Dosa Menurut Ajaran Islam

Oleh: Muhamad Arifikhwan B. Mohd Sabri

PENGERTIAN DOSA
Dosa ialah balasan buruk kerana melakukan larangan Allah S.W.T. dan meninggalkan suruhan-Nya Orang yang akil baligh yang melanggar hukum Allah digelar ‘Asi

JENIS-JENIS DOSA
Dosa besar: kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan di akhirat seperti minum arak, berzina, membunuh
Dosa kecil: kesalahan yang tidak diberikan peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat seperti bercakap yang sia-sia


Faktor Manusia Melakukan Dosa
- Terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat
- Ingin kehidupan bebas tanpa batasan agama
- Angkuh dan saombong kerana harta dan pangkat yang dimiliki
- Memandang ringan dengan peringatan azab di akhirat

Dosa-Dosa Besar Yang Mesti Dihindari

1. Menghina Dan Menderhaka Ibu Bapa
Antara Perbuatan Menderhaka Kepada Ibu Bapa
- Melawan percakapan mereka
- Meniggikan suara ketika bercakap
- Tidak dengar nasihat dan teguran mereka
- Melayan mereka dengan kasar


2. Menipu Dan Berbohong
Menipu ialah melakukan helah untuk kepentingan diri sendiri dan memudaratkan orang lain
Berbohong ialah tidak jujur atau memalsukan sesuatu maklumat
menipu boleh terjadi melalui kata-kata dan perbuatan seperti memalsukan dokumen

3. Mencuri Dan Merompak
Mencuri ialah mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin. Hukuman hududnya dipotong tangan
Merompak ialah mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanannya tanpa izin
Kesan Perbuatan Mencuri Dan Merompak
- Masyarakat hidup tidak aman dan tenteram
- Dipandang hina oleh orang
- Dipulau dan disisihkan masyarakat
- Timbul pergaduhan dan permusuhan
- Negara tidak aman dan tenteram

4. Riba
Riba ialah faedah, lebihan atau pertambahan bayaran dalam proses pertukaran barang, wang, hutang-piutang dan sebagainya
Jenis-jenis Riba
riba Al-fadl: pertambahan berlaku kerana pertukaran barang yang sama jenis seperti pertukaran beras dengan beras
riba an-nasiah: pertambahan yang berlaku kerana menangguhkan tempoh bayaran

Hikmah Pengharaman Riba
- Membanteras kezaliman dan penindasan sesama manusia
- Mewujudkan kestabilan ekonomi
- Melahirkan sikap bantu-membantu dan tolong menolong

5. Makan Harta Anak Yatim
Anak yatim ialah kanak-kanak yang kematian bapa sebelum umur baligh
menjaga harta anak yatim adalah amanah dari Allah

Sebab Dilarang Makan Harta Anak Yatim
- Anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa
- Mengelakkan anak yatim hidup terbiar kerana tiada harta
- Mengelakkan berlakunya permusuhan yang memeutuskan silaturahim
- Mencabuli hak anak yatim sebagai pewaris harta

6. Lari Dari Medan Perang
Perang jihad ialah peperangan antara orang Islam dengan kafir bagi mempertahankan kesucian agama Islam
setiap rakyat yang baligh dan berakalserta berkeupayaan menyertai jihad wajib mempertahankan kesucian Islam
orang yang lari dari medan perang adalah berdosa besar

Akibat Lari Dari Medan Perang
- Dipandang hina
- Umat Islam ditindas
- Balasan neraka
- Merendah martabat agama dan umat

7. Mengumpat Dan Memfitnah
Mengumpat bererti mengata atau menceritakan keburukan seseorang semasa ketiadaannya dan boleh menimbulkan kemarahan apabila dia mendengarnya
Memfitnah ialah melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti

Sebab Mengumpat Dan Memfitnah
- Ingin lihat orang menderita dan susah
- Tidak mahu mengakui kelebihan orang
- Takut persaingan hidup
- Sikap buruk sangka terhadap orang
Akibat Mengumpat Dan Memfitnah
- Dibenci dan dipandang hina
- Berlaku pergaduhan dan permusuhan
- Masyarakat Islam mundur
- Hidup menderita dunia dan akhirat
Cara Mengatasinya
- Menyemai kasih sayang sesama Islam
- Reda dengan ketentuan Allah
- Sentiasa muhasabah diri
- Meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan beramal soleh

Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kehancuran Umat

1. Minum Arak Dan Menagih Dadah
Arak ialah minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada buah yang diperam
Faktor Minum Arak
- arak mudah didapati
- terpengaruh dengan rakan yang liar
- tiada penguatkuasaan undang-undang
Dadah pula ialah sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir seseorang
hukuman hudud terhadap peminum arak ialah disebat 40 kali
Hikmah Pengharaman Arak Dan Dadah
- menjaga kewarasan akal fikiran
- elak berlaku pergaduhan dan permusuhan
- kekalkan kesihatan fizikal dan mental
- mengelak penyakit berbahaya seperti AIDS dan sebagainya


Langkah Pencegahan
- menagmbil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat
- iba bapa hendaklah prihatin dengan kehidupan anak-anak
- kempen tentang bahaya arak dan dadah
- amal gaya hidup sihat dengan adakan aktiviti kemasyarakatan, riadah dan sebagainya
Kesan Minum Arak Dan Menagih Dadah
Terhadap Individu
- membazir wang, masa, harta
- menjatuhkan maruah diri dan keluarga
- terdedah kepada jenayah
- lalai daripada mengingati allah
Terhadap Negara Dan Masyarakat
- menjadi mundur dan tidak tenteram
- banyak wang negara dihabiskan bagi sediakan pusat pemulihan
- hilang tenaga kerja yang boleh membangunkan masyarakat
- terdedah kepada penjajahan dan penindasan kuasa asing

2. Zina
Zina ialah melakukan persetubuhan haram antara lelaki dengan perempuan tanpa ikatan yang sah
Faktor Zina
- kurang pendidikan agama
- pergaulan bebas lelaki dan perempuan
- mengunjungi tempat maksiat
- membaca dan menonton bahan lucah
Kesan Zina
- menjatuhkan maruah diri dan keluarga
- mendapat kemurkaan Allah dan mengundang bala
- penyakit berbahaya seperti AIDS, siflis dan sebagainya
- lahir generasi keluarga yang tidak jelas keturunannya
Hukuman Penzina
- penzina yang berkahwin dengan cara sah (muhsin) direjam hingga mati
- penzina yang belum berkahwin disebat 100 kali sebatan

3. Menuduh Zina (Qazaf)
menuduh seseorang yang baik berzina tanpa 4 orang saksi yang adil
hukumannya 80 kali sebatan

Syarat Dikenakan Hukuman Kepada Penuduh Zina:
- berakal
- baligh
- atas kemahuan sendiri (tidak dipaksa)
- mengetahui haramnya qazaf
- bukan bapa atau datuk kepada yang dituduh


4. Liwat Dan Musahaqah
Liwat ialah hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki (homoseks/gay)
Musahaqah ialah hubungan antara perempuan dengan perempuan (lesbian)
Faktor Berlakunya Liwat Dan Musahaqah
- terpengaruh dengan budaya liar
- membaca dan melihat bahan lucah
- tiada undang-undang tegas
- kurang didikan dan pengetahuan agama
Akibat Liwat Dan Musahaqah
- institusi perkahwinan runtuh
- dijangkiti penyakit seperti AIDS dan siflis
- dapat balsan azab di akhirat
- maruah diri, masyarakat, agama tercemar

5. Membunuh Diri
melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri
Punca Bunuh Diri
- kecewa dengan rahmat Allah
- anggap bahawa bunuh diri jalan penyelesaian terhadap masalah
- tidak sanggup menghadapi kegagalan hidup

Cara Mengatasi Bunuh Diri
- hendaklah yakin dengan rahmat Allah
- berusaha memajukan diri dengan syariat Islam
- memberi pendidikan agama sejak kecil
- mengingati bahawa dunia adalah sementara, akhirat adalah kekal abadi

AMALAN IBADAT YANG MENGHAPUSKAN DOSA

Semua insan Muslim mempercayai bahawa jika kita kembali kepada Alllah dalam keadaan tidak berdosa, maka kita akan mendapat syurga. Tetapi setiap insan pasti akan melakukan dosa kerana berbagai kelalaian dan hawa nafsu. Dengan itu kita memohon ampun, bertaubat. Tetapi ada beberapa cara lain di mana Allah ampunkan atau hapuskan dosa kita bila kita melakukannya.

Ibn Taimiyah telah menyatakan bahawa jika seseorang Islam melakukan dosa, maka ia dapat menghapuskannya dengan sepuluh sebab. Antaranya ialah melakukan kebaikan. Dipaparkan di sini amalan berhubung solat yang dijanjikan Allah dan Rasulullah SAW akan dihapuskan dosa apabila dilakukan amalan tersebut.


1 WUDUK
Rasulullah SAW bersabda : "Jika seseorang Muslim atau Mukmin mengangkat wuduk, maka ketika membasuh mukanya, segala kesalahan kerana pandangan matanya keluar bersama-sama air atau bersama akhir ketitisan air. Jika dia membasuh kedua tangannya bersama air atau bersama akhir titisan air. Jika dia membasuh kedua kakinya, maka keluarlah dosa yang dilakukan kedua kakinya bersama air atau bersama akhir titisan air, hingga dia bersih dari semua dosa." (Riwayat Muslim).

Rasulullah SAW bersabda : "Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang dengannya Allah menghapuskan kesalahan dan mengangkat darjat? Sahabat menjawab: Mahu Ya Rasulullah! Nabi SAW berkata: "Menyempurnakan wuduk pada waktu subuh yang dingin dan banyak melangkah ke masjid serta menunggu solat jemaah setelah solat sunnah. Yang demikian itu adalah ikatan kepada Allah." (Riwayat Muslim)


(2) AZAN
Azan adalah salah satu syiar Islam yang nyata dapat menghapuskan keburukan. Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang ketika selesai mendengar azan mengatakan : ‘Asyahadu an la ilaaha illallah wahdahu la syrikalalahu wa anna Muhammadan ‘abduhu wan rasulan wa bil Islami dinan. (Saya menyatakan tiada Tuhan selain Allah yang Maha Esa tanpa sekutu apa pun bagiNya. Saya menyatakan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusanNya. Saya rela Allah sebagai Tuhan dan Islam sebagai agamaku, maka dia diampuni dosanya." (Riwayat Muslim).

Rasulullah SAW bersabda : "Orang yang azan itu diampuni dosanya sepanjang suaranya dan disaksikan oleh setiap (tumbuhan) yang kering dan yang basah. Orang yang menghadiri solat itu dituliskan 25 kali solat dan dihapuskan dosanya antara solat dengan solat berikutnya." (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

(3) BERJALAN KE MASJID (Tempat solat)
Rasulullah SAW bersabda : "Barang siapa bersuci (wuduk) di rumahnya, kemudian berjalan ke salah satu tempat ibadah untuk melaksanakan salah satu kewajipan terhadap Allah, maka kedua langkahnya itu sebagai penghapus dosa dan langkah yang lain mengangkat darjatnya." (Ibnu Majah)

(4) SOLAT LIMA WAKTU
Rasulullah SAW bersabda : "Saya mendengar Rasulullah SAW berkata: "Bagaimana pendapatmu, jika ada sungai di depan pintu (rumah) seseorang di antara kamu dan dia mandi darinya lima kalis setiap hari, apakah ada kotoran yang tersisa darinya?" Sahabat menjawab : "Tidak tersisa sedikit pun kotoran darinya." Nabi Muhammad SAW berkata: ‘Demikian itu adalah perumpamaan solat lima waktu, yang dengannya Allah SWT menghapuskan segala kesalahan dan dosa." (Muttafaq Alaih)

(5) SOLAT JUMAAT
Hari Jumaat adalah terpenting dan paling utama dalam seminggu. Solat Jumaat menghapuskan keburukan dan dosa. Rasullullah SAW bersabda: "Barangsiapa berwuduk dengan sempurna, kemudian mendirikan solat Jumaat dan dia mendengar khutbah dengan tekun, maka terampuni dosanya antara hari itu dengan Jumaat berikutnya dan ditambahkan tiga hari. Barang siapa yang melengah-lengahkannya, maka tiadalah pahalanya." (Riwayat Muslim).

(6) MEMBACA AMIN
Rasulullah SAW bersabda : "Jika imam membaca amin maka bacalah amin. Sebab orang yang membaca amin bersama aminnya malaikat, maka dia diampuni dosanya yang telah silam." (Riwayat Al Bukhari)

(7) BANGUN DARI RUKUK (Iktidal)
Rasulullah SAW bersabda : "Jika imam mengucapkan: "Sami' allahu liman hamidah’, maka berkatalah: "Allahumma rabbana lakal hamd’. Sebab, siapa yang ucapannya bertepatan dengan ucapan malaikat, maka dia di ampuni dosanya yang telah lalu." (Riwayat Bukahri)

(8) QIAMULLAIL
Sesungguhnya qiamullail adalah etika dan pekerjaan orang-orang yang baik dan bahagia. Rasululullah SAW bersabda : "Lakukanlah qiamullail. Sebab qiamullail itu tradisi orang-orang yang salih sebelum kamu dan sebagai pendekatan kepada Allah, penanggal dosa dan penghapus keburukan serta mengusir penyakit dari badan." (HR Ahmad.Tirmizi, Hakim dan Baihaqi)

(9) SOLAT TAUBAT
Rasulullah bersabda : "Jika seseorang manusia melakukan dosa (kecil) lalu dia berwuduk dengan sempurna, mendirikan solat dua rakaat kemudian memohonkan ampunan kepada Allah, maka dia diampunkan dosanya. Lalu Nabi Muhammad s.a.w.membaca ayat ini: ‘Orang-orang yang melakukan perbuatan keji atau menganiayai dirinya, kemudian mereka ingat kepada Allah, lalu meminta ampun kepada Allah…" Dia diampuni dosanya." (Ali b. Abi Talib)

AMALAN HARIAN YANG MENGHAPUSKAN DOSA

(1) SEDEKAH
Rasulullah SAW bersabda : "Takutlah kamu pada neraka!" Kemudian Nabi Muhammad SAW mundur dan memalingkan wajahnya, kemudian berkata: 'Takutlah kamu pada neraka!' Kemudian mundur dan memalingkan wajahnya tiga kali, hingga kami mengira bahawa Nabi Muhammad SAW melihat neraka. Kemudian Nabi SAW berkata: 'Takutlah kamu kepada neraka walaupun dengan sepotong kurma dan jika tidak mendapatkannya, maka cukup dengan kalimah tayyibah." (HR. Bukhari).

(2) PUASA
Rasulullah SAW bersabda : "Barang siapa berpuasa satu hari di jalan Allah, maka Allah menjauhkannya dari neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun." (Abu Said al-Khudri).

(3) HAJI DAN UMRAH
Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang haji ke Baitullah (Kaabah) dan dia tidak berkata perkataan yang mencemarkan dan tidak melanggar syariat maka dia kembali seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya." (Abu Hurairah).
(4) TAWAF
Rasulullah SAW bersabda : "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang tawaf tujuh kali, ia seperti memerdekakan seorang hamba. "Saya mendengar beliau berkata: 'Tidaklah seseorang meletakkan satu kaki dan mengangkat kaki yang lainnya melainkan dihapuskan satu dosa darinya dan ditulis satu kebaikan baginya." (Umar Radhiyallahu Anhu).

(5) HARI ARAFAH
Rasululllah SAW bersabda : "Tiada hari yang Allah SWT lebih banyak membebaskan manusia dari neraka selain dari hari Arafah. Sesungguhnya Allah SWT membanggakan manusia kepada para malaikat, lalu berfirman: 'Apa yang dikehendaki mereka?' (Aisyah).

BERTAUBAT
Bertaubat bermaksud menyesali perbuatan mungkar dan kembali mengikut segala tuntutan syarak. Taubat yang sebenar-benarnya akan membersihkan diri seperti tidak pernah melakukan dosa berkenaan.

Allah sentiasa mengingatkan manusia agar memohon taubat kepada-Nya. Banyak ayat al-Quran menukilkan tentang taubat yang dijanjikan Allah sebagai membersihkan diri daripada dosa dan meningkatkan darjat di sisi Allah.

Firman-Nya bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hamba-Ku yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Dialah jua yang mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani ( Az-Zumar: 53).

Melakukan perbuatan dosa merupakan satu kezaliman terhadap diri sendiri di dunia dan di akhirat. Kezaliman itu menjadi semakin berat dan bertambah jika tidak bertaubat dengan segera.

Bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah kerana keterlanjuran yang dilakukan, menyesali dan berazam tidak melakukan kembali dosa akan dapat membersihkan diri.

Taubat boleh dilakukan sepanjang masa tanpa perlu menunggu usia tua atau pada hari tertentu sahaja. Sebaik-baik taubat ialah yang dilakukan sebaik selepas menyedari telah melakukan dosa.

Taubat melahirkan jiwa tenang, bersih dan tidak gusar. Apabila bertaubat dengan sebenar-benarnya, Allah mengurniakan ketenangan yang abadi dan menjadikan kita benar-benar beriman dan berserah semata-mata kepada-Nya.

Dosa yang tidak dibersihkan mudah mendorong diri mengulangi perbuatan yang sama tanpa merasakan perbuatan itu satu dosa. Perbuatan yang dilakukan berulang-ulang akan menjadi satu kebiasaan dalam diri yang sukar dihentikan.

Sebenarnya setiap kesalahan dan dosa yang dilakukan menjadi satu titik hitam di dalam hati. Jika tidak dibersihkan segera, titik hitam itu lama kelamaan menjadi satu tompok hitam dan seterusnya menutup pintu hati daripada menerima cahaya kebenaran Ilahi.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: Seorang mukmin jika berbuat satu dosa, maka ternodalah hatinya dengan satu noktah berwarna hitam. Jika dia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, hatinya akan kembali jernih. Jika dosanya itu bertambah-tambah, noktah hitam itupun turut bertambah hingga menutupi hatinya. Maka itulah karat yang disebut Allah dalam al-Quran. (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Baihaqi).

Cara bertaubat :
- Kategori dosa yang melibatkan keingkaran terhadap perintah Allah, seperti minum arak dan meninggalkan sembahyang, cara taubatnya ialah memohon terus keampunan kepada Allah. Taubat kategori ini perlu dilakukan dengan menyesali perbuatan tersebut dan tidak akan mengulanginya.

- Sebaliknya, dosa melibatkan hubungan sesama manusia seperti menipu, mengumpat dan sebagainya perlu dilakukan dengan memohon keampunan daripada orang yang kita lakukan kesalahan itu. Kita perlu bersemuka dan menyatakan kesalahan yang telah dilakukan dan memohon agar orang berkenaan memaafkannya.

Bagaimanapun, dalam keadaan tiada keyakinan dalam diri dan merasakan timbul kesan buruk seperti membalas dendam, perbalahan dan sebagainya, maka tidak harus dilakukan permohonan maaf secara bersemuka. Islam menegah melakukan sesuatu yang dikhuatiri mendatangkan keburukan, biarpun asalnya bertujuan baik.

Dalam keadaan demikian, sudah memadai taubat itu dipohon kepada Allah. Sesungguhnya Allah jua yang Maha Pengampun dan Maha Mengetahui segala yang dilakukan hamba-Nya.

Biarpun pintu taubat sentiasa terbuka dan tidak ada waktu khusus untuk bertaubat, tidak bermakna peluang itu terus terbuka sehingga detik meninggal dunia. Pintu taubat akan tertutup ketika nyawa sudah hampir ajal. Sebab itu jangan sekali-kali bertangguh untuk bertaubat.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan tentang batasan waktu Allah menerima taubat setiap hamba-Nya. Sabda Rasulullah bermaksud: Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hamba-Nya, selagi roh belum sampai di kerongkong (hampir sangat dengan ajal). (Riwayat Tirmizi).

Seringkali alasan orang yang menangguhkan taubat kerana merasakan dirinya masih muda. Mereka tidak ingin bertaubat ketika usia muda kerana ingin terus melakukan perkara maksiat yang mendatangkan kepuasan dan kesenangan hidup.

Memang tidak dinafikan, Allah tidak menolak taubat biarpun sebanyak mana dosa yang telah dilakukan. Biarpun seseorang itu telah melakukan dosa sepanjang hidupnya, tetapi sempat bertaubat sebelum ajalnya, maka dia mati dalam keimanan dan layak mendapat balasan syurga.

Namun, dua perkara perlu difikirkan mengapa taubat perlu disegerakan dan jangan menanti usia tua untuk bertaubat. Pertama, masa mati tidak diketahui oleh sesiapapun. Mati tidak hanya apabila usia mencecah tua. Kita dapati ramai orang yang meninggal dunia ketika usia muda dan dalam keadaan tiba-tiba.

Kedua, pastikah apabila usia tua kita akan dapat bertaubat. Perhatikan betapa ramai orang tua yang masih leka dan bergelumang dengan dosa. Malah, ada yang semakin tua semakin menjadi-jadi melakukan maksiat, melebihi kelakuannya ketika muda.

Sesungguhnya taubat membersihkan diri daripada kekotoran dosa. Apabila diri dalam keadaan bersih maka mudah mendapat rahmat dan pertolongan Allah. Kehidupan ini dilalui dengan tenang, ceria, yakin, berserah dan hanya mengharapkan keredhaan Allah.

Sebaliknya, orang yang dipenuhi dosa merasakan diri sentiasa resah, tidak mendapat kepuasan hidup, tamak, ketagih melakukan maksiat dan benci melakukan kebaikan. Bahkan doa orang yang berdosa sukar dimakbulkan Allah.

Sebaliknya, syaitan amat suka menjadi rakan kepada orang yang dipenuhi dosa. Syaitan tidak pernah berputus asa menyesatkan manusia dengan pelbagai tipu daya. Iblis memohon kepada Allah agar dipanjangkan usia hingga Hari Kiamat semata-mata ingin menghasut manusia menjadi hamba yang sesat seperti dirinya.

Sebab itu Nabi Muhammad menganjurkan agar umatnya banyak beristighfar yang bermaksud memohon keampunan daripada-Nya. Mengikut satu riwayat, Rasulullah beristighfar setiap hari tidak kurang daripada 70 kali.

Mengikut riwayat lain pula mengatakan 100 kali sehari. Istighfar bukan saja membersihkan dosa dan memohon keampunan, tetapi jalan mendekatkan diri kepada Allah.

Dengan beristighfar akan merasakan diri sentiasa diperhatikan Allah dan tiada peluang melakukan sesuatu yang ditegah-Nya.

Sabda Rasulullah bermaksud: Sesiapa membanyakkan istighfar, nescaya Allah menjadikan untuknya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan dia diberi rezeki yang datangnya tanpa diduganya. (Riwayat Ahmad).



------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my

http://abdazizharjin.blogspot.com