Pertalian Di Antara Jin Dan Manusia

Oleh: Mohamad Asrafudin Fakhrullah Bin Zakari

Melalui surah Al-Baqarah: "..Sesungguhnya aku menjadikan khalifah di muka bumi.."(Al-Baqarah, 2:30)

Yakni, Allah menjadikan Adam sebagai khalifah di bumi, dan sesungguhnya Allah bermaksud memuliakan Adam A.S dengan firmannya kepada para malaikat: "..Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali iblis.."(Al-Baqarah,2:34)

Sudah tentu, hakikat yang dapat dilihat disini bahawa iblis ingkar terhadap perintah Allah SWT, iblis merasakan dirinya lebih hebat dan agung kerana dia diciptakan dari Api dan Adam A.s hanya diciptakan dari tanah. Disinilah bermulannya kemungkaran pertama berlaku di alam.

Namun, sehingga kini masih jarak diantara penciptaan Iblis dan Adam masih lagi tidak dapat dipastikan kerana terlalu banyak dalil. Namun, mengikut sumber; Usman dari Al- Amasy Bukair Bin Al Akhnas dari Rahman Bin Sabit Dari abdullah Bin Amr Bin Al- Ash R.a yang menerangkan: "Allah menciptakan anak cucu jin 2000 tahun sebelum menjadikan Adam".

Melalui Surah Al-A'raf, Allah telah menjelaskan keengganan iblis untuk bersujud kepada Adam, Melalui firman-Nya: "..Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) diwaktu Aku menyuruhmu?" maka, Iblis menjawab: "Saya lebih baik daripadanya. Engkau ciptakan saya dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah".

Ayat ini menjelaskan bahawa iblis mengemukan alasan tentang diciptakannya dari api, sedang manusia diciptakan dari tanah. Disini kita dapat memahami bahawa jin mempunyai kehidupan yang lebih awal dari Adam. Dengan demikian, maka sejarah kehidupan iblis pun mendahului sejarah kehidupan Adam. Melalui surat Adz- Dzariyat, Allah Berfirman: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembahku".

Dalam ayat ini, Allah mendahulukan penyebutan jin, kemudia baru menyebut manusia. Hal ini menunjukkan tertib penciptaan, yakni, jin diciptakan terlebih dahulu daripada manusia.

Pengkajian terhadap ayat-ayat mulia ini menegaskan, bahawa Allah menciptakan jin terlebih dahulu, kemudian baru menciptakan manusia. Akan halnya jarak perciptaan di antara keduanya, maka tidaklah dapat ditentukan dan tidak diketahui. Bahkan, kita pun tidak pernah diarahkan untuk memikirkan sesuatu yang luar dan jauh dari tahap pemikiran dalam menentukan batas-batas waktu di alam yang jauh dan luas ini.

Manakala penciptaan manusia sebagai hamba mewujudkan hubungan antara manusia sebagai makhluk dengan Allah s.w.t yang telah menciptakannya sebagai khalik. Kesan daripada tujuan penciptaan manusia sebagai hamba ini ialah pengabdian. Manusia terikat dengan kewajipan untuk mengabdikan dirinya kepada Allah s.w.t, khalik yang telah menciptakannya. Rasa kebertanggungjawaban ini sentiasa wujud dalam sanubari manusia semenjak sebaik sahaja Adam dihidupkan di dalam syurga hinggalah ke hari ini dan akan berterusan hinggalah hari sejurus bermulanya kiamat.

Namun, walaupun manusia menyedari kewajipan mereka untuk mengabdi kepada Tuhannya, mereka tidak mengetahui bagaimanakah cara pengabdian itu harus dilakukan. Atas sebab itulah manusia menggunakan upaya akal budinya untuk mencari jalan bagi mengetahui bagaimanakah cara pengabdian itu harus dilakukan. Sepanjang perjalanan mencari menggunakan upaya akal budi ini akhirnya wujudlah kepercayaan-kepercayaan yang sering berbeza antara satu kaum, zaman, atau tempat dengan kaum, zaman atau tempat yang lain. Antara kepercayaan-kepercayaan yang berlainan ini, sudah tentu ada kepercayaan yang lebih menghampiri kebenaran tetapi tidak mungkin akan sampai atau menemui kebenaran sebenar itu kerana ia diperolehi menggunakan upaya akal budi yang juga diciptakan dan dibekalkan bersama-sama manusia itu sendiri.

Maka atas sifat pengasih dan penyayang Allah s.w.t yang telah menciptakan itu, dan atas kuasa dan kehendakNya jua, maka diutuskanNya Rasul-Rasul untuk menerima, menyampai dan menerangkan Kitab-kitab yang mengandungi pedoman bagaimanakah tata cara pengabdian yang sebenarnya mesti dilakukan oleh manusia dalam melaksanakan kewajipan mengabdikan diri itu.

Sebagai makhluk yang diberi akal budi untuk berkesedaran, maka manusia bertanggungjawab ke atas dirinya untuk melaksanakan kewajipan mengabdikan atau menghambakan dirinya kepada khalik yang telah menciptakannya itu, iaitu Allah s.w.t. Justeru itu, apabila Rasul telah diutus dan Kitab Suci telah diturunkan, manusia tidak berhak untuk mempersoalkan tentang segala yang ghaib, segala suruhan dan segala larangan yang disampaikan dalam kitab-kita suci itu; manusia wajib menerima bulat-bulat sebagai satu iman. Tujuan kedua penciptaan manusia ialah sebagai khalifah. Tujuan penciptaan ini mewujudkan hubungan antara manusia sebagai makhluk sempurna yang dibekalkan dengan akal budi, pemikiran dan kesempurnaan sifat tubuh badan, dengan makhluk-makhluk lain di alam semesta ini yang mengelilingi hidup dan kehidupan manusia serta menjadi persekitarannya.

Hal demikian itu menuntut manusia untuk menggunakan upaya akal budi dan kudrat yang telah dianugerahkan kepadanya oleh Allah s.w.t untuk mengendalikan persekitarannya di muka bumi. Dengan ayat lain, manusia berkewajipan untuk mentadbir persekitaran hidupnya di muka bumi, sesuai dengan kemajuan perkembangan cakerawala pemikirannya.

Oleh itu, manusia bertanggungjawab menggunakan upaya akal budi dan segala anugerah daripada Allah s.w.t kepadanya untuk kebaikan di muka bumi demi mewujudkan persekitaran yang harmoni, aman, rukun dan damai bagi membolehkan manusia itu sendiri tenang dan khusyuk sepanjang masa melakukan ibadah khusus kepada Allah s.w.t. Sebagai menunjuk dan membuktikan sifat rahman dan rahim Allah s.w.t itu kepada manusia, maka segala usaha manusia menggunakan upaya akal budinya dan tumpuan pemikirannya untuk mewujukan kebaikan di muka bumi, juga diambil kira sebagai ibadah am bagi manusia kepada tuhannya, iaitu sebahagian daripada cara mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan mematuhi segala suruhan dan larangan-Nya.

Dalam melaksanakan kewajipan sebagai khalifah iaitu tanggungjawab menggunakan upaya akal budi dan anugerah Allah kepadanya untuk mentadbir persekitarannya di muka bumi, manusia wajib pula berpandukan hukum-hukum yang diterangkan di dalam kitab-kitab suci yang telah diturunkan kepada Rasul-Rasul itu. Ini bermakna manusia bertanggungjawab mengkaji isi kandungan kitab-kitab suci itu sepanjang masa mengikut period kesahihannya, di samping menggunakan upaya akal budinya untuk mentafsirkan ayat-ayat Allah yang bersifat makhluk seperti langit dan bumi, bintang-bintang dan segala kejadian di alam semesta ini.

Untuk membolehkan manusia melaksanakan kewajipannya sebagai khalifah ini, Allah s.w.t telah bersikap adil terhadap manusia itu sendiri. Manusia pada zaman dahulu kala telah diberikan kekuatan fizikal yang tidak dimiliki oleh manusia pada hari ini. Demikian juga manusia pada hari ini telah diberikan kekuatan teknologi yang tidak dimiliki oleh manusia pada zaman dahulu kala. Kemajuan teknologi yang dimiliki manusia zaman ini terhasil sebagai natijah daripada aktiviti berfikir dan menggunakan akal budi yang disuruh kita melakukannya sebagaimana disebutkan dalam kitab suci al-Quran al-Karim berulang kali.

Jelas bahawa tanggungjawab menggunakan upaya akal budi untuk mengkaji ayat-ayat Allah s.w.t. sama ada yang berbentuk kalimat (kandungan kitab-kitab suci) atau bersifat material (dari sekecil nucleus, atom, sel, otot, benda, bumi, langit hinggalah sebesar dan seluas alam semesta) adalah satu kewajipan yang mesti laksanakan oleh manusia sebagai khalifah.

Jin adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT sebelum manusia. Mereka menghuni bumi dengan melalukan pelbagai kerosakan atas dasar kekuatannya. Oleh sebab itu Allah mengirimkan sepasukan dari langis untuk menghukum kebiadapan mereka. Maka, tatkala Allah ingin menciptaka Manusia, timbul kebimbangan di antara malaikat-malaikat. Mereka khuatir jika anak cucu Adam A.S mengikuti jejak langkah jin yang sesat. Ini disebabkan manusia dan jin diciptakan dengan keadaan membawa nafsu syahwat. Manusia pula diciptakan untuk dua tujuan; pertama sebagai hamba, dan kedua sebagai khalifah. Kedua-dua tujuan penciptaan ini mewujudkan hubungan, kewajipan dan tanggungjawab.

Tujuan pertama penciptaan mewujudkan hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t yang dilakukan melalui pelaksanaan kewajipan menghamba atau mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Manusia tidak berhak mempersoalkan segala yang disuruh atau diperintahkan dan segala yang dilarang. Bahkan manusia bertanggungjawab memaksakan jasadnya untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Tujuan kedua penciptaan mewujudkan hubungan antara manusia dengan alam sekelilingnya sama ada yang berupa sesama manusia, haiwan, tumbuhan, bumi dan elemen-elemennya serta alam semesta dengan cakerawala-cakerawalanya yang dilakukan melalui pelaksanaan kewajipan mentadbir muka bumi dan segala material yang membentuknya. Ini menuntut manusia supaya bertanggungjawab menggunakan upaya akal budinya untuk mengkaji ayat-ayat Allah yang dianugerahkan kepadanya oleh Allah s.w.t. untuk membolehkannya melaksanakan kewajipan mentadbir muka bumi dengan sesungguhnya.

Pertalian Hidup
Sesungguhnya manusia dan jin hidup di segala tempat yang yang Allah ciptakan untuk mereka. Mereka hidup di permukaan bumi, di langir, di udara dan di air. Di tempat-tempat ramai, di tempat lapang dan di seluruh alam ini. Kedua makhluk ini hidup dan memakan setiap makanan yang diciptakan Allah untuk mereka.

Manusia diciptakan dari tanah, maka tubuhnya menjadi subur dan berkembang bila memakan makanan yang berasal dari tanah seperti, biji-bijian, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan berbagai jenis tanaman lainnya. Manusia hidup dalam berbargai fasa, hingga akhirnya menemui kematian dan kembali menjadi tanah. Adapun jin, makhluk ini diciptakan dari api, maka tubuhnya sendiri dari unsur dan bahan- bahan api. Seperti halnya manusia, makhluk ini akna menjalanai kehidupan untuk kemudian menenemui kematianya dan kembali kepada api, kecuali jika ia menjelma kepada tubuh- tubuh ketanahan (tubuh yang diciptakan dari bahan tanah, pen.) seperti manusia, dan binatang , lalu ia menemui kematiannya pada tubuh yang dijelmakannya, maka ia akan tetap dalam corak dan bentuk yang demikian itu. Seperti hanya jin yang menjelma dan rupa seekor ular besar, sebagaimana telah diungkapkan dalam hadith terdahulu, maka ia menemui kematiannya dalam rupa seekor ular.

Oleh kerena itulah, tatkala Allah mengancam kedua makhluk ini – sebab mereka melampaui batas-batas kehambaan dan padahal keduanya tidak mempunyai kekuatan dan melainkan daripada Allah. Maka Allah melahirkan kelemahan-kelemahan keduanya sepenuhnya., kerana dalam keadaan yang bagaimanapun juga kedua makhluk ini tidak berdaya untuk bangun menentang kehendak dan kekuasaan Allah. Allah SWT, berfirman: “Hai jamaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit fan bumi, makan lintasilah, kamu tidak dapat menembuskannya melainkan dengan kekuatan ”. (QS, Ar-Rahman, 55:33)

Tempat-tempat di penjuru langit dan bumi merupakan tempat kejadian jin dan manusia . Allah menyerukan kepada jin dan manusia dengan menyatakan bahwa mereka berada dalam genggaman dan kekuasaanNya. Mereka tidak memperoleh perlindungan Allah dan tidak terlepas dari Allah, bahkan mereka akan menghadap kepada Nya juga. Jika mereka mempunya kemampuan untuk melintasi penjuru langit dan bumi, maka lakukanlah. Tetapi tidaklah mereka mempunya daya untuk keluar daripadanya. Jika mereka mempunyai daya untuk keluar daripadanya. Dan jika mereka dapat keluar sekalipun, tetapi tidaklah mereka terlepas dari kekuasaan dan pemerinyahan Allah SWT. Sedang Dia selalu mengawasi mereka di mana dan dalam keadaan bagaimanapun juga.

Ayat ini berkenaan dengan perisrtiwa di hari khiamat, yakni tatkala manusia dan jin dikumpulkan di padang Mahsyar. Ketika itu, mereka berupaya lari dari siksaan, tatpi mereka mendapatkan para Malaikat telah melingkupi dirinya. Mereka itulah para Malaikat yang mengawasi penjuru langit dan bumi. Ayat ini ditujukan kepada kedua jenis makhluk jin dan manusia. Maka tiadalah tempat lari dan tempat keluar bagi mereka dari kekuasaan dan pemerintahan Allah.

Dalam hal ini, terdapat pertalian rezeki dan sumber-sumber kehidupan antara kedua jenis makhluk ini. Makhluk jin, sebagaimana riwayat yang diceritakan oleh Abu Hurairah, mempunya corak kehidupan yang sama dengan manusia. Mereka sama-sama membutuhkan makan dan minum. Dalam diceritakan pada suatu malam makhluk jin cuba mencuba mencuri harta zakat yang berada dalam penjagaan Abu Hurairah . maka beliau menangkapnya dan bermaksud membawanya ke hadapan Rasulullah SAW. Ketika itulah jin itu berkata “Sesungguhnya saya sangat memerlukannya, sedang saya mempunyai tanggungan (anak isteri)”.

Juga seperti terdapat dalam hadis Nabi SAW, bahwa Rasulullah pernah tertawa tanpa para sahabat mengetahui sebabnya. Maka mereka pun bertanya kepada beliau, dan beliau pun menjawab: “Lelaki ini sentiasa makan, sedang setan turut ikut makan bersamanya sehinggan dia menghabiskan makannya.”

Ketika itu, barulah lelaki tersebut mengucapkan: “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Sejak awalnya hingga akhirnya.”

Disamping itu terdapat pula hadith tentang istinja’ yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Bawakan kepadaku batu-batuan untuk beristinja’, tetapi jangan bawakan kepadaku tulang-tulang dan kotoran kering”.

Lalu aku bawakan kepadanya beberapa buah batu dalam gendongan kainku dan aku letakkan di dekatnya. Kemudian aku berpaling (pergi), sehingga apabila beliau telah selesai maka aku mendapatkan beliau dan bertanya, “Apakah halangan tulang dan kotoran kering?”

Mendengar hal itu Rasulullah saw pun bersabda: “Sebab keduanya adalah makanan jin. Sesungguhnya telah datang kepadaku utusan jin Nashibin (Irak), sedang mereka adalah sebaik-baik golongan jin. Mereka meminta kepadaku makanan. Maka aku memohon kepada Allah makanan untuk mereka. Bahwa tidaklah mereka menemui sepotong tulang (yang masih berbalut daging) dan selonggok kotoran binatang ternak, malainkan keduanya itu menjadi makanan mereka”.

Adapun tulang itu adalah makanan bagi jin sendiri, sedang kotoran binatang ternak adalah makanan bagi binatang ternak mereka.

Dengan demikian, nyatalah bahwa di antara kedua jenis makhluk ini terdapat pertalian kehidupan dunia dan dalam menerima kematian (kemusnahan). Kerana sesungguhnya tubuh jin dan manusia terdiri dari bahan –bahan yang bias musnah. Maka, masalah kematian dan kepunahan itu sama-sama dialami oleh kedua makhluk ini. Bukti kebenaran masalah ini adalah firman Allah yang berbunyi: “Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan”,(QS,Ar-Rahman, 55: 26-27)

Maka, akan musnah dan binasalah jin dan manusia. Tidak seorang pun tertinggal kecuali Allah, Tuhan Pencipta alam semesta.

Pertalian Tugas-tugas Agama dan Pembalasan

Jin dan manusia sama-sama akan menemui kematian, menempuh perhintungan amal perbuatan(hisab) dan menerima balasan atas amal perbuatan masing-masing. Al-Quran menyebutkan persamaan antara kedua makhluk ini di dalam menerima pahala dan siksaan. Juga kewajipan mempercayai Allah Swt dan mempercayai perjanjian baik dan buruk.

Allah menerangkan bahawa di kalangan manusia terdapat sebahagian orang yang beriman dan sebagian lainnya kafir, maka Allah menerangkan pula bahawa di kalangan jin juga terdapat segolongan yang beriman dan sebagian lainnya kafir, maka Allah menerangkan pula bahawa di kalangan jin juga terdapat segolongan yang beriman dan sebagian lagi yang kafir. Bagi orang-orang mukmin di antara mereka, digembirakan dengan perolehan pahala, sedang bagi orang-orang kafir dijanjikan siksaan yang pedih.

Sa’id bin Zubair pernah berkata bahawa jin-jin itu mencuri berita dari langit. Maka tatkala dilontarkan anak panah berapi kepada mereka, mereka berkata: “Ini adalah sesuatu hal yang baru (luar biasa) berlaku di langit yang menghalangi berita tentang sesuatu di bumi.” Maka, pergilah mencari sebab-sebab dan sumber perkara ini. Ketika itu, secara kebetulan , Nabi Muhammad saw sedang berada dalam puncak kebimbangan dalam menyampaikan seruan dakwahnya, kerana penduduk Makkah menolak seruannya. Maka, keluarlah Nabi saw ke Thaif untuk menyeru penduduknya agar memasuki agama Islam. Kemudia Rasulullah saw pulang kembali ke Makkah. Sesampainya di dekat Nakhlah, Rasulullah melaksanakan solat subuh dan membaca Al-Quran di dalamnya. Tiba-tiba sekelompok jin Nashibin melalui tempat itu. Maka, mereka pun mendengarkan Al-Quran dan mengertilah mereka bahawa itulah sumber halangan tersebut.

Ada pendapat yang mengatakan, bahawa penyebabnya adalah turunnya perintah Allah kepada Rasul-Nya, Muhammad agar memberi peringatan kepada jin dan menyerukan mereka agar mempercayai Allah dan membacakan kepada mereka Al-Quran. Maka, Allah pun mengarahkan sekumpulan jin ke berhampiran Nakhlah untuk mendengarkan Al-Quran, yang denganya mereka dapat mengingatkan kaumnya bila mereka pulang. Kelompok jin tersebut berjumlah tujuh atau sembilan orang.

Risalah Nabi Muhammad saw Kepada Manusia dan Jin
Nabi Muhammmad saw diutus kepada golongan jin secara umum dan kepada segenap manusia dengan membawa kebenaran dan petunjuk, dan dengan membawa cahaya dan sinar.

Salah satu konsekuensi dari keberadaan Rasulullah Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai utusan Allah yang terakhir adalah bahwa risalah beliau berlaku sampai akhir zaman, sampai hari Kiamat dan berlaku bagi seluruh umat manusia. Sebab jika tidak, akan terjadi kekacauan di berbagai belahan bumi ini. Jika Islam telah diterima sebagai satu-satunya sistem yang diberlakukan di muka bumi dan dipraktikkan, niscaya kedamaian akan tercipta. Ini menurut tinjauan rasio, akal.

Sedangkan menurut keterangan wahyu, risalah Beliau Shallallahu ‘alaihi wasallam juga berlaku untuk seluruh umat manusia sampai akhir zaman. Hal itu dapat dibaca dalam firman Allah: “Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui.” (QS. Saba`: 2
“Katakanlah, ‘Hai manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, yaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk’.” (QS. al-A’raf: 15 )
“Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqan (Al-Quran) kepada hamba-Nya, agar Dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam.” (QS. Al-Furqan: 1)

Imam al Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan bahwa Beliau Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Aku diberi lima perkara yang belum pernah diberikan kepada seorang (nabi) pun sebelumku. Aku ditolong dengan (hadirnya) rasa takut (di hati musuh) satu bulan (sebelum aku berhadapan dengan mereka); bumi ini dijadikan sebagai masjid dan suci bagiku, maka siapa pun dari umatku mendapati waktu solat, hendaklah dia mengerjakan solat (di mana pun dia berada); dihalalkan bagiku harta rampasan perang hal mana belum pernah dihalalkan bagi seorang pun sebelumku; aku diperkenankan memberi syafaat; dan jika seorang nabi diutus khusus kepada kaumnya, maka aku diutus kepada seluruh umat manusia.”

Beliau Shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda,
“Tidaklah seorang Yahudi atau Nasrani dari umat ini yang mendengar tentangku, lantas dia tidak beriman kepadaku, melainkan akan masuk neraka.” (HR. Muslim)

Dan catatan sejarah menunjukkan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menulis surat kepada para penguasa yang jelas-jelas bukan orang-orang Arab. Beliau menulis surat kepada Qaisar, Khusrau, Negus, dan Muqauqis. Sebagian dari surat-surat itu kini masih dapat dibaca di berbagai muzium kebangsaan.

Rasulullah Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam bukan saja utusan kepada seluruh umat manusia, melainkan juga kepada makhluk mukallaf lain selain manusia. Yakni berlaku bagi bangsa jin. Bangsa jin yang oleh Allah diciptakan dari api. Keterangan itu dapat dibaca di dalam firman Allah berikut ini: “Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan(nya) lalu mereka berkata, ‘Diamlah kamu (untuk mendengarkannya),’ ketika pembacaan telah selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan. Mereka berkata, “Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab (al Quran) yang telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus. Hai kaum kami, terimalah (seruan) orang yang menyeru kepada Allah dan berimanlah kepada-Nya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih.” (QS. Al Ahqaf: 29-31)
“Katakanlah (hai Muhammad), “Telah diwahyukan kepadamu bahawasanya, telah mendengarkan sekumpulan jin (akan al Quran), lalu mereka berkata, “Sesungguhnya kami telah mendengarkan al Quran yang menakjubkan, (yang) memberi petunjuk kapada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. Dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seseorangpun dengan Rabb kami.” (QS. Al-Jin: 1-2)

Imam Ahmad meriwayatkan bahwa Nabi pernah didatangi dan dijemput oleh seorang guru dakwah dari kalangan jin. Ibnu Mas’ud yang membawakan hadis itu berkata, “Suatu malam kami kehilangan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Kami mencari-cari beliau namun tidak ketemu juga. Kami berpikir, beliau diterbangkan atau diculik. Kami pun melewati malam itu dengan merasakannya sebagai malam terburuk. Saat pagi menjelang, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam datang. Kami melapor, “Wahai Rasulullah, semalam kami kehilangan engkau. Kami mengira engkau dibawa terbang atau diculik Kami pun melewati malam tadi dengan merasakannya sebagai malam terburuk.” Beliau menjawab, “Salah seorang juru dakwah dari kalangan jin mendatangiku. Aku pun pergi menemui mereka dan memberi pengajaran kepada mereka.”
Para ulama salaf berbeza pendapat tentang adanya nabi dari bangsa jin. Ada di antara mereka yang berpendapat ada nabi dari bangsa jin, khusus untuk mereka. Landasan mereka adalah firman Allah,
“Hai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dari golongan kamu sendiri, yang menyampaikan kepadamu ayat-ayat-Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata, “Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri.” Kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahwa mereka adalah orang-orang yang kafir.” (QS. Al An’am: 130)

Namun menurut jumhur ulama, nabi hanya dari kalangan manusia. Demikianlah pendapat Mujahid dan Ibnu Juraij. Ibnu Abbas berkata, “Dari golongan manusia ada rasul, sedangkan dari golongan jin ada nadzir.” Dasar yang dipakai oleh Ibnu Abbas adalah firman Allah,
“Ketika pembacaan telah selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan.” (QS. Al-Ahqaf: 29)

Sedangkan tentang QS. Al An’am: 130, menurut tata bahasa Arab, ayat tersebut tidak harus dimaknai dengan adanya rasul dari bangsa jin.

Para ulama juga berbeza pendapat tentang, apakah yang diutus kepada jin dan manusia hanya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam ataukah ada nabi-nabi yang lain. Menurut Ibnul Qasim dan Muqatil, yang diutus kepada jin dan manusia hanya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam. Namun menurut jumhur ulama, beliau Shallallahu ‘alaihi wasallam bukan yang pertama diutus kepada jin dan manusia. Ada ayat yang mengisyaratkan bahwa Nabi Musa juga diutus kepada bangsa jin. Allah berfirman,
“Mereka berkata, ‘Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab (al Quran) yang telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus.” (QS. al-Ahqaf: 30)

Pada kurun ke-34 ini Abu Ja’far ath Thahawi menyebut sebagian dari karakteristik risalah yang dibawa Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam. Karakteristik itu adalah haq (kebenaran), huda (petunjuk), nur (cahaya), dan dhiya‘ (sinar). Risalah Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallamadalah risalah yang berisi kebenaran. Bahkan seluruh kebenaran. Selain dari risalah beliau adalah kebatilan dan karenanya mesti dijauhi. Allah berfirman,
“Dan katakanlah, “Kebenaran telah datang dan kebatilan telah lenyap. Sesungguhnya kebatilan itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.” (QS. Al Isra`: 81)

Risalah Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah petunjuk. Risalah yang berisi ilmu yang bermanfaat yang berbuah amal shalih. Risalah Beliau adalah cahaya yang mengantarkan kepada ridha Allah dan surga. Dan risalah Beliau adalah sinar yang mengandung unsur panas, yang mampu meluruskan berbagai kebengkokan yang dilakukan oleh umatnya.