Monday, April 13, 2009

Andalusia Sebelum Kedatangan Islam.

Oleh: Ashraf Bin Harun

politik:
Sebelum kedatangan Islam ke Andalusia dikatakan telah berlakunya pergaduhan di antara witiza, raja Visigoth dan Roderick. Roderick adalah seorang raja yang tamak dan sukakan hiburan. Pada suatu ketika pergaduhan pernah berlaku diantara Roderic dan Julian. Ini kerana Roderic telah mencabul anak Gabenor Ceuta iaitu Florinda. Ternyata kerajaan Andalusia sebelum kedatangan Islam telah pun porak-peranda. Kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh pembesar-pembesar Andalus amat tidak digemari rakyat-rakyat mereka.

EKONOMI:
Ekonomi di Andalusia dikuasai oleh golongan-golongan bangsawan mereka dan membentuk system “latifundia”(tuan tanah) menyebabkan penindasan terhadap glongan bawahan. Penindasan terhadap golongan bawahan menyebabkan ramai diantara mereka terpaksa menjadi hamba.

Ini menyebabkan ramai hamba rakyat melarikan diri ke dalam hutan dan menimbulkan kekacauan kerana tidak berpuas hati dengan pihak pentadbiran mereka. Mengakibatkan kelumpuhan ekonomi di Andalusia.

PerkembaNgan ilmu:
pemerintahan Visigoth yang menindas golongan bawahan dan tidak strategik mengurangkan perkembangan ilmu sebelum datangnya pemerintahan Islam. Kemajuan teknologi tersekat dan ia tidak dapat membangun akibat pemberontakan.



ANDALUSIA SELEPAS KEDATANGAN ISLAM.
Perkembangan ilmu sastera:
Kedatangan Islam ke Andalusia telah membawa perubahan kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Perkembangan ilmu sastera dan filologi itu berkait rapat dengan perkembangan bahasa itu sendiri. Di Andalusia kerajaan Bani Umaiyyah amat menekankan Bahasa Arab dalam pendidikan begitu juga pemerintahan selepas itu dengan itu Bahasa Arab berkembang pesat di Andalusia dan lahirlah ramai ahli bahasa yang mucul. Dalam bidang kesusteraan pula lahirlah beberapa orang tokoh sasterawan Andalusia yang terkenal, antaranya ialah Abu Bakar al-Turtushi (Ibn Abi Randazah)(1059-1130) yang telah mengarang sebuah ensiklopedia sastera berjudul Siraj al-Muluk (cahaya raja-raja), Yusuf bin al-syaikh dari Melaga (1132-1207) yang telah menghasilkan sebuah ensiklopedia sastera didalam bentuk yang lebih umum. Selain itu terdapat juga ahli sastera antologis Andalusia yang menulis tentang keindahan alam semula jadi Andalusia, dan antara yang terkenal adalah Abu al-Walid al-Himyari (1026-1084).


PERKEMBANGAN ILMU AGAMA:
Seperti bidang sastera, bidang agama juga turut berkembang di Andalusia walaupun keadaan politik tidak stabil selepas kejatuhan Bani Umaiyyah. Orang yang bertanggungjawab mengembangkan ilmu-ilmu agama ialah Abdul Rahman III dan anaknya al-Hakam II yang memerintah pada abad ke-10M. Kedua-dua khalifah agung ini telah mendirikan perpustakaan dan sekolah-sekolah dan telah menjemput ramai ulama’ dari timur datang mengajar di Andalusia. Ramai pula di kalangan ulama’ itu terus menetap di kota-kota besar termasuk Cordova. Usaha perkembangan pendidikan agama yang telah ditaja oleh Abdul Rahman ini telah diteruskan hingga ke abad-abad yang berikutnya. Di dalam tempoh itu telah lahir ramai tokoh-tokoh agama yang terkemuka di Andalusia.

perkembangan ilmu kesenian:

pada zaman Muluk al-Tawatif, al-Murabitun al-Muwahidun, bidang kesenian sama ada seni bina, seni ukir dan lain-lain tidak seperti bidang persuratan, kerana bidang pembinaan misalnya memerlukan wang dan tenaga serta sokongan kuat dari pemerintah. Antara kerja-kerja seni bina yang menarik pada zaman Muluk al-Tawa’if ialah bangunan istana Aljaferin di Saragossa. Istana ini dibina oleh Abu Jaafar al-Muqtadir(1049-1081) pemimpin tempatan yang memimpin Saragossa. Istana ini dibina dengan reka bentuk yang lebih menarik berbanding dengan reka bentuk istana di zaman Bani Umaiyyah khususnya ukiran-ukiran dinding dan tiangnya.

PERKEMBANGAN ILMU MATEMATIK:

Dalam bidang matematik pula ramai penuntut Eropah yang datang ke Andalusia untuk menuntut ilmu matematik pada zaman pemerintahan Islam. Penuntut-penuntut ini telah menjadi pakar dalam bidang masing-masing, termasuklah Adelard dan Mokley dari Britian. Adelard telah berguru dengan orang Islam Andalusia dan telah menterjemahkan karya Khawarizmi yang menulis tentang teori geometri dalam matematik dan statistik. Beliau telah menggunakan nombor-nombor arab dalam terjemahannya. Seorang lagi tokoh matematik barat ialah Leonardo Fibonacci of Pisa. Beliau telah menuntut dengan orang Islam di Andalus. Karya-karya beliau dalam bidang matematik termasuklah Liber Aba’ci (1202M) dan telah menjadi bahan bacaan asas oleh ahli-ahli matematik di Eropah. Begitu juga George Purbach, pakar matematik dari Viena pada abad ke-15M banyak berpandukan kepada kajian yang dilakukan oleh ahli matematik Islam separti Ibn al-Zarqiyali. Beliau mahir dalam matematik rajah segi tiga.

Perkembangan bidang astronomi:

Dalam bidang astronomi terdapat beberapa karya karangan Abi Ma’syar dan juga Khawarizmi. Karya ini telah di terjemahkan kepada Bahasa Latin oleh Adelard of Bath dan John of Seville. Begitu juga karya al-Battani telah diterjemahkan kepada Bahasa Latin oleh Alfonso X. Ahli astronomi Eropah bernama Ramond telah menulis karya-karya astronominya berdasarkan karya-karya Ibn al-Zarqiyali (Azarchel). Ibn al-Zarqiyali yang mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas bagi menentukan jarak antara bulan dengan bumi dan antara bintang-bintang dengan matahari. Dalam Bahasa Eropah terdapat beberapa istilah astronomi yang dipinjam daripada bahasa Arab. Antaranya ialah perkataan Al-Sumut dan Nazir.

Perkembangan bidang seni muzik:

Dalam bidang seni muzik pula pada abad ke-12M kita dapati karya-karya penting yang dihasilkan oleh orang-orang Islam Andalusia telah diterjemahkan ke Bahasa Latin. Terjemahan ini dilakukan oleh Toledo. Ahli musik barat, Franco of Cobogne (1190M) telah mengikuti jejak langkah al-Kindi dalam bidang seni muzik. Setelah itu lahir pula John of Garland dengan karyanya berjudul Ochetus yang mengkaji tentang nada suara yang diambil daripada kaedah nada suara muzik arab. Disamping itu terdapat juga istilah-istilah musik arab yang dipinjam oleh orang Eropah seperti The Lute, The Rebec, Anafil, The Kanoon, The Guitar, The Naker, dan sebagainya.

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN KEILMUAN DI ANDALUSIA.

Andalus berkembang dengan menghasilkan banyak penulisan dalam bahasa Arab yang merangkumi semua bidang ilmu pada zaman pertengahan. Unsur-unsur kesusasteraan merupakan sumber utama di Andalusia yang berdasarkan dari al-Quran seperti puisi.Pada kurun ke-9 M, berlakunya proses pengislaman di semenanjung Iberia telah mengakibatkan kemajuan di kalangan masyarakat bandar yang dipenuhi dengan rakyat berbangsa Kristian dan Yahudi. Justeru, tersebarnya Bahasa Arab di kalangan penduduk dan munculnya suatu kesusasteraan yang pada umumnya banyak bergantung kepada kesusasteraan timur. Pada mulanya, Andalusia hanya bergantung pada kumpulan sarjana yang telah mendapat pendidikan di timur dan membawa pulang berbagai-bagai tulisan yang termasyhur hasil dari sarjana timur.

Masjid-masjid pula, dijadikan pusat pendidikan bagi sesiapa sahaja yang ingin belajar. Perpustakaan persendirian dan umum telah dibina untuk membuka jalan bagi aktiviti penulisan dan kesusasteraan berkembang meluas pada kurun ke-10 M. Pusat pentadbiran dan intelektual yang utama di Andalusia adalah Cordova. Di sinilah tempat tumpuan penuntut dari seluruh negara untuk menimba ilmu daripada para sarjana. Pusat ini telah mencapai puncak kecemerlangan pada masa pemerintahan Abdul Rahman III dan anaknya al-Hakam II dan merekalah yang memberi sokongan serta galakkan kepada para intelek yang termashur pada ketika itu seperti Ibnu Abdul Rabbihi, al-Qali, al-Zubaydi dan Ibnu Qutiyah. Bandar-bandar seperti Seville, Almeria, Badajoz, Granada, Toledo, Valencia, Malaga dan Dervia telah menjadi pusat tumpuan para sarjana untuk mendapatkan bantuan serta galakan raja-raja. Selain itu, terdapat juga cendiakawan aktif pada kurun ke-11 M iaitu Ibnu Hazm(994 M-1064 M). Beliau ialah tokoh utama intelektual di kalangan Muslim Andalus. Beliau juga merupakan seorang pujangga, ahli teologi, falsafah, sejarah, moralis dan seorang ahli politik yang sangat berkebolehan.
Pada pertengahan kurun ke-13 M, kuasa orang Islam di Andalusia mula berkurangan dan mereka hanya tinggal di bahagian selatan sahaja yang diperintah oleh Dinasti Nasrid(1232 M-1492 M). Pada zaman ini, Ibnu al-Khatib merupakan seorang ahli fikir dan pemimpin yang masyhur. Kemegahan dinasti ini terletak pada bangunan dan monumen-monumen yang indah. Di antaranya sebuah monumen yang paling mengkagumkan di dunia dan masih lagi kukuh pada hari ini ialah Alhambra. Masyarakat Islam di Andalusia telah menyemaikan satu tradisi mencintai ilmu dan pendidikan dengan mendalam. Hal ini dapat dilihat menerusi peninggalan semua cabang ilmu.

Ibnu Abd Rabbihi menjelaskan bahawa ilmu dan pendidikan sebagai asas utama bagi kehidupan di dunia dan di akhirat yang membezakan manusia daripada binatang. Ilmu dan pendidikan adalah asas perkembangan intelek, pelita kepada jasad, cahaya kepada hati dan panduan kepada roh. Seseorang yang berakal tetapi tidak pernah diajarkan apa-apa adalah seperti orang yang tidak mempunyai akal langsung dan binatang yang bodoh serta terbiar. Pada keseluruhannya, ilmu pengetahuan ialah tanda yang membezakan orang yang mulia daripada orang yang hina. Oleh itu, wajarlah kata Rabbihi bahawa setiap individu mestilah menjadikan ilmu itu sebagai harta yang terpenting. Kitab al-Iqd al-Farid telah menjadi satu alat yang sangat mustahak dalam mewujudkan sistem pendidikan di Andalusia kerana daripada pengaruhnya masyarakat Andalusia mula gemar mencari ilmu serta mengenali sifat-sifat dan kegunaannya.


PENYEBARAN TAMADUN ISLAM.

Peperangan Salib.
Selama dua kurun peperangan ini berlaku, orang Kristian Eropah berada di bumi Islam, selama itulah mereka dapat mempelajari suatu tamadun yang jauh lebih tinggi tarafnya daripada tamadun yang ada di Eropah. Mereka telah mendapati berbagai-bagai teknik dan alat-alat yang sebelumnya tidak pernah mereka temui. Pengenalan barang-barang timur (oriental) secara besar-besaran di Eropah dan penggunaan teknik-teknik baru dalam pertanian, industri dan kraftangan merupakan satu kesan yang terpenting daripada peperangan Salib. Banyak sumber-sumber intelektual telah diambil oleh golongan Kristian ini dibawa pulang ke Eropah.

Hubungan diplomatik
Perkembangan intelektual yang pesat di Andalusia telah menarik minat raja-raja Eropah seperti pemerintah Jerman, Perancis, Britain dan Itali. Mereka telah menghantar wakil atau duta ke Andalusia. Contohnya, Raja Philips telah menghantar dutanya menemui Khalifah Hisham I, semata-mata untuk membuat penyelidikan tentang undang-undang yang diamalkan di Andalusia.

Aktiviti perdagangan
Tamadun Islam Andalus juga tersebar ke Kristian Eropah melaui kegiatan perdagangan. Pedagang-pedagang Islam Andalusia telah membuat hubungan dagang dengan negara-negara Kristian, sama ada melalui jalan darat mahupun laut. Barang dagangan dari Andalusia menguasai pasaran di setiap bandar besar Eropah. Melalui kontrak perdagangan ini banyak sistem nilai dan keilmuan masyarakat Islam Andalus berjaya dikuasai oleh masyarakat Kristian Eropah. Ini kerana sudah menjadi lumrah dunia, bangsa yang menguasai perdagangan akan mempengaruhi bangsa-bangsa lain yang mempunyai kontrak perdagangan dengannya.
Aktiviti penterjemahan
Jalan terpenting tersebarnya tamadun dan kebudayaan Islam ke Kristian Eropah ialah melalui kegiatan penterjemahan karya-karya Arab ke Bahasa Latin dan bahasa-bahasa Eropah yang lain. Permusuhan politik dan agama di antara raja-raja kristian dengan Islam tidak pula menjejaskan hubungan kebudayaan yang terjalin. Malah setiap kali Orang Kristian berjaya menawan wilayah Islam, raja-raja menggalakkan supaya membuat pengajian dan penelitian terhadap karya-karya Islam yang berjaya mereka rampas. Mereka juga turut mengasaskan sekolah dan universiti khusus untuk menterjemahkan karya-karya Arab ke Bahasa Latin dan juga menyediakan pendidikan Arab Latin kepada masyarakat Kristian. Sekolah Arab-Latin di Toledo dan Seville juga memainkan peranan penting dalam pengaliran tamadun ilmu pengetahuan Islam ke Kristian Eropah.

Penghijrahan Orang Mozarab
Golongan Mozarab memainkan peranan penting dalam penyebaran tamadun Islam ke Kristian Eropah. Mereka lebih banyak dipengaruhi oleh kebudayaan Arab/Islam berbanding dengan pengaruh-pengaruh lain. Penguasaan mereka terhadap Bahasa Arab melebihi bahasa ibunda mereka sendiri. Sebagai bukti, pada tahun 1049M John dari Seville melakukan usaha menterjemahkan kitab Bible ke Bahasa Arab. Versi Arab ini dibahagikan kepada bishop-bishop dan paderi-paderi kristian di Andalusia terutamanya kepada Bishop John Danial yang tidak mahir bebahasa Latin. Gologan Mozarab telah membaca dengan meluas karya-karya falsafah dan teologi Islam. Penumpuan dan pemerhatian mereka kepada karya-karya Islam ini telah menyebabkan mereka lebih mahir menguasai Bahasa Arab berbanding dengan bahasa Latin. Mereka membelanjakan wang yang banyak mendirikan perpustakaan-perpustakaan yang besar untuk menyimpan buku-buku Arab. Pergantungan mereka kepada ilmu-ilmu Islam inilah yang telah menimbulkan kebimbangan dan bantahan oleh Bishop Alwaro. Dengan penguasaan yang meluas dalam karya-karya Islam, golongan ini telah menjadi sebahagian daripada agen perantara memindahkan elemen-elemen tamadun Islam Andalusia kepada masyarakat Kristian Eropah.
TOKOH-TOKOH DAN SUMBANGANNYA.

Ilmu falsafah
Ibnu Rusyd telah memberi saham yang amat besar terhadap alam fikiran Barat sehingga mereka amat terhutang budi padanya. Sesungguhnya Ibnu Rusyd (Averroes) telah menguasai alam pemikiran sejak akhir abad ke-12 sehingga akhir abad ke-16. Ketika Frederick II menjadi Maharaja Rom, beliau telah mendirikan Universiti Naples yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu falsafah dan pengetahuan Islam di Eropah. Sebagai seorang yang belajar di Universiti Palermo dan sangat berminat pada pemikiran Ibnu Rusyd, pengajian-pengajian utama di universiti itu telah menterjemahkan karya-karya Aristotles yang berisi komentar-komentar Ibnu Rusyd dan kemudiannya berusaha mengirimkannya ke universiti-universiti di Paris dan Bologne.

Ilmu Sejarah
Ibnu Khaldun ialah tokoh yang telah mendapat sanjungan daripada para sarjana Timur dan Barat ialah Ibnu Khaldun. Nama sebenar beliau ialah Abdurrahman Abu Zaid Waliuddin b Khaldun, dilahirkan di Tunis pada tahun 732H (1331M), di dalam keluarga yang telah berpindah dari Seville. Beliau mendapat pendidikan awal di Tunis iaitu di rumahnya sendiri, di masjid dan daripada orang pelarian dari Andalus. Beliau ialah seorang ahli falsafah, sejarah dan pencipta satu bidang baru iaitu Umran al- Basyari (Peradaban Manusia) atau yang dikenali sebagai sosiologi. Beliau mempunyai pengetahuan yang baik tentang lojik, metafizik dan ilmu keagamaan. Kitab Muqadimah merupakan karya beliau yang paling agung, membincangkan secara terperinci mengenai sejarah dan persejarahan. Menurut sarjana Barat, Muqadimah adalah ensiklopedia metodologi sains kebudayaan yang sangat penting.

Ilmu sains dan perubatan
Ibnu Sina dikenali sebagai Avicenna di kalangan masyarakat Barat merupakan ahli falsafah dan doktor perubatan yang berpengaruh dalam kebudayaan Eropah. Nama sebenar beliau ialah Abu Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina, dilahirkan di Bukhara(Uzbekistan). Hasil karya beliau yang paling terkenal iaitu Kitab al-Qanun fi al-Tibb merupakan satu himpunan perbendaharaan mengenai ilmu perubatan yang mengandungi 14 jilid. Karya tersebut digunakan sehingga abad ke 18 dan beliau digelar sebagai Father of Doctors. Di antara isi penting karya beliau ialah hubungan antara emosi dengan perubatan sitem badan, kepentingan air tulen untuk minuman, pengaruh iklim terhadap penyakit, kepentingan pemakanan, pemberian ubat melalui uretra, penggunaan haiwan dalam ujian ubatan dan rawatan penyakit gila serta penyakit malaria.

ILMU ASTRONOMI
Al-Bitruji atau dikenali sebagai Alpetragius di kalangan masyarakat Eropah juga merupakan seorang sarjana Islam yang terkenal dalam bidang astronomi di zaman kegemilangan Islam Andalusia. Beliau adalah seorang ahli astronomi mutakhir Andalusia yang ulung dan merupakan anak murid Ibn Tufail, iaitu seorang ahli falsafah. Beliau telah menghasilkan kitab Al-Hai’ah yang menandakan kemuncak pergerakan anti Ptolemy dikalangan ahli-ahli astronomi Andalusia.

ILMU GEOGRAFI
Al-Idrisi
Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Muhammad bin Abdullah bin Idrisi al-Sharif, merupakan seorang sarjana geografi Islam Andalusia yang paling terkenal di barat. Beliau dilahirkan di Cueta dan mendapat pendidikan di Cordova. Al-Idrisi telah mengembara ke seluruh dunia Islam dan Eropah serta telah menghasilkan peta glob berkenaan dengan kawasan-kawasan dunia yang diketahui manusia. Glob yang berbentuk bulat tersebut telah menjadikan beliau terkenal di kalangan ahli-ahli geografi Islam.

No comments: