Sejarah Perkembangan Dan Kebangkitan Islam

Oleh: Muhammad Amyrol Zaidy Bin Abdul Rashid

Penghargaan
ALHAMDULILLAH dengan segala pujian bagi ALLAH Subhanahu Wata’ala, selawat serta salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad SAW pembawa rahmat untuk sekalian alam.
Alhamdulillah dengan Inayah dan pertolongan Allah semata- mata dapatlah kami susun folio sekecil ini dengan harapan semoga folio ini sedikit sebanyak memberi manfaat.
Tentulah penyusunan folio ini terlalu banyak kekurangan dan kelemahan yang tentunya jauh sekali daripada sempurna, ini disebabkan kerana kurangnya ilmu pengetahuan dan pengalaman penyusun folio ini, oleh itu teguran dan tunjuk ajar, amatlah kami alu-alukan daripada saudara/saudari, semoga dengan itu dapatlah untuk memperbaiki mana yang salah dan menyempurnakan mana yang kurang.
Akhirnya, kepada Allah dipohon taufik dan hidayah agarn usaha murni seperti ini diberkati dan diredhai di samping dapat dimanfaatkan oleh seluruh umat islam di Nusantara ini amin ya rabbal ‘ alamin

PENDAHULUAN
Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul

Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Uthmaniyyah Turki, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.

Abstrak
Buku ini menceritakan tentang tamadun tamadun islam yang ada di dunia ini. Tamadun tamadun ini menunjukan betapa gahnya agama islam pada masa dahulu. Tamadun tamadun yang dimaksudkan adalah seperti kerajaan islam di China, zaman Bani Umayyah, zaman Bani Abbasiyah, kerajaan islam Sepanyol dan lain lain lagi.
Banyak kejayaan telah dicipta oleh orang islam pada zaman kegemilangan islam ini. Semua tamadun- tamadun ini telah mengalami kejatuhan lalu menyebabkan agama islam terbantut kegemilangannya. Banyak faktor – faktor di dalam buku ini yang menunjukkan punca – punca kejatuhan islam. Selain itu, buku ini juga menunjukkan tentang kebangkitan islam pada masa kini.

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI CHINA

PENGENALAN
Agama Islam dipercayai berkembang di negeri China pada tahun 651 Masihi. Islam masuk ke China dari negeri Arab melalui jalan darat dan jalan laut. Sambutan masyarakat China terhadap agama Islam tidak menggalakkan kerana perasaan curiga penduduk tempatan terhadap agama bangsa lain.Di China terdapat lebih 20 juta penduduk yang beragama islam termasuk etnik Hijrahuizu,Uyghur,Kazakh,Kirgiz,Tajik,Uzbek,Tatar dan lain-lain.

Cara Kemasukan Islam ke China
Salah satu cara islam disebarkan ke China adalah dibawa oleh Hamzah Bin Hamzah (anak Hamzah Bin Abi Talib). Beliau bersama 3,000 orang Muhajirin pergi ke China dan menetap di San Gan Foo. Selain itu,islam disebarkan semasa Maharaja Yung Wei (Dinasti Tang), utusan dari Tanah Arab pimpinan Saad Bin Abi Waqas bersama 15 orang Muhajirin menghadap Maharaja Yung Wei. Mereka dibenarkan berdakwah di China dan satu masjid didirikan di Cheng-san. Di samping itu,pimpinan dakwah Islamiyah yang pertama dipimpin oleh Saad Bin Lubayd.

Hubungan Awal Arab-China

Pada zaman Khalifah Uthman Bin Affan, Maharaja Kao Tsung membantu Firuz Bin Yezdegird III (Raja Parsi) melancarkan serangan balas terhadap tentera Islam di Khurasan - tetapi gagal. Khalifah Uthman mengirim perwakilan dan menyebutkan bantahan lalu, hubungan diplomatik diadakan.

Semasa Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik, tentera Islam mara ke sebelah Barat negeri China, memasuki Sinkiang dan Kansu. Utusan dihantar kepada Maharaja Hsuan Tsung - diterima - aktiviti dakwah disebarkan secara meluas di China.

Perkembangan Islam di China

Pada peringkat awal,perkembangan Islam di China terdiri daripada pendatang Arab dan Parsi. Mereka berkahwin dengan wanita tempatan dan seterusnya berasimilasi dengan masyarakat tempatan. Petempatan orang Arab di China seperti Chang Chow, Chuan Chow dan Kwang Chow (Canton).

Pada Dinasti Tang (618 – 905M), sebanyak 37 utusan diterima dari kerajaan Islam. Pada 878 M, terdapat 120,000 orang asing , kebanyakan orang asing (Arab) beragama Islam.Dicatatkan, orang Arab dikenali sebagai Hui Hui atau Ta-Shih oleh orang China.

Pada Dinasti Sung(960-1279M),aktiviti perdagangan Arab dengan China semakin meluas. Pedagang asing ini dibenarkan membuat perkampungan sendiri dan menjalankan perdagangan secara bebas - manarik ramai pedagang Islam. Keadaan ini memesatkan lagi penyebaran agama Islam di China.

Pada Dinasti Yuan(1127-1318),para ilmuan dari Asia Barat dibawa masuk ke China untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan sebagainya. Semasa Kublai Khan ,12 orang panglima beragama Islam. Abdul Rahman ,pentadbir Dinasti Yuan yang beragama Islam menjadi Ketua Pemungut Cukai dan mengendalikan urusan kewangan negara. Syeid Ajall berasal dari Bukham menjadi Menteri Kewangan (1259), Gabenor Yunnan (digantikan oleh anaknya Nasruddin kemudiannya). Alauddin al-Mufari dan Ismail as-Syam mahir mambuat senjata meriam.

Alauddin menjadi Wakil Panglima dan Ismail menjadi Ketua Penyelia Kilang Meriam. Jamaludin,tokoh sains dan astronomi Islam dan telah mencipta Wan-nien-li. Mengikut Ibn Battutah , setiap perkampungan Islam di China ada masjid. Di Canton, jumlah orang Islam besar, terdiri daripada Arab, India, dan Parsi .Disini terdapat Kadi dan Mufti. Terdapat institusi pengajian agama, contoh Zawiyah di pinggir Canton dan Chang-an. Ulama besar seperti Fuqaha-al-Mu'azzam Maulana Qawamuddin al-Sibti.

Dinasti Ming(1368-1644) merupakan dinasti Islam yang paling terkenal di China dan ia ditadbir oleh orang China beragama Islam. Terdapat pandangan juga bahawa Dinasti Ming mengamalkan agama Buddha dan Taoism. Maharaja pertama , Maharaja Huang Chu. Baginda dikatakan membentuk jawatankuasa tentera yang dianggotai oleh orang Islam dan mendirikan sebuah masjid jamik di Nanking. Baginda pernah menghasilkan sebuah puisi memuji Nabi Muhammad dan keagungan Islam dan sajak itu dipahat pada dinding masjid yang dibinanya.

Orang China Islam dikenali sebagai Hui Hui Kaomen atau Hui Hui Kiao. Perkembangan Islam di China sampai ke kemuncak pada masa ini dengan Nanking sahaja terdapat 36 buah masjid. Tokoh China Islam adalah seperti Ma Cha-Yehe (ahli astronomi), Laksamana Cheng Ho dan sebagainya. Tembikar China yang masyhur, Ming-Ts'ing dan Kang-Ts'ing merupakan hasil ciptaan orang Islam Yunnan - mereka dipanggil Han Hui. Beberapa buah madrasah dan universiti juga ditubuhkan.

Pada Dinati Ching,Kerajaan ini memusuhi orang Islam, khususnya yang berketurunan bukan China. Justeru itu, banyak pemberontakan berlaku seperti di Sin Kiang, Kan Su, Yunnan dan Shensi menyebabkan 11 juta orang Islam terkorban.

MASYARAKAT ISLAM DI EROPAH

Pengenalan

Masyarakat Islam Sepanyol (Andalus) mewakili masyarakat Islam Eropah kerana di situlah terdapatnya Masyarakat Islam di benua Eropah. Terdapat pelbagai kaum di sini seperti Barbar, Arab, Muwalladun dan Mozarab. Selain masyarakat Islam Sepanyol, masyarakat Islam Sicily juga penting peranannya di benua Eropah.

Perkembangan Masyarakat Islam di Sepanyol

Sepanyol merupakan tempat yang paling utama bagi Eropah dalam menyerap peradaban Islam.Orang-orang Eropah menyaksikan kenyataan bahawa Sepanyol berada di kekuasaan Islam jauh meninggalkan negara-negara tetangganya.

