Mukjizat Al-Quran

Oleh: Muhammad Amyrol Zaidy Bin Abdul Rashid

PENDAHULUAN.
Mukjizat Al-Quran adalah mukjizad yang abadi. Mukjizat yang kekal sehingga Hari Kiamat. Al –Quran adalah merupakan kitab terakhir yang diturunkan dari langit. Kemukjizatannya tidak mempunyai pengkhususan zaman tertentu sebagaimana juga cabarannya terhadap manusia tidak mempunyai masa yang terhad. Al-Quran tidak diturunkan sebagai sebuah buku sains.Ini adalah suatu hakikat yang sepatutnya sentiasa berada di fikiran kita,namun begitu ianya membawa mukjizat-mukjizat yang kekal dan abadi. Kerana itu ianya mempunyai mukjizat-mukjizat yang mencabar untuk semua peringkat masa, baik untuk mereka yang hidup sebelum zaman kita atau mereka yang akan hidup selepas kita. Ianya akan berterusan sehingga berakhirnya dunia ini serta kandungannya.

Kedatangan Al –Quran adalah untuk memberi peringatan kepada mereka yang masih hidup kerana ianya ditujukan kepada mereka. Kitab-kitab yang diturunkan dari langit sebelum Al-Quran, ditujukan kepada sesuatu umat atau bangsa tertentu sahaja dan untuk mengubati penyakit-penyakit yang terdapat dalam masyarakat tersebut sahaja, tetapi kenapa Al-Quran diturunkan untuk umat manusia seluruhnya dan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh seluruh dunia.

Kemudian ia menyentuh pula tentang bagaimana Al-Quran menembusi ketiga- ketiga sekatan alam ghaib yang terdiri dari sekatan- sekatan masa lalu, masa sekarang, dan masa akan dating, malah sekatan alam ghaib dari segi tempat juga. Sehinggakan ianya melahirkan apa yang disembunyikan oleh seseorang dilubuk hatinya dan belum pernah diberitahu kepada orang lain, hanya Allah yang mengetahuinya. Kemudian tentang bagaimana pula Al-Quran menembusi sekatan-sekatan alam ghaib untuk masa depan yang hampir dan masa depan yang jauh, lalu ianya memberitahu kita tentang perkara-perkara yang tidak diterima oleh akal bahawa ianya akan berlaku seperti keputusan-keputusan peperangan yang akan berlaku.

Di samping itu Al-Quran juga memberitahu kita tentang bumi ini bulat dan juga tentang ilmu yang berhubung dengan janin yang berada dalam kandungan ibunya sedangkan dunia pada masa itu masih lagi mengetahui tentang perkara-perkara tersebut. Kemudian Al-Quran memberitahu kita mukjizat kejadian makhluk dan bagaimana ianya dilaksanakan dengan menjelaskan kepada kita perkara-perkara yang sesetengahnya mungkin kita telah ketahui menerusi sains dan sesetengah lagi masih belum diketahui sehingga sekarang. Sebenarnya folio ini boleh dianggap sebagai satu percubaan mentafsir Al-Quran dari sudut sains.

ABSTRAK
Buku ini menceritakan tentang mukjizat Al-Quran. Al-Quran adalah cahaya yang menerangi hati-hati manusia ke arah jalan kebaikan dan kebajikan.Melalui buku ini,kita dapat mengetahui mukjizat-mukjizat Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran memberi petunjuk kepada umat manusia agar menjauhi larangan Allah S.W.T dan melakukan perintah-Nya. Mukjizat Al-Quran membuktikan kebenaran isi kandungan Al-Quran yang merupakan kalam Allah.

Buku ini diharapkan dapat meluaskan lagi kefahaman dan pandangan masyarakat terhadap Islam, khususnya beberapa isu yang dikatakan controversial oleh setengah-setengah kalangan, dikupas dengan begitu halus dan mendalam,hingga kita tersedar dari kealpaan dan mengucapkan subhanallah;begitu mukjizatnya Al-quran.

MAKJIZAT AL-QURAN AL-KARIM

Al-Quran merupakan kitab ilahi iaitu datangnya dari Allah yang tidak ada keraguan padanya. Allah menurunkan al-Quran melalui Malaikat Jibrail. Firman Allah yang bermaksud “ Suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara teperinci yang diturunkan di sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi maha Mengetahui.” (Hud, ayat 1)

Tambahan lagi, al-Quran merupakan kitab yang terpelihara sepertimana jaminan yang telah diberikan oleh Allah untuk memeliharanya. Oleh demikian, kita dapati begitu ramai orang yang menghafal al-Quran dengan baik sejak kanak-kanak lagi dan Allah memudahkan mereka untuk mengingatinya. Pemeliharaan tersebut juga didapati dengan penulisan al-Quran yang rapi oleh para sahabat selepas ayat-ayat tersebut diturunkan dan dibukukan pada zaman khulafa’ al-Rasyidin.

Selain itu, al-Quran merupakan kitab mukjizat yang terbesar dikurniakan kepada nabi Muhammad yang mencabar kekuatan dan pemikiran manusia. Manusia tidak mampu untuk menandingi al-Quran sama ada dari segi bahasa, makna dan cerita-cerita yang terkandung di dalamnya. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan jika kamu tetap ragu-ragu tentang apa yang kami wahyukan kepada hamba kami (Muhammad), maka datanglah satu surah sepertinya dan ajaklah penolong-penolong kamu selain Allah jika kamu benar-benar orang yang benar.” (al-Baqarah, ayat 23-24)

Al-Quran juga merupakan kitab yang mudah difahami dan jelas maksudnya. Ia bukan kitab falsafah yang mengandungi teori-teori yang memeningkan. Ahli falsafah menyebutkan bahawa falsafah itu apabila diterangkan dan tidak difahami itulah dinamakan falsafah. Al-Quran diturunkan kepada manusia untuk difahami dan sasaran adalah untuk manusia sejagat. Firman Allah yang bermaksud : “ dan sesungguhnya kami mempermudahkan al-Quran itu untuk diingati, maka adakah ada orang mahu mengambil pengajaran.” (al-Qamar, ayat 17)


Seterusnya, kekekalan Al-Quran. Mukjizat-mukjizat selain Al-Quran terjadi dan berlaku pada zaman tertentu dan hanya masyarakat zaman itu saja yang melihat dan atau mendengarnya. Sedangkan Al-Quran tidak terbatas hanya untuk masa Rasul Allah SAW. Ia berlaku sepanjang sejarah sebagai mukjizat. Berlalunya zaman bukan hanya tidak menggoyahkan Al-Quran bahkan berbagai pengetahuan dan permasalahan yang terkandung di dalamnya semakin terbuka dan terbukti kebenarannya.

Selain itu, Nabi-Nabi lain memiliki mukjizat yang bersifat materi dan jasmani yang membuat kagum mata dan telinga setiaporang. Sedangkan Al-Quran adalah ucapan dan kalimat-kalimat yang terdiri dari huruf-huruf alifba biasa. Tetapi ia mampu merasuk ke lubuk hati dan jiwa manusia membuat akal semua orang terpaksa mengagungkannya dan menguasai hati manusia.

Al-Quran tidak terbatas pada zaman tertentu, ia juga tidak terbatas pada tempat tertentu pula. Sasaran Al-Quran tidak terbatas pada zaman tertentu, ia juga tidak terbatas pada tempat tertentu pula. Sasaran Al-Quran bukan hanya orang-orang Arab di tanah Hijaz, tetapi seluruh bangsa dari setiap kaum dan etnis di dunia ini diseru oleh Al-Quran. Oleh kerana itu Al-Quran sama sekali tak pernah menyeru orang-orang Arab saja.Yang ada di dalam Al-Quran seruan-seruan umum kepada seluruh manusia, seperti Yaa ayyuhan naas, dan sebagainya.

Seterusnya, kekuatan Al-Quran. Mukjizat Nabi-Nabi lain tidak memiliki lidah untuk menyatakan dirinya. Sehingga para Nabi tersebut harus menyertai mukjizat mereka dan menyatakan bahawa yang mereka perbuat itu adalah mukjizat. Sedangkan Al-Quran tidak memerlukan seseorang untuk memperkenalkannya sebagai mukjizat. Tetapi ia sendiri menyeru para penentangnya untuk bertanding sekaligus mengalahkan mereka.Al-Quran selain merupakan undang-undang juga dokumen undang-undang.


KEKUFURAN MEREKA MEMBUKTIKAN KEBENARAN Al-QURAN


Kemukjizatan Al-Quran tidak terhenti dan tidak kunjung habis. Kalaulah Al-Quran telah mencabar kaum kafir semasa ianya diturunkan dengan memberitahu mereka apa yang sedang berkecamuk dalam hati dan perasaan mereka dan juga apa yang akan mereka terima di akhir hidup mereka , maka Al-Quran masih lagi mencabar golongan kafir di zaman ini , bahkan di hari ini, dengan memperalatkan mereka untuk menetapkan masalah keimanan. Sebagaimana ia menggunakan mereka semasa turunnya Quran untuk menentukan permasalahan yang sama. Tujuan utama orang-orang kafir dan golongan penyesat yang lain ialah mengingkari agama Islam dan seterusnya mengingkari kewujudan Allah. Tetapi dengan kedatangan Al-Quran , malah selepas 14 kurun memperalatkan mereka dalam membuktikan agama Allah(agama Islam) adalah benar dan Kitab Al-Quran itu sebenarnya adalah Kalam Allah yang diturunkannya kepada rasul-Nya.

Kewujudan golongan penyesat dan apa yang mereka perkatakan tentang kejadian langit, Bumi, dan manusia adalah bertepatan dengan apa yang disebut oleh Al-Quran tentang mereka. Dengan itu ,bererti golongan penyesat yang datang dengan tujuan untuk memesong manusia dari jalan Allah sebaliknya telah memberi satu khidmat yang besar dan berfaedah kepada dakwah islamiahdan juga kepada Al-Quran. Ini berlaku kerana dengan kekafiran dan keingkaran mereka, mereka telah membuktikan kebenaran ayat-ayat-Nya. Apakah masih ada mukjizat yang lebih dari itu?

Allah memperalatkam orang-orang kafir yang cuba memesongkan orang lain dari jalan-Nya dancuba mendustakan Al-Quran. Allah memperalatkan mereka supaya mereka membuktikan , tanpa mereka sedari, akan kebenaran agama yang mereka cuba hancurkan ini dan membuktikan kewujudan Allah S.W.T yang mereka sedaya-upaya mereka untuk mengingkari-Nya. Dengan itu, Allahmenyebut dalam Al- Quran yang diturunkan semenjak empat belas kurun yang lalu bahawa akan ada golongan yang akan cuba memesongkan manusia dari jalan Allah dengan menggunakan isu kejadian langit, bumi, dan manusia sebagai bahan dalam usaha mereka itu. Sedangkan apa yang akan mereka perkatakan itu tidak benar dan Aku(Allah) menafikannya dari sekarang apa yang akan mereka perkatakan selepas ratusan, ribuan, malah jutaan tahun yang akan datang. Jadi kedatangan mereka adalah membuktikan kebenaran Al-Quran.

Keadaan mereka memperkatakan apa yang tidak benar sedangkan mereka tidak dapat membuktikan secara saintifik apa yang mereka katakana itu menyebabkan mereka mengeluarkan beraneka bentuk teori yang bertentangan di antara satu sama lain. Ini menampakkan kepada kita usaha-usaha yang mereka jalankan dalam percubaan mereka menghancurkan peraturan-peraturan dan ketetapan Allah.

Dengan itu kita katakana kepada mereka, bahawa kamu dengan usaha-usaha kamu itu telahpun membuktikan kebenaran Al-Quran , kerana Allah telah pun memberitahu kami tentang kamu semenjak empat belas kurun yang lalu, dan mengatakan bahawa kamu akan datang dan kamu akan berbuat itu dan ini, dalam percubaan kamu menyesatkan manusia dan meruntuhkan ajaran Al-Quran. Adakah kita dapat merasakan kemukjizatan ini? Iaitu kemukjizatan di dalam memperalatkan orang-orang kafir untuk membuktikan kebenaran isu keimanan di alam maya ini.

AL-QURAN DAN SAINS

Pertentangan yang berlaku antara hakikat kejadian alam dan Al-Quran.Jika terdapat pertentangan, adakah timbul ketika kita memperkatakan sesuatu fakta sains berhubung dengan kejadian alam, sedangkan ianya bukan fakta sains, atau ketika kita memperkatakan fakta (hakikat) Al-Quran sedangkan ianya bukan fakta Al-Quran. Ini ialah kerana fakta (hakikat) Al-Quran tidak memungkinkan berlakunya pertentangan dengan fakta sains yang boleh dibuktikan dengan percubaan. Ini disebabkan pencipta Al-Quran itu adalah Allah dan pencipta alam ini juga adalah Allah.

Setelah kita sampai kepada kesimpulan di atas dan sebelum kita berpindah kepada perkara lain, ada baiknya dijelaskan suatu perkara kecil yang agak penting kepada kita semua. Mereka yang mengatakan Al-Quran itu diturunkan bukan sebagai buku sains adalah benar. Ini adalah kerana Al-Quran itu diturunkan membawa hukum-hukum dan geografi atau kimia atau biologi, Sungguhpun begitu di masa yang sama jika dikatakan Al-Quran ada menyebut tentang mukjizat-mukjizat di lapangan sains yang masih belum diterokai atau ditemui pun juga benar.

Mukjizat-mukjizat ini adalah merupakan kemuncak rahsia kejadian alam ini. Al-Quran, umpamanya, tidak diturunkan untuk mengajar kita ilmu perubatan walaupun ada disebutkannya dengan terperinci, sedangkan ilmu perubatan moden, hanya mengetahuinya selepas ratusan malah ribuan tahun kemudian.

Dalam lapangan geografi ini pula ada disentuh tentang permasalahan, juga halnya dengan setiap ilmu pengetahuan yang ada di atas muka bumi ini, atau dengan kata lain, setiap hakikat dan permasalahan berhubung dengan kejadian alam disentuh oleh Al-Quran sama ada kita, manusia, menemuinya ataupun tidak


TUJUAN AL-QURAN.

Al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada nabi s.a.w. yang ditulis di dalam mushaf yang dipindah dengan tawatur dan menjadi ibadat membacanya.

Penurunan Al-Quran mengandungi tujuan-tujuan (maqasid al-Quran) yang tertentu.

Pertama, tujuan al-Quran ialah membetulkan akidah, mensabitkan ketuhanan Allah yang Maha Esa, tugas nabi-nabi dan penyataan kewujudan hari akhirat. Al-Quran mengambarkan bahawa syirik merupakan satu perbuatan dosa yang besar dan tidak diampuni oleh Allah. Kesemua para nabi menyeru manusia kepada Allah yang Maha Esa. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan sesunguhnya kami telah mengutus rasul pada setiap umat yang menyeru ; “sembahlah Allah saja dan menjauhi Thaghut itu.” (al-Nahl, ayat 36) Di samping itu, al-Quran menjelaskan keperluan manusia kepada nabi-nabi dan risalahnya, menerangkan tugas para nabi dan menolak dakwaan dan tanggapan yang salah mengenai nabi. Al-Quran juga menjelaskan kewujudan hari akhirat itu benar dan pasti setiap manusia akan menghadapinya.

Kedua, tujuan al-Quran ialah pengisytiharan terhadap kemuliaan manusia dan hak-haknya. Al-Quran menegaskan bahawa manusia adalah makhluk yang mulia yang dijadikan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian. Oleh sebab itu, al-Quran melarang sebahagian golongan pelampau yang mengharamkan perkara-perkara baik dan perhiasan seperti yang diungkapkan oleh Allah dalam surah al-Araaf, ayat 32. Al-Quran juga memperakui hak-hak asasi manusia seperti kebebasan bersuara, berfikir, beriktikad, tempat tinggal dan mencari reziki.

Ketiga, tujuan al-Quran ialah memberitahu bahawa manusia diciptakan adalah untuk beribadat kepada Allah. Allah yang menciptakan manusia, memberi reziki, mengurniakan pelbagai nikmat yang tidak dapat dihitung. Oleh itu, menjadi hak Allah untuk manusia bersyukur dan bertakwa kepadanya. Orang yang bertakwa akan mendapat keberkatan, reziki yang murah, terpelihara dari gangguan musuh, sentiasa mendapat petunjuk dari Allah dan berjaya dari azab akhirat.

Keempat, tujuan al-Quran adalah untuk menyucikan jiwa manusia (tazkiyyah al-Nafs). Al-Quran sentiasa menyeru manusia supaya membersihkan jiwanya dengan melakukan kebaikan. Beruntunglah orang yang dapat memimpin jiwanya ke arah keredhaan Allah. Secara fitrahnya, jiwa boleh terjerumus ke lembah kehinaan apabila ia tidak dididik dan jiwa boleh mencapai tahap termulia apabila ia dibersihkan. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan jiwa serta penyempurnaan ciptaanya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.” (al-Syams, ayat 7-10)

Kelima, tujuan al-Quran ialah membina keluarga yang soleh yang menjadi teras kepada kekuatan umat. Al-Quran menggalakkan umatnya supaya berkahwin kerana perkahwinan itu dapat melahirkan ketenangan, kebahagiaan dan rahmat. Al-Quran memerangi golongan yang menghalalkan homoseksual dan lesbian kerana ia melanggari fitrah manusia. Di samping itu, Islam juga memerangi golongan yang mengharamkan perkahwinan atas alasan bahawa perkahwinan adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan. Al-Quran juga memberi kedudukan yang mulia kepada wanita dengan mengangkat martabat mereka menyamai kaum lelaki dari segi amalan dan ganjaran pahala.

Keenam, tujuan al-Quran adalah untuk membina umat yang mempunyai kemuliaan dan menjadi saksi atas umat yang lain. Umat yang mengasaskan kehidupannya berteraskan kepada akidah, syariat dan akhlak Islam sekaligus membawa rahmat kepada manusia sejagat. Firman Allah yang bermaksud : “Dan tidak kami utuskan kamu (Muhammad) kecuali untuk membawa rahmat bagi seluruh alam.” (al-Anbiya’, ayat 107)

Antara keistimewaan umat Islam ialah ia adalah umat rabbani iaitu umat yang hidup kerana mencari keredhaan Allah, beribadat kerana Allah dan menjalankan manhaj Allah di atas muka bumi ini. Di samping itu, ia juga adalah umat sederhana dan seimbang, umat yang sentiasa berdakwah ke arah kebaikan dan umat yang sukakan kesatuan dan bersatu padu. Inilah empat ciri umat Islam berbanding dengan umat yang lain. Ketujuh, al-Quran menyeru kepada aspek keinsanan yang tolong menolong antara sesama manusia. Umat Islam bukan umat yang menyendiri tanpa menghiraukan bangsa-bangsa yang lain. Oleh itu, Islam menghormati kebebasan beragama dan perbezaan pendapat.Umat Islam berperanan untuk menyeru manusia ke arah hidayah Allah, keimanan, kemakmuran dan kebahagiaan yang hakiki. Dengan sebab demikian, Allah memuji umat ini kerana mereka menjalankan amar makruf wan nahi annil mungkar. Inilah tujuh perkara antara yang digariskan oleh para ulamak sebagai tujuan al-Quran diturunkan kepada manusia.

LAILATUR QADAR

Malam Lailatur Qadar ialah malam turunnya Al-Quran. Al-Quran adalah azali kerana ianya merupakan sifat Allah S.W.T. Kerana itulah ianya turun pada malam ini dari Lauh Mahfudz ke langit dunia untuk melaksanakan tugas-tugasnya, dengan perintah ‘buat’ atau larangan ‘jangan buat’.

Kalau kita mengambil kira perbezaan di antara tahun-tahun Qamariah dengan tahun-tahun Syamsiah, kita dapati malam Lailatur Qadar akan datang dalam setiap hari dalam setahun. Bulan Ramadhan mungkin tiba pada musim bunga, musim panas, musim gugur, atau musim sejuk. Dengan kata lain, ianya beredar dalam tahun itu seluruhya, dalam setiap musim dari musim-musim yang terdapat dalam tahun itu. Tidak ada satu bulan pun dari bulan-bulan tahun Syamsiah yang tidak menepati bulan Ramadhan atau sebahagian dari bulan Ramadhan. Dengan berlalunya masa yang begitu lama, kita dapati malam Lailatur Qadar telah melalui atau menepati tahun itu seluruhnya, atau hari-hari dalam tahun itu.

Pemilihan malam di sini adalah kerana malam itu sendiri menjadi tumpuan ibadat yang dikhususkan kepada Allah Yang Maha Esa. Di waktu malam terdapat suasana yang tenang dan damai. Dalam ketenangan dan kedamaian itulah seseorang itu dapat merasakan lahirnya hubungan mesra dengan Allah. Sedangkan mereka yang berpura-pura beribadat kepada Allah tidak akan dapat menghidupkan malam dengan ibadat mereka.Orang-orang yang ingin dikatakan orang-orang saleh, secara ria’ dan nifak juga tidak dapat menhidupkan suasana malam dengan ibadat mereka. Sebaliknya, orang-orang yang dapat menghidupkan suasana malam dengan ibadat mereka, ialah orang-orang yang benar-benar khusyuk dan mempunyai iman yang ikhlas terhadap Allah.

Ketika Allah memilih sesuatu waktu atau tempat atau seseorang untuk diberi nikmat mengikut kemahuan-Nya dan memilihnya untuk membawa perutusan-Nya atau untuk menyampaikan peraturan-Nya yang ditetapkan kepada makhluk-Nya maka pemilihan-Nya itu adalah merupakan kebaikan untuk kemanusiaan seluruhnya.

Rasullullah dipilih dan diutuskan untuk membawa rahmat ke seluruh alam. Semua kita mendoakan kedudukan yang tinggi dan maqam yang terpuji untuk s.a.w. Sebenarnya, doa kita itu adalah kita juga, kerana dengan maqam yang terpujilah di hari kiamat nanti Rasulullah s.a.w akan dapat member syafaat kepada kita. Jadi, kebaikan dan rahmat yang akan kita perolehi nanti adalah hasil dari pertolongan s.a.w

Begitu jugalah dengan pemilihan malam Lailatur Qadar.Ianya bertujuan supaya alam ini dinaungi dengan kurniaan dan rahmat dari Allah. Malam Lailatur Qadar ialah suatu malam di mana Allah s.w.t menurunkan Al-Quran untuk melaksanakan tugas-tugasnya di alam ini ke langit dunia. Dari sanalah Jibril a.s mengambilnya dan membawanya turun kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran sebelum diambil oleh Jibril tersimpan di lipatan alam ghaib dan hanya terdapat pada ilmu Allah. Setelah ianya diambil oleh Jibril ia masih lagi di lipatan alam ghaib kepada nabi Muhammad s.a.w sehinggalah Jibril menyampaikannya. Setelah ianya diterima oleh Nabi Muhammad ia masih lagi di alam ghaib dinisbahkan kepada kita hinggalah disampaikan oleh nabi Muhammad s.aw kepada kita semua.

Manusia menghidupkan malam Lailatur Qadar kerana Allah telah memuliakan malam tersebut dengan turunnya Al-Quran. Jadi, memuliakan malam tersebut bererti memuliakan peristiwa yang berlaku pada malam tersebut, iaitu Al-Quran. Manusia tidak memuliakan sesuatu peristiwa itu melainkan jika peristiwa itu dianggap besar dan ianya mengembirakan mereka.

Malam Lailatur Qadar adalah waktu turunnya malaikat membawa rahmat Allah keseluruh bumi ini. Turunnya para malaikat membawa rahmat Allah ke bumi ini adalah mengikut peraturan dan undang-undang semulajadi yang telah ditetapkan.

PENUTUP:

Berdasarkan tajuk-tajuk di atas,jelaslah mukjizat Al-Quran adalah mukjizat yang abadi dan kekal sehingga Hari Kiamat. Al-Quran adalah kitab yang menjadi rujukan umat manusia agar hidup kita diberkati Allah S.W.T. Isi kandungan yang terdapat dalam Al-Quran jelas menunjukkan kebenaran Al-Quran. Sebagai umat Islam kita wajib mempercayai Al-Quran yang merupakan rukun Iman kita. Mukjizat Al-Quran tidak mempunyai pengkhususan zaman tertentu sebagaimana juga cabarannya terhadap manusia tidak mempunyai masa yang terhad.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com