Peristiwa Ajaib Yang Mengubah Dunia

Oleh: Mohd Radzhar B. Mat Ghani

Peristiwa ajaib yang pertama yang mengubah dunia ialah para khalifah yang adil. Telah terjadi seperti yang dikemukakan oleh Rasulullah S.A.W, dimana para khalifah yang datang sesudahnya baginda banyak sekali jumlahnya,yang berkuasa silih berganti hingga mencapai seratus orang bahkan lebih. Bahkan pernah pula dalam suatu masa dipimpin oleh lebih dari seratus orang khalifah. Peristiwa yang kedua yang mengubah dunia ialah dua belas khalifah dari suku Quraisy. Benarlah kata Rasulullah S.A.W, bahawa sesungguhnya sesudah baginda meninggal dunia terdapat 12 orang khalifah dan semuanya dari suku Quraisy. Mereka semuanya ialah Khulafa Ar-Rasyidin Radhiyallahu ‘Anhum yang empat. Kemudian Mu’awiyah Radhiyallu’ Anhu. Kemudian anaknya,iaitu Yazid bin Mu’awiyah. Kemudian cucunya, iaitu Mu’awiyah bin Yazid. Kemudian Abdullah bin Jubair, Marwan bin Al-Hakim, Abdul Malik bin Marwan, dan Walid bin Abdil Malik Radhiyallahu’ Anhum.

Peristiwa yang ketiga ialah wanita yang berselubung tudung hitam. Telah yang terbukti apa yang diberitahu oleh Rasulullah S.A.W. Dimana pasukan kaum muslimin ternyata memang berhasil membebaskan kota Al-Hiirah dan orang pertama yang mereka jumpai ketika memasuki kota itu ialah Syaima’ binti Baqilah Al-Uzdiyah yang berselubung dengan selubung hitam. Peristiwa yang keempat ialah uwais al-qarni. Ini benar apa yang diperkatakan oleh Rasulullah S.A.W bahawa Uwais bin Amir Radhiyallahu’Anhu yang berasal dari Yaman benar-benar datang pada masa khalifah Umar bin Al-khattab Radhiyallahu’ Anhu.

Peristiwa yang kelima ialah berita tentang Muhammad bin Al Hanafiyah. Memang terbukti apa yang disebut oleh Rasulullah S.A.W tatkala Khaulah Al-Hanafiyah melahirkan seorang bayi lelaki untuk Ali Radhiyallahu’ Anhu pada msa pemerintahan Umar Radhiyallahu’ Anhu. Maka Ali pun menamakannya Muhammad dan nama Kuniyahnya adalah Abu Qasim. Peristiwa keenam ialah berita tentang Muhammad Bin Ka’ab. Memang terbukti apa yang disebutkan oleh Nabi S.A.W dengan munculnya seorang Imam di bidang tafsir, iaitu Muhammad bin Ka’ab Al-Quradhi yang lahir pada masa pemerintahan khalifah Ali Radhiyallahu’ Anhu tepatnya pada tahun keempat puluh Hijriyah.

Peristiwa yang ketujuh ialah berita tentang Shilah Bin Usyaim. Ini dibuktikan apabila muncul dari kalangan tabi’in seorang yang bernama Shilah bin Usyaim. Beliau adalah seorang tabi’in yang terkenal dengan kesolehan dan ketakwaan. Beliau juga suami seorang ilmuan hadis dan ahli hadis terkenal iaitu Ma’adzah Al-Adawiyah Radhiyallahu’ Anhu. Peristiwa yang kelapan ialah golangan yang dimurkai Allah. Terbukti apa yang disebut oleh Ralulullah S.A.W dimana memang benar telah terjadi pembataian di Azra terhadap sahabat yang bernama Hajar ‘Adi beserta enam orang temannya Radhiyallahu’ Anhu atas perintah Mu’awiyah Radhiyallahu’ Anhu. Peristiwa tersebut terjadi pada tahun ke 51 hijriyah. Anehnya, justeru Hajar bin ‘Adi Radhiyallahu’ Anhu-lah yang menaklukkan wilayah ‘Azra. Namun, ternyata ia sendiri telah ditakdirkan bakal mengalami nasib malang disana.

Peristiwa yang kesembilan ialah mayat yang berbicara. Terbukti apa yang disebut oleh Nabi S.A.W dengan tersiarnya berita tentang seorang lelaki yang bernama Rabi benar-benar berbicara ketika wafatnya. Peristiwa yang kesepuluh ialah luasnya wilayah kekuasaan umat islam. Ini memang terbukti apa yang diperkatakan oleh Nabi S.A.W bahawa kini wilayah kekuasaan umatnya telah mencapai timur dan barat. Peristiwa yang kesebelas ialah zaman yang semakin buruk. Benar yang dikatakan Rasulullah S.A.W. Hari demi hari berlakunya peristiwa yang kearah kerosakan dan menyebabkan ia semakin buruk. Peristiwa yang kedua belas ialah ramainya golongan yang meninggalkan solat. Telah terjadi apa yang disebut oleh Rasulullah S.A.W bahawa setelah berlalu enam puluh tahun pada tahun Hijriyah, muncullah seorang khalifah yang sering mengabaikan solat serta memperturutkan nafsu.

