Monday, April 13, 2009

Permasalahan Umat Islam Masa Kini

Oleh: Samiya Binti Che Mud

ABSTRAK:
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian makhluk, yang telah menjadikan kita sebahagian dari umat Islam di muka bumi ini. Sebagai bentuk dari syukur itu, umat Islam hendaklah tidak berhenti berusaha untuk meraih kembali kejayaaannya.
Didapati terdapat berbagai masalah bagi umat Islam, baik dari zaman silam, hinggalah pada masa sekarang, di zaman yang moden ini. Masalah-masalah itu bukan sahaja datang dari luaran malahan juga dari umat Islam itu sendiri. Jadi, sebagai umat Islam yang perihatin, kita hendaklah segera mengambil langkah kesedaran sebelum terlambat…
PENDAHULUAN

Banyak orang yang bertanya mengenai kebangkitan Islam.Apakah kebangkitan ini akan terus berjalan hingga menuju puncak tujuan yang dicanangkan oleh para pengasasnya atau adakah hanya sekadar melepaskan batuk di tangga?

A) KEBANGKITAN DAN KEKUATAN ISLAM
Halangan-halangan yang menghadang dakwah Islamiah terbahagi kepada dua bahagian iaitu sebahagian berasal dari dalam dan sebahagian lagi berasal dari luar.Halangan itu sebahagiannya berasal dari sistem penguasa atau kekuatan asing yang meresap ke dalam.Sebahagian lagi datang dari para da’i sendiri atau orang yang bergabung dalam dakwah Islamiyah, sama ada disebabkan oleh pemahaman yang salah terhadap Islam mahupun strategi dakwah yang kurang tepat.
Namun begitu, Islam mempunyai potensi untuk menghadapi halangan tersebut.Dakwah Islam adalah dakwah fitrah dan akal, dakwah rabbaniyah, insaniyah dan realiti.
Antara kebangkitan Islam ialah kita dapat lihat perpustakaan Islam yang kaya dengan buku-buku dan hasil penyelidikan tentang pelbagai bidang ilmu.Antaranya, buku tentang aspek ajaran Islam seperti akidah, syariat, ekonomi, mahupun sosial.
Meskipun umat Islam tidak mempunyai organisasi-organisasi dakwah yang teratur rapi seperti mengajak orang lain memeluk Islam seperti yang dilakukan oleh penganut-penganut agama lain, namun banyak orang bikan Islam yang menerima hidayah dan petunjuk dari Ilahi dan memeluk agama Allah ini.
Contohnya Roger Garaudy, merupakan seorang pemikir besar Perancis, telah memeluk Islam selepas menempuh perjalanan yang panjang dan selepas melakukan penelitian dan kritikan terhadap Islam.Namun, akhirnya dia telah membuat keputusan dan kesimpulan bahawa Islam adalah agama yang menghormati akal dan banyak lagi orang yang berpendapat sepertinya.

B) ALLAH TIDAK AKAN MEMBIARKAN UMATNYA TIDUR LENA
Kebangkitan merupakan naluri umat Islam.Jika dakwah mulai lemah maka akan segera datang orang-orang yang menggerakkannya dan membangunkannya. Sesungguhnya Islam tidak akan sekali-kali membiarkan penganutnya tertidur (terleka) seperti tertidurnya Ahlu Khafi ( sekumpulan pemuda yang tertidur selama
bertahun-tahun lamanya di dalam sebuah gua).
Kebangkitan ini merupakan kebangkitan akal, emosi dan perasaan sikap dan perbuatan.Kebangkitan inilah yang menjadikan umat Islam kembali kukuh dalam akidah.Hal ini juga megarahkan umat Islam untuk mengenal dan menerima nilai-nilai berharga yang dibawa oleh Islam yang ‘hanif’.Contohnya melalui buku-buku tentang Islam.

C) KENAPA UMAT ISLAM MAKIN TERKEBELAKANG?
Kenapa umat Islam makin lama makin ketinggalan dan terkebelakang? Ianya terletak pada pemahaman umat yang salah terhadap konsep Islam.Contohnya, Barat memiliki hal-hal yang baik juga hal-hal yang buruk.Namun begitu,kita sering kali mengambil yang buruk dari yang baik.
Mereka menguasai sains dan teknologi, system pengurusan yang hebat tapi kita tidak mengambilnya demi kepentingan kita padahal semua itu bersumber pada agama Islam.Kita lebih cenderung untuk mencontohi amalan riba,hal-hal yang samar dan undang-undang mereka dengan segala kelemahan sehingga lupa bahawa kita juga ada undang-undang Islam yang jauh lebih sempurna, yang lebih menjamin individu dan masyarakat di setiap zaman dan tempat serta lebih terjamin di dunia dan di akhirat.
Kalau kita imbas kembali sejarah umat Islam secara keseluruhannya, kita dapati bahawa Islam dapat membentuk masyarakat yang kukuh dan maju.Pada zaman keemasannya, Islam dapat meluaskan empayarnya hingga ke negara-negara lain. Seperti semasa zaman kegemilangan pemerintahan khalifah Ar-Rasyidin, semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz, Harun ar-Rasyid dan sebagainya. Jadi bila orang menjauhi syariat Islam, maka wujudlah peperangan dan pepecahan.

D) BAGAIMANA STRATEGI TAJDID PEMUDA ISLAM?
Tajdid bererti memperbaharui sesuatu. Contohnya jika sebuah bangunan usang atau lama ingin diperbaharui dan dibaiki, dengan cara membaiki bahagian-bahagian yang rosak hingga menjadi sempurna semula seperti baru didirikan dan bukannya dengan cara merobohkannya dan dibina pula sebuah bangunan baru diatasnya.
Tajdid Islam bermaksud kita berusaha kembali kepada Islam sepertimana masa awal. Islam harus dikembalikan seperti masa khalifah Ar-Rasyidin, masa para sahabat atau masa kurun-kurun lalu yang baik.
Kita perlu mengembalikan kesucian dan kemurnian akidah, tauhid, ibadah, akhlak dan kekuatan moral Islam, keadilan dan roh tasyri’ Islam. Kita juga memerlukan semula pendidikan iman secara rabbani yang menyebabkan seseorang dapat berhubung dengan Tuhannya. Mengingati mati, ingat hisab, mizan, sirat dan suhuf. Juga ingat pada syurga dan neraka. Takwa pula bukan pada penampilan seperti berjanggut, atau berserban namun, takwa sebenarnya seperti sabda Rasullullah s.a.w. “Takwa itu di sini” sambil menunjuk kearah dadanya sebanyak tiga kali. Jadi maksudnya ialah hati. “Sesungguhnya Allah tidak melihat bentukmu, akan tetapi Dia melihat hatimu.”
Memang banyak umat Islam yang baik-baik, menjalankan tuntutan agamanya, lakukan solat, puasa, menunaikan haji dan bersedekah tetapi tidak membawa sebarang aspirasi Islam dan tidak merasai suka duka yang menimpa umat Islam. Umat Islam berkorban di mana-mana. Kekuatan kafir yang beraneka ragam mendesak umat Islam menyerang mereka di merata tempat. Jadi di mana kedudukan umat Islam?
Kalau orang yahudi bekerja untuk agama mereka dengan mendirikan negara, Nasrani dengan mengadakan misi kristianisasi di mana-mana dengan mengeluarkan dana dalam jumlah yang besar, orang komunis pula dengan ideology mereka, tetapi umat Islam? Apakah sanggup bekerja untuk agamanya?
Jadi kita harus berkerjasama dalam memperkasakan umat Islam baik dari sudut pemahaman, iman, amal, dakwah ataupun jihad.

E) MENYALAH TAFSIRKAN NAS-NAS DAN HUKUM
HALAL DAN HARAM
Masalah lain ialah menyalah tafsirkan nas-nas dan hukum halal dan haram. Contohnya, ada yang mengatakan bahawa makanan haram kalau kita bela dengan baik dan memberi makanan yang berzat, dikatakan hukumnya menjadi boleh. Sebenarnya salah fahaman ini. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengubah apa yang telah tertulis di dalam Al-Quran.
F) ISLAM MENGHORMATI AKAL, TETAPI?
Ada sekumpulan manusia yang mensasarkan pemikirannya pada akal murni (rasionalisme). Jadi, adakah Islam sependapat dengannya?
Islam berpegang teguh pada akal sebab akal menurut Islam merupakan landasan “naqi” sebagaimana dikemukakan oleh para ulama. Maksudnya, adalah masalah besar dalam Islam, malah dalam agama yang lainpun diputuskan dengan pertimbangan rasional.
Jadi, apakah masalah yang paling besar yang memerlukan akal? Jawabnya, tentulah masalah kewujudan Allah. Ini merupakan masalah yang paling utama yang tidak mungkin diterima kecuali dengan akal. Jika kita ingin meyakinkan seorang penganut lain, jikalau ditanya tentang kewujudan Tuhan, tentu kita tidak dapat menjawabnya dengan dalil naqli atau dengan sabda Rasullullah s.a.w. Jadi, jawapan yang paling tepat adalah dengan menggunakan akal serta hujah-hujah yang dapat diterima oleh makhluk tentang Khaliq, hukum, sebab, akibat dan sebagainya.
Antaranya, kalau bekas kaki unta bererti ada unta, adanya telapak kaki bererti ada pejalan. Bagaimana dengan bumi yang mempunyai penjuru, langit yang mempunyai bintang, serta lautan yang mempunyai gelombang, bukankah itu semua merupakan hukum rasional, sedangkan Al-Quran, dalam situasi ini, berfunsi untuk membangkitkan akal manusia hingga dapat mengenal Tuhannya melalui
ciptaan-ciptaan dan bukti-bukti yang ada dalam alam semesta tentang
kewujudan-Nya.
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi serta silih bergantinya malam dan siang merupakan tanda (kebesaran) Allah bagi kelompok yang menggunakan akalnya. Apakah mereka tidak melihat langit yang ada di atasnya, bagaimana Kami membangun dan menghiasinya? Apakah mereka diciptakan tanpa sesuatupun ataukah mereka yang menciptakan diri mereka sendiri?” Al-Quran menyelesaikan masalah ini secara rasional.
Jika masalah kewujudan Tuhan telah diyakinkan dengan akal manusia, maka bagaimana pula dengan masalah kenabian, wahyu, dan risalah? Apakah Tuhan akan membiarkan alam semesta tanpa pemeliharaan atau ia akan memimpinnya dengan memberi pertolongan dan penjagaan? Oleh itu, diutuskan seorang rasul kerana kebijaksanaan-Nya.
Jadi, masalahnya bagaiman hendak dibuktikan bahawa seseorang itu
benar-benar rasul Allah? Hal ini tidak mungkin dapat diketahui kecuali oleh akal melalui bukti-bukti mukjizat yang menunjukkan bahawa seseorang itu ditampilkan atas kehendak Allah dan bukannya atas kehendak individu tersebut.
Nabi adalah “duta” Allah untuk makhluk-Nya. Jika seseorang mengaku dirinya adalah seorang utusan Allah, tentu sekali kita akan meminta bukti-bukti kerasulannya, untuk membuktikan kebenarannya. Jadi seorang rasul haruslah membuktikan kebenarannya, bahawa dirinya adalah benar-benar utusan dari Allah untuk menyampaikan risalah dan ajaran yang benar. Oleh itulah kita harus menanganinya dengan akal.
Keterangan ini jelas menunjukkan bahawa masalah kenabian adalah masalah yang harus ditangani dengan akal. Oleh itulah, dikatakan bahawa naqli didasarkan pada akal, dan kemudiannya dipertegaskan dengan kenabian nabi dan risalah rasul. Maksudnya, akal dianggap sebagai syarat bebanan seseorang dalam masalah syariat agama. Syariat agama dibebankan pada manusia yang mempunyai kriteria “mukallaf” yakni telah mencapai usia baligh dan sihat akalnya, sehinggalah dapat memahami syariat yang dibebankan padanya.
Oleh itu jelas bahawa Islam menekankan aspek itu dan Islam menjadikan akal sebagai alat untuk memahami risalah dan tidak menjadikan agama hanya berdasarkan emosi semata-mata, sebagaimana sering dilemparkan tuduhan oleh penganut-penganut agama lain.
Islam menyatakan: “Katakanlah (Muhammad): Datangkanlah bukti-bukti kamu, jika memang kamu sekalian memang orang-orang yang benar. Katakanlah (Muhammad): Apakah kalian mempunyai (sebahagian dari) ilmu, cuba kamu tunjukkan itu kepada Kami.”
Manusia tidak boleh mengikuti sesuatu tanpa ada bukti. Oleh itu, Allah mengingkari kewujudan orang-orang musyrik dan sebagainya: “Mereka hanya mengukuti prasangka-prasangka, padahal prasangka sama sekali tidak bererti dibandingkan kebenaran. Mereka hanya mengikuti prasangka dan apa yang memuaskan jiwa.”
Al-Quran membangun rasional ilmiah dan menolak emosi dalam bidang kebenaran dan menolak taklid. “Sesungguhnya kami telah mendapatkan hal-hal ini dari nenek moyang kami....”

G) ISLAM AGAMA YANG UNIVERSAL
Ada hal-hal penting yang memerlukan perhatian kita dalam membicarakan kedudukan akal dalam agama. Ternyata, setelah para pemikir asing mengadakan berbagai kajian tentang agama-agama di dunia, mereka tidak menemukan keraguan setelah mendalami Islam. Apakah kenyataan tersebut memberikan penegasan terhadap kita bahawa Islam agama masa depan?
Ada beberapa gejala yang positif kea rah masa depan Islam yang cerah, walaupun kebanyakan orang menganggap bahawa Islam mempunyai masa depan yang suram. Tentu sekali ayat terakhir bertentangan sekali dengan gejala yang jelas dan ayat Al-Quran yang bermaksud:
“Dia-lah yang mengutus utusan (rasul) dengan petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di antara segala agama-agama meskipun
orang-orang musyrik benci.”
(surah as-Saf: ayat 9)
Dan juga dari surah an-Nur,ayat 55 yang bermaksud:

“Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang beramal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa......”

Peradapan sama sekali tidak dapat menjawab pertanyaan manusia; dari mana, akan ke mana, serta mengapa terjadi. Mereka mengatakan bahawa orang dungu hidup untuk makan, sedangkan orang berakal makan untuk hidup. Tetapi, pertanyaan itu bukan jawapannya. Apakah hidup itu sendiri merupakan tujuan terakhir? Apakah erti hidup? Apakah hidup mempunyai tujuan? Agamalah yang mengajar kita untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan di atas. Tidak ada agama yang dapat memberikan jawapan yang tepat terhadap pertanyaan itu, kecuali Islam. Islam memberikan jawapan yang mencerahkan minda, menerangi hati, menggerakkan manusia dan mengisi kehidupannya. Islam agama yang mengisi kekosongan ideologi, Islam mengajak berdialog serta menghormati akal manusia. Islam agama rasional dan manusia dapat hidup, selamat dengan akal dan ilmu. Manusia meneliti dan memikirkan sesuatu. Menurut pandangan Islam, apapun yang dilakukan dengan akal dan ilmu merupakan ibadah.

Islam agama yang menghormati masalah-masalah dunia. Islam tidak menganggap dunia sebagai barang laknat atau malapetaka. Dunia, menurut pandangan Islam adalah “mazra’atul akhirah” (lading menuju akhirat). Hidup adalah sesuatu kenikmatan yang mesti dinikmati oleh semua manusia dan harus diperjuangkan serta dimakmurkan sesuai dengan tujuan Islam.

Hubungan yang saling melengkapi antara agama dan dunia, roh dan material, serta keduniaan dan keakhiratan, dianjurkan oleh Islam. Kemanusiaan amat memerlukan keseimbangan dan itu hanya akan diperoleh melalui Islam.

H) PEMERINTAHAN ISLAM YANG IDEAL

Pemerintahan Islam mempunyai peranan untuk mewujudkan kehidupan secara Islam, mendirikan kehidupan yang sejahtera. Kehidupan secara Islam yang dimaksudkan di sini adalah kehidupan yang diarahkan oleh syiar Islam, yang dihiasi oleh akhlak-akhlak Islam serta di dalamnya berkembang tradisi Islam dan akhirnya diikat dengan undang-undang Islam dan syariat Islam.

Jadi, pemerintahan Islam berperanan mengemukakan kepada manusia suatu kehidupan yang Islami secara totality, baik dari segi iman, akhlak, ibadah, amal, serta syariat. Dengan demikian, bukan sekadar bentuk pemerintahan dan syariatnya saja yang harus diubah menjadi Islam, malah isinya juga. Dengan syarat-syarat itu dapat dinyatakan bahawa telah dibangunkan sebuah masyarakat yang Islami, umat yang Islami serta kehidupan secara Islami.

Pemerintahan Islam bukanlah pemerintahan yang eksklusif dan tertutup,tetapi merupakan pemerintahan yang selalu membuka pintu untuk seluruh dunia, memberi dan menerima. Pemerintahan Islam memanfaatkan teknologi moden, memanfaatkan teknik pengurusan dunia yang paling canggih, memanfaatkan sains yang ada, akan tetapi harus diadakan penyaringan dan penyelidikan sesuai dengan keperluan. Seharusnya kita tidak memasuki teknologi mengikut hawa nafsu sahaja, tanpa menimbangkannya dulu. Hal ini kerana suatu teknologi kekadang sesuai untuk suatu masyarakat, namun belum tentu sesuai untuk masyarakat yang lain. Jadi, meskipun kita melakukan pengalihan teknologi, namun kita perlu mengadakan penyelidikan, pelaburan serta penyeragaman sehingga sesuai dengan masyarakat kita.

I) NEGARA ISLAM DAN KEBEBASAN BERAGAMA

Pada dasarnya Islam memberi kebebasan berfikir dan berideologi. Berfikir dalam pandangan Islam merupakan suatu keharusan. Ini termasuklah berfikir tentang alam semesta dan seluruh ciptaan-Nya.

Berfikir dan membebaskan diri dari rantai taklid merupakan ajaran Islam. Agama ini memberikan kebebasan pada akal manusia untuk bekerja dan berproduksi seperti yang terjadi dalam peradaban Islam.

Selain itu, melalui firman Allah s.w.t. yang berbunyi:

“Allah akan memburuk-burukkan gagasanmu itu, sesungguhnya Allah mengutus Muhammad sebagai pemberi hidayah dan bukan sebagai pemungut cukai (jabiah). Pemerintahan Islam adalah anugerah dan bukan negara pemungut cukai. Tugasnya bukan mengumpulkan kekayaan dan jasa-jasa rakyat. Rasullullah s.a.w. diutus sebagai pemberi hidayah dan bukan sebagai pemungut cukai.”

Oleh itu, jelas dari ayat di atas menunjukkan bahawa Islam tidak memaksa seseorang, tetapi mengkehendaki mereka masuk Islam dengan pilihannya sendiri. Jika seseorang itu masuk Islam kerana terpaksa, maka keIslamannya tertolak dari sudut akidah.

KESIMPULAN

Oleh itu, berdasarkan perkara-perkara di atas, kita dapat simpulkan bahawa, umat Islam masa kini berada dalam dilema dalam kekusutan dunia. Hari makin hari, kekuatan dalam diri setiap umat Islam terjejas semakin dipengaruhi oleh pengaruh-pengaruh yang boleh merosakkan pegangan akidah dan iman dalam diri. Sekiranya tidak dibendung, maka kemungkinan perpecahan umat Islam akan berlaku dan jika ini terjadi, musnahlah dunia. Ini kerana, manusia sudah tidak mempunyai pedoman lagi. Huru-hara akan berlaku, dan manusia sudah hilang kepercayaan antara satu sama lain. Jadi, sebelum perkara yang tidak diingini ini berlaku, haruslah kita mengambil langkah mengatasinya juga demi kebaikan bersama.

Mahar

Oleh: Hafizah Bt. Md Saad

Abstrak
Melalui tugasan ini kita akan lebih memahami secara lebih mendalam apakah erti sebenar mahar. Masyarakat pada masa sekarang hanya menganggap mahar itu sebagai pemberian yang diwajibkan bagi melengkapkan sesebuah perkahwinan. Mereka tidak mengetahui bahawa mahar itu mempunyai maksud dan hikmah yang tersendiri dalam Islam. Oleh itu,kita sebagai umat Islam perlulah mengetahui secara lebih dekat apakah yang terkandung di sebalik pengwajiban mahar oleh suami kepada seorang isteri.

Mahar:suatu nilai bagi wanita
Definisi Mahar
Berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut
dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd.
Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh
suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.Mahar juga adalah hak/harta isteri yang wajib suami serahkan kepada isteri untuk menghalalkan pernikahan antara keduanya, sama ada disebut ketika akad atau tidak disebut.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.” (Hadis riwayat Bukhari )
Mas kahwin boleh diberikan dalam bentuk apa saja asalkan berfaedah, sama ada wang ringgit, barang atau sesuatu yang bermanfaat. Rasulullah SAW pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu apapun untuk dijadikannya mas kahwin lalu Rasulullah SAW bertanya kepada lelaki itu: “Adakah kamu menghafaz sedikit daripada ayat al-Qur’an? Lelaki itu menjawab dia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah SAW pun mengahwinkan lelaki itu dengan mas kahwin surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Mahar juga disebut sebagai ‘Sadoqathinna’ bagi menggambarkan kebenaran dan kesungguhan keinginan untuk berkahwin daripada pihak yang memberi atau dengan kata lain menunjukkan bahawa pihak suami benar-benar ingin berkahwin apabila dia bersedia memberikan mas kahwin kepada isteri. Mengikut Tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan “ mas kahwin “ bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara’, dapat dinilai dengan wang.
Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri antaranya firman
Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4 :
“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagainikmat yang baik lagi lazat “
Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nisa ayat 24:
“ Mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya ( setelah dia menjadi isteri kamu ) maka berikanlah mereka maharnya ( ajr ) sebagai satu ketetepan yang difardhu ( diwajibkan oleh Allah Taala )”
Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri.Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.Walau bagaimanapun mahar tidaklah termasuk di antara rukun-rukun nikah atau syarat sahnya sesuatu pernikahan. Sekiranya pasangan bersetuju bernikah tanpa menentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap sah tetapi suami diwajibkan membayar mahar misil ( yang sepadan ). Ini berdasarkan satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. di mana seorang perempuan telah berkahwin tanpa disebutkan maharnya. Tidak lama kemudian suaminya meninggal dunia sebelum sempat bersama
dengannya ( melakukan persetubuhan ) lalu Rasulullah mengeluarkan hukum supaya perempuan tersebut diberikan mahar misil untuknya.
Pemberian Mahar
Memberi mahar kepada isteri hukumnya wajib. Menurut Abu Hanifah, isteri
berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya sah. Manakala dalam mazhab Syafi’e
pula diwajibkan mahar bukan disebabkan akad nikah yang sah sahaja tetapi juga
dengan persetubuhan. Sekiranya akad nikah tersebut fasid ( tidak sah ), suami tidak
wajib memberi mahar kepada isteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan.

Mas Kahwin Dan Pemberian Menurut Peruntukan Undang-Undang Keluarga
Islam
Mengikut peruntukan seksyen 21 ( 1 ) dan ( 2 ) dalam Akta Undang-Undang
Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984 ( Akta 303 ) berbunyi seperti berikut :
(1) Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya
kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan orang yang mengakadnikahkan
perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain.
(2) Pendaftar hendaklah, mengenai tiap-tiap perkahwinan yang hendak
didaftarkan olehnya, menentu dan merekodkan :-
a) nilai dan butir-butir lain mas kahwin;
b) nilai dan butir-butir lain pemberian;
c) nilai dan butir-butir lain apa-apa bahagian mas kahwin atau pemberian
atau kedua-duanya yang telah dijanjikan tetapi tidak dijelaskan pada
masa akadnikah itu, dan tarikh yang dijanjikan untuk penjelasan; dan
d) butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan mas kahwin atau pemberian.



Kadar Mahar
Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam
menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita agar
mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya :
" اعظم النساء برآة أيسرهن مؤنة "
Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang perbelanjaan ( mahar ). ( Riwayat Ahmad dan al-Hakim )
Daripada ‘Aisyah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling mudah (rendah) maharnya.” (Hadis riwayat Al-Baihaqiy) Daripada ‘Aisyah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Setengah daripada keberkatan wanita ialah mudah peminangannya dan mudah maharnya.” (Hadis riwayat Al-Baihaqiy) Abu Hurairah berkata, “Adalah sodaq kami ketika zaman Rasulullah ada bersama kami 10 waqyah.” (1 waqyah bersamaan 40 dirham) Saidina Umar berkata: “Awas! Janganlah kamu melampau dalam memberi mas kahwin kepada wanita kerana sesungguhnya jika wanita itu seorang yang mulia di dunia atau seorang yang bertakwa di sisi Allah, nescaya Rasulullah SAW orang yang paling utama berbanding kamu dalam memberi mas kahwin yang banyak. Padahal aku tidak pernah mengetahui Rasulullah SAW berkahwin dengan mana-mana isterinya atau mengahwinkan mana-mana puterinya dengan mas kahwin lebih daripada 12 waqyah.” (Hadis riwayat Al-Tirmizi )
Mengenai kadar melampau batas, menurut Ibn Qudamah (Mazhab Hambali), tidak digalakkan lebih daripada 500 dirham, iaitu kadar mahar isteri Rasulullah SAW, begitu juga pendapat ulama Mazhab Syafie, Maliki, had melampau ialah kadar melebihi kebiasaan orang ramai. Walau bagaimanapun suami boleh memberikan mahar yang tinggi kepada isteriberdasarkan kepada ayat al-Quran dalam surah al-Nisa’ ayat 20 :“ Kamu telah memberikan kepada salah seorang daripada mereka harta yang banyak“ Di Malaysia pemberian mahar diberikan oleh suami kepada isteri dalam bentuk wang ringgit yang kadarnya berbeza dari satu negeri dengan negeri yang lain. Jumlah mas kahwin bagi seorang perempuan, mengikut negeri dan kategori:
BIL NEGERI NILAI CATATAN
ANAK DARA JANDA
1 JOHOR RM 22.50 RM 22.50
2 MELAKA RM 40.00 RM 40.00
3 NEGERI SEMBILAN
a. Bukan Waris RM 24.00 RM 12.00
b. Ahli Waris RM 48.00 RM 24.00
c. Kerabat Diraja di Wilayah RM 725.00
Datuk Kelana& Kerabat
4 SELANGOR
i. Puteri Sultan RM 2,500.00 RM 625.00
ii. Puteri Raja Muda atau Puteri RM 2,000.00 RM 500.00
kpd Putera Sultan yg bergelar
iii. Puteri Kerabat RM 1,000.00 RM 250.00
iv. Puteri Anak Raja (Waris) RM 550.00 RM 137.50
Puteri Anak Raja (yang lain) RM 300.00 RM 75.00
v. Anak Perempuan org-org besar RM 300.00 RM 75.00
vi. Cucu orang besar RM 200.00 RM 50.00
vii. Orang Kebanyakkan RM 80.00 RM 40.00
5 KUALA LUMPUR RM 80.00 RM 40.00
6 PERAK RM 101.00
7 PULAU PINANG RM 24.00 RM 24.00
8 KEDAH Tidak ditetapkan
9 PERLIS Tidak ditetapkan
10 PAHANG RM 22.50 RM 22.50
11 TERENGGANU Tidak ditetapkan
12 KELANTAN Tidak ditetapkan
13 SABAH RM 100.00 RM 80.00
14 SARAWAK RM 120.00 RM120.00
15 W.P LABUAN RM 80.00 RM 80.00
* boleh ditambah, tetapi tidak boleh dikurangkan.

Jenis Mahar
a. Mahar Musamma
Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah
seperti yang diamalkan dalam perkahwinan masyarakat kita pada hari ini.
Ulama’ telah bersepakat bahawa mahar musamma wajib dibayar oleh suami
berlaku salah satu daripada perkara-perkara berikut :-
1) Berlakunya persetubuhan di antara suami isteri.
2) Kematian salah seorang di antara mereka sama ada suami atau isteri.
b. Mahar Misil ( mahar yang sepadan )
Mahar yang tidak disebut jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah.
Sekiranya berlaku keadaan ini, mahar tersebut hendaklah diqiaskan ( disamakan )
dengan mahar perempuan yang setaraf dengannya di kalangan keluarganya sendiri
seperti adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau ibu saudaranya.
Sekiranya tiada, maka diqiaskan pula dengan mahar perempuan-perempuan lain yang
setaraf dengannya dari segi kedudukan dalam masyarakat dan sekiranya tiada juga,
terpulang kepada suami berdasarkan kepada adat dan tradisi setempat.
Selain daripada itu terdapat perkara-perkara lain yang perlu diambil kira dalam
menentukan mahar misil iaitu dari sudut rupa paras, kekayaan, keadaan setempat,
keagamaan , ketakwaan, keilmuan, kecerdasan fikiran , keluhuran budi serta status
perempuan tersebut sama ada gadis atau janda dan perkara-perkara yang boleh
dijadikan penilaian. Ini kerana kadar mahar berbeza dengan berbezanya sifat-sifat
di atas.

Mendapat Separuh Mahar Atau Tidak Berhak Mendapat Langsung
Sebagaimana yang kita sedia maklumi , apabila berlakunya suatu akad nikah
yang sah, maka wajib bagi suami membayar mahar kepada isteri sama ada berupa
mahar musamma atau pun mahar misil kerana ia merupakan hak isteri.
Walau bagaimanapun terdapat keadaan yang menyebabkan isteri hanya berhak
mendapat separuh sahaja daripada mahar tersebut atau pun tidak mendapat apa -apa
mahar langsung daripada suami iaitu :-
a) Isteri hanya mendapat separuh sahaja daripada mahar apabila
berlakunya perceraian sebelum persetubuhan. Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 237 :
“ Dan jikalau kamu menceraikan mereka itu ( isteri-isteri ) sebelum kamu menyetubuhi mereka walhal kamu telah menetapkan mahar kepada mereka, maka diwajibkan ( bayarannya )separuh daripada yang kamu tetapkan kecuali jika mereka sendiri memaafkan atau orang yang mempunyai kuasa perwalian memaafkannya “
Ayat di atas menyatakan bahawa sekiranya mahar isteri telah disebutkan ketikaakad nikah dan berlakunya penceraian sebelum persetubuhan, maka suami hanya wajib membayar separuh sahaja daripada mahar tersebut. Tetapi sekiranya mahar tidak disebut ketika akad nikah, suami wajib membayar mahar misil kepada isteri.Menurut pendapat Imam Syafi’e dan Imam Malik sekiranya berlaku perceraian
sebelum persetubuhan, suami hanya wajib membayar separuh sahaja mahar kepada
isteri sama ada mahar tersebut disebut semasa akad nikah atau sebaliknya.
b) Isteri tidak berhak langsung untuk mendapat pemberian mahar daripada
suami apabila berlakunya perceraian disebabkan fasakh ( dari pihak isteri ) sebelum berlakunya persetubuhan.

Hikmah Disyariatkan Mahar
Antara hikmah disyariatkan mahar adalah dapat menunjukkan kemuliaan wanita. Ini kerana membuktikan kaum adam itu memerlukan kaum hawa untuk bersamanya. Kaum lelaki yang berusaha untuk mendapatkan wanita meskipun harus mengorbankan hartanya. Selain daripada itu syariat ini juga menunjukkan cinta dan kasih sayang seorang suami kepada isterinya, kerana mas kawin itu sifatnya pemberian, hadiah, atau hibah sepertimana yang diistilahkan di dalam Al-Quran sebagai nihlah (pemberian dengan penuh kerelaan), bukan sebagai pembayar harga wanita. Allah SWT berfirman, “Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari maskawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.”
Pemberian mahar ini turut menunjukkan kesungguhan seseorang lelaki itu untuk memiliki pasangannya kerana nikah dan berumah tangga bukanlah perkara remeh dan perkara yang bisa dipermainkan. Di samping itu ia turut menunjukkan tanggungjawab suami dalam kehidupan rumah tangga dengan memberikan nafkah, kerana kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita dalam kehidupan rumah tangganya. Dan untuk mendapatkan hak itu, wajar bagi suami untuk mengeluarkan hartanya suapaya dia berasa lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenang melepaskan tugasnya terhadap isterinya. Allah telah berfirman, “Lelaki itu adalah pemimpin atas wanita, karena Allah telah melebihkan sebagian mereka (lelaki) atas sebagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.”

Kesimpulan
Mahar adalah hak isteri yang diberikan oleh suami dengan hati yang tulus ikhlas tanpa mengharapkan balasan sebagai pernyataan kasih sayang dan tanggungjawab suami atas kesejahteraan rumah tangga. Ianya bertujuan untuk menggembira dan menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani kehidupan bersama suami.
Mahar adalah menjadi hak milik isteri. Sekiranya ia tidak disebut sekalipun
Para mujtahidin telah sepakat mengatakan bahawa tidak kadar dan had yang
tertentu dalam meletakkan kadar mahar yang paling maksima. Terdapat satu peristiwa
yang berlaku yang berlaku di zaman Umar al Khattab (r.a) di mana beliau melarang
orang ramai dari meninggikan kadar mahar iaitu tidak boleh lebih daripada empat
dirham katanya, “ Janganlah kamu meninggikan mahar perempuan kerana jikalau
dia dimuliakan di dunia, atau mahu bertaqwa kepada Allah, maka yang lebih utama
ialah contoh daripada Rasulullah yang tidak menetapkan mahar kepada isterinya mahupun bagi puteri-puterinya melebihi dua belas auqiah. Oleh sebab itu sesiapa yang melebihi daripada 440 dirham walaupun lebihannya sedikit maka yang itu dimasukkan ke dalam Baitulmal “. Lantas seorang perempuan Quraisy membantah sambil berkata : “ Allah telah berfirman di dalam al-Quran :
Terjemahan : “ Apabila kamu telah memberikan kepada mereka itu ( isteri ) sepikul
mahar, maka jangan kamu ambil walupun sedikit daripada mahar itu “
( surah al Nisa : 20 )

Tanda-Tanda Kebesaran Allah Subhanahu Wa Ta’ala

Oleh: Najlaa Sadiq Binti Mokhtar

Abstrak

Allah Maha Besar lagi Maha Perkasa. Bagi manusia yang ingkar dan tidak menggunakan akal fikiran yang telah di kurniakan sebagai satu kelebihan mengatasi makhluk Allah yang lain, sesungguhnya mereka termasuk golongan yang rugi.

Begitu banyak tanda-tanda kebesaran Allah secara langsung atau tidak. Ini semua agar manusia sentiasa beringat dan agar manusia tidak leka mengejar dunia sahaja.

Allah juga telah memberi peringatan kepada manusia tentang tanda-tanda kebesaran dan kewujudan Nya. Manusia yang berfikir sahaja akan dapat mengetahui pelbagai tanda tentang Allah melalui bukti-bukti yang tersurat mahupun yang tersirat. Bukti yang paling dekat dengan kita sebenarnya terdapat pada diri kita sendiri seaandainya diperhatikan.

Manusia sebenarnya secara naluri dan fitrah mampu untuk mengamati dan menyelidik tanda-tanda kebesaran Allah dan beriman kepadaNya namun, kebanyakkan manusia terjurumus dengan pengaruh dan hasutan syaitan serta nafsu sehingga meninggalkan al-Quran dan Sunnah RasulNya sebagai panduan dan pegangan hidup.

PENDAHULUAN

Manusia kadang-kadang gagal menggunakan akal fikiran mereka sepenuhnya dan hampir tidak menyedari bahawa di sekitar dan sekeliling mereka terdapat berbagai-bagai tanda kebesaran Allah s.w.t. Contohnya seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, fenomena-fenomena alam seperti gempa bumi, taufan, banjir, kilat, hujan, gerhana, gunung berapi dan sebagainya adalah tanda-tanda kebesaran Allah yang perlu difikirkan oleh manusia.

Selain itu, jika diperhatikan, setiap inci tubuh manusia sendiri terdapat pelbagai tanda yang menunjukkan kebesaran dan kehebatanNya sebagai pencipta yang Maha Agung.

Allah s.w.t. memberikan kelebihan kepada manusia iaitu akal dan fikiran agar manusia mampu untuk berfikir tentang rahsia-rahsia yang terdapat di langit dan di bumi untuk membawa mereka menuju kea rah pemikiran yang benar. Dalam ayat al-Quran juga banyak terdapat perbincangan-perbincangan mengenai aspek-aspek alam dan segala hal yang berkaitan dengannya sebagai bukti tentang kekuasaan Allah s.w.t dan tanda-tanda kebesaranNya.

Namun begitu, fungsi akal untuk memahami hakikat kebesaran dan kekuasan Allah s.w.t sangat terhad kerana kita sebagai manusia biasa hanya mampu menafsirkan apa yang dilihat dalam pengertian yang sempit sehingga manusia tidak tahu bagaimanakah cara-caranya untuk mengakui tentang kekuasaan Allah s.w.t . tersebut.

Oleh kerana kasih sayang Allah s.w.t. terhadap manusia maka Allah telah menurunkan mukjizat berbentuk risalah tauhid yang mengandungi ajaran-ajaran, perintah-perintah dan larangan-laranganNya yang disampaikan oleh para utusanNya iaitu para Nabi dan Rasul.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menyingkap pengertian sebenar mengenai tanda-tanda kebesaran Allah dan menghayati dengan sedalam-dalamnya hikmah seluruh penciptaanNya.

MAKHLUK SEBAGAI TANDA KEBESARAN ALLAH

Apabila kita mengkaji mengenai kejadian dan penciptaan makhluk Allah itu sendiri, maka kita akan menyedari betapa agung dan hebatnya kekuasaan Allah s.w.t. Sesungguhnya sebelum manusia diciptakan, terlebih dahulu Allah telah menciptakan ala mini sebagai tempat kediaman manusia. Oleh itu, jelaslah bahawa manusia adalah proses terakhir untuk melengkapkan alam ini kerana manusia diciptakan untuk mentadbir alam ini.

Allah juga telah menciptakan benda-benda yang keadaan fizikalnya lebih kuat daripada kemampuan manusia untuk memenuhi keperluan manusia namun, untuk memenuhi segala keinginan dan keperluan manusia, manusia hendaklah berusaha dan bekerja agar dapat memanfaatkan segala kemudahan yang telah disediakan untuk membangunkan dan memakmurkan bumi ini. Dengan itu, jelaslah bahawa dengan menggunakan akal sahaja manusia telah dapat mengetahui bahawa alam telah diciptakan oleh Allah s.w.t untuk manusia sebelum manusia itu sendiri diciptakan. Oleh itu, tidak ada manusia yang dapat menafikan tentang hakikat ini.

PENCIPTA SEGALA-GALANYA

Kayu digunakan untuk membuat bangunan, rotan digunakan untuk membuat perabot dan sebagainya. Manusia sebenarnya hanya mampu meningkatkan kualiti dan kuantiti sahaja melalui pelbagai kaedah. Semua hasil penemuan baru itu hanyalah penelitian dari suatu benda yang telah wujud dan tidak ada satu pun yang dihasilkan manusia berasal daripada benda yang tidak wujud sebelumnya di dunia ini. Samalah juga macam adanya haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Adakah seorang manusia dapat menciptakan sesuatu yang baru dan bukan makhluk Allah s.w.t. iaitu daripada sesuatu yang sama sekali tidak wujud sebelum ini. Oleh itu dalam al-Quran Allah telah mengemukakan cabarannya terhadap manusia mengenai hal ini. Cabaran ini akan terus berlaku sampai hari kiamat, namun tidak seorang manusia pun yang akan dapat menyahut cabaran ini iaitu tidak akan mampu untuk menciptakan suatu kehidupan baru, biarpun cuma seekor lalat.

KEBEBASAN TAKDIR DAN HUKUM ALAM

Benarkah esuatu yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. adalah merupakan takdirnya dan hal ini tidak pernah dipinda? Manusia tidak mempunyai kebebasan bertindak? Pendapat ini amat bertentangan kerana Allah telah menyertakan pelbagai pelbagai tanda-tanda tentang kebebasan takdirNya tetapi bukan di dalam hokum alam. Ini disebabkan apabila Allah memberikan kebebasan takdirnya dalam hukum alam, maka matahari akan bebas terbit sehari suntuk dan terbenam beberapa hari mengikut keinginannya.

Walaupun demikian, adalah tidak benar orang yang mengatakan bahawa hukum Allah ini tidak memberikan kebebasan takdir terhadap makhluknya, justeru dengan inilah Allah telah memberikan kebebasan kepada makhluk ciptaanNya agar alam tidak binasa. Allah tidak mahukan adanya hukum yang dapat merosakkan ini tetapi, Dia mahukan adanya alam yang sesuai dengan keagumgan dan kemampuan serta keindahan penciptaanNya. Maka dengan kebebasan takdirNya ditetapkanlah hukum alam yang tetap dan berkembang.


MEMPERHATIKAN DIRI SENDIRI SEBAGAI SATU TANDA KEBESARAN ALLAH

Sesungguhnya manusia lupa dan sering mengabaikan tanda-tanda kebesaran Allah yang terdapat pada diri mereka sendiri jika mereka mengkaji dan menyelidikinya. Manusia kebanyakannya gagal untuk menemukan jawapan mengenai kebesaran Allah s.w.t. pada diri mereka dan memahami hakikat mengenai proses penciptaan mereka yang mengandungi banyak hikmah dan rahsia keagungan Allah s.w.t.

Maksud yang tersirat ini ialah Allah s.w.t menyedarkan manusia (baik beriman mahupun kafir) bahawa mereka sebenarnya tidak dapat lari daripada kenyataan tentang adanya pencipta Yang Maha Agung yang menjadikan seluruh alam dan segala isinya dan ingin mengembalikan mereka kepada kesaksian mereka yang sebenarnya ketika di alam roh, namun hanya golongan yang berfikir sahaja dapat menemui kebenaran mengenai hakikat ini.

SEMPADAN ANTARA KEBAIKAN DAN KEJAHATAN

Siapakah yang mengajarkan manusia antara baik dan jahat? Sehingga perbuatan baik terasa sesuai dengan naluri dan jiwa sedangkan perbuatan jahat yang dilakukan seakan-akan menyeksa batin dan merosakkan mental pelakunya.

Jawapannya adalah ini semua adalah fitrah manusia. Hal ini merupakan pemberian Rububiyah dan benda ini terdapat pada seluruh jiwa manusia. Maka sesungguhnya Allah s.w.t. adalah Tuhan seluruh umat manusia, baik yang beriman mahupun kafir.

SENYUM DAN TANGIS ADALAH ANUGERAH ALLAH S.W.T.

Apabila kita melihat orang tersenyum, tertawa atau menangis iainya menunjukkan satu tindak balas yang sama dan tidak menunjukkan adanya cirri-ciri ketawa atau menangis yang khusus berdasarkan warna kulit ataupun etnik. Apabila manusia ketawa atau menangis,semuanya menunjukkan ekspresi wajah dan mimik muka yang seiras.

TANDA-TANDA KEBESARAN ALLAH PADA JIWA MANUSIA

KEKAFIRAN ABU LAHAB

Perasaan hati, pertimbangan serta akal fikiran manusia sepenuhnya berada di tangan Allah s.w.t. Dia hanya memberinya sekadar yang dikehendakiNya sahaja. Salah satu contohnya ialah kisah Abu Lahab. Jikalau dilihat dari segi peluang, kemungkinannya untuk memeluk islam ada seperti tokoh kafir yang lain tetapi, kalau hal itu terjadi maka runtuhlah seluruh masalah keimanan kerana al-Quran telah menentapkan bahawa Abu Lahab akan mati dalam kekafiran.

Allah s.w.t Maha Mengetahui terhadap apa yang tersimpan dalam hati hambaNya, maka al-Quran pun menyatakan bahawa Abu Lahab memang berkeras hati dengan mengambil jalan kekafiran sebagai pilihan.

PENUKARAN ARAH KIBLAT

Ketika kiblat ke Baitul al-Maqdis dialihkan ke Kaabah al-Musyarafah, Allah telah berfirman bahawa akan tersesat orang-orang yang kurang pemikirannya untuk memahami hal penukaran arah kiblat.

Ini menerangkan tentang jiwa kaum yang bukan mukmin yang telah diketahui oleh Allah sebelum mereka menunjukkan sikap yang mereka maksudkan. Akhirnya pembohongan mereka itu terbukti sebagaimana yang diterangkan oleh al-Quran sebelumnya.

Meskipun tujuan kaum kafir bersikap demikian untuk meruntuhkan agama Islam, pada hakikatnya mereka tidak berhasil memanfaatkan peluang tersebut. Oleh yang demikian, apa yang menjadi hal yang ghaib daripada Allah s.w.t pasti terlaksana meskipun hasrat dan kemahuan manusia tidak seiring dengannya.

KESIMPULAN

Sampai sini sahajalah perjalanan kita dalam menyingkap kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t. KeagunganNya tiada tandingan. Begitu banyak tanda-tanda tentang kebesaranNya tanpa kita sendiri sedari. Kadang-kadang benda itu kita sendiri tak jangka. Ya Allah lemahnya hambaMu ini. Ingin saya masukan satu kata-kata iaitu, “Apabila doa kita dimakbulkanNya, itu tandanya Allah sayang pada kita. Apabila doa kita lambat dimakbulkanNya, itu tandanya Allah sedang menguji kita. Dan apabila doa kita tidak dimakbulkanNya itu bermakna Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.” Ingatlah sesungguhnya kasih sayang Allah s.w.t melampaui kemurkaanNya pada kita. Bertapa hebatnya kebesaran Allah. Subhanallah Maha Suci Allah.Takbir!

Panggilan Kubur Dan Alam Akhirat

Oleh: Farizah Bt Abdul Latif

Pendahuluan:
Buku “panggilan kubur dan alam akhirat”menyingkap dan memaparkan gambaran tentang hakikat yang pasti dihadapi oleh setiap insan.Kematian pasti akan datang dan tiada siapa dapat menyangkalnya.Tajuk ini terdapat beberapa tajuk-tajuk kecil yang dapat membuatkan kita insaf dan membuat kita berfikir tentang tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.
1. Larangan bercita-cita untuk mati dan meminta mati disebabkan masalah yang menimpa harta dan tubuh badan
a) Mati merupakan musibah yang sangat besar,namun musibah yang lebih besar daripada itu ialah merasa lalai tentang kematian dan tidak mahu mati.
b) Rasulullah pernah bersabda; janganlah seseorang dari kamu bercita-cita untuk mati kerana kemudaratan yang menimpanya ,jika ia tidak dapat menahan cita-citanya itu maka katalah Ya Allah,hidupkanlah aku jika hidup itu lebih baik untuk aku dan matikanlah aku jika mati itu lebih baik untukku”.
2. Harus bercita-cita dan berdoa untuk mati jika bimbangkan kemusnahan agamanya
a) Diharus untuk mati jika seseorang memohon untuk mati jika hidupnya akan merosakkan agama yang dianutinya iaitu agama islam.
b) Contohnya Maryam a.s memohon kematian atas dua sebab iaitu ia bimbang disangka sebagai penjahat lalu menimbulkan keaiban sehingga menyebakkan dalam fitnah.Yang kedua ia bimbang kaumnya akan mengada-adakan cerita menuduhnya berzina dimana ini akan menjadi punca dibinasakan

3. Mengingati mati,kelebihan dan persediaan untuknya
a) Rasulullah pernah bersabda;perbanyakkanlah mengingati perkara y menghancurkan kesedapan.yyakni kematian
b) Kelebihan mengingati kematian ialah mereka yang sentiasa mengingati kematian akan sentasa melakukan amal ibadat yang ikhlas kepada Allah.
4. Perkara yang mengingati kepada mati dan akhirat serta menzuhudkan kehidupan dunia.
a) Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud “aku pernah menghalang kamu daripada menziarahi kubur,maka sekarang ziarahlah kerana ia menimbulkan kezuhudan di dunia dan mengingati kepada akhirat”.
b) Orang yang keras hatinya hendaklah merawat hatinya dengan salah satu daripada 4 cara iaitu;
• Meninggal tabiat buruknya dengan menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu,ilmu yang ada nasihat,zikir dan sebagainya
• Mengingati mati.Dengan mengingati mati.Dengan mengingati mati akan menyebabkan ia mencela segala keseronokan dan meninggalkan rakan-rakan yang melalaikan
• Menyaksikan orang yang sakit mati.Melihat kepada mayat dan menyaksikan kesakitan dan nazaknya serta memerhatikan bagaimana rupanya setelah kematian akan menyebabkan hilang keseronokkanya kearah kemungkaran.
• Langkah-langkah ini akan menyebabkan hati yang keras menjadi lembut


5. Kematian orang mukmin dengan peluh yangkeluar membasahi dahinya
a) Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud “Perhatikan 3 perkara pada mayat ketika saat kematiannya.Jika memercik peluhdahinya dan berair dua matanya dan kering dua bibirnya ,maka ia rahmat dari Allah dan jika ia berdengkur seperti orang yang tercekik,merah warnanya dan pucat 2 bibirnya ,maka ialah adalah azab dari allah yang turun padanya”
b) Kematianorang mukmin diiringi oleh peluh yang keluar dari dahinya dimana ia mempunyai saki baki dosa lalu ia dibasahi ketika mati dengan disukarkan agar dosanya terhapus.

6. Kematian adalah kifarat terhadap orang mukmin
a) Kifarat bermaksud kesakitan-kesakitan yang menimpa orang islam semasa matinya.
b) Setiap manusia didunia ini akan merasai kematian.sakitnya mati itu bergantung kepada amalannya.jika baik amalannya maka mudahlah nnyawanya dicabut dan jika buruk amalannya maka sukar dan sakitlah nyawanya dicabut

7. Jangan mati melainkan dalam keadaan berbaik sangka dengan Allah
a) Berbaik sangka pada Allah sepatutnya semakin bertambah disaat hampir mati berbanbing dengan waktu sihat iaitu dengan mengharapkan Allah mengasihaninya ,menghapuskan dosanya dan memberikan keampunan kepadanya.
b) Orang yang ada dikeliling orang sakit juga hendaklah memperingatkan kepadanya tentang hal yang demikian agar nanti ia termasuk dalam senarai mereka yang disebut oleh Allah.
c) Abdullah bin Mas’ud berkata “tidakkah seorang berbaik sangka dengan Allah melainkan allah memberikan kebaikan kepadanya apa yang disangkanya kerana kebaikan itu berada ditangganya.

8. Orang mati diajar menyebut la ilaha illalah
a) Apabila seseorang telah hampir saat matinya iaitu dalam keadaan nazak,maka ajarlah dia untuk mengucap la ilaha illallah u bekalannya hari akhirat kelak
b) Para ulama mengatakan bahawa mengajar orang yang hampir mati dengan kalimat ini merupakan satu amalan sunnah yang diperolehi dari nabi dan umat-umat islam
c) Orang yang sedang nazak hendaklah berhati-hati dengan godaan syaitan kerana ia akan menganggunya dengan tujuan merosakkan akidahnya.

9. Siapa yang menziarahi simati jangan bercakap sia-sia
a) Apabila menziarahi simati hendaklah berbicara yang baik-baik sahaja kerana malaikat mengaminkan apa yang kita perkatakan.
b) Dengan berbicara perkataan yang baik maka simati akan dapat syafaat daripada itu.

10. Syaitan mendatangi orang yang mati
a) Sebelum nyawa manusia itu dicabut,syaitan akan duduk di sebelah kiri dan kanan untuk menghasut manusia yang akan mati itu.
b) Dengan rahmat Allah jibril datang lalu mengusir syaitan-syaitan dan menyapu kelesuan dari wajahnya lalu ia pun tersenyum

11. Kesudahan yang buruk dan segala amal dikira dengan kesudahan usia
a) Kesudahan yang buruk tidak berlaku tehadap orang yang beristiqamah pada amalan zahirnya dan elok amalan batinnya akan tetapi rosak akalnya atau berterusan melakukan kemungkaran.
b) Seseorang yang melakukan ibadat seperti bergi berazan di masjid maka dirinya mendapat sinaran orang yang beribadat dan jika dia pernah berniat untuk murtad sebelum mati dan belum sempat bertaubat maka dia akan tergolong dalam golongan kafir dan tidak dapat mencium bau syurga.
c) Manusia ditegah menmbangga diri dengan amalan yang dilakukan seperti solat,puasa dan sebagainya

12. Perutusan mati sebelum ajal
a) Malaikat telahpun mengutuskan mati sebelum ajalnya seperti penyakit,uban,tua,pudar pendengaran dan pengelihatan.
b) Oleh itu umat manusia perlu mengambil perutusan itu untuk menambahkan amalannya menuju kematian dan alam yang abadi.

13. Roh-roh saling bertemu di langit
a) Apabila roh orang mukmin dicabut maka ia disambut oleh ahli rahmat dari kalangan hamba-hamba Allah seperti mana mereka menemui orang yang membawa berita gembira di dunia
b) Allah telah menyediakan sebuah tempat dilangit yang ketujuh yang dipanggil dengan nama Baidha’.Disitulah bertemu roh orang mukmin
c) Disana,mereka akan berbual-bual tentang apa yang berlaku didunia.
d) Manusia yang melakukan kebaikan dan amalan akan bergembira dan berkongsi-kkongsi kegembiraan manakala orang yang banyak melakukan kemungkaran akan menangis dan bersedih-sedih melihat orang-orang mukmin.

14. Dimanakah roh apabila ia keluar dari tubuh
a) Roh diangkat oleh malaikat hingga ke hadrat Allah lalu Allah bertanyakan? Jika ia dari golongan yang berbahagia maka allah berfirman kepada malaikat;bawakan dia dan tunjukkan dia di tempatnya iaitu syurga.lalu mereka membawakan dia ke syurga selama jasadnya sedang dimandikan.Maka setelah jasadnya telah dimandikan dan dikaffankan,maka ia kembali menyusup masuk antara jasad dan kaffannya.Apabila ia diusung diatas keranda maka ia terdengar perbualan orang ramai samada baik atau buruk.Apabila ia sampai kekuburnya dan disembahyangkan maka roh itu dikembalikan ke jasadnya dan duduklah ia dalam keadaan mempunyai roh dan jasadnaya dan masuklah dua malaikat mengujinya.

15. Sifat malaikat maut ketika mencabut roh orang nukmin dan orang kafir
a) Malaikat yang mencabut nyawa orang mukmin akan berpenampilan cantik dan menarik disamping berbau wangi.Rupa pula seperti orang muda dan kulit bersih dan suci
b) Manakala malaikat yang datang mencabut nyawa orang kafir akan datang dalam keadaan yang begitu menyeramkan.kulitnya akan hitam seperti terbakar,dua kakinya akan berada di bumi dan kepalanya dilangit dalam keadaan rupa paling buruk dan busuk.Dibawah setiap bulunya terdapat api yang sedang marak.begitu menyeram sekali keadaannya.

16. Orang-orang mati saling menziarahi sesama mereka didalam kubur
a) Apabila mengafankan mayat saudara mu maka hendaklah diperkemaskan kafannya kerana mereka akan saling bermegah-megah dan saling berkunjungan didalam kubur nanti.Lebih elok jika dikafankan denagan pakaian solat.

17. Menyegerakan pengurusan jenazah dan ucapan oleh mayat
a) Sabda Rasulullah;”Segeralah menyempurnakan jenazah kerana jika dia seorang yang baik kamu hantarkannya ke tempat yang baik dan jika sebaliknya bererti kamu telah melepaskan keburukan dari leher-laher kamu”

KESIMPULAN;
Kesimpulannya disini,umat manusia perlulah sedar akan tanggungjawab masing-masing tanpa lalai mengingati mati.Kematian itu tetap akan berlaku.

Iman Anak Kunci Syurga

Oleh: Farizah Bt Abdul Latif

PENDAHULUAN;
Diantara banyak-banyak nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita,ada 1 nikmat yang amat bernilai dan paling berharga iaitu iman.Tanpa iman manusia tidak akan dapat ketenangan dan kebahagiaan hidup yang sebenar dan abadi.

Iman dari segi bahasa bermaksud ‘percaya’ manakala dari segi istilah pula bermaksud ‘Membenarkan dengan hati,melafazkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota’.Orang yang betul-betul beriman ialah mereka yang sentiasa melakukan pekerjaan hanya kerana Allah swt.Mereka sentiasa gembira walaupun pelbagai masalah dihadapi kerana dia percaya semua datangnya dari Allah swt untuk menguji keimanannya.Merekatidak terlalu mementingkan harta,pangkat dan darjat kerana itu semua hanya sementara dan tidak kekal .

Namun demikian pelbagai keraguan yang wujud dalam hati manusia.Contoh keraguan yang wujud dalam hati ialah ragu tentang kerasulan nabi dan rasul yang wajib diimani.keraguan lain yang wujud ialah ragu-ragu tentang Qada’ dan Qadar Allah swt.Contohnya suatu hari anaknya mati dilanggar kereta .Dengan sedih dan marah lalu terlintas dihatinya ‘kalau tak kerana kereta itu,anak aku tentu masih hidup’. Jika dia terus beranggapan begitu maka bia tergolong dalam golongan munafik.

Orang-orang munafik ialah orang yang melahirkan suasana islam tetapi menyembunyikan kekufuran.Orang munafik hakikatnya orang kafir.

Tangga-tangga iman
Iman terbahagi kepada 5 bahagian iaitu,iman taqlid,iman ilmu,iman ayyan,iman hak dan iman hakikat.
Iman yang pertama ialah iman taqlid.Iman ini juga disebut iman ikut-ikut.maksudnya orang yang beriman dengan semua rukun iman hanya mengikut-ikut orang lain.Contohnya jika ada yang bertanya “apa buktinya wujud Allah?” maka dia menjawab “saya dengar orang kata ada,saya pun kata adalah.”

Iman yang kedua ialah iman ilmu.Iman ini ialah iman yang berdasarkan ilmu.Ilmu ini ialah ilmu keimanan yang ada digariskan dalam islam.Iman ilmu merupakan ilman yang dipelajari dan difahami betul-betul dan diyakini bersungguh-sungguh maka jadilah ia seseorang yang mencapai iman ilmu.Iman ilmu wujud apabila mereka mengetahui tentang sifat-sifat yang wajib bagi Allah dengan dalil aqli dan dalil naqli secara ijmali.Seterusnya mengetahui sifat-sifat mustahil bagi Allah dan seterusnya mengetahui sifat-sifat harus bagi Allah.Orang yang beriman ilmu tidak mudah digoyangkan dan dihanyutkan oleh fahaman-fahaman lain kerana keyakinannya berasaskan kepada fikirannya,i’tikad orang berilmu disertai dalil yang kuat serta pegangan yang kukuh.Mereka mampu menentang yang anti ketuhanan dengan hujah-hujah yang menjadi keyakinan mereka selama ini.Fikiran mereka tidak akan menerima sebarang keraguan dan was-was yang timbul dari mana-mana pihak sekalipun.Seseorang yang beriman ilmu,imannya hanya beradadalam fikiran tidak didalam hati.

Iman yang ketiga ialah Iman Ayyan.Iman Ayyan ialah keyakinan yang bertempat dihati .Orang yang beriman Ayyan,keyakinan kepada Allah,malaikat dan lain-lain telah memenuhi ruangan fikitan dan hatinya.Ciri-ciri orang yang beriman ayyan ialah khusyuk dalam sembahyang,berpuasa,berzakat,menunaikan haji bagi yang mampu, serta sabar menanggung ujian Allah.



Tangga iman yang keempat ialah iman hak.Dalam istilah,iman hak juga disebut iman sebenar.Seseorang yang mencapai iman hak ialah seseorang yang dapat melihat Allah dengan mata hatinya dalam sebarang apa yang dilihat.Ini bererti seseorang itu akan segera teringat akan Allah setiap kali memandang atau terpandang apa sahaja ciptaan Allah.

Tangga iman yang terakhir ialah Iman Hakikat.Orang yang telah mencapai iman hakikat telah mencapai iman ilmu,iman ayyan dan iman hak.inilah iman yang yang sempurna .Iman ini merupakan iman yang tertinggi sekali dari iman-iman yang lain.Taraf iman ini dimiliki oleh para rasul,nabi-nabi dan juga wali Allah.

Cara-cara untuk mencapai iman
Setelah mengetahui tentang jenis-jenis iman tentu kita juga ingin memiliki iman yang tertinggi.Jadi penting untuk kita mengetahui cara-cara untuk mencapainya..Cara yang perlu diambil ialah dengan berjihad.Berjihad bukan sahaja menentang musuh dialam nyata sahaja tetapi juga pada makhluk lain.Jihad yang pertama ialah jihad menentang hawa nafsu.Melawan hawa nafsu sangat sukar kerana ia bukan seperti menentang manusia.Jika ingin menentang manusia kita Cuma perlukan peralatan seperti pistol,senapang,dan pedang tetapi nafsu tidak dapat dilawan begitu.Ini kerana nafsu berada dalam diri setiap manusia dan mengalir dalam darah.Jihad melawan nafsu merupakan jihad yang paling besar dalam

diri manusia.Jihad yang kedua ialah jihad melawan melawan syaitan.Syaitan sering menghasut manusia supaya jangan menyembah Allah.Orang yang terpengaruh dengan bisikan syaitan akan masuk kedalam api neraka bersama-sama syaitan di masa perhitungan nanti.Jihad yang ketiga ialah jihad menentang orang kafir dan jihad yang terakhir ialah jihad melawan orang munafik.

Perkara-perkara yang membatalkan iman.
Iman manusia boleh terbatal melalui 3 perkara iaitu melalui iktikad,perkataan dan perbuatan.
Iman terbatal melalui iktikad ialah kurang yakin atau ragu-ragu dengan satu atau lebih sifat-sifat yang wajib bagi Allah.ragu-ragu dengan perkara ghaib seperti hari akhirat wujudnya malaikat,alam barzakh juga boleh membuatkan iman kita terbatal.Seseorang yang ragu mengenai sifat-sifat rasul boleh menjadikan imannya terbatal.
Iman terbatal melalui perkataan pula apabila seseorang mengucapkan dengan lidahnya seperti mengatakan Allah zalim,kejam,tidak adil dan lain-lain.manusia juga dilarang mencaci dan mengutuk rasulullah.hal ini kerana perbuatan tersebut menjadikan seseorang itu terbatal imannya.Contoh lain adalah seperti menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan yang halal.
Dari segi perbuatan pula seperti sujud pada selain dari Allah,sama ada pada patung,pokok,matahari,langit dan lain-lain lagi.manusia juga ditegah merai dan

memperbesarkan hari agama lain seperti deepavali,taipusam dan lain-lain lagi.Remaja zaman sekarang terlalu mengikut dan meraikan perayaan seperti hari kekasih.Padahal ini tidak terkandung dalam Alquran dan as-sunnah.Perbuatan ini boleh membawa kepada maksiat dan zina.Sebab itulah ia ditegah dalarang sama sekali.Seseorang yang telah melakukan salah satu daripada perkara diatas dianggap murtad.Sesungguhnya dosa orang-orang murtad lebih teruk daripada orang kafir.Ini kerana perbuatan tersebut boleh dianggap sebagai mempersendakan agama islam.Kebanyakkan manusia tidak sedar akan kesalahan yang dilakukannya dan sering terpandang kesalahan orang lain.Bagai pepetah orang melayu pernah menyebut “Gajah depan mata tidak kelihatan tapi kuman diseberang tidak kelihatan.Sesiapa yang ingin mengetahui kelemahannya hendaklah dia melalui jalan-jalan ini.
• Jalan yang pertama ialah Duduk dihadapan guru.Guru yang dapat melihat keburukan dan kelemahan kita dapat menegur kesalahan kita dan menasihati kearah jalan yang benar.
• Jalan yang kedua ialah mencari teman yang benar.Kita hendaklah mencari teman yang bewawasan dan dapat mendorong kita kearah kebaikan dan kejayaan.
• Cara yang ketiga ialah dengan mengambil pengajaran daripada lidah musuhnya.Orang yang banyak mengambil manfaat dari lidah musuhnya yang melua-luap kemarahannya akan dapat mengetahui kekurangan dirinya kerana tabiat musuh suka menyebut segala keburukan orang yang ia musuhi.Oleh itu janganlah kita mempersia-siakan segala ucapan yang keluar dari lidahnya.



Manusia mempunyai pelbagai ragam dan perangai.Sikap yang buruk sukar dibuang.antara contoh-contohnya ialah seperti;
a) Bakhil
Sakap ini amatlah teruk kerana kita kita sebagai saudara dalam islam perlulah bersikap mesra antara sati sama lain.Sikap kedekut boleh menjatuhkan masyarakat islam.Kita perlu bersedekah jika berkemampuan.Oleh itu,harta yang banyak dapat dimanfaatkan untuk membina masjid dan membantu fakir miskin.
b) Sifat sombong.
Sifat sombong,takbur dan menunjuk-nunjuk adalah sifat mazmumah yang patut dikikis.Senyum juga dianggap sebagai satu sedekah.Malah senyum dapat menjadikan kita ceria dan kekal awet muda.Jika kita melakukan kesalahan sesama manusia hendaklah dengan segera kita meminta maaf.Dengan perkataan maaf ya disulami dengan hati yang ikhlas dapat menghapuskan dosa kita sesama manusia.
c) Takut
Sifat takut perlu dikikis dalam hidup kita.Perasaan takut terbahagi kepada 2 iaitu takut disuruh syariat dan takutyang dilarang syariat.Contoh takut yang disuruh syeriat ialah takut melakukan dosa dan kemungkaran manakala takut yang ditegah pula ialah takut kepada manusia,hantu,takut menegakkan kebenaran dan takut miskin.Tujuan melawan hawa nafsu adalah untuk membuang rasa takut yang dilarang dan diganti

dengan rasa takut yang disuruh.Kemuncak rasa takut ialah rasa takut kepada Allah swt.
d) Marah
Marah merupakan sifat mazmumah yang ditegah dan dibenci Allah dan rasul.Marah perlulah berpada-pada dan kena pada tempatnya.Perasaan marah dapat diatasi bila mengingati segala sesuatuyang berlaku adalah qudrah dari ilahi.

Mempertahankan iman
Iman perlu dipertahankan untuk mejamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat dan juga untuk mendapat keredaan Allah swt.Kita sebagai hamba Allah perlu beribadah untuk mendapat keredhaan Allah untuk memelihara dan mengawal iman.Ibadah yang dimaksudkan ialah dengan mendirikan benteng iman.Terdapat 5 benteng iman iaitu;
I. Yakin
Benteng yang pertama ialah yakin.Kita sebagai hamba Allah perlu yakin dengan segala kitab-kitab allah dan hadis rasulullah.rukun iman perlu diyakini dan jika salah satu rukun iman itu diragui maka rosaklah iman.


II. Ikhlas
Ikhlas ialah meniatlan apa yang dibuat dan apa yang ditinggalkan kerana Allah semata-mata.Menuntut ilmu jika diniatkan kepada Allah adalah dikira ikhlas sebaliknya kalau diniatkan untuk pandai,untuk mendapat pengikhtirafan manusia seperti ijzah dan berlumba-lumba untuk dinaikan pangkat atau wang,maka amalan itu dikira tidak ikhlas.
III. Mengerjakan amalan sunat
Iman dapat dikawal dengan mengerjakan amalan sunat.Amalan sunat ialah jika dilakukan mendapat pahala manakala jika ditinggalkan tidak mendapat apa-apa.Amalan sunat mempunyai dua fungsi utama iaitu;
• Menyempurnakan amalan wajib
• Meninggikan pangkat dan darjat di syurga
Tanpa ibadah wajib,ibadah sunat tidak sempurna seperti rumah tidak bertiang.
IV. Istiqomah beramal
Seseorang yang memiliki sifat ini sebenarnya membina benteng untuk mengawal imannya dari gangguan manusia.Amalan ini biarlah dilakukan sedikit asalkan kekal daripada banyak tetapi tidak berterusan.

PENUTUP
Melalui tajuk ini dapat disimpulkan bahawa iman amat penting untuk mendorong manusia kearah jalan yang benar dan diredhai Allah.Manusia perlu bijak memilih jalan mereka sendiri.Iman adalah mutiara didalam hati manusia.Iman tak dapat dijual beli.Jadi peliharalah iman dengan sebaik-baiknya.

Jual Beli Dalam Islam

Oleh: Muhammad Shafiq Bin Adon

PENDAHULUAN
Jika dipandang dari sudut sejarah bahawa wujudnya JUAL BELI adalah sama dengan wujudnya masyarakat manusia di alam ini, oleh kerana kelahiran Jual Beli adalah berpunca dari keinginan manusia untuk mengendali sesuatu benda yang tidak ada padanya secara pertukaran dengan benda yang ada padanya. Pertukaran ini timbul dari hajat seseorang kepada benda tersebut sehingga ia rela menukar benda itu dengan apa yang dimilikinya. Tanpa Jual Beli mesti tidak dapat seseorang itu mengendali sesuatu barang yang bukan haknya kecuali secara mencuri, samun, rompak, meminta dan mengemis.
Sejak berzaman-zaman lagi manusia mengenali Jual Beli dengan berbagai-bagai cara atau sistem yang sesuai diamalkan mengikut zaman masing-masing dan adat resam tertentu yang membayangkan keperluan dan suasana hidup mereka di zaman itu. Mengikut hasil kajian pakar-pakar Ekonomi bahawa jenis-jenis atau sistem asasi bagi Jual Beli yang lahir di kalangan masyarakat manusia sejak turun-menurun adalah melalui perubahan/peralihan berikut:-
1. Pertukaran Barangan
Sistem ini adalah sistem yang tertua dikenali oleh umat manusia, yang mana seseorang yang memerlukan sesuatu barang ia mencari orang yang memiliki barang tersebut untuk ditukar dengan sesuatu barang yang dimilikinya.Sistem ini menghadapi kesulitan yang mana orang tersebut terpaksa mencari pemilik barang yang hendak dibeli itu dan orang yang kedua juga memerlukan barang yang orang pertamahendak menjualnya.Oleh yang demikian untuk mengatasi kesulitan ini munculah sistem Jualan Terbuka.
2. Jualan Terbuka
Iaitu sistem Jual Beli melalui matawang yang mana manusia mula mencipta matawang untuk menjadi bahan tukaran menggantikan barang yang hendak ditukar dengan barang.Melalui matawang seseorang boleh membeli apa sahaja bahan yang ia perlu tanpa menukar dengan barang yang ada padanya dan juga tanpa menunggu adanya orang yang memerlukan barang tersebut, dan menjual barang yang dimilikinya dengan matawang yang boleh disimpan.

3. Pertukaran Matawang
Matawang yang dicipta mempunyai berbagai-bagai bentuk yang menunjukkan nilai harganya yang berlainan, dari jenis logam tertentu, dari sini munculnya keperluan seseorang kepada satu jenis matawang dengan nilai tertentu untuk memenuhi hasrat tertentu.Bagi memperolehi jenis matawang itu terpaksalah ia menukar jenis matawang yang ada padanya dengan jenis matawang yang diperlunya, sistem ini dikenali dengan Julai Beli Matawang atau Pertukaran Matawang.
4. Jual Salam
Asal usul Jual Beli dilakukan dengan secara tunai (pertukaran segera), akan tetapi hajat dan keperluan manusia tidak selalunya tercapai dengan segera, oleh itu perlu adanya sistem penangguhan di dalam melaksanakan Jual Beli tertentu, maka Jual Beli yang ditangguh penyerahan barang yang dijual dinamakan Salam atau Salaf.

TAKRIF JUAL BELI

Jual Beli iaitu Pertukaran Harta dengan Harta, atau Pertukaran Harta dengan harta dengan cara tertentu.
-Dimaksudkan dengan Harta atau Mal ialah barang yang berharga atau bernilai termasuk matawang.
Dari segi Akad bahawa Jual Beli terbahagi kepada dua bahagian, iaitu :-
i. Jual Beli yang Sah Akadnya iaitu yang sempurna rukun, syarat dan tidak berlaku perkara yang ditegah oleh Syarak berkaitan dengan Akad.
ii. Jual Beli yang tidak Sah Akadnya iaitu yang kurang rukun atau syarat, atau terdapat perkara yang ditegah oleh Syarak yang berkaitan dengan Akad.

Erti Rukun
Ciri-ciri terpenting bagi wujudnya sesuatu amalan atau pekerjaan. Dengan wujudnya rukun maka wujudlah amalan itu dan dengan ketiadaan rukun tidak wujudlah amalan tersebut umpamanya tanpa pembeli tidak wujudlah Jual Beli.
Erti Syarat
Ciri-ciri yang menentukan Sah atau Tidak Sah sesuatu amalan atau pekerjaan. Tanpa syarat yang sempurna maka tidak sah amalan berkenaan sekalipun dengan ada rukun yang lengkap padanya, umpamanya si penjual seorang yang gila, maka tidak sah jual beli tersebut oleh kerana syarat sah jual beli hendaklah kedua belah pihak terdiri dari orang yang berakal.
Pembahagian Jual Beli seperti di atas memberi kesan kepada pemindahan Hak Milik penjual kepada pembeli dan sebaliknya yang mana hanya pemindahan Hak Milik dari Akad Jual Beli yang sah sahaja diakui oleh Syarak.

RUKUN JUAL BELI
 Penjual iaitu : Tuan punya barang
 Pembeli iaitu : Tuan punya wang
 Barang yang dijual
 Harga
 Sighah
Erti Sighah:-
Perkataan yang dilafazkan oleh kedua belah (penjual dan pembeli atau wakil mereka) sebagai tanda persetujuan mereka bagi melangsungkan jual beli tersebut. Ucapan yang pertama dilafazkan sama ada dari penjual atau pembeli, dinamakan Ijab dan yang kedua, sebagai jawapan kepada yang pertama dinamakan Qabul.

HUKUM JUAL BELI

Hukum Jual Beli adalah Halal dalam Islam sekiranya sempurna Rukun yang tersebut di atas dan syarat-syarat yang berkaitan dengan Rukun tersebut. Firman Allah s.w.t.
Bermaksud:-
“Pada hal Allah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba.:
(Surah Al-Baqarah ayat 275)

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda ketika menjawab soalan tentang jenis pekerjaan yang lebih baik
maksudnya:
“Pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri dan setiap jual beli yang bersih.”
Dimaksudkan dengan “bersih” ialah yang lengkap dengan syarat-syarat, oleh kerana syarat yang ditetapkan oleh Syarak itu adalah untuk mengelak dari berlakunya perkara-perkara yang dilarang oleh Islam seperti penipuan, paksaan, perjudian, riba dan sebagainya.

Syarat Bagi Penjual / Pembeli
• Hendaklah kedua-duanya terdiri dari mereka yang boleh dipertanggungjawab iaitu sempurna akal fikiran, cukup umur, pintar. Bagi mereka yang tidak memenuhi syarat ini seperti; orang gila, kanak-kanak, dan yang lemah akal maka hendaklah bapa atau penjaga mereka menjalankan upacara Jual Beli itu bagi pihak mereka.

• Tidak disekat dari menguruskan mua’amalat. Mereka yang disekat dari menguruskan mua’amalat ialah orang yang safih iaitu membelanjakan hartanya dengan cara membazir atau tidak munasabah, dan muflis iaitu orang yang disekat dari menjalankan mua’amalat kerana hutang yang berlebihan atau bankrap.

• Tidak dipaksa oleh mana-mana pihak bagi menjalankan Akad tersebut, oleh kerana keredhaan atau kerelaan adalah menjadi dasar Jual Beli dalam Islam sepertimana firman Allah s.w.t.
bermaksud:-

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu”.
(Surah An-Nisa’ : ayat 29)

Oleh itu sebarang Jual Beli yang dilakukan dengan paksaan ke atas penjual atau pembeli dari mana pihak jua adalah tidak sah dan tidak berhasil pemindahan hak milik kedua belah pihak (penjual dan pembeli).

Syarat Bagi Sighah (Ijab / Qabul)
Tujuan diadakan Ijab / Qabul ialah untuk melahirkan kerelaan / keredhaan kedua belah pihak (penjual / pembeli) yang menjalani Akad berkenaan serta menerima implikasinya. Oleh yang demikian setiap perkataan / tulisan / syarat (bagi yang bisu) hendaklah memberi kefahaman bahawa Jual Beli berkenaan telah dilaksanakan dengan berlakunya Akad tersebut seperti dengan menggunakan perkataan: Saya jual / saya beli dan perkataan yang seumpamanya yang mempunyai erti Jual Beli.
• Syarat ini juga ada hubungannya dengan syarat “tidak dipaksa” iaitu Ijab Qabul yang terbit dari penjual dan pembeli atau wakil mereka tidak berlaku dengan secara paksa

• Adalah sempurna Ijab / Qabul dengan perkataan / tulisan / isyarat yang boleh difaham sebagai berjanji hendak menjual / membeli seperti: Saya akan menjual / akan membeli atau menyuruh seperti juallah / belilah

• Perbezaan antara Perjanjian Jual Beli dengan Akad Jual Beli iaitu kedudukan Perjanjian samalah dengan Pertunangan dalam nikah kahwin, yang mana salah satu pihak belum diberi kuasa memindah milik atau kuasa memiliki hak milik pihak yang satu lagi semata-mata dengan melalui perjanjian tersebut, adapun Akad , sama ada Jual Beli atau nikah, iaitulah kata pemutus kedua belah pihak, yang memberi kesan di atas bahan atau diri yang diakadkan dari segi kuasa atau pemindahan milik ; umpamanya dengan selesainya akad nikah kedua pasangan yang dinikahkan itu telah menjadi halal untuk hidup sebagai suami isteri, begitu juga dengan selesai akad jual beli si pembeli menjadi tuan punya barang yang dibelinya.

• Sah Ijab / Qabul tanpa sebuatan dan memadai dengan mengambil barang serta membayar wang mengikut harga yang ditetapkan. Jualan seperti ini terkenal dengan nama Bai’ut Ta’ati dan berlaku pada bahan-bahan yang rendah harganya seperti bahan keperluan harian dan yang telah diletak tanda harga.

• Pada zaman sekarang banyak berlaku Bai’ut Ta’ati khususnya di pusat-pusat membeli belah, yang mana setiap barang jualan dilekatkan penunjuk harga, setiap pengguna mengambil barang yang diperlukan dan membawa ke kaunter pembayaran, dijumlah harga barang-barang itu lalu dibayar oleh pengguna itu. Jualan seperti ini adlaah sah di sisi Syarak oleh kerana telah tercapai persetujuan kedua belah pihak iaitu penjual (tuan punya barang) yang meletak barang nya di tempat itu dengan tanda harga untuk dijual, dan pembeli mengambil barang itu setelah dilihat harganya dan bersetuju membelinya, maka perbuatan tersebut membuktikan persetujuan kedua belah pihak untuk berjual beli barang tersebut.

• Ada barang yang mahal harganya seperti rumah, tanah dan sebagainya perlulah mengadakan Ijab / Qabul yang khusus bagimya untuk mengelak dari pertelingkahan yang tidak boleh diselesaikan.

• Hendaklah diselaraskan kandungan Ijab / Qabul dari segi sebutan barang, harga dan sebagainya.


• Tidak sah Akad Jual Beli yang Ijab / Qabulnya tidak selaras misalnya; si penjual menyebut harga barang itu $50.00 dan si pembeli mengqabulkannya dengan harga $40.00 maka Akad tersebut tidak sah oleh kerana tidak tercapai kata sepakat / persetujuan di antara kedua belah pihak.

• Boleh dijual beli beberapa jenis barang dengan hanya satu Akad sahaja sama ada diterangkan harga bagi tiap-tiap jenis atau tidak. Di dalam keadaan seperti ini si pembeli hendaklah menerima semua barang tersebut.


Majlis Akad

• Pertemuan antara kedua belah pihak (penjual dan pembeli) untuk menjalankan Akad Jual / Beli di atas barang tertentu. Majlis Akad tidak semestinya dalam satu bilik atau dewan bahkan boleh di mana-mana sahaja.

• Pertemuan ini tidak semestinya secara menghadirkan diri di suatu tempat tertentu; akan tetapi boleh berlakunya Akad melalui surat, maka Majlis Akad bermula sebaik sahaja surat tersebut diterima oleh pihak kedua dan selesai membacanya; telefon, maka majlis bermula dengan penerimaan panggilan dari pihak kedua.

• Berakhirnya Majlis Akad dengan berpisahnya diri kedua belah pihak (penjual dan pembeli), beredarnya pihak kedua dari tempat bermulanya Majlis Akad melalui surat atau telex dan memutuskan hubungan telefon oleh salah satu pihak.

• Oleh yang demikian tidak berakhir Majlis Akad selagi kedua-dua belah pihak tidak berpisah sekalipun mereka bersama-sama meninggalkan tempat tersebut dan bersama-sama pergi ke tempat lain.

• Adapun Akad melalui surat dan telex maka tempat yang bermulanya Akad sahaja dikira Majlis Akad.

• Perlunya dihadkan Majlis Akad adalah untuk tujuan :-

1. -Memberi masa kepada pihak kedua untuk berfikir sama ada hendak menerima atau tidak jual / beli berkenaan setelah diijab oleh pihak pertama. Sekiranya dipilih menerima bolehlah ia mengqabulkan Ijab tersebut selagi mereka berada di Majlis Akad walau berapa lama sekalipun jarak masa antara Ijab dan Qabul itu.

2. -Memberi peluang kepada pihak pertama untuk menarik balik Ijabnya sebelum diqabulkan oleh pihak kedua.


3. -Kedua belah pihak boleh membubarkan Akad Jual Beli mereka selagi masih berada dalam Majlis Akad.

• Semua Akad Jual Beli mula berjalan kuatkuasanya sebaik sahaja kedua belah pihak bersetuju tidak ada pilihan yang lain dari Akad tersebut atau dengan perpisahan mereka dari Majlis Akad setelah selesainya Ijab/Qabul.


• Sebarang syarat yang dibuat semasa Ijab / Qabul yang mendatangkan manfaat dan tidak bercanggah dengan dasar Jual Beli adalah diterima, ini berdasarkan kepada kaedah.
sabda Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud : - Orang-orang Islam berpegang kepada syarat-syarat mereka kecuali syarat yang menghalalkan perkara yang haram atau mengharamkan perkara yang halal(3),seperti :-

1. Syarat yang ada kaitan dengan Akad itu sendiri; umpamanya syarat tidak menyerah barang sehingga pembeli menjelaskan semua harga barang tersebut.

2. Syarat yang memperkuatkan lagi implikasi Akad umpamanya bagi menjamin hak penjual, mengenai pembayaran harga dalam jualan tangguh, maka penjamin hendaklah terdiri dari individu tertentu.

3. Syarat-syarat yang biasanya dikenakan mengikut Uruf masyarakat / perniagaan di zaman tertentu, umpamanya mensyaratkan bayaran dengan melalui Letter of Credit di kalangan peniaga-peniaga. Ini berdasarkan kepada kaedah.


Syarat Bagi Barang Yang Dijual

 Barang yang hendak dijual mestilah ada pada masa Akad dijalankan sekalipun tidak dihadirkan barang itu di Majlis Akad (kecuali Jual Salam).

 Pada asalnya jual beli adalah secara tunai, akan tetapi setelah menempuhi beberapa masalah dan perubahan dalam masyarakat maka munculnya Jual Salam iaitu jualan dengan ditangguh penyerahan barang hingga pada masa tertentu, dan jualan Dengan Bayaran Harga Tangguh.

 Sejak masa kebelakangan ini kita berhadapan dengan satu lagi jenis jual beli, yang mana barang yang hendak dijual belum ada di waktu Akad dan akad diproses berikutan dengan Akad tersebut, dan sebahagian dari harganya dibayar semasas Akad adapun yang bakinya dibayar sewaktu penyerahan barang atau semasa barang itu diproses dengan cara berperingkat, maka jualan seperti ini dinamakan iaitu : Tempahan dan hukumnya adalah Sah (1).

 Penjual berkuasa menyerahkan barang itu kepada pembeli. Oleh yang demikian tidak sah menjual barang yang tidak dimiliki oleh si penjual sama ada barang tersebut tidak dimiliki oleh sesiapa, seperti burung yang sedang terbang bebas, atau yang dimiliki oleh orang lain; jualan ini terkenal dengan nama Al Fudhuli, kecuali jika diwakili oleh tuannya untuk dijual.

 Barang itu terdiri dari Harta yang bernilai.

Dimaksudkan dengan “harta yang bernilai” ialah sesuatu barang yang boleh memberi manfaat kepada pemberi atau orang lain sama ada semasa membelinya atau di masa akan datang, dan penilaian tersebut diakui oleh Syarak, oleh itu tidak sah jual beli bahan najis yang tidak boleh dibersihkan seperti arak dan sebagainya dan bahan yang diharamkan, oleh kerana bahan, najis dan bahan yang haram tidak dianggap harta di sisi Syarak, begitu juga bahan yang tidak ada manfaat(1).

 Barang itu adalah jelas pada pengetahuan pihak pembeli sama ada dilihatnya atau contohnya semasa Akad atau sebelumnya, sekiranya barang itu tidak mungkin berubah sifat, atau dengan dijelaskan sifatnya semasa Akad.


Syarat Bagi Harga

• Harga barang yang dijual hendaklah disebut semasa Akad.

• Hendaklah dijelaskan jenis matawang kecuali jika wang tersebu dilihat semasa Akad, maka memadai dengan ditunjuk sahaja.

• Boleh dijual barang dengan bayaran harga tangguh dengan syarat :-
 Jelas tempoh pembayaran dan cara-caranya.
 Permulaan tempoh dikira dari tarikh penyerahan barang yang dijual
 Tidak boleh diikatkan tempoh kepada musim yang tidak tetap.
Nota: Penangguhan penyerahan barang yang dijual hingga ke masa yang ditetapkan sahaja seperti Jual Salam adalah sah, atau penangguhan pembayaran harga juga sah. Akan tetapi penangguhan penyerahan barang dan pembayaran harga di dalam satu Akad jual beli adalah tidak sah, Oleh kerana Rasulullah s.a.w. menegah jual beli tangguh dari kedua belah pihak (penjual dan pembeli).
• Kuasa penjual ke atas harga bermula sebaik sahaja selesai Akad sekalipun belum diserahkan kepadanya, oleh yang demikian bolehlah ia memindahkan pembayaran harga itu kepada orang lain secara Hiwalah.

• Serah menyerah tidaklah menjadi syarat jual beli, akan tetapi tidak selesai sesuatu upacara jual beli tanpa serah menyerah barang yang dijual kepada pembeli. Selesai serah menyerah barang yang dijual kepada pembeli. Selesai serah menyerah dengan izin penjual kepada pembeli untuk mengambil barang yang dijual tanpa sebarang gangguan, dengan yang demikian, dianggap pembeli mengambil barang tersebut.

Berhasilnya penyerahan dengan berbagai cara :-

 Penyerahan tanah memadai dengan keizinan penjual kepada pembeli bagi mengendalinya.

 Penyerahan rumah atau kawasan yang berpagar dengan masuk / beradanya pembeli dalam kawasan tersebut. Adapun rumah adalah dengan menyerah kunci kepada pembeli.

 Penyerahan binatang ternakan yang jinak dengan memegang kepala atau telinganya atau talinya dan diserah kepada pembeli. Adapun yang liar memadai dengan izin penjual kepada pembeli mengambilnya dengan apa cara jua.

 Penyerahan bahan-bahan sukatan hendaklah disukat, timbangan dengan ditimbang atas arahan pembeli dan dimasukkan ke bekasnya untuk dikendalikan oleh pembeli.

 Penyerahan juga berhasil dengan diberi barang itu oleh penjual kepada pembeli atau diambil oleh pembeli tanpa sebarang halangan dari penjual.


• Cara-cara serah menyerah seperti yang tersebut di atas adalah cara yang dilaksanakan sejak zaman yang lampau. Cara penyerahan mungkin berubah dari satu masa ke satu masa mengikut adat kebiasaan atau Uruf pada masa tersebut, oleh yang demikian Syarak menerima cara serah menyerah yang baru itu berdasarkan kepada kaedah :-
Ertinya :- Tidak disangkal perubahan hukum-hukum dengan sebab perubahan masa
• Oleh itu penyerahan tidaklah terhad dengan cara tertentu sahaja untuk setiap generasi di setiap zaman dalam semua keadaan , oleh kerana tujuan dari serah menyerah ialah : Pengendalian pembeli terhadap barang yang dibeli itu dengan sepenuhnya, setelah berlakunya pemindahan hak milik melalui Akad jual beli, tanpa sebarang halangan atau gangguan dari pihak penjual. Maka tujuan tersebut berhasil dengan apa cara jua sama ada perbuatan, perkataan, atau tulisan, dengan secara demikian hasrat penjual dan pembeli tercapai dengan sepenuhnya.

• Penjual berhak menahan barang yang dijual dari diserahkan kepada pembeli dalam keadaan jualan tunai sehingga pembeli menyerah harga barang tersebut sepenuhnya. Ada pun dalam jualan tangguh, penjual tidak berhak berbuat demikian, begitu juga sekiranya jualan tunai diubah menjadi jualan tangguh.

• Oleh kerana di dalam jualan tunai serah menyerah hendaklah disegerakan supaya kedua belah pihak (penjual dan pembeli) dapat mengendalikan hak masing-masing sepenuhnya, maka tanpa penyerahan harga dengan sepenuh bererti hak penjual ke atas barang tersebut sehingga selesai pembayaran harga dengan sempurna. Adapun berkenaan dengan jual tangguh yang mana penjual tidak berhak menahan penyerahan barang oleh kerana ia telah bersetuju dengan penangguhan bayaran harga hingaa ke tarikh yang ditetapkan, maka gugurlah haknya untuk menahan penyerahan barang tersebut atas dasar bayaran harga belum selesai.

• Tempat penyerahan barang yang dijual ialah di mana berlakunya upacara Akad, kecuali jika dipersetujui bahawa penyerahan dilakukan di tempat lain maka barang itu hendaklah diserah di tempat yang dipersetujui.

• Semua perbelanjaan yang berhubung dengan pembayaran harga adalah ditanggung oleh pembeli, dan semua perbelanjaan yang berhubung dengan penyerahan barang ditanggung oleh penjual; kecuali ada persetujuan selain dari yang tersebut maka hendaklah diikut butir-butirnya.

• Lain-lain perbelanjaan untuk menyelesaikan urusan jual beli seperti perkara-perkara yang berhubung dengan pendaftaran, cukai setem dan sebagainya adalah mengikut kebiasaan / Uruf yang dijalankan di dalam masyarakat tertentu sama ada di tanggung oleh penjual atau pembeli atau ditanggung bersama, kecuali pada perjanjian yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak maka wajib ditepati perjanjian tersebut.

• Sekiranya berlaku kemusnahan ke atas barang yang dijual sebelum diambil alih oleh pembeli, maka ditanggung oleh penjual. Adapun selepas diambil alih maka menjadi tanggungan pembeli. Ini adalah salah satu kesan daripada serah menyerah , oleh kerana barang tersebut sebelum dikendalikan oleh pembeli adalah menjadi tanggungjawab penjual walaupun barang itu telah berpindah milik dengan selesainya Akad.

• Sekiranya berlaku kemusnahan ke atas barang yang hendak dijual di tangan pembeli semasa tawar menawar, sebelum Akad, pada hal harganya telah ditetapkan oleh penjual, maka hendaklah diganti oleh pembeli, dan sekiranya harga belum ditetapkan oleh penjual, maka pembeli tidak dikenakan ganti kecuali jika kemusnahan tersebut disengajakan oleh pembeli.

Perjalanan Istimewa Isra Mikraj

Oleh: Muhammad Shafiq Bin Adon

27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj.
Perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.Firman Allah bermaksud: "Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabinabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Isra', ayat 1)Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.
Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa.
Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia.
Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti. Firman Allah bermaksud:Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad SAW) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. "Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.
"Penglihatan (Muhammad SAW) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. "Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya." - (Surah an-Najm, ayat 13-18).
Antara pengajaran dalam peristiwa itu ialah mengenai wanita. Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW turut melewati satu kawasan berbau sungguh harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril kawasan
apakah yang sedang mereka lalui. Jibril menjawab: "Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga." Beliau ialah adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah, mempunyai semangat kuat dan jiwa keIslaman sehingga mampu menafikan keangkuhan Firaun. Masyitah ialah pelayan raja. Beliau adalah seorang rakyat yang masih sedar dan beriman kepada Allah tetapi disebabkan kekejaman Firaun, beliau dan ramai lagi terpaksa menyembunyikan keimanan mereka.

Pada suatu hari, ketika Masyitah menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama Allah.Apabila puteri itu mendengar perkataan “Allah”, dia bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu. Masyitah pada mulanya enggan menjawab tetapi selepas didesak berkali-kali, beliau akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.
Puteri itu mengadu kepada Firaun mengenai perkara itu menyebabkan Firaun terlalu marah apabila mengetahui Masyitah menyembah tuhan selainnya.Masyitah dipaksa Firaun memperakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan, tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah."
Perkataan itu menimbulkan kemarahan Firaun, lalu memerintahkan dibuat patung lembu daripada tembaga untuk diisi minyak bagi merebus Masyitah. Menteri Firaun, iaitu Hamman, salah seorang penghuni neraka, diperintahkan Firaun untuk membunuh Masyita. Firaun memerintahkan patung lembu itu diletakkan di atas api sehingga panas menggelegak dan mengarahkan Masyitah dan ahli keluarganya dilontar seorang demi seorang.Pada waktu giliran bayinya hendak dimasukkan ke dalam lembu itu untuk direbus, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada kemahuan Firaun kerana terlalu sayangkan anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah, berlaku kejadian
luar biasa apabila bayi itu dengan fasih berkata: "Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di atas (jalan) kebenaran."
Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah Tuhan Yang Esa dan Firaunhanya manusia biasa. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun.
Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh
seluruh manusia melalui peristiwa Israk Mikraj.
Semua ahli keluarga Masyitah mendapat balasan syuhada daripada Allah kerana mempertahankan akidah sehingga mati.
Dalam perjalanan itu, Baginda turut diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita yang membuatkan Rasulullah SAW menangis setiap kali mengenangkannya.
Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.
Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.
Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.
Selain itu, Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.
Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta. Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Isra' Mikraj Rasulullah SAW

RASULULLAH saw mengalami
pembedahan dada / perut, dilakukan oleh jibril, mika`il dan satu malaikat yang
lain. Hati baginda saw dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah)
iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu,
dan iman.ke dalam dada Rasulullah saw. Selesai pembedahan, didatangkan bintang
Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang
dinamakan "Isro'"

Isro' (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masdil-Aqsha):

Sepanjang perjalanan (Isro') itu Rasulullah saw diiringi (ditemani) oleh Jibril a.s dan Israfil a.s. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat- tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersembahyang dua rakaat. Antara tempat- tempat berkenaan ialah: Madyan dan Tursina, yaitu tempat nabi Musa as berbicara (munajat) dengan Allah; Baitul-Laham (tempat nabi 'Isa a.s dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah saw menghadapi gangguan jin 'Ifrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah- olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Raslulullah saw dibertahu oleh Jibril : Itulah kaum yang berjihad fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

Tempat yang berbau harum. Rasulullah saw diberitahu oleh jibril : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai tuhan).

Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibril meberitahu Rasulullah : Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).


Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau separti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu neraka jahannam. Kata Jibril : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril : Itulah orang yang makan riba`.

Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril : Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali separti biasa. Kata Jibril: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibril : Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibril : Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatiankepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah saw tidak menghiraukannya. Kata Jibril: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

Tiba di masjid al-Aqsha, Rasulullah turun dari buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi ma`mum.

Rasulullah saw terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibril: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Mi'roj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan mi'raj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah saw dan Jibril a.s. naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama:
Rasulullah saw dan Jibril masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan nabi Adam a.s.

Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua:
Nabi saw dan Jibril naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan nabi 'Isa a.s dan nabi Yahya a.s.

Langit Ketiga:
Naik langit ketiga. Bertemu dengan nabi Yusuf a.s.

Langit Keempat:
Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan nabi Idris a.s.

Langit Kelima:
Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan nabi Harun a.s yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam:
Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan nabi-nabi. Seterusnya dengan nabi Musa a.s. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibril) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh:
Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan nabi Ibrahim Khlilullah yang sedang bersandar di Baitul- Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah saw, nabi Ibrahim a.s. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga yaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, nabi Irahim a.s bersabda, "Sampaikan salamku kepada umahmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanaman- ya ialah lima kalimah, yaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibril masuk ke dalam Baitul-Makmur dan sholat. (Baitul- Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kedelapan:
Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu : Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata- permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah s.a.w dapat menyaksikan pula sungai al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan:
Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, yaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.


Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul- Arbab lalu dapat menyaksikan Allah Subhanahu wa Taala dengan mata kepalanya, lantas sujud.

Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul- Nya:
Allah S.W.T: Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembiran dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar.
Aku kurniakanmu panji- panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah s.a.w di bawa menemui nabi Ibrahim a.s kemudian nabi Musa a.s. Nabi Musa a.s. menyuruh Rasulullah s.a.w merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mi'roj:
Rasulullah a.s turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peistiwa Isro'-Mi'roj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rajab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu a'lam.




Isro' dan Mi'roj
Salah satu peristiwa besar dalam sejarah Islam terjadi dalam bulan Rajab, yaitu mukjizat Isro' dan Mi'roj yang berlaku pada 27 Rejab. Firman Allah SWT dalam al-Isro', ayat 1 bermaksud :

"Maha Suci Allah yang menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya, Allah jualah yang amat mendengar lagi maha mengetahui."

Berdasarkan ayat itu, ulama sependapat bahawa Isro' dan Mi'roj terjadi terhadap Rasulullah SAW adalah dengan roh dan jasad walaupun ada mendakwa kejadian itu berlaku dengan roh saja. Isro' berarti berjalan di malam hari dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Mi'roj pula berarti diangkat ke alam ghaib melalui langit yang berlapis-lapis dengan keizinan Allah SWT.

PERJALANAN Isro' berarti berjalan di malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin). Ketika Rasulullah SAW diIsro'kan pada malam itu, baginda terlebih dahulu mengalami penbedahan dada, dilakukan oleh Malaikat Jibril dengan mengeluarkan segala kotoran dan diisi dengan iman dan hikmah, kemudian dibersihkan hati baginda dengan air zamzam dan dkembalikan semula.

Dengan kendaraan dinamakan 'Buraq', Rasulullah ke Baitulmaqdis dan di Masjidil Aqsa, Rasulullah mengerjakan solat 2 rakaat sebelum Jibril menghidangkan dua jenis minuman khamar (khamr dalam bahasa Arab yang bermaksud sesuatu yang memabukkan, dalam konteks ni merujuk kepada air yg memabukkan) dan susu. Lantas Baginda memilih susu. Jibril berkata:

"Benar, engkau telah memilih air susu adalah lambang kesucian dan seandainya engkau mengambil minuman keras niscaya akan tersesatlah engkau dan umat engkau."

Ketika Mi'roj pula, Rasulullah menempuh perjalanan melalui tujuh lapis langit ditemani oleh Jibril. Langit pertama dimuliai oleh Adam, langit kedua Nabi Yahya dan Isa, langit ketiga Nabi Yusuf, langit keempat Nabi Idris, langit kelima Nabi Harun, langit keenam Nabi Musa dan langit ketujuh Nabi Ibrahim di Baitul Makmur. Malah ditempat lebih tinggi dari langit ketujuh itulah, Allah menyampaikan perintah mulia untuk Baginda dan umatnya,yaitu mengerjakan solat.Pada mulanya, perintah solat wajib itu menghendaki ia dilaksanakan 50 kali sehari semalam tetapi selepas nabi Musa menasihatkan Rasulullah supaya meminta dikurangkan kerana ia percaya umat Nabi Muhammad tidak akan berdaya melakukannya ,akhirnya mendapat keringanan Allah SWT untuk mengerjakan lima waktu solat saja. Selepas perintah solat itu, Rasulullah kembali kedunia dan tiba di Makkah ketika subuh. Begitulah perjalanan dari Makkah ke Palestin, kemudian naik kelangit dan lebih tinggi sebelum menerima perintah solat.

Peristiwa Isro' dan Mi'roj ini tidak akan dapat diyakini kebenarannya jika kita bersandar kepada fikiran sahaja, tetapi hendaklah diyakini berdasarkan iman dan pegangan kepada Islam serta kebenaran Rasul.Sesungguhnya, mukjizat Isro' dan Mi'roj memperlihatkan kekuasaan Allah SWT.

PERISTIWA
Menerusi peristiwa Isro' dan Mi'roj kita diceritakan berbagai kisah yang dilihat oleh Rasulullah. Hadis At-Tabrani dan Al-Bazar menjelaskan Rasulullah melihat:

1.Satu kaum yang bercucuk tanam dan menuai hasil pada hari yang sama (menanam, menuai dan kemudian mengeluarkan hasil).Mereka ialah orang yang berbelanja Fisabilillah yang menerima ganjaran yang besar di sisi Allah hingga 700 kali ganda.

2.Kaum yang menghempap kepala kebatu kemudian pecah berkecai, ia bercantum semula.Meraka adalah kaum yang malas mengerjakan solat fardu. Contohnya, bila sakit tinggal solat, ada masa buat, tak ada masa tak buat, bila berjalan jauh tinggal solat, sibuk bekerja tinggal solat, kenduri tinggal solat , bila berlaku kematian tinggal solat dengan alasan sibuk dan sebagainya.

3.Kaum yang berpakaian koyak di hadapan dan belakang, makan pohon yang berduri, daun yang pahit dan batu-batu Jahannam. Mereka adalah kaum yang tidak membayar zakat.

4.Kaum yang ditangan ada daging busuk dan baik , kemudian mereka memilih yang busuk adalah kaum yang ada isteri atau suami tapi suka berzina dengan orang lain.

5.Kaum yang kumpul kayu besar dan tak larat mamikulnya tetapi ditambah lagi.Mereka adalah kaum yang suka ambil amanah tapi tak menunaikannya.

6.Kaum yang menggunting bibir mulut mereka. Mereka adalah orang yang suka sambung fitnah atau menambah.

7.Ditunjukkan juga syurga yang tidak dapat digambarkan keindahannya.

8.Ditunjukkan juga lembah neraka yang busuk.

Hadis di riwayatkan oleh Abu Said dan di keluarkan oleh Baihaqi pula menceritakan Rasulullah melihat:

Melihat kaum yang buncit perut,cuba berdiri kemudian tersungkur ke hadapan.Mereka adalah orang yang makan riba. Melihat satu kaum yang bibir setebal bibir unta, menelan bara api dan keluar ikut dubur.Mereka adalah orang yang makan harta anak yatim. Melihat satu kaum yang memotong daging rusuk dan dimakannya.Mereka adalah orang yang suka menabur fitnah dan menganiayai orang lain.


Hadis oleh At-Tarmizi dari Ibnu Mas'ud pula menceritakan :

Rasulullah apabila berjumpa Nabi Ibrahim telah dipesankan: " Anjurkan umatmu memperbanyak-kan tanaman di syurga. Rasulullah bertanya apakah tanamannya, jawabnya Ucapkanlah "Subhanallah Walhamdulillah walailaha illallahu Allahu akbar, wala haula wala quwatailla billah."
"Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. " ( As-Syu'Araa, 214)


PERINGATAN BESAR BUAT KAUM WANITA

Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah. Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk aku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi SAW.

"Siapa yang dipintu itu?"

Maka sahut Siti Fatimah; "Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau ya Rasulullah".

Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat. Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya;

"Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau menangis?"

Maka sabda Rasulullah SAW.;

"Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam Mi'roj, beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa".

Berkata Sayyidina Ali RA.;

"Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?"

Maka sabda Rasulullah SAW.;

Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya; dan

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih) segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan darahnya; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar (menggelupur) separti terkena penyakit yang besar; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan

Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya; dan lagi

Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya separti kepala babi dan tubuhnya separti tubuh keldai dan di atasnua itu beribu-ribu warna daripada azab; dan

Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api} daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.

Kata Sayyidina Ali RA;

Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;

"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan berbagai-baga siksaan itu?"

Maka sabda Nabi SAW.;

Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup ramb tnya daripada lelaki yang haram memandang dia,

Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.

Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguh nya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang lain] dengan tiada izin suaminya.

Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.

Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia (ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringan akan sembahyang.

Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).

Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya separti kepala babi dan tubuhnya separti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.

Dan adapun perempuan yang separti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki

SEMOGA MAMPU MEMBERIKAN PERINGATAN KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKELIAN