam sistem perundangan Islam yang mempu membuktikan bahawa sistem ini merupakan sistem yang adil dan dinamik, di samping menepati kehendak syara' seperti yang telah digariskan oleh Al-Quran dan Sunnah.

Umpamanya, kes rogol mungkin tidak berlaku paksaan secara fizikal semata-mata. Ia juga boleh berlaku melalui tipu muslihat lain seperti kaedah tekanan mental, perasaan, dan lain-lain. Seorang mangsa rogol umpamanya mungkin terpaksa menyerahkan dirinya kepada seseorang yang dianggap lebih berkuasa dan berpengaruh serta boleh menjejaskan kehidupan keluarganya dalam pelbagai sudut. Pembuktian kes-kes seperti tentunya lebih rumit dan memerlukan pendekatan Siasah Syari'ah yang lebih mendalam. Bagaimanapun, tentulah dangkal dan tidak benar untuk mengatakan bahawa hukum Islam telah ketinggalan zaman sedangkan ianya telah terbukti mampu menjadi tunggak kehakiman ummah selama lebih seribu tahun sejak terdirinya kerajaan Islam di Madinah sehinggalah kepada kejatuhan Khalifah Othmaniah pada tahun 1924.
Apa yang menjadi masalah ialah ramai umat Islam hari ini yang sudah terpisah dengan pengamalan syariat Islam sehingga merasa cukup asing dan melihat hukum syariah dengan penuh prejudis dan kecurigaan, sedangkan mereka tidak mempunyai kefahaman yang mendalam berkenaan ilmu tersebut. Apatah lagi apabila masyarakat bukan Islam yang juga cuba menilai hukum ini dengan keilmuan sifar, secara tidak beradab mencela dan menghina hukum Islam. Wallahua'lam.
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan orang-orang yang beriman (-percaya dan yakin pada Allah rujuk Rukun Iman dalam Islam)” [An-Nur: 02]
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;- kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” [An-Nur: 04 & 05]
a. Mengapa harus kita takut pada hukuman yang ditetapkan agama jika diri tidak mempunyai hajat atau niat melakukan kesalahan?
b. Mengapa harus kita takut pada hukuman yang dijalankan didunia? Apakah kepercayaan kita kepada hari akhirat dengan azab yang lebih menyeksakan itu tidak cukup untuk membina landasan taqwa(takut) pada Allah?

HUKUM HUDUD
1. Hukum hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah Allah yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh diubah suai dan dipinda.
2. Hukum hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun. Mereka yang melanggar aturan-aturan hukum Allah yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah dan Rasulnya yang disebut di dalam Quran dan hadis adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Firman Allah swt.
Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim - Surah al-Baqarah 229
3. Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:
a) Berzina iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut syara.
b) Menuduh orang berzina(qazaf), iaitu membuat tuduhan zina keatas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya, dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
c) Minum arak atau minuman yang memabukan, samada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak.
d) Mencuri, iaitu memindahkan secara bersebunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama islam, samada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan iktikad kepercayaan.
f) Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan denan cara kekerasan.
g) Pendurhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhakan kepada Ulil Amri yang menjalakan syariat Islam dan hukum-hukum Allah.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com