Peristiwa yang ketiga belas ialah keluarga Bani Umayyah yang membuat kerosakkan. Benar yang diperkatakan Nabi S.A.W iaitu orang yang pertama yang menyimpangkan perkara agama dan menukar sunnah Nabi S.A.W dengan bid’ah ialah Yazid bin Mu’awiyah Al-Umawi yang menjawat jawatan khalifah selepas ayahnya. Peristiwa yang keempat belas ialah darah yang mengalir. Telah terbukti kebenaran dari apa yang disebut Rasulullah S.A.W bahawa telah mengalir darah dari hidung ‘Amru bin Sa’id Al-Asydaq Al-Umawi di atas mimbar Rasulullah S.A.W dan ia adalah salah seorang penguasa yang suka bertindak kejam dari destinasi Bani Umayyah.

Peristiwa yang kelima belas ialah fitnah dari keturunan Quraisy. Rasulullah S.A.W bahawa kekhalifahan pada masa Bani Umayyah berkuasa telah berpindah kepada anak-anak muda keturunan Quraisy,dimana pada masa mereka memerintah telah berlaku fitnah serta kejadian-kejadian keji. Peristiwa keenam belas ialah berita tentang Bani Hakam. Rasulullah S.A.W benar iaitu manakala Bani Hakim genap mencapai tiga puluh orang,kekhalifahan pun berpindah ke tangan mereka. Orang pertama diantara mereka yang menjadi khalifah ialah Marwan bin Hakam yang dilanjutkan oleh Abdul Malik.

Peristiwa yang ketujuh belas ialah penggans dan pendusta dari tsaqif. Seperti yang diberitahu oleh Rasulullah S.A.W sebelumnya. Dan terbukti dengan munculnya dari suku Tsaqif seorang pendusta dan pembunuh yang kejam. Peristiwa yang kelapan belas ialah para pemimpin yang meninggalkan solat. Benar kiranya hadis Rasulullah S.A.W. kenyataan memang membuktikan bahawa beberapa pemimpin yang datang sesudah beliau SAW suka mengakhiri solat dari waktunya.

Peristiwa yang kesembilan belas ialah penguasa yang bodoh. Benar yang dikatakan Rasulullah S.A.W bahawa telah muncul penguasa-penguasa bodoh dari kalangan Bani Umayyah dimana mereka adalah orang yang memegang urusan kemasyarakatan atas nama pemerintah. Mereka menolak adanya tuntutan Nabi S.A.W dan meninggalkan sunnah dibelakang mereka. Peristiwa yang kedua puluh ialah dinasti Abbasiyah. Telah terbukti kiranya apa yang pernah disebutkan oleh Nabi S.A.W dengan beralihnya kekhalifahan kepada Bani Abbasiyah pada tahun 132 hijrah. Sedang khalifah pertama yang berkuasa adalah Abdullah bin Muhammad bin Ali Abdullah bin Abbas Radhiyallahu’ Anhu yang digelari dengan As-Saffah.

Peristiwa yang kedua puluh satu ialah sultan-sultan diliputi fitnah. Demikianlah realiti yang terjadi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah S.A.W sebelumnya. Lembaran sejarah dicatat dipenuhi oleh gaya hidup para sultan yang berbagai macam fitnah dan cubaan besar. Peristiwa yang kedua puluh dua ialah harta kekayaan yang melimpah ruah. Telah menjadi kenyataan apa yang disebut oleh Rasulullah S.A.W dimana harta kekayaan benar-benar telah menumpuk serta kenikmatan telah melimpah ruah sehingga semua orang merasa sudah tercukupi kehidupannya. Semua itu terjadi pada zaman pemerintahan khalifah Umar bin Abdul Aziz Radhiayallahu’ Anhu.

Peristiwa yang ke dua puluh tiga ialah orang Ansar semakin berkurang. Sesungguhnya terbukti apa yang dikatakan oleh Rasulullah S.A.W katakana dimana jumlah suku kaum Ansar semakin sedikit jumlahnya jika dibandingkan dengan suku kaum yag lain yang semakin berkembang. Peristiwa yang kedua puluh empat ialah kemunculan golongan Qadariyah. Ini telah terbukti apa yang dikatakan oleh Rasulullah S.A.W iaitu dengan munculnya suatu kelompok yang menginkari takdir, sekitar tahun tujuh puluh hijrah.

