Sebelum Dan Sesudah Wahyu

Oleh: Mohd Solihin Bin Mohd Hasan

Hasil karya ini menceritakan tentang sejarah-sejarah pembangunan islam. Sebelum kehadiran para Rasul dan Nabi-nabi umat manusia tidak mempunyai hala tuju. Pada zaman itu mereka digelar masyarakat jahiliah. Masyarakat ini mempunyai pelbagai ciri untuk mengenal pasti mereka ini adalah masyarakat jahiliah. Secara amnya agama islam tersebar dengan penguasaan empayar oleh pemerintah-pemerintah pada zaman kegemilangan islam. Karya ini juga menceritakan tentang cara kehadiran islam ke tanah melayu dan juga ke sekitar Asia Tenggara. Karya ini juga menyatakan sejarah itu adalah untuk pengajaran kepada manusia zaman kini. Ini terbukti apabila terdapat pelbagai kisah pengajaran yang tercatat dalam Al-Quran. Kesemua kisah-kisah adalah untuk pengajaran kepada mereka yang mempunyai hati. Karya ini menyatakan utnuk seseorang itu mempelajari dan mengkaji sejarah islam perlulah terlebih dahulu meneliti tentang tanah Arab. Pelbagai perkara yang disentuh oleh pengarang. Pada zaman keenam Masihi adalah tahap kemunduran darjah kemanusiaan keseluruhannya. Berlakunya seperti ini apabila sebelum kehadiran Islam dan setelah Islam itu hadir, ia membawa cahaya kepada umat manusia. Apabila ada manusia semestinya wujud agama. Dan apabila adanya agama disitulah wujudnya bangsa. Agama dan bangsa saling berkait rapat. Dengan agamalah bangsa itu dikenali. Agama yang mendidik umat manusia menjadi bertamadun. Semua manusia yang tidak mempunyai agama telah mengalami kehancuran kerana tidak mempunyai panduan hidup. Bermacam-macam dosa dan perkara keji dilakukan oleh manusia sebelum kedatangan Islam. Perkara yang paling ketara adalah penyembahan berhala. Buku ini juga menceritakan tentang bangsa dan agama lain dalam dunia ini. Kisah dalam buku ini banyak berkisar di kawasan tanah Arab. Kawasan tanah Arab terbahagi kepada 2 bahagian yang besar, dan dalam bahagian yang besar itu terdapat banyak daerah. Dikawasan tanah Arab terdapat berbagai-bagai bangsa. Semua bangsa Arab berasal dari keturunan samitik. Bangsa samitik ini mengikut sejarah adalah dari Sam bin Nuh.

Di kawasan tanah Arab lah wujud pelbagai kisah untuk dijadikan teladan kepada umat manusia. Keturunan al-arab al-ba’idah adalah keturunan yang telah lenyap dan tidak ada kesan sejarah ataupun catatan sejarah terhadap kaum ini. Hanya dapat diketahui melalui Al-Quran dan kitab-kitan langit yang lain. Al-arab al-baqiyah adalah keturunan arab yang masih ada lagi hingga kini. Keturunan ini terbahagi kepada banyak bahagian. Terdapat banyak kerajaan yang lahir didalam kawasan tanah arab. Kemunculan kerajaan-kerajaan ini hasil daripada pemerintah yang memerintah dengan bagus. Tetapi setiap kerajaan yang telah membangun akan mengalami kejatuhan. Satu-satunya kerajaan yang dapat bertahan ialah Negara kota Makkah. Makkah juga disebut dengan nama Bakkah dalam Al-quran. Makkah adalah tempat kelahiran Islam dan juga tempat di mana nabi Muhammad s.a.w dilahirkan. Dengan adanya ka’bah Makkah menjadi mahsyur. Ketua pemerintahnya adalah Qusaiy dan juga datuk kepada nabi Muhammad s.a.w. Beliau telah memindahkan semua orang-orangnya ke dalam kota Makkah. Sebelum kedatangan Islam lagi Makkah menjadi pusat pemerintahan. Sebelum kedatangan Islam bangsa arab makkah menyembah berhala. Dalam kota makkah itu sendiri mempunyai sebanyak 360 buah berahala. Makkah dibawah kuasa pemerintahan Qusaiy membangun kerana sistem pemerintahan yang teratur. Semasa sebelum kedatangan islam juga manusia melakukan ibadah haji tetapi mereka melakukan ibadah itu dengan cara mereka.
Pelbagai sistem diperkenalkan oleh Qusaiy untuk menjadikan pemerintahannya berjalan lancar. Bangsa arab terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu utara dan selatan. Pembahagian ini membuatkan banyak perbezaan diantara kaum. Bangsa arab juga mempunyai 2 golongan iaitu golongan hadari dan badwi. Golongan hadari ini adalah golongan arab yang tinggal di kota. Golongan ini mempunyai corak pemerintahan yang teratur. golongan badawi pula adalah golongan yang tinggal di kawasan pendalaman dan hidup secara berpuak-puak. Bagi golongan ini mereka mempunyai ketua masing-masing yang dikenali syeikh. Ekonomi orang arab pula berdasarkan kepada 4 jenis pekerjaan iaitu pertanian, perniagaan, ternakan dan pertukangan.

Orang-orang arab mempunyai bermacam-macam kepercayaan sebelum kehadiran islam ke tanah arab. Antara agama yang dianuti mereka ialah Animisme, Penyembahan Cakerawala, Penyembahan Berhala, Agama Hanif dan terdapat juga pengaruh agama Majusi, Yahudi dan Nasrani. Kesemua agama ini adalah agama yang menyeleweng dan tersasar jauh daripada agama islam. Sebelum kedatangan islam orang-orang arab sangat taksub dengan agama mereka sehinggakan ada yang sukar untuk menerima islam. Sebelum kebangkitan kerajaan islam terdapat 2 buah kerajaan yang mahsyur dan menjadi kerajaan yang kuat. Kerajaan itu adalah kerajaan Parsi dan Rumawi. Kerajaan-kerajaan ini menjadi kuat kerana sistem pertahanan kerajaan itu yang kukuh.
Lahirnya nabi Muhammad s.a.w telah memberi sinar perubahan yang bakal berlaku kepada orang-orang arab. Terbitnya fajar 12 rabiul awal pada tahun gajah yang berasamaan dengan 20 haribulan April, tahun 571 Masihi lahirlah seorang putera Abdullah yang diberi nama Muhammad. Muhammad lahir di kota makkah. Baginda berketurunan Bani Hashim, dan dari suku Quraish. Dari kecil lagi baginda telah menjalani hidup yang susah. Sejak lahir lagi baginda tidak pernah melihat ayahandanya.
Baginda telah memiliki sifat-sifat yang luhur dan nilai-nilai murni sejak baginda kecil lagi. Nabi Muhammad s.a.w digelar AL-AMIN dikalangan sahabat dan kenalan kerana mempunyai pekerti yang baik. Semasa baginda di usia remaja, hidupnya bersama bapa saudaranya. Baginda membantu bapa saudaranya memelihara kambing dan pekerjaan lain untuk menyara hidupnya. Baginda mula belajar berniaga dan telah menjadi orang yang dipercayai oleh saiyidatina Khadijah kerana telah memberi keuntungan perniagaan Khadijah. Pelbagai peristiwa yang baginda alami semasa sebelum menerima wahyu. Setelah segala peristiwa yang dilalui baginda kita dapat tahu bahawa nabi Muhammad s.a.w. ini seorang yang bijaksana mempunyai segala jalan penyelesaian masalah yang timbul. Dari itu juga kita dapat lihat bahawa nabi Muhammad s.a.w adalah seorang pemimpin kepada umat islam.

