Kajian Tafsir Surah Al-Ikhlas

Oleh: Mohd Danial Bin Noor Hisham

A. NAMA SURAH DAN SEJARAH PENURUNANNYA

1. Nama Surah: Al-Ikhlas

Penamaan ini menunjukkan akan pentingnya makna-makna surah, iaitu suatu bentuk keikhlasan beriktikad kepada Allah dari segala bentuk-bentuk syirik, dan faktor-faktor yang melemahkan keimanan terhadapNya, dan jauh ari kecetekan ilmu tentang ZatNya, nama-namaNya dan sifat-sifatNya. Dan menghadap kepadaNya dengan ungkapan ibadah serta kebenaran dari segala itu semua.

Nabi Muhammad s.a.w. telah menamainya dengan surah Al-Ikhlas “katakanlah: Allah itu Esa”, yang merupakan ayat pertama dari surah ini.

Disebut juga dengan surah “Al-Asas” kerana tajuknya – iaitu; mentauhidkan Allah dan menetapkan apa-apa yang sesuai dengan ZatNya dari sifat-sifatNya serta menafikan apa-apa yang tidak sesuai bagiNya. Dialah asas Islam.

Dikatakan juga surah “Ash-Shamad” yang menunjukkan sifat Allah yang tergambar dalam ayat kedua. Para ahli tafsir menyebutkan bahawa surah ini memiliki banyak nama yang sesuai dengan temanya.

2. Sejarah Turunnya

Tertib turunnya surah Al-Ikhlas – adalah pada urutan 21. Surah sebelumnya yang telah turun menunjukkan tentang sifat-sifat Allah yang sesuai dengan kesempurnaanNya.

Sesungguhnya wahyu Qurani turun sebagai pengajaran kepada Nabi s.a.w dan bagi seluruh manusia – tentang Allah. Dan menyifatiNya bahawa; Sesunggunhnya “Dialah Yang telah menciptakan” segala sesuatu. Dan sesungguhnya “Dialah yang telah menciptakan manusia” secara khusus dari tempat yang hina. Dan Dialah Yang memiliki kesempurnaan yang tinggi dan tidak dikalahkan oleh satupun dari hambaNya.

Kemudian bacalah tentang sifat Allah bahawa Dia: Tuhan Timur dan Barat, tiada Tuhan selain Dia ……(Surah Al-Muzammil: Ayat 9)

Dan sesungguhnya Dia: …… Tuhan seluruh alam, Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Penguasa pada hari kiamat.(Surah Al-Fatihah: Ayat 2-4)

Kemudian datang penyifatan tentang Allah bahawa Dia: …… Yang Maha Tinggi. (Surah Al-‘Ala: Ayat 1)

Dan Dia juga: …... mengetahui yang tampak dan yang tersembunyi. (Surah Al-‘Ala: Ayat 7)

Ketika orang-orang musyrik di Makkah, mahu menyembah apa yang disembah Nabi s.a.w. dengan syarat Nabi s.a.w. mahu menyembah apa yang mereka sembah dari tuhan-tuhan mereka, dan menerima agama mereka. Oleh itu Allah memberitahu kepada nabiNya melalui surah Al-Kafirun yang merupakan pemisah antara agamanya dan agama kaum musyrikin, sama ada dari segi aqidah mahupun ibadah.

Al-Quran telah mengarahkan Nabi s.a.w. di hadapan kerenah dan ancaman mereka agar dia memohon kepada:

…… Tuhan yang menguasai alam. (Surah Al-Falaq: Ayat 1)

…… Tuhan manusia. Yang menguasai manusia dan Tuhan manusia. (Surah An-Nas: Ayat 1-3)

Namun orang-orang musyrikin telah menolak ajaran Nabi s.a.w. untuk menyembah Allah yang satu. Mereka tetap bimbang dan berterusan dalam kekufuran dengan akidah-akidah jahiliah dan Nabi s.a.w. menolak segala perbuatan syirik mereka terhadap Allah. Banyak athar-athar sahabat yang menjelaskan tentang perhatian orang-orang musyrik kepada pengetahuan tentang Allahyang diserukan oleh Nabi s.a.w.

Diantaranya orang-orang Quraisy berkata: “Ya Muhammad, tunjukkanlah kepada kami Tuhan kamu.” Maka Allah menurunkan ayat:

Katakanlah bahawa Allah itu satu. (Surah Al-Ikhlas: Ayat 1)

Dalam riwayat lain disebutkan: “Bahawa Amir bin At-Tufail dan Arbad bin Rabi’ah mendatangi Nabi s.a.w. kemudian Amir berkata: “Untuk siapa engkau mengajak kami?” Nabi s.a.w. menjawab: “Kepada Allah.” Lalu Amir berkata: “Berilah sifatnya kepada kami, apakah dia berasal dari emas, atau dari perak, atau juga dari besi atau kayu?”

Dari sini jelaslah bahawa pertanyaan orang-orang musyrikin telah menyalahi aqidah tentang Allah. Mereka menggambarkan zat Allah sebagai gambaran material. Oleh itu surahAl-Ikhlas diturunkan untuk mensucikan zat Allah dari sifat syirik terhadap ketuhanannya, dan menjauhkan keperluannya kepada seseorang atau sesuatu. Dan mensucikan diriNya dari “kelahiran” dan melahirkan dan Ianya memiliki sifat berkecukupan dalam zat dan sifatNya.

Demikian juga soalan tentang Allah, kerap berlaku di Madinah yang berasal dari kalangan orang-orang Yahudi. Di antara mereka seperti Ka’ab bin Al-Asyfar dan Huyai bin Akhtab. Kedua-duanya telah bertanya kepada Nabi s.a.w. “Gambarkanlah kepada kami tentang Tuhan kamu? Sesungguhnya Allah telah menurunkan sifatNya dalam kitab At-Taurat, maka oleh itu beritahulah kami dari apa dia dibentuk dan jenis apakah dia? Apakah dari emas atau perak? Apakah dia makan dan minum? Dan mewariskan dunia atau diwarisi? Maka Nabi s.a.w. membacakan kepada mereka surah Al-Ikhlas.

Kemudian soalan Ka’ab dan Hayyi serta Amir kepada Nabi s.a.w. di Madinah ini seperti soalan yang ditujukan orang-orang kafir Quraisy tentang zat Allah. Dan sesungguhnya jawapan yang sama telah ditujukan kepada soalan yang sama juga. Oleh itu kita dapat fahami tentang pandangan orang yang bertanya tentang surah Madaniyyah bahawa ianya telah mengulang-ulang soalan tentang Allah. Dan soalan ini bukan sahaja kali pertama yang ditujukan kepadanya. Oleh itu surah tersebut diturunkan.

B. MAKNA-MAKNA SURAH AL-IKHLAS

Surah Al-Ikhlas mencakupi pengertian Allah yang sebenar dan penentuan keEsaanNya dar isifat-sifat ketuhanan. Tidaklah mudah mengetahui kalimah – kecuali dengan Al-Quran untuk memindahkan makna-makna yang kekal yang mutlak kea lam pemikiran manusia yang terbatas dengan zaman tempat dan perasaan, serta tingkatan-tingkatan ilmu, rusyd dan pemahaman. Namun kalimah surahAl-Ikhlas dapat diketahui secara zat Ilahi dengan jelas dan mudah, dengan sebab kemukjizatannya.

Surah ini telah mengajar Nabi s.a.w. yang berasal dari Yang Hak tentang diriNya: “Katakanlah (wahai Muhammad)” kepada orang-orang yang bertanya tentang kewujudan Allah, sifat-sifat dan tabiatNya atau kepada orang-orang yang beriman kepadaNya. Mereka sepatutnya mengkaji tentang makrifat Ilahi secara mendalam melalui kalimah:

Katakanlah bahawa Allah itu satu. (Surah Al-Ikhlas: Ayat 1)

Tidak ada yang sama denganNya dan tidak pula ada dalam kekuasaanNya atau kebijaksanaanNya mewarisi segala makhluk. Setiap makhluk memerlukan kekekalanNya dan kesemangatanNya. Dialah yang Maha Kaya yang kekal. KepadaNya kita kembali dan meminta. KepadaNya kita memohon perlindungan. Dialah:

Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. (Surah Al-Ikhlas: Ayat 2)

Mengatasi segala sesuatu yang memiliki kebaikan dan kemuliaan.

Jika kita meniliti secara mendalam tentang surah Al-Ikhlas ini bahawa didapati akan penafia keibubapaan pada Allah. Sesungguhnya kita terlupa bahawa “makhluk” memerlukan kepada sesuatu yang ada yang akan mengawasi kekekalanNya dan perkembanganNya. Sedangkan alam manusia merupakan sarana adanya makanan, minuman, dan tempat tidur. Dan manusia memerlukan kehidupan yang kuat, aman, sihat dan berilmu. Dan mereka saling berlumba untuk mendapatkan apa-apa yang mereka perlukan. Sedangkan hakikat “ketuhanan” tidak memerlukan itu semua, kerana:

Allah itu tempat meminta, tiada beranak dan tiada diperanakkan. (Surah Al-Ikhlas: Ayat 2-3)

Tidak dilahirkan dan melahirkan. Dia tidak memiliki bapa, teman dan anak. Setiap sesuatu dan setiap orang adalah makhluk yang masuk dalam milikNya dan tidak akan terkeluar dari daerah kekuasaanNya dan tidak pula lenyap dari pengetahuanNya.

Firman Allah Ta’ala: Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. Sesungguhnya Allah telah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri. (Surah Al-Maryam: Ayat 93-95)

Ayat-ayat surah Al-Ikhlas tidak menghalangi manusia untuk berusaha menyelami hakikat yang Wujud. Namun ianya menunjukkan pemikiran yang mustahil bahawa sesuatu yang fana (akan binasa) itu dapat menyelami hakikat yang Al-Baqi’ (Yang Kekal). Dan melemahkan (Al-Awwal dan Al-Akhir), disebabkan adanya batasan-batasan pemikiran manusia itu sendiri. Maka dengan demikian tidak aka nada yang dapat menyerupaiNya kerana Dia:

… tidak ada sedikitpun yang menyerupaiNya ……(Surah Asy-Syura: Ayat 11)

Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia. (Surah Al-Ikhlas: Ayat 4)

Tidak ada yang sesuai dengan sifat ketuhananNya. Dan tidak sepatutnya dia memiliki perumpamaan. Ketaatan kita tetap kepadaNya, ibadah kita hanya untukNya dan persiapan kita hanya untukNya dan persiapan kita untuk bertemu denganNya.


C. SURAH AL-IKHLAS DALAM KEHIDUPAN KAUM MUSLIMIN

Beriman kepada Allah merupakan rukun Islam yang pertama, dan syarat terpenting dalam beribadah, rohnya setiap perbuatan yang baik dalam kehidupan orang-orang mukmin. Dalam panduan kehidupan Islam selau dinyatakan tentang keimanan kepada Allah yang satu. Oleh itu setiap azan ,solat, membaca Al-Quran dan zikir-zikir agama merupakan syiar-syiar Allah.

Nabi s.a.w. telah menganjurkan dengan ucapan yang berulang-ulang tentang “Tiada tuhan selain Allah” dan menjelaskan kelebihan kalimat ini. Nabi juga menjelaskan kelebihan-kelebihan ayat dan surah tertentu seperti ayat Kursi dan surah Al-Ikhlas yang mana makna-maknyanya megandungi pengertian tentang hakikat yang asas ini. Sebaliknya bahawa kelebihan surah-surah dan ayat-ayat ini berlawanan dengan kelebihan tema dan maknanya iaitu tentang pernyataan keEsaan Allah semata.


D. KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS

1. Nabi s.a.w. mendengar seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Sesngguhnya aku memohon kepadaMu bahawa Engkau adalah Tuhan yang Satu, yang Maha Perkasa, yang tidak dilahirkan dan melahirkan dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Lelaki itu telah memohon kepada Allah dengan memanggil namaNya yang agung, yang jika diminta maka akan diberi dan apabila dipanggil maka dijawab.”

2. Nabi s.a.w. telah mengutus seorang lelaki kepada para tawanan dan dia membacakan kepada para sahabatnya di dalam solat dan ditutup dengan; “katakanlah bahawa Tuhan itu Esa.” Ketika mereka kembali dari solat, mereka mengkhabarkan hal itu kepada Nabi s.a.w., lalu Nabi berkata: “Tanyakan kepada pemuda itu, untuk apa dia berbuat demikian?” Maka mereka bertanya kepada lelaki itu. Maka pemuda itu berkata: “Kerana ayat itu merupakan sifat Ar-Rahman dan saya mencintai untuk membacanya.” Lalu Nabi s.a.w. bersabda: “Khabarkan kepadanya bahawa Allah mencintainya.”

3. Abu Sa’id Al-Khudri r.a mendengar saudaranya Qatadah bin An-Nu’man sedang membaca – waktu solat di malam hari – dengan membaca surah; “katakanlah bahawa Allah itu Esa”, mengulanginya dan tidak menambahnya. Setelah selesai, Qatadah mendatangi Rasulullah s.a.w. dan mengkhabarkan apa yang diketahuinya, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi Allah yang jiwaku berada ditanganNya sesungguhnya surah itu menyerupai sepertiga dari Al-Quran.”

4. Juga diriwayatkan oleh Sa’id Al-Khudri r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apakah salah seorang di antara kamu dapat membaca sepertiga Al-Quran di malam hari?” Abu Sa’id berkata: “Hal itu berat.” Bagi para sahabatnya, mereka berkata: “Siapa yang mampu melakukan itu?” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bacalah Surah Al-Ikhlas, kerana ianya sepertiga Al-Quran.”

5. Dalam riwayat lain daripada Abi Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. berkata kepada para sahabatnya: “Berkumpullah kamu semua kerana saya akan membacakan sepertiga Al-Quran untukmu.” Maka berkumpullah sesiapa yang mahu berkumpul, kemudian Rasulullah s.a.w. keluar dan berkata: “Katakanlah Allah itu Esa” sehingga akhir ayat.” Kemudian beliau masuk ke dalam rumahnya. Para sahabat bertanya antara satu sama lain: “Ini adalah khabar yang didatangkan oleh Rasulullah dari langit, maka hal itulah yang membuat dia masuk.” Kemudian Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya, Beberapa saat kemudian: “Sesungguhnya aku telah berkata kepadamu: “Sesungguhnya aku akan membacakan unukmu sepertiga Al-Quran yang mana ianya menyerupai sepertiga dari Al-Quran.” Maksudnya; ganjaran bacaannya menyerupai seluruh bacaan Al-Quran sebab surah ini mencakupi masalah tauhid yang merupakan asas risalah Al-Quran.


E. SURAH AL-IKHLAS DALAM PENGHARAPAN HAMBA

Nabi s.a.w. menekankan dalam sabda-sabdanya tentang pentingnya seorang Muslim melakukan solat di waktu pagi dan malam. Beliau mensunahkan solat dua rakaat sebelum fajar, dan menekankan agar melakukan solat sunat witir sebelum tidur, dan agar membaca surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas pada dua solat sunat tersebut.

Surah pertama memeberikan peranan penting untuk menolak segala bentuk syirik terhadap Allah dan aqidah orang-orang musyrik serta ibadah-ibadah mereka. Sedangkan surah kedua perintah tentang beriman kepada Allah yang Esa dan yang tidak bergantung kepada sesuatu serta sebagai ajakan kepada hambanya untuk mengEsakanNya.

Nabi s.a.w. juga menekankan tentang kelebihan membaca surah Al-Ikhlas selepas setiap solat dan khususnya solat Maghrib.

F. KESIMPULAN MAKNA-MAKNA SURAH AL-IKHLAS

Ayat pertama dari surah Al-Ikhlas menafikan tentang zat Allah dari segala jenis bentuk ketuhanan.
Ayat kedua dari surah ini menafikan dari segala sifat kekurangan Allah sebagaimana menafikan yang lainnya dari kewajipan ibadah selain kepadaNya, Dialah Allah yang tidak bergantung kepada sesuatu, yang menjadi tujuan – selamanya – yang akan merealisasikan setiap keperluan. Dialah Tuhan yang memiliki kesempurnaan, memiliki keagungan, kelemah-lembutan, yang sempurna ilmuNya, hikmahNya dan tidak ada yang menyerupai zat dan sifatNya seseorang atau sesuatu.
Ayat ketiga menafikan tentang peranakan Allah:

Tiada beranak dan tiada diperanakkan. (Surah Al-Ikhlas: Ayat 3)

Ayat keempat menafikan Allah dari sifat kemiripan dan yang lainnya:

Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia. (Surah Al-Ikhlas: Ayat 4)

Inilah penafian yang mensucikan Allah dari sifat sangkaan orang-orang yang menyangka dan tohmahan oang-orang yang dusta.

Allah telah menetapkan dalam Al-Quran tentang dirinya dari sifat-sifat yang sesuai dengan keEsanNya, sesuai dengan kedudukan dan kesempurnaanNya.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com