Peristiwa yang kedua puluh lima ialah keunggulan bangsa Parsi diberbagai bidang ilmu. Inilah realiti yang terjadi seperti yang digambarkan oleh Rasulullah S.A.W dimana telah bermunculan dari bangsa Parsi orang-orang yang sangat menggemari ilmu pengetahuan dan agama. Kecintaan itu telah meresap dalam hati mereka sehingga mereka tidak segan untuk mengeluarkan apa yang mereka miliki dari yang berharga rendah kepada yang sangat tinggi. Peristiwa yang kedua puluh enam ialah keunggulan ilmuan asal Madinah. Ini telah terbukti apa yang diperkatakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam masa sesudah Beliau S.A.W wafat, berbondong-bondonglah orang-orang datang ke Madinah untuk mendengarkan hadis dan memperdalamkan agama kepada para ulamak di kota tersebut.

Peristiwa yang kedua puluh tujuh ialah kemunculan pembaharu pada setiap abad. Benar yang diperkatakan oleh Rasulullah S.A.W bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah mentakdirkan dari kalangan umat ini pada setiap permulaan abad, orang yang memperbaharui bidang agamanya dan juga menyinari petunjuk-petunjuknya serta menyinkirkan dirinya kedustaan yang dilakukan para munafik. Peristiwa yang kedua puluh lapan ialah golongan yang berjaya dalam kebenaran. Benar hadis Rasulullah SAW tersebut bahawa suatu golongan dikalangan umatnya sentiasa tetap berjaya dan cukup dikenali sejak masa sahabat Radhiyallahu’ Anhu, sampai pada masa kita sekarang. Meskipun badai kencang selalu berhembus menerpa bangunan islam serta keyakinan yang benar.

Peristiwa yang kedua puluh sembilan ialah golongan yang tidak mahu mengikut kesesatan. Benarlah hadis Rasulullah SAW bahawa umatnya tidak pernah sepakat dan tidak pernah mahu bertolak ansur dalam kesalahan, sejak mereka yang pertama kali ada, sampai masa kini. Demikianlah pada masa akan datang dimana mereka tidak akan pernah bersepakat dalam kesesatan sampai tibanya ketentuan Allah SWT. Peristiwa yang ketiga puluh ialah perpecahan umat. Seperti yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW bahawa telah terjadi berbagai perselisihan di kalangan umat ini, dimana mereka saling bertentangan dalam waktu yang cukup lama di dalam masalah akidah dan dasar-dasar agama. Mereka terpecah dalam kelompak-kelompak yang banyak dan berbeza-beza, yang tercermin dalam bentuk aliran Syi’ah, Murji’ah Qadariah, Jabariah, Mu’tazilah dan lain sebagainya.

Peristiwa yang ketiga puluh satu ialah golongan yang meniru Yahudi dan Nasrani. Contohnya seperti sekarang, banyak golongan yang meniru gaya hidup mereka dalam pergaulan dan tingkah laku yang melampaui batas. Peristiwa yang ketiga puluh dua ialah Dajjal Sang Pendusta. Seperti yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa tentang kemunculan para Dajjal sang pendusta yang diperdayakan oleh syaitan dan telah pula dibuatnya indah didepan mata mereka. Sehingga mereka tidak segan-segan mengakui kenabian dan kerasulan diri mareka.

Peristiwa yang ketiga puluh tiga ialah golongan pendusta di bidang hadis. Benar yang diperkatakan oleh Rasulullah SAW. Kerana suatu sebab atau lainya telah bermunculan ditengah umatnya orang-orang yang gemar membuat-buat hadis dan memalsukan. Kemudian dihubungkan kepada Nabi SAW dengan penuh dusta dan kepalsuan. Peristiwa yang ketiga puluh empat ialah kemunculan golongan Anti Hadis. Ini dibuktikan apabila telah munculnya seseorang dari Punjub yang menyebut dirinya sebagai pengikut Al-Quran pada hal jauh sekali pebezaan antara dirinya dan pengikut Al-Quran yang sejati. Malah sebaliknya, justeru dirinya itu termasuk dalam ajaran kaum Atheas dan murtad. Malah dia juga menolak hadis-hadis sahih secara keseluruhan.

Peristiwa yang ketiga puluh lima ialah keluarnya api dari bumi Hijaz. Telah terbukti apa yang disebut oleh Rasulullah SAW. Peristiwanya sendiri terjadi tatkala berkobarnya nyalaan api yang amat besar di wilayah sebelah timur dari kota Madinah yang panjang, lebar, dan ketinggian mencapai lebih kurang empat batu. Peristiwa yang ketiga puluh empat ialah terlepasnya islam satu persatu. Telah terbukti apa yang apa yang disebut oleh Rasulullah SAW dimana memang telah banyak sekali pegangan islam secara satu persatu menjadi terlepas dan tidak terhitung pada jumlah cabang yang hancur. Adapun yang pertama kali terlepas itu adalah hukum yang memang sudah mulai nampak sejak berakhