Oleh: Mohamad Asyraf Bin Mohamad Said
Bila seorang isteri mendapatkan suami yang kejam dan penuh kemusrikanan, belajarlah kepada isterinya Fir'aun
Suatu ketika Fir'aun didatangi oleh seorang peramal. Peramal itu mengatakan bahawa kelak dia akan dibunuh oleh seorang lelaki dari Bani Israel. Menurut sang peramal, pembunuh itu kini usianya masih bayi. Mendengar hal itu Fir'aun langsung memerintahkan bala tenteranya untuk membunuh seluruh bayi lelaki Bani Israel. Sebelum bayi itu membesar menjadi besar lalu membunuh dirinya, lebih baik bayi itu dibunuh dulu. Dengan begitu selamatlah dirinya dari pembunuhan itu. Begitulah jalan pikiran Fir'aun. Maka tanpa belas kasihan, semua bayi lelaki Bani Israel terbunuh. Bahkan seorang ibu yang sedang hamil pun disiasat oleh tentera Fira'un. Jika ia melahirkan seorang bayi lelaki, tentera itu langsung membunuhnya.
Namun kehendak Allah berbeza dengan kemahuan manusia. Dalam peristiwa ini ternyata Allah punya senario tersendiri. Allah menyelamatkan salah satu bayi dari keturunan Bani Israel lewat isteri Fira'un sendiri, Asiyah.
Sewaktu sedang mandi di pemandian, Asiyah tiba-tiba melihat peti berisi bayi lelaki. Bayi itu diambil dan dibawa pulang ke istana. Tentu saja orang-orang di istana tidak senang dengan kehadiran bayi itu. Jangan-jangan bayi itulah yang kelak membunuh majikannya. Mereka kemudian menghasut Fir'aun agar membunuhnya. Untungnya Asiyah cepat bertindak. Ia minta kepada Fir'aun agar tidak menuruti nasihat mereka. "(Ia) biji mata bagiku dan bagimu. Janganlah kamu membunuhnya, mudah-mudahan dia bermanfaat bagi kita atau kita pungut menjadi anak, sedangkan mereka tidak menyedari," kata Asiyah kepada Fir'aun dalam surat Al-Qashash 9. Atas jasa Asiyah itu maka selamatlah sang bayi. Bahkan akhirnya bayi mungil itu diangkat menjadi puteraFir'aun.
Bayi lelaki itu diasuh sendiri oleh Asiyah. Ia sangat menyayangi putera angkatnya itu. Bayi tersebut diperlakukan seperti anaknya sendiri. Bayi yang tak lain adalah Nabi Musa itu mendapat didikan langsung dari Asiyah. Pernah suatu hari bayi itu digendong Fir'aun. Tiba-tiba sang bayi mencabut janggutnya. Betapa marah Fir'aun ketika itu kerana kesakitan. Ia memerintahkan pengawalnya untuk membunuh sang bayi. Namun sebelum niat itu dilaksanakan, lagi-lagi Asiyah tampil membelanya. Ia mengatakan kepada Fir'aun bahawa bayi itu tidak layak dibunuh kerana masih belum mengerti. Sebagai bukti, Asiyah meminta kepada pengawal Fir'aun untuk menyediakan roti dan arang api. Kemudian bayi itu disuruh memilih diantara keduanya. Ternyata bayi Musa memilih arang. Melihat hal itu, Fir'aun akhirnya boleh menerima pujukan isterinya.
Selama di bawah asuhan Asiyah, Musa mendapatkan kasih sayang sepenuhnya seperti ibunya sendiri. Musa membesar menjadi seorang pemuda yang cerdas dan gagah. Kecintaan Asiyah kepada Musa sangat besar. Ia tak rela orang lain menyakitinya. Pembelaannya kepada Musa tak sebatas ketika masih kecil saja, tetapi ia lakukan sampai dirinya menemui ajal.
Sesekali,betapa gelisah hatinya ketika mendengar Musa telah membunuh seorang lelaki pengikut Fir'aun. Asiyah menyuruh Musa agar meninggalkan ibukota untuk menyelamatkan diri dari Fir'aun dan orang-orangnya.
Seiring perjalanan waktu, Musa membesar kian dewasa dan pengikutnya juga makin banyak. Maka Musa pun kian berani menentang Fir'aun. Suatu hari Musa kembali ke ibukota, bukan kembali pulang ke pangkuan ayah tirinya yang kejam itu, melainkan ia datang untuk memberi peringatan kepada Fir'aun dan pengikutnya. Mendengar keberanian Musa itu, Asiyah mengkhawatirkan keadaannya. Ia tahu betul watak kejam suaminya. Siapapun berani menentangnya, akan ditumpas habis. Tidak ada yang boleh mencegah tindakan kejam suaminya itu, termasuk Asiyah, isterinya sendiri. Tiada jalan lain, wanita solehah ini kemudian berdoa kepada Allah untuk kemenangan Musa. Begitulah jika Allah berkehendak. Ternyata Fir'aun yang zalim itu mendapat pertentangan dari isterinya sendiri, kerana kezalimannya.
Pertentangan itu semakin keras tatkala Fir'aun mendakwakan dirinya sebagai Tuhan yang harus disembah oleh seluruh rakyatnya. Asiyah sedikitpun tidak mengakui ketuhanan Fir'aun. Ia rela menerima seksaan dan tekanan daripada mengakui suaminya sebagai tuhan. Asiyahlah satu-satunya keluarga istana yang tak mahu patuh dan tunduk dengan dakwaan Fir'aun itu. Padahal seluruh keluarga istana menjadi pengikut Fir'aun kerana takut dibunuh. Fir'aun adalah seorang raja yang zalimdan kejam. Ia memiliki bala tentera yang besar dan kejam. Sehingga sewaktu dia memerintahkan rakyatnya untuk menyembahnya hanya segelintir orang yang tak mahu mengikuti perintah itu. Diantaranya nabi Musa, Asiyah dan pelayan rumah tangga kerajaan bernama Masyitah.
Ketauladanan Asiyah
Asiyah termasuk sedikit diantara manusia yang namanya terukir dalam Al Qur'an. Allah memberikan penghormatan kepadanya kerana ketakwaan dan keshalehannya. Allah menjadikannya sebagai contoh bagi kaum hawa yang tetap tegak dalam keyakinan tauhid walaupun berada di tengah-tengah lingkungan yang penuh dengan dosa dan kemusyrikan. Allah juga menjadikannya sebagai contoh bagi isteri yang sabar. Isteri penyabar boleh memberikan jasa sangat besar dalam memelihara keutuhan rumah tangga, kebahagiaan suami dan kegembiraan anak-anaknya. Isteri seperti itu tidak akan mudah menceritakan kesulitan dan berbagai permasalahan yang akan menyedihkan dan mencemaskan suaminya. Walaupun sebenarnya ia menyimpan kepahitan dalam hatinya. Semua kesulitan akan dihadapinya dengan penuh ketabahan dan sikap pasrah kepada Allah.
Asiyah termasuk orang yang tak silau dengan kehidupan duniawi. Meski ia hidup di lingkungan Istana. Ia tidak tertarik dengan segala kemewahan yang ada di dalamnya. Ia tidak mahu memanfaatkan kesempatan sebagai seorang isteri Raja untuk bersenang-senang dan berfoya-foya. Malah ia mengangap rendah segala kemewahan dunia yang ada padanya dan meminta agar diselamatkan dari Fir'aun berikut keburukannya demi untuk menggapai kehidupan akhirat.
Sikap yang meremehkan bentuk-bentuk penampilan duniawi itu sudah menjadi sikap hidupnya. Padahal jika mahu, ia tinggal berkata kepada para abdinya untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Tapi hal itu tidak ia lakukan. Ia menyedari bahawa apa yang ada di istananya itu hanya kepuasan semu.
Baginya, kemuliaan yang hakiki dan kehormatan yang mutlak hanya ada pada Allah swt. Ia meyakini bahawa dunia beserta kenikmatannya akan lenyap, sedangkan akhirat adalah kehidupan kekal, damai abadi selamanya. Maka baginya lebih memilih hal yang kekal daripada yang fana.
Allah juga memberikan Asiyah hati yang lemah lembut. Hatinya yang lembut itu ia tunjukkan tatkala Fir'aun menghukum keluaga Masyitah yang tak mahu mengakui ketuhanannya. Ia adalah satu-satunya keluarga istana yang bercucuran air matanya ketika menyaksikan bagaimana keluarga Masyitah dilemparkan ke dalam api, kerana keluarga itu beriman kepada apa yang dibawa oleh Musa. Tanpa belas kasihan, pengawal Fir'aun melemparkan satu per satu anak Masyitah ke dalam api. Hati Asiyah semakin terhiris tatkala giliran anak terkecil yang masih ada dalam pelukan pelayan perempuan istana Fir'aun itu juga dilempar ke dalam api. Dan pada saat itulah ia juga melihat sebuah kebenaran ketika tiba-tiba bayi yang masih dalam gendongan itu berkata, "Wahai ibuku, bersabarlah. Sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran". Bayi itu berkata kepada ibunya ketika perasaan takut dan hiba menguasai hati Masyitah.
Sewaktu semua orang berbondong-bondong menyatakan pengakuan terhadap ketuhanan Fir'aun, Asiyah malah sebaliknya. Ia terang-terangan menolak Fir'aun sebagai Tuhan. Betapapun besar kecintaan dan kepatuhannya pada suami, ia tidak boleh menerima pengakuan itu. Ia tetap memegang teguh keyakinannya bahawa Tuhan yang patut disembah adalah Allah Yang Esa.
Ia lebih memilih dihukum daripada harus mengakui ketuhanan suaminya yang bererti musyrik kepada yang kekal iaitu Allah. Sikapnya itu membuat Fir'aun marah. Asiyah terus menerus mendapat tekanan agar meninggalkan keyakinannya itu. Tetapi usaha itu sia-sia. Meski hidup di bawah tekanan dan ancaman, ia tak takut sedikitpun mempertahankan keyakinannya. Ia tetap sabar menghadapi perilaku buruk suaminya. Tabah menghadapi kekejaman suaminya dan hanya pasrah pada Allah.
Asiyah tetap teguh dalam mengikuti ajaran Musa as walau nyawa sebagai taruhannya. Ketika Fir'aun masuk ke dalam kamarnya setelah membakar keluarga Masyitah, Fir'aun berkata, "Kuharap kamu telah menyaksikan bagaimana yang terjadi atas perempuan yang ingkar kepada tuhannya yang agung, Fir'aun." Dengan cepat Asiyah menyela, "Celaka engkau hai Fir'aun dengan azab Allah!" Tak ayal lagi, perkataannya itu telah membuat Fir'aun marah besar. Fir'aun segera memerintahkan para pengawal untuk mengikatnya di empat tiang kebun istana, kemudian para pengawal mengambil cemeti dan menderakan ke tubuh Asiyah. Sementara Fir'aun memerintahkan untuk memperkeras seksaan itu. Tak sepatah katapun keluar dari mulut Asiyah selain munajat kepada Allah swt yang diabadikan dalam al-Qur'an, "Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam surga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim". (QS. 66:11). Setelah itu Asiyah pun pergi menuju Tuhannya sebagai wanita syahidah di empat tiang.
Firaun menemukan kesempatan yang telah lama ia nantikan, di mana ia boleh menetapkan bahawa Musa adalah orang yang membunuh pemuda Mesir dari keturunan Firaun, maka dengan segera perintah untuk menangkap Musa dan membunuhnya sebagai balasan dari apa yang telah ia lakukan.
Permaisuri Asiyah tidak dapat berbuat banyak di sini untuk menyelamatkan Musa, kerana suaminya yang terlaknat itu telah mengatur langkah untuk menangkap Musa lalu membunuhnya.
Bagaimana ia dapat menarik nafas lega ketika ia mengetahui bahawa Musa berhasil melarikan diri ke luar negara.
Tidak diragui lagi bahawa hati si permaisuri amat terbakar oleh ketakutan yang ada di dalam hatinya terhadap apa yang dihadapi Musa ketika seluruh jentera kerajaan dikerahkan untuk mencari Musa dan untuk membunuhnya. Akan masih hidup, walaupun terdapat jarak yang membatasi Asiyah untuk bertemu dengan Musa permata hatinya.
Hingga ketika Asiyah sudah berputus asa bahawa Musa tidak akan kembali lagi ke Mesir, maka tiba-tiba ia dikejutkan dengan kedatangan Musa yang kali ini datang sebagai seorang nabi dan sekaligus sebagai seorang utusan Allah yang berdiri di hadapan Firaun sebagai musuh utamanya.
....
Kemudian Ibnu Athir berkata, "Asiyah isteri Firaun adalah seorang wanita yang merahsiakan keimanannya. Ketika Masyitah terbunuh, maka Asiyah melihat malaikat naik ke langit dengan membawa roh Masyitah. Setelah ia melihat malaikat itu, maka bertambah kuatlah keimanan Asiyah dan bertambah pula keyakinannya akan kebenaran ucapan Musa.
Pada waktu itu pula, tiba-tiba Firaun masuk ke bilik Asiyah dan ia memberitahu tentang apa yang telah ia lakukan terhadap Masyitah dan anak-anaknya. Berkata Asiyah kepada Firaun, "Celakalah kamu, apa yang menyebabkan kamu berani melawan Allah?'
Firaun berkata, "Mungkin kamu mengalami kegilaan sebagaimana yang berlaku pada Masyitah?" Asiyah berkata, "Aku tidaklah gila, akan tetapi sesungguhnya aku telah beriman kepada Allah s.w.t, Tuhanku, Tuhanmu dan Tuhan alam semesta."
Kemudian Firaun memanggil ibu Asiyah dan berkata kepadanya, "Sesungguhnya anak perempuanmu ini telah ditimpa kegilaan seperti yang menimpa Masyitah, maka dari itu saya baersumpah bahawa anak perempuanmu itu akan merasakan kematian jika ia tidak kufur kepada Tuhan Musa."
Kemudian Ibunya berusaha memujuk anak perempuannya agar ia kufur kepada Tuhan Musa, akan tetapi Asiyah enggan menerima pujukkan ibunya itu, lalu ia berkata,"Jika aku dipujuk untuk bersikap kufur kepada Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu adalah tidak mungkin."
Kemudian Firaun menyuruh untuk mengikat kaki dan tangan Asiyah kepada empat arah, kemudian ia diseksa dan keempat-empat tali itu ditarik hingga Asiyah menemukan kematiannya.
Ketika Asiyah telah melihat kematian di depan matanya, maka ia berkata:
"Ya Tuhanku, binalah untukku sebuah rumah disisi Mu dalam syurga dan selamatkan lah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim."
(Surah At-Tahrim (66):11)
Allah membukakan mata Asiyah hingga ia dapat melihat malaikat dan melihat segala sesuatu yang telah disediakan untuknya berupa kemuliaan. Kemudian Asiyah tertawa. Lantas Firaun berkata, "Lihatlah kegilaan yang ada pada diri wanita ini, ia tertawa waktu diseksa kemudian mati"
Kemudian Ibnu Athir berkata, "Asiyah isteri Firaun adalah seorang wanita yang merahsiakan keimanannya. Ketika Masyitah terbunuh, maka Asiyah melihat malaikat naik ke langit dengan membawa roh Masyitah. Setelah ia melihat malaikat itu, maka bertambah kuatlah keimanan Asiyah dan bertambah pula keyakinannya akan kebenaran ucapan Musa.
Pada waktu itu pula, tiba-tiba Firaun masuk ke bilik Asiyah dan ia memberitahu tentang apa yang telah ia lakukan terhadap Masyitah dan anak-anaknya. Berkata Asiyah kepada Firaun, "Celakalah kamu, apa yang menyebabkan kamu berani melawan Allah?'
Firaun berkata, "Mungkin kamu mengalami kegilaan sebagaimana yang berlaku pada Masyitah?" Asiyah berkata, "Aku tidaklah gila, akan tetapi sesungguhnya aku telah beriman kepada Allah s.w.t, Tuhanku, Tuhanmu dan Tuhan alam semesta."
Kemudian Firaun memanggil ibu Asiyah dan berkata kepadanya, "Sesungguhnya anak perempuanmu ini telah ditimpa kegilaan seperti yang menimpa Masyitah, maka dari itu saya baersumpah bahawa anak perempuanmu itu akan merasakan kematian jika ia tidak kufur kepada Tuhan Musa."
Kemudian Ibunya berusaha memujuk anak perempuannya agar ia kufur kepada Tuhan Musa, akan tetapi Asiyah enggan menerima pujukkan ibunya itu, lalu ia berkata,"Jika aku dipujuk untuk bersikap kufur kepada Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu adalah tidak mungkin."
Kemudian Firaun menyuruh untuk mengikat kaki dan tangan Asiyah kepada empat arah, kemudian ia diseksa dan keempat-empat tali itu ditarik hingga Asiyah menemukan kematiannya.
Ketika Asiyah telah melihat kematian di depan matanya, maka ia berkata:
"Ya Tuhanku, binalah untukku sebuah rumah disisi Mu dalam syurga dan selamatkan lah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim."
(Surah At-Tahrim (66):11)
Allah membukakan mata Asiyah hingga ia dapat melihat malaikat dan melihat segala sesuatu yang telah disediakan untuknya berupa kemuliaan. Kemudian Asiyah tertawa. Lantas Firaun berkata, "Lihatlah kegilaan yang ada pada diri wanita ini, ia tertawa waktu diseksa kemudian mati"
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA
P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com