Aqidah Islam

Oleh: Khairul Anuar Bin Abdul Halim

ABSTRAK

Akidah (keimanan) ialah yang mana amat penting dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Ini kerana keimanan seseorang itu merupakan tunjang bagi dari syariat-syariat Islam. Pengertian akidah trdiri dari enam perkara iaitu;
1) Ma’rifat kepada Allah
2) Ma’rifat kepada Alam
3) Ma’rifat kepada kitab-kitab Allah
4) Ma’rifat kepada nabi dan rasul
5) Ma’rifat kepada hari Akhirat
6) Ma’rifat kepada Qada’ dan Qadar

Ini semua amat penting sebagai pengetahuan bagi setiap umat Islam. Kesimpulannya,akidah merupakan perkara asas yang patut dimiliki oleh setiap individu yang beragama Islam.

PENDAHULUAN
Keimanan merupakan akidah yang digambarkan sebagai sepohon pokok,manakala syariat Islam pula digambarkan sebagai akar pokok tersebut.keimana terdiri daripada 6 perkara iaitu:
1. Marifat kepada Allah
2. Marifat kepada alam yang ada yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
3. Marifat dengan kitab-kitab Allah
4. Marifat dengan nabi-nabi dan rasul-rasul.
5. Marifat kepada qada dan qadar

Kita sebagai hambanya dapat berma’rifat kepada Allah iaitu dengan cara menggunakan akal fikiran dan melihat segala ciptaan Allahseperti kejadian siang dan malam,bulan dan bintang dan sebagainya. Selain itu,kita dapat mema’rifat nama-nama Allah serta sifat-sifatNya. Selain itu,kitajuga hendaklah mengetahui sifat-sifat Allah SWT. Terdapat 2 jenis sifat Allah. Antaranya ialah sifat Salbiah dan sifat Tsubutiah. Sifat salbiah ibermaksud yang menarik atau menidakan dari Allah akan sifat yang tdak sesuai dengan Dzatnya. Manakala,sifat-sifat Tsubutiah terdiri daripada kuasa(Qudrah),berkehendak(Iradah),mengetahui(Ilmu),mendengar(sama’) dan melihat (Bashar),berfirman(kalam),hidup(hayat).
Selain itu,kita juga harus mengetahui tentang malaikat,kitab-kitab Allah,jin,roh,mengetahui tentang tanda-tanda hari kiamat,syurga dan neraka.

MUKADDIMAH
ISLAM ADALAH KEIMANAN DAN PERBUATAN
Islam adalah agama Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Keimanan merupakan akidah yang digambarkan sebagai pokok manakala akarnya pula digambarkan sebagai syariat Islam. Kemudian keluarlah cabang-cabang yang danggap sebagai buah yang keluar dari keimanan serta akidah.

PENGERTIAN KEIMANAN ATAU AKIDAH
Pengertian keimanan terdiri daripada 6 perkara iaitu;
1. Marifat kepada Allah
2. Marifat kepada alam yang ada yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
3. Marifat dengan kitab-kitab Allah
4. Marifat dengan nabi-nabi dan rasul-rasul.
5. Marifat kepada qada dan qadar

MARIFAT KEPADA ALLAH
Marifat kepada Allah merupakan asas dan tunjang dalam segala kehidupan kerohanian. Dari marifat kepada Allah,maka wujudnya marifat kepada para nabi dan rasul serta hal yang berhubungkait dengan nabi dan rasul seperti para nabi terpelihara dari dosa dan maksiat,tugas-tugasnya dan sifat-sifatnya.

CARA BERMARIFAT
Terdapat 2 cara untuk bermarifat kepada Allah SWT iaitu:
1. Dengan menggunakan akal fikiran dan melihat ciptaan oleh Allah seperti kejadian siang dan malam,bulan dan bintang dan udara yang kita sedut untuk bernafas sehingga sekarang.
2. Dengan memarifat nama-nama Allah SWT serta sifat-sifatNya.

SIFAT-SIFAT ALLAH TA’ALA

Allah SWT sebagai Maha Pencipta alam semesta ini selain memiliki asma-ul husna (nama-nama yang baik). Sifat-sifat ini hanyalah dimiliki oleh Maha Pencipta itu sendiri. Oleh itu,tiada sesuatupun yang menyekutuiNya atau memilki sifat-sifat yang sama sebagaimana yang dimiliki oleh Allah Ta’ala. Sifat-sifat yang dimiliki oleh Allah SWT itu,diantaranya ada yang disebut sifat-sifat salbiah dan sifat-sifat tsubutiah.

SIFAT-SIFAT SALBIAH
Salbiah bermaksud yang menarik atau meniadakan dari Allah akan sifat yang tidak sesuai dengan Dzatnya.

SIFAT-SIFAT TSUBUTIAH
Sifat-sifat tsubiah (sebagai ketetapan keadaan Allah SWT) terdiri daripada:
Kuasa(Qudrah) –Allah SWT adalah Maha Kuasa,tidak lemah sedikitpun utuk melakukan sesuatu seperti bumi,kejadian siang dan malam dan hidup mati sesuatu makhluk.
Berkehendak (Iradah)-Allah SWT adalah Maha Bekehendak. Secara ringkasnya,Dia dapat menjadikan apa sahaja yang Dia mahu. Bukti yang menyatakan ada terdapat dalam surah Qashash 68 dan dalam S. Ali’Imran 26.
Mengetahui (Ilmu) –Allah adalah Maha Mengetahui segala sesuatu dan apa saja yang maujud sebagai makhlukNya adalam dalam pengetahuanNya,baik sesuta yang telah terjadi,yang sedang terjadi dan yang akan terjadi nanti.
Hidup(Hayat) -Allah SWT adalah Maha Hidup. Andaikata Allah Ta’ala itu tidak hidup kekal,sudah pasti sifat-sifat seperti kuasa,berkehendak,mengetahui,mendengar dan melihat tidak wujud. Ini kerana bagaimana sesuatu yang mati itu dapat bersifat berkuasa,berkehendak,dan sebagainya.
Berfirman (kalam) –Allah SWT adalah Maha Berfirman. Cara berfirman Allah SWT tidak dengan huruf ataupun suara. Sifat ini ditetapkan oleh Allah SWT untuk Dirinya sendiridan Dia telah berbicara kepada Musa a.s sebagaimana firmanNya yang terdapat dalam surah Nisa’ 164.
Mendengar (Sama’) dan Melihat (Bashar ) –Allah SWT adalah Maha Maha Mendengar.

SIFAT-SIFAT DZAT DAN SIFAT-SIFAT AF’AL
Sifat-sifat Allah SWT terdiri daripada:
1. Sifat-sifat Dzat
2. Sifat-sifat Af’al(perbuatan)
Sifat-sifat Dzat ialah sifat-sifat Tsubutiah atau sifat-sifat Maknawiah iaitu sifat hidup,mengetahui,kuasa,berkehendak,mendengar,melihat dan berfirman. Sifat-sifat Af’al ialah seperti sifat mencipta dan memberi rezeki.
SIFAT-SIFAT ALLAH SEBAGAI TIANG PENUNJUK JALAN
Dari kitab Addinul Islami (Agama Islam),kita dapat mengutip sedikit huraian-huraian seperti berikut:
-Allah adalah Rahman iaitu Maha Pengasih. Dia memberikan kenikmatan kepada seluruh makhlukNya,menunjukkan betapa kasihNya kepada makhluh walaupun makhluk-makhlukNya tidak melakukan perkara yang wajib dilakukan oleh seorang hamba kepada penciptaNya.
-Allah adalah Rahim iaitu penyayang,membalas setiap amalan yang dikerjakan oleh makhlukNya.
-Allah adalah Maliki yaumiddin iaitu merajai hari pembalasan. Oleh itu,Allah SWT akan menghitung semua amalan walaupun ia sekecil-kecil zarah. Jadi tiada sesiapa pun yang akan terlepas dari menerims balasan yang setimpal dengan apa yang dia kerjakan selama dia hidup di atas dunia.

HAKIKAT KEIMANAN DAN BUAHNYA
Keimanan kepada Allah SWT itu merupakan hubungan semulia-mulia antara manusia dengan Dzat Maha Pencipta. Ini kerana manusia merupakan makhluksebaik-baik ciptaanNya. Keimana bukan hanya sekadar ucapan yang keluar dari bibir dan kidah sahaja tetapi keimanan yang sebenar adalah merupakan suatu “akidah” atau kepercayaan yang lahir dari isi hati nurani dengan ikhlas.
Keimanan itu sememangnya tidak mungkin sempurna melainkan denganrasa cinta yang sebenarnya. Perasaan cinta itu ditujukan kepada Allah SWT,kepada RasulNya dan kepada syari’at yang diwahyukan oleh Allah kepada RasulNya itu. Dalam sebuah riwayat yang sahih,Rasulullah SAW;
“Ada 3 perkara yang berasingan sudah memiliki ketiganya itu,maka ia akan dapat merasakan kelazatan nikmat keimanan iaitu;
1. Apabila Allah dan RasulNya itu lebih dicintai olehnya daripada yang selain keduanya itu.
2. Apabila seseorang itu menyintai orang lain dam tidaklah mencintainya itu melainkan kerana Allah SWT (mengharapkan keredhaan oleh Allah SWT)
3. Apabila sesorang itu benci untuk kembali kepaa kekafiran sebagaimana bencinya kalau dilemparkan kedalam api neraka”. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
BUAH-BUAH KEIMANAN
1.KEMERDEKAAN JIWA DARI KEKUASAAN ORANG LAIN
Keimanan yang sebenar-benarnya akan memberikan kemantapan dalam jiwa seseorang bahawa hanya Allah sahaja yang Maha Kuasa yang member kehidupan,kematian,mengurniakan ketinggian dan menarik semula ketinggian kedudukan di atas dunia. Dia juga yang memberi kemaafan kepada kesalahan yang dilakukan oleh setiap manusia.

MALAIKAT
Almala-ul a’ala(kelompok tertinggi) iaitu malaikat adalah alam halus termasuklah hal-hal yang ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaraindera. Mereka hidup dalam alam yang berbeza dengan manusia. Hanya Allah sahajayang mengetahui keadaan mereka. Malaikat merupakan suatu makhluk ciptaan Allah SWT yang mana disucikandari nafsu syahwatiaitu mereka terhindar daripada membuat perkara-perkara dosa dan salah. Mereka tidak seperti manusia yang suka makan,minum,dan mempunyai hawa nafsu. Mereka dikurniakan kelebihan iaitu mereka dapat menjelma dalam rupa manusia atau lain-lain bentuk yang dapat dilihat dengan mata kasar. Hal ini jelas sekali sebagaimana kedatangan Jibril a.s ke tempat sayidah Maryam yang saat itu ia menjelmakan dirinya dalam bentuk manusia,sebagaimana yang disebutkan dalam al-qur’an “Dan ceritakanlah(kisah) Maryam (yang tersebut) dalam al-qur’an,ketika ia berangkat meninggalkan keluarganya ke suatu tempat yang terletakdi sebelah timr. Ia membuat tabir(yang melindunginya) dari mereka. Kemudian kami (Allah) mengutus roh Kami(Jibril) kepadanya,maka ia menjelma dihapannya (sebagai seorang) manusia yang sebenarnya” Surah Maryam 16-17

Ada suatu kisah lain yang dating ke tempat nabi Ibrahim a.s dan mereka itu pun menjelma sebagai manusia . kmedatangannya itu dengan membawa birita gembira. Oleh kerana menyangka bahawa mereka itu adalah tetamu biasa,lalu diberi hidangan makanan. Peristiwa ini tercantum dalam al-qur’an iaitu;

“Nescayalah telah datang utusan-utusan Kami (malaikat) kepada Ibrahim dengan membawa berita gembira. Mereka mengucapkan kepadanya:. . .Salam (damai)”. Ibrahim menjawab ,,Selamatlah” . sejurus kemudian dihidangkanlah daging sapi yang dibakar.

Setelah dilihat nabi Ibrahim bahwa tangan mereka tidak menjamah jamun itu,iapun mulai curiga dan merasa takut kepadanya. Mereka berkata: ,.Janganlah engkau takut. Sesungguhnya Kami dikirim untuk kaum Luth”.

Dan isterinya berdiri dengan tersenyum,lalu Kami sampaikan berita gembira itu dengan akan dilahirkannya Ishak dan dibelakan Ishak nanti,lahir pulalah Ya’akub.

Isterinya itu berkata:. .,,Aduhai,apakah aku akan melahirkan anak sedangkan aku adalah wanita yang sudah tua sekali dan ini suamiku pula sudah tua pula? Bukankah ini suatu peristiwa yang ganjil sekali’’

Mereka mengatakan:. .,,Apakah engkau hairanterhadap keputusan Allah. Kerahmatan dan keberkatan Allah untukmu,hai penghuni rumah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Terpuji dan Termulia.’’ Surah Hud 69-73

KEUTAMAAN MANUSIA MELEBIHI MALAIKAT
Yang terang dan jelas ialah manusia itu lebih utama daripada malaikat sebagaimana yang nyata tentang kelemahan itu untuk menjawab pelbagai pertanyaan yang dikemukakan oleh Allah SWT sedangkan Adam a.s dapat memberikan jawapannya dengan tepat dan benar. Jadi Allah telah memuliakan manusia dengan mengurniakan ilmu pengetahuan juga untuk mengenal,mengetahui dan mema’rifati pelbagai benda. Selain itu Allah pernah memrintah kepada semua malaikat untuk memberikan menghormatan kepada Adam a.s. Hal ini membuktikan bahawa Allah SWT sengaja menunjukkan bahawa manusia yang dianggap lebih utamadan lebih mulia daripada malaikat itu sendiri.
TABIAT MALAIKAT
Malaikat sentiasa berbakti ,tunduk dan patuh kepada kekuasaan dan keagunaganNya. Melaksanakan semua perintahNya dan mereka juga turut mengatur hal-ehwal alam semesta ini.dengan mengikuti kehendak dan perintah Allah SWT. Dalam al-qur’an disebutkan:

“Malaikat itu takut kepada Tuhannya yang berkuasa di atas mereka dan mengerjakan apa saja yang diperintahkan. “ Surah Nahl 50

“Bahkan malaikat itu adalah para hamba Allah yang dimuliakan. Mereka tidak mendahului Allah dengan perkataan dan mereka mengerjakan sesui dengan perintahNya. Allah mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka. Mereka juga tidak dapat memberikan pertolongan,melainkan kepada orang disukai oleh Allah dan mereka itupun selalu berhati-hati kerana takut kepadaNya.” Surah Al-Anbiya 26-28

“Malaikat itu tidak bermaksiat kepada Allah mengenai apa-apa yang diperintah olehNya kepada mereka dan tentu mengerjakan apa-apa yang mengerjakan” Surah Tahrim 6

JIN
Jin adalah makhluk yang termasuk dalam golongan yang berakal yang juga diberi perintah taklif(menjalankan syariat agama). Kita dapat mengetahui mengenai alam jin daripada wahyu. Kitab al-qur’an dan sunnah Rasulullah SAW memberikan petujuk kepada kita bagaimana ciptaan jin. Allah SWT menjelaskan ciptaan jin sebagaimana firmanNya
“Sungguh kami (Allah) telah menciptakan manusia itu dari tanah liat kering(yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan kami ciptakan jin sebelum itu dari api yang sangat panas.”
Surah Hijr 26-27

Ada diantara mereka yang sempurna istiqamahnya(berpendirian teguh),baik perangainya serta bagus kelakuannya. Tetapi diantara mereka ada yang bodoh,lemah akal fikiran serta lalai. Ada diantara mereka juga yang kafir dan inilah bahagian yang terbanyak dikalangan jin. Ilmu ghaib(pengetahuan mengenai hal-hal yang ghaib) merupakan hal-hal yang dikhususkan oleh Allah SWT. Tiada perkara ghaib yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada sesiapa pun kecuali Allah SWT menghendaki untuk disampaikan kepada salah seorang rasulNya yang dikehendaki dan rasul tersebut mesti mnyampaikan kpada umat manusia. Mengenai perkara-perkara ghaib ini allah berfirman:
“Allah adalah Maha Mengetahui hal-hal yang ghaib,maka tidak diperlihatkan rahsia keghaiban itu kepada seorang pun jua. Kecuali kepada rasul yang diradhaiNya. Sesungguhnya Dia mengadakan pengawal (malaikat) dihadapan dan dibelakang rasul itu.” Surah Jin 26-27

KITAB-KITAB DARI LANGIT
Sesungguhnya Allah SWT mempunyai beberapa ajaran dan wasiat yang diwahyukan kepada para rasul dan nabiNya. Diantara ajaraan-ajaran dan wasiat-wasiat itu ada terkandung dalam kitab dan diantaranya ada yang tidak diketahui sama sekali. Allah Ta’ala berfirman:
“Seluruh manusia itu adalah umat (bangsa) yang satu,kemudian Allah mengutus beberapa orang nabi sebagai pembawa berita gembira dan menyampaikan peringatan,dan diturunkanlah bersama dengan mereka itu kitab dengan haq,supaya ia dapat memberikan keputusan diantara seluruh manusia itu perihal perkara yang mereka perselisihkan.” Surah Baqarah 213

Kitab Taurat merupakan kitab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi Musa a.s. Allah Ta’ala berfirman:
“sesungguhnya kami (Allah) telah menurunkan Taurat ,didalamnya beisi petunjuk kebenaran dan cahaya yang terang ,dengan itulah nabi-nabi yang patuh (kepada Allah) memutuskan perkara untuk orang-orang Yahudi,juga orang-orang yang tahu dalam ilmu ketuhanan serta para pendeta,disebabkan mereka disuruh menjaga kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi bagiNya.” Surah Maidah 44

Kitab Injil pula diturunkan kepada nabi Isa a.s. allah Ta’ala berfirman:
“kami iringkan jejak mereka dengan mengutuskan Isa putera Maryam untuk membenarkan apa yang terdahulu daripadanya iaiti Taurat. Kami memberikan Injil kepadanya,didalamnya berisi petunjuk dan cahaya kebenaran,membenarkan apa yang telah terdahulu daripadanya iaitu Taurat untuk menjadi petunjuk dan nasihat bagi orang-orang yang bertaqwa.” Surah Maidah 46

Selain Taurat dan Injil,Allah SWT juga menrunkan Zabur kepada nabi Daud a.s. Allah Ta’ala berfirman:
“Kami (Allah) telah memberikan Zabur kepada Daud” surah Isra’ 55

AL QUR’AN AL KARIM ADALAH KITAB LANGIT TERAKHIR
Allah SWT berfirman:
“Allah tiada Tuhan selain Dia- Yang Hidup kekal dan sentiasa Berdiri sendiri. Dia menurunkan kitab Al Qur’an padamu (Muhammad) dengan sebenarnya,membenarkan kitab-kitab yang telah lebih dulu daripadanya dan juga menurunkan kitab Taurat dan Injil. Sebelum (Al Qur’an diturunkan,Taurat dan Injil itu)menjadi petunjuk bagi manusia. Dan Dia menurunkan al Furqan (Al Qur’an)”
Surah Ali’Imran 2-4

KEISTIMEWAAN KITAB AL QUR’AN AL KARIM
Kitab suci al qur’an memiliki keistimewaan yang dapat dibezakan dari kitab suci yang diturunkan sebelumnya an diantaranya ialah:
1) Al qur’an itu memuatkan ringkasan dari kitab-kitab yang sebelumnya seperti Taurat,Zabur,Injil dan lain-lain lagi.
2) Ajaran –ajajran yang termuat dalam al Qur’an adalah kalimat Allah yang terakhir untuk memberikan petunjuk dan pimpinan yang benar kepada umat manusia dan inilah yang dikehendaki oleh Allah Ta’ala supaya tetap sepanjang masa,kekal untuk selamanya.
3) Kitab suci Al Qur’an yang dikehendaki oleh Allah SWT tidak mungkin pada suatu hari nanti akan terjadi bahawa suatu ilmu pengetahuan akan mencapai titik hakikat yang bertentangan dengan hakikat yang tercamtum didalam ayat al qur’an. Ini kerana al qur’an adalah firman Allah sedangkan keadaan yang terjadi di dalam alam semesta ini semuanya dalam kekuasaan Allah SWT.
4) Allah SWT berkehendak supaya kalimatNya itu disebarkan.

ROH
MANUSIA TERDIRI DARI TUBUH DAN ROH
Manusia terdiri dari dua unsur iaitu tubuh kasar dan roh halus. Dengan tubuhnya,manusia itu dapat bergerak dan merasakan segalanya. Manakala dengan roh pula,manusia dapat mengingati,berfikir,mencintai,membenci dan sebagainya. Roh termasuk urusan dan perkara Allah Ta’ala. Oleh itu,makhluk lain tidak akan dapat mengetahui untuk selamanya. Ada diantara alim ulama Islam memberiksn definisi iaitu:
Roh adalah suatu zat yang memiliki sifat yang tersendiri dan berbeza dengan benda-benda yang lain. Ia adalah jisim nuraniah (sebangsa nur atau cahaya),amat tinggi kedudukannya dalam kehidupan azali. Selain itu ia dapat berpisah dan meninggalkan tubuh kasar dan dapat menjalar dalam rongga tubuh bagaikan mengalirnya air sungai. Roh itu tidak dapat dipisahkan atau dibahagikan.

ROH DAN JIWA
Roh dan jiwa (nafs) itu mempunyai pengertian dan maksud yang sama. Allah SWT berfirman:
Allah yang mengambil jiwa(roh) manusia itu ketika wafatnya dan ketika tidurnya sebelum wafat,lalu ditahannya jiwa (roh) yang sudah wafat serta dikembalikan jiwa (roh) yang lain (yang sedang tidur) sampai waktu yang ditentukan” Surah Zumar 42

Juga firmanNya:
Alangkah dahsyatnya jikalau engkau melihat orang-orang yang menganiaya (bersalah) itu sedang merasakan tekanan sakaratul maut dan malaikat telah mengembangkan tangannya sambil mengatakan:. . ,,Lepaskanlah jiwamu (rohmu)” Surah An’am 93

TANDA-TANDA HARI KIAMAT
Antara tanda-tanda tibanya hari kiamat terdiridaripada dua iaitu:
a) Tanda –tanda kecil (sughra)
b) Tanda –tanda besar (kubra)

TANDA-TANDA KECIL (SUGHRA)
1) Diutusnya Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah. Maka berakhirlah risalah iaitu sesudah baginda ini,tiada lagi nabi atau rasul yang benar-benar menjadi pesuruh Allah SWT.
2) Jikalau yang menjadi raja,menteri-menteri,amir-amir terdiri daripada anak kepada wanita-wanita tawanan atau golongan rendah,bukannya dari keturunan yang mulia,baik pendidikannya,luhur akhlaknya serta sempurna keperwibawaannya. Begitu juga keadaan kaum baduwi (pegunungan) atau para pengembala kambing telah menjadi golongan hartawan dan menjadi ketua atau pemimpin didalam sesuatu masyarakat.


TANDA-TANDA BESAR (KUBRA)
a)Terbitnya matahari dari arah barat
b)Keluarnya sesuatu macam binatang. Allah berfirman
“Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka,maka Kami (Allah) mengeluarkan binatang melata dari bumi yang memberitahukan kepada mereka bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat kami” Surah Naml 82
c)Munculnya Al Mahdi
d)Munculnya Dajal
e)Turunnya nabi Isa

SYURGA DAN NERAKA
NERAKA
Allah SWT akan memberikan balasan kepada orang-orang yang taat dan berbakti itu dengan kenikmatan dan orang-oang yang derhaka dan bersalah tentulah akan diberi siksaan. Siksaan yang dimaksudkan ialah neraka jahim. Jahim bermaksud tempat penyiksaan. Terdapat beberapa nama untuk neraka iaitu:
a)Hawiah
Hawiah itu ialah suatu jurang yang sangat dalam dan barabgsiapa yang jatuh disitu pasti tidak dapat naik ke atas. Tentang neraka ini Allah ada berfirman:
Dan barang siapa yang ringan timbangan amal baiknya,maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiah. Adakah yang memberitahukan padamu,apakah Hwiah itu? Hawiah adalah neraka yang amat panas apinya.”. Surah Qari’ah 8-11

b)Lazha
Ini difirmankan oleh Allah Ta’ala sebagai berikut:
“Ingatlah ! sesungguhnya siksanya itu ialah neraka Lazha. Pengupas kulit kepala. Memanggil orang yang membelakang dan memalingkan mukanya juga orang yang mengumpulkan kekayaan serta menyimpannya.” Surah Ma’arij 15-18

c)Sa’ia
Ini dijelaskan leh Allah Ta’ala dalam firmanNya;
“orang-orang yang derhaka itu Kami sediakan neraka Sa’ir untuk mereka”. Surah Mulk 5

d)Saqar
Ini terdapat dalam firman Allah SWT;
“Orang yang derhaka itu akan kumasukkan dalam Saqar. Adakah yang memberitahu padamu,apakah Saqar? Ia tidak membiarkan tertinggal dan tidak pula membiarkan berlebih. Ia dapat mengganti (mengoyak-ngoyak)kulit kepala. Disitu ada penjaganya yang terdiri dari sembilan belas malaikat (dengan tugas penyiksaan masin-masing) Surah Muddatstsir 26-30

e)Huthamah
Tersebut dalam firman Allah Ta’ala;
“Ingatlah,sesungguhnya orang yang bersalah itu akan dilemparkan dalam neraka Huthamah. Adakah yang memberitahu padamu,apakah Huthamah itu? Iaitu api Allah itu dinyalakan yang naik sampai ke ulu hati. Sesungguhnya api itu akan ditutupkan di atas mereka dalam liang yang panjang.”Surah Humazah 4-9

PERBANDINGAN API DI DUNIA DENGAN API DI AKHIRAT
Diceritakan dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Apimu yang kamu semua menyalakannya di dunia ini adalah satu bahagian (peratus) dari 70 bahagian (peratus) panasnya api dari neraka Jahanam. Para sahabat berkata:. . Demi Allah ,api di dunia ini sahaja sudah amat panas,Ya Rasulullah”, ,,Beliau SAW lalu bersabda lagi;. . Memang,api neraka itu masih lebih lagi dengan 69 kali bahagian(peratus) panasnya,semuanya itu setiap bahagiannya sama suhu panasnya dengan api dunia ini.” Diriwayatkan oleh Bukhari,Muslim dan Tarmizi

SERINGAN-RINGAN SIKSAAN MANUSIA
Diceritakan dari Nu’man bin Basyir r.a bahawa nabi Muhammad s.a.w bersabda;
“Seringan-ringan manusia perihal siksanya ialah seseorang yang dipakaikan sepasang alas kaki dengan dua belah pengikatnya dari api neraka. Maka otank si pemakai akan mendidih sepertimana mendidihya air di dalam kuali. Itulah siksaan yang paling ringan di antara siksaan Allah SWT.” Diriwayatkan oleh Bukhari,Muslim dan Tarmizi

SYURGA
Jannah mengikut pengertian bahasa ialah taman yang terdiri dari pohon kurma dan pohon–pohon yanh lain. Inin kerana pohon-pohon yang ada di dalamnya amat rendang daunnya manakala cabangnya bertaut dengan cabang yang lain sehinggakan bahagian atasnya menjadi naungan atau payung yang amat besar yang mana dapat digunakan untuk berteduh dibawahnya. Jannah juga dimadsudkan dengan suatu tempat kediaman atau perumahan yang disediakan oleh Allah SWT untuk hamba-hambaNya yang bertaqwa kepadaNya iaitu sebagai balasan atas keimanannya kepada Allah SWT. Dalam al qur’an banyak gelaran kepada syurga seperti Jannatul Ma’wa (syurga tempat kembali), Jannatul ‘And (syurga sebagai tempat tinggal yang kekal),Darul Khulud (perumahan yang kekal),Darus Salam (perumahan kesejahteraan),dan lain-lain lagi.
Dalam al qur’an juga disebutkan bahawa luasnya syurga itu adalah meliputi keseluruhan langit dan bumi iaitu alam semesta ini.

KENIKMATAN-KENIKMATAN SYURGA
Allah Ta’ala menjelaskan tentang sifat-sifat dan keadaan syurga bahwa kenikmatan-kenikmatan yang terdapat di dalamnya adalah bersifat kekal. Tentang sungai-sungainya pula,airnya tidak akan kering. Dalam al qur’an disebutkan;

“Perumpamaan taman syurga yang dijanjikan kepada orang yang bertaqwa ialah suatu taman didalamnya terdapat sungai-sungai yang airnya tidak berubah rasa dan baunya,sungai-sungai dari susu yang rasanya tetap tetapi tidak berganti-ganti,sungai-sungai dari anggur yang amat sedap rasanya bagi orang yang meminumnya dan sungai dari madu yang amat jernih. Disana mereka memperoleh segala macam buah-buahan serta pengampunan dari Allah SWT.” Surah Muhammad 15

Sungai-sungai itu mengalir di bawah gedung-gedung dan istana-istana yang besar lagi indah,yang didalamnya kaya dengan pelbagai buah-buahan dan daging burung. Ini jelas difirmankan oleh Allah Ta’ala;

“Para ahli syurga menerima buah-buahan,yang mana sahaja mereka bebas memilihnya. Dan pula daging burung,mana saja yang mereka inginkan” Surah Waqi’ah 20-21

Selain itu dijelaskan bahawa para penghuni syurga itu ditemani oleh isteri-isterinya sama diatas sofa yang indah.di tempat yang teduh dan nyaman udaranya. Isteri para penghuni menjadi muda semula,sebagaimana juga halnya Allah mencipta para bidadari yang amat jelita. Para wanita yang berada didalam keadaan yang suci iaitu mereka tidak mengalami haid,nifas dan rupa yang buruk ataupun budi pekerti yang tidak elok. Semua ini diterangkanoleh Allah Ta’ala dalam beberapa firmanNya iaitu;

“Sesungguhnya para ahli syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukannya masing-masing (menurut kegemarannya sendiri). Mereka itu dengan isteri-isterinya di tempat yang teduh sambil duduk-duduk bersandar diatas sofa.” Surah Yasin 55-56


PENUTUP
Apa yang ditempuh oleh manusia dan apa yang dilaksanakan olehnya di dalam kehidupannya di dunia adalah merupakan dari kenyataan akidah atau kepercayaannya. Sekiranya akidah yang terpateri dalam jiwanya itu baik dan benar,maka baik dan benarlah jalan yang ditempuhnyaserta lurus dalam mengerjakannya. Tetapi jika akidah itu rosak dan salah, maka jalan yang ditempuhnya juga turut rosak dan salah,malah menyeleweng dari kebenaran. Oleh itu,akidah dan tauhid adalah suatu hal yang mutlak. Oleh sebab itu,untuk mencapai kesempurnan keperibadian,jadi tiada seorang pun harus meninggalkan ajaran akidah. Dakwah ke arah akidah itu merupakan suatu hal yang diterapkan oleh Rasullullah kepada umatnya. Ini merupakan kebanggaan oleh umat Rasulullah. Akidah yang lurus itu dapat diumpamakan sebagai sebatang pohon dari benih yang baik dapat mengeluarkan hasil buah-buahan pada setiap musim. Kesimpulannya,akidah amat memainkan peranan yang penting kepada seseorang individu.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com