Nabi Muhammad s.a.w mempunyai isteri ketika baginda berumur 25 tahun. Isteri baginda ialah saiyidatina Khadijah iaitu seorang janda kaya bangsawan, beliau tertarik kepada baginda kerana sifat baginda yang amanah dalam menguruskan perniagaannya. Dengan perkahwinan ini nabi Muhammad s.a.w telah mendapat ruang dan keselesaan untuk melakukan ibadah baginda. Semasa baginda mengasingkan diri, baginda memikirkan pelbagai perkara. Baginda hanya berfikir bagaimana untuk membantu masyarakatnya yang berada dalam kejahilan. Isteri baginda juga turut memberi sokongan kepada baginda untuk melakukan ibadat. ketika baginda sedang mengasingkan diri, baginda sering mendapat mimpi yang memberi petunjuk kepada baginda. Pada malam isnin, 17 ramadan yang ketika itu baginda sedang beribadat seperti biasa dan turunlah malaikat Jibril dan memeluk baginda. Ketika itu Jibril berkata ‘bacalah’ kepada baginda. Sehingga 3 kali malaikat jibril berkata sebegitu dan selepas itu jibril membacakan wahyu yang pertama kepada nabi Muhammad s.a.w iaitu surah Al-‘Alaq ayat (1-5). Wahyu yang pertama baginda terima ini belum menyuruh baginda menyeru manusia ke arah suatu agama. Tetapi itu adalah petunjuk yang baginda bakal menjadi nabi. Pada wahyu yang pertama inilah baginda dilantik menjadi nabi. Selepas peristiwa itu sekian lamanya tidak kedatangan jibril. Seperti biasa nabi Muhammad s.a.w pergi ke Gua Hira’untuk melakukan ibadatnya. Sedang baginda bersendirian kedengaran suara dari langit dan baginda melihat ke langit dan kelihatan malaikat Jibril. Selepas itu segera baginda berlari pulang dan menyuruh isterinya menyelimutkan dirinya. Ketika itulah nabi Muhammad s.a.w mendapat wahyu yang ke 2 yang melantik baginda menjadi rasul. Ayat yang disampaikan oleh Jibril itu ialah surah al-Muddaththir ayat (1-7). Ayat inilah yang menyuruh baginda menyeru umat manusia kepada agama Allah.

Bermulalah kehidupan baginda sebagai seorang Rasulullah. Dalam usaha baginda menyampaikan dakwahnya di makkah baginda mendapat tentangan yang hebat daripada golongan Quraisy. Walaubagaimanapun baginda tetap berdakwah kerana ingin membantu umat manusia merdeka daripada kejahilan. Pelbagai cara digunakan ketika baginda menyampaikan dakwah baginda. Setelah 13tahun baginda berdakwah baginda tidak mendapat hasil. Nabi Muhammad s.a.w berhijrah pula ke madinah yang ketika itu dikenali sebagai Yathrib. Madinah merupakan kawasan tanah yang subur. Masyarakat madinah menerima dakwah Nabi Muhammad s.a.w dengan hati yang terbuka. Islam di madinah mula berkembang. Ketika Nabi Muhammad s.a.w berdakwah di madinah banyak peperangan yang berlaku diantara orang islam dengan orang kafir. Setelah segala rintangan dan dugaan yang dilalui oleh Nabi Muhammad s.a.w, baginda memulakan langkah-langkah ke arah perpaduan masyarakat di madiah. Dalam usaha baginda ini baginda juga dibantu oleh para sahabat yang sanggup berjuang bersama baginda untuk menyampaikan dakwah islam. Ketika itu jugalah baginda memperkenalkan perlembagaan madinah. Perlembagaan ini dipersetujui oleh penduduk madinah yang berbilang kaum itu. Dengan adanya perlembagaan ini madinah akan menjadi Negara yang kukuh. Asas perlembagaan ini adalah menyatupadukan kaum dan merupakan panduan kepada penduduk madinah. Madinah membangun dan maju dibawah pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. Setelah mengkaji dan mempelajari buku ini, Allah telah memerintahkan Nabi-nabinya untuk memimpin umat manusia ke arah kebenaran. Umat Nabi Muhammad adalah umat yang bertuah kerana tiada lagi nabi yang akan diutuskan selepas Nabi Muhammad s.a.w. seharusnya umat islam mengetahui sejarah islam itu sendiri, kerana melalui sejarah manusia mengenali asal-usul mereka. Sekarang yang tinggal hanyalah Al-quran dan sunnah nabi untuk dijadikan panduan kepada umat islam.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com