Pemerintahan Muluk al-Tawa'if (raja-raja puak) terbahagi kepada 3 puak besar - Barbar, Saqalibah dan lain-lain (bangsa Arab dan Sepanyol) Setiap puak mementingkan kepentingan sendiri sahaja .Mereka mengamalkan dasar agresif yang mengorbankan jiran tetangga. Matlamat mereka adalah mencapai kemenangan walaupun dibantu oleh puak Kristian Perpecahan ini memberi peluang kepada orang Kristian di Utara untuk mengukuhkan kedudukan mereka

Kini, Kerajaan Muluk al-Tawa'if yang membayar ufti kepada orang Kristian Semasa Alfonso IV, baginda menerima ufti dari pemimpin Muluk al-Tawa'if seperti Seville. Pada 1085 M, Toledo jatuh ke tangan Alfonso IV dan kemudian menjadi tapak kuat tentera Kristian bagi melancarkan gerakan Reconquista, penawanan semula Sepanyol oleh orang Kristian.

Beberapa penyebab kemunduran dan kehancuran umat Islam Sepanyol di antaranya konflik Islam dengan Kristian,tiada ideology pemersatu,kesukaran ekonomi,tidak jelasnya sistem peralihan kuasa dan keterpencilan. Pembangunan-pembangunan fizik yang paling menonjol di Sepanyol adalah pembangunan kota,Istana al-Hijrahamra,Masjid Cordova,Kota Al-Zahra,tembok Toledo,Masjid Seville dan lain-lain lagi.

MASYARAKAT ISLAM ZAMAN ABBASIYAH
(MASA KEMAJUAN ISLAM)

Kerajaan Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 M. Pusat pemerintahannya di Kota Baghdad. Khalifah pertama Kerajaan Abbasiyah ialah al-Abbas al-Saffah. Kerajaan ini mengamalkan sistem berdasarkan sistem warisan. Kerajaan ini diperintah oleh 37 orang Khalifah dari tahun 750-1258 M.
Kerajaan mencapai kegemilangan pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmum.Kekayaan yang banyak dimanfaatkan Harun al-Rasyid untuk keperluan sosial.Banyak kemajuan politik dan kebudayaan pernah dicapai. Bani Abbas berkuasa sekitar 500 tahun, tahun 750-1258 M, berkedudukan di Baghdad, Iraq. Masa ini tidak ada lagi ekspansi dan penaklukan wilayah. Sebaliknya, wilayah luas yang diwarisi Bani Abbas dari Bani Umaiyah justeru lepas satu per satu, sehingga muncul tiga kerajaan Islam besar secara bersamaan, yaitu Bani Abbas di Baghdad, Bani Fathimiyah di Mesir, dan kerajaan Islam di Spanyol.
Wilayah luas yang diwarisi Bani Abbas dari Bani Umaiyah justeru lepas satu per satu, sehingga muncul tiga kerajaan Islam besar secara bersamaan, yaitu Bani Abbas di Baghdad, Bani Fathimiyah di Mesir, dan kerajaan Islam di Sepanyol. Ketiga kerajaan ini berbeza secara teologis dan politis. Bani Abbas berfahaman Sunni sedang Bani Fathimi yang mewariskan al-Azhar berfahaman Syiah. Sementara itu, Islam di Sepanyol meski sama-sama Sunni tetapi keduanya berbeza bahkan merupakan lawan politik.


Kerana itu, ketiganya bersaing ketat dalam semua hal, militer, kebudayaan dan peradaban, bahkan tidak jarang saling serang dengan menggunakan doktrin teologis keagamaan. Kenyataan ini tampak, antara lain, pada serangan al-Ghazali terhadap paham Taklimiyah. Seperti yang ditulis sendiri dalam al-Munqidz, ketidaksukaan al-Ghazali ini lebih kerana untuk memenuhi pesanan khalifah di samping kenyataan bahawa Taklimiyah adalah penganut Syiah yang merupakan lawan Suni.

Ciri-ciri Masyarakat Abbasiyah

Semangat fanatik orang Arab semakin menurun kerana tampuk pemerintahan dipengaruhi oleh bangsa asing.Ramai Khalifah beristeri berketurunan Parsi dan Turki.

Begitu juga bagi orang Arab yang lain dengan beristeri bangsa asing melalui sistem poligami, gundik atau hamba abdi.

Kedudukan kaum wanita dikawal ketat pada awalnya. Zaman berikutnya , mulai terlibat dalam urusan pentadbiran, contoh isteri Khalifah al-Mahdi, al-Khayzurum dan isteri Harun al-Rasyid, Zubaidah. Adanya yang menyertai peperangan, mengetuai golongan penyair, terlibat dalam bidang intelektual dan kesenian. Zaman akhir , kedudukan jatuh ke paras yang rendah kerana merebaknya sistem gundik yang berlebihan serta kealpaan yang mengikut hawa nafsu dan hidup yang lebih materialistik.

Sistem perhambaan semakin meluas. Kebanyakan digunakan oleh Khalifah, Wazir dan pembesar bukan Islam. Diperolehi melalui paksaan atau tawaran perang atau dibeli.Kebanyakan hamba keturunan Negro, Turki, Yunani, Slav, Armania dan Barbar. Hamba perempuan yang masih perawan dijadikan penyanyi, penari atau gundik.


Penutup
Pasca jatuhnya dinasti Bani Abbas di Baghdad oleh tentara Mongol tahun 1258 M, pemikiran dan peradaban Islam sesungguhnya masih bertahan beberapa lama. Antara lain, di Sepanyol, Mesir dan Syafawi di Asia Tengah. Akan tetapi, memasuki abad ke 15 M, keilmuan dan dinasti besar Islam benar-benar habis, kecuali dinasti Utsmaniyah di Turki. Masyarakat Islam menjadi sangat merosot dan sebagian besar jatuh dalam penjajahan Eropah.

Antara lain, di Sepanyol, Mesir dan Syafawi di Asia Tengah. Akan tetapi, memasuki abad ke 15 M, keilmuan dan dinasti besar Islam benar-benar habis, kecuali dinasti Utsmaniyah di Turki. Masyarakat Islam menjadi sangat merosot dan sebagian besar jatuh dalam penjajahan Eropa. Kerauna itu, tulisan ini tidak akan memperjang huraian tersebut.
Berdasarkan huraian di atas tampak bahawa perjalanan panjang sejarah Islam tidak lepas dari pengaruh kepentingan politik, perbezaan-perbezaan paham dan ideologi, konteks kebudayaan sekitar dan seterusnya.


Tidak terkecuali dalam hal ini sejarah perkembangan teologi, pemikiran, doktrin-doktrin keagamaan dan lainnya yang sekilas bersifat ideal dan normative. Karena itu, kita tidak boleh secara langsung mengambil doktrin-doktrin ajaran lepas dari koteksnya. Begitu pula, kita tidak boleh membaca teks-teks keagamaan tanpa memperhatikan situasi politik dan social yang mengintarinya.

MASYARAKAT ISLAM ZAMAN BANI UMAYYAH
(MASA KEMAJUAN ISLAM)

Kerajaan Bani Umayyah diasaskan oleh Muawiyah Bin Abu Sufian pada tahun 661 M. Beliau daripada keturunan Bani Umayyah, bekas Gabenor Syam dan seorang pemimpin yang pintar dan mempunyai fikiran yang tajam. Penubuhan Kerajaan Bani Umayyah menyebabkan sistem pemerintahan demokrasi dan pemilihan Khalifah Islam berdasarkan Sistem Syura lenyap dan mewujudkan sistem pemerintahan monarki dan pemilihan Khalifah Umayyah berdasarkan sistem warisan. Pemerintahan Bani Umaiyah berpusat di Damaskus, Syiria. Pada masa ini, ekspansi dan penaklukan wilayah dilakukan secara besar-besaran. Muawiyah sebagai khalifah pertama ingin menyaingi Persia dan Romawi, dua negara adidaya saat itu.

Ia melakukan penaklukan ke timur sampai Kabul, Afganistan, ke utara sampai Konstantinopel, Bizantium. Abd al-Malik, penggantinya, meneruskan serangan ke timur sampai India dan Maltan, ke barat sampai Maroko dan Sepanyol. Dengan keberhasilan ini, wilayah kekuasaan Islam menjadi sangat luar biasa luas. . Membentang mulai dari Sepanyol di Eropah, Afrika Utara, Syria, Palestin, Semenanjung Arab, Iraq, Asia Tengah, Asia Selatan sehingga India

Selain ekspansi wilayah, Bani Umayah juga berhasil membangun kebudayaan dan peradaban. Muawiyah mendirikan dinas pos lengkap dengan kuda dan peralatannya, menertibkan angkatan bersenjata, mencetak mata wang dan menjadikan hakim (qadli) sebagai jabatan profesion. Abd al-Malik, khalifah penggantinya, mencetak wang sendiri dengan memakai kata-kata dan tulisan Arab, menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi administrasi pemerintahan, dan mendirikan panti orang cacat. Umar ibn Abd al-Aziz, penggantinya, menetapkan al-Muwatha’ karya Imam Malik sebagai KUHP di wilayah

Akan tetapi, pada aspek sosial dan politik, Bani Umaiyah justeru mewariskan masalah. Muawiyah menerapkan sistem strata sosial yang berbeza dikalangan masyarakat. Ada 4 strata sosial yang dikenal saat itu, yaitu muslim Arab, muslim non Arab (mawalî), non Muslim dan budak.

Muawiyah dan para penerusnya menghidupkan kembali apa yang berusaha dihilangkan oleh Islam dan Nabi, iaitu sistem budak sebagai dampak tidak langsung adanya penaklukan-penaklukan. Mereka juga mendahulukan Muslim Arab untuk jabatan-jabatan di pemerintahan dibanding kelompok lainnya, sehingga muslim non arab merasa dianaktirikan.

Diskriminasi sosial ini kemudian menimbulkan ketidakpuasan dan pemberontakan yang berpuncak pada tergulingkannya dinasti Muawiyah. Khalifah al-Walid II (743-744 M) juga memisahkan tempat pertemuan antara lelaki dan berkembang menjadi pemisahan peran-peran public dan lainnya yang pada akhirnya melahirkan adanya diskriminasi dan bias gender di kalangan masyarakat muslim seperti yang kita lihat sekarang.perempuan.

Dari aspek politik, Muawiyah merubah tradisi pemerintahan sebelumnya yang bersifat “musyawarah-domokratis” menjadi monarki dengan meniru sistem suksesi di Romawi dan Persia. Kerana itu, meski tetap memakai gelar khalifah, mengikuti Utsman,

Muawiyah mengakui dirinya sebagai khalifah Allah (pengganti Allah di bumi atau penguasa yang diangkat Allah), bukan khalifah al-Nabi atau yang lain. Perubahan sistem politik ini dimulai ketika mengangkat anaknya, Yazid, sebagai penggantinya. Untuk melaksanakan ini, Muawiyah menggunakan segala cara. Pertama, kekerasan politik dan fisik. Ia memaksa seluruh rakyatnya bersumpah setia kepada Yazid.Yazid sendiri juga memaksa para shahabat di Madinah untuk berbaiat kepadanya. Husein ibn Ali, cucu Nabi, yang menolak berbaiat di perangi di Karbala, Iraq.

Tragedi terbunuhnya Husein di Karbala inilah yang kemudian melahirkan tradisi assyura di kalangan Syiah sampai sekarang. Kedua, menggunakan bahasa agama. Antara lain, membuat doktrin teologi Jabariyah. Teologi ini mengajarkan bahwa segala perbuatan manusia telah ditentukan Tuhan. Ertinya, naiknya Muawiyah ke puncak kekuasaan dan segala yang berkaitan dengan itu adalah juga taqdir Tuhan, sehingga tidak perlu ditolak atau diperdebatkan. Teologi Jabariyah ini pada fasa berikutnya menjadi bahan kritik dan serangan kaum teolog Kristen Syiria terhadap Islam. Yahya al-Dimasqi, seorang pendeta Kristen di Damaskus, mengkritik Islam bahwa Islam berpaham jabariyah yang tidak memberikan kekuatan apapun pada manusia.

Ia juga mempersoalkan status al-Qur’an, qadim atau hadis? Ini berkaitan dengan doktrin trinitas Kristen. Dalam keyakinan Islam, al-Qur’an adalah kalam Tuhan, dan dinyatakan juga bahwa Isa adalah kalimah Tuhan. Jika al-Qur’an qadim, maka Isa juga qadim, karena keduanya sama-sama kalam/ kalimah Tuhan. Jika demikian, maka berarti benar ajaran trinitas. Sebaliknya, jika al-Qur’an adalah hadis, maka itu dapat menguatkan tuduhan orang kafir Makkah bahwa al-Qur’an adalah buatan Muhamad. Jawaban dan hasil dialektika pemikiran antara para sarjana muslim dengan para teolog Kristen saat itu, di pihak Islam, kemudian melahirkan teologi Muktazilah yang berpaham qadariyah.Selain itu, Muawiyah juga memberikan bayaran mahal kepada siapapun yang dapat menyampaikan hadits tentang keutamaan Utsman dan keluarganya, termasuk Muawiyah, untuk menjustifikasi kesalahan peribadi dan kekuasaannya.

Kebijaksanaan ini akhirnya mendorong banyaknya muncul hadits palsu oleh orang yang tidak bertanggung jawab demi mendapatkan keuntungan materi dari khalifah.Kerana itulah, sebahagian orang menuduh Muawiyah bertanggungjawab atas maraknya hadis palsu di masyarakat islam

Kerajaan Bani Umayyah dibahagikan kepada 3 tahap iaitu tahap kelahiran (661-705 M), zaman kemajuan dan pembangunan (705-724 M) dan zaman kehancuran (724-750 M). Pada zaman ini, masyarakat Islam terbahagi kepada golongan pemerintah, kaum Mawali, golongan Zimmi dan golongan hamba.

KEBANGKITAN ISLAM DAN NEGARA-NEGARA KAWASAN ARAB

Kebangkitan islam merupakan fenomena sejarah nasional yang menumbuhkan kembali semangat iman,stagnasi pemikiran dan fikih,serta gerakan (harakah) dan jihad.Kebangkitan ini juga membawa ujian-ujian bagi umat islam sehingga mendorong mereka mencari sebab-sebab kejauhan dan kehinaan yang menimpa.

Beranjak dari kesedaran ini,mereka menemukan kesedaran baru,iaitu menghidupkan iman,mengaktifkan pemikiran dan mengghairahkan gerakan islam.Kebangkitan ini semakin mengakar dalam organisasi islam yang membawa kesedaran baru.Berdirilah misi-misi Islamyang mengembalikan kepercayaan mengenai kebenaran Islam dan kebesaran sejarahnya.

Kebangkitan Islam mengambil bentuk aktiviti sosial yang mendidik generasi muda memakmurkan masjid dan membersihkan sifat-sifat tercela.Kebangkitan Islam menimbulkan berbagaipengaruh bagi dunia Arab.Kebangkitan merupakan respons terhadap berbagai cabaran dan halangan serta berkerjasama dengan kekuatan sejarah lain yang bergerak di negeri-negeri lain.Dalam pengertian , kebangkitan islam tidak hanya bergumul dengan ideal-ideal islam sahaja, melainkan juga dengan reality serta berbagai-bagai aliran dan fahaman.Kerananya, kita kadang-kadang masih perlu mengembalikan wancana tentang kebangkitan islam kepada akar-akar pemikiran arab secara keseluruhan.Ini kerana esensi kebangkitan tidak dapat difahami tanpa mengembalikan kepada akar-akar ini.

Sekiranya Islam telah menjadi pandangan antarabangsa dan kebangkitan Islam telah meliputi seluruh kawasan arab,bahkan lebih luas lagi, maka gerakan-gerakan kebangkitan dapat membentuk jaringan keorganisasian yanh integratif dan bertujuan khusus yang mengacu pada kesatuan Arab.Di Negara arab terdapat organisasi nasional seperti Ba”ath dan Nasionalisme arab.

Dinamika budaya yang bervariasi dan kewujudan berbagai organisasi mendorong perluasan dakwah islam.Ada pula organisasi-organisasi Islam yang berdiri sendiri seperti di Sudan,Tunisia, dan daerah lainnya di pinggiran Dunia Arab.Mereka berlandaskan pada teori fikih yang menetapkan kesatuan sebagai tujuan dan hubungan antara kawasan sebagai jalan yang harus ditempuh.Mereka memahaminya sebagai analogi dengan keantarabangsaan risalah Nabi Muhammad S.A.W dan keregionalan kaedah penyebaran dakwah yang dimulai dari linkungan keluarga hingga Arab seluruhnya dan belahan dunia lainnya.


PENUTUP:
Berdasarkan tajuk-tajuk di atas,jelaslah Islam banyak meninggalkan warisan yang sungguh bernilai kepada umat manusia.Sebagai umat islam,kita seharusnya mengembalikan semula kegemilangan Islam seperti di zaman Khalifah Bani Umayyah dan Khalifah Bani Abbasiyah.Justeru itu, marilah kita semua bersatu-padu dalam membangunkan syiar Islam.Sejarah dahulu boleh dijadikan iktibar buat kita sebagai umat islam dalam memartabatkan syiar Islam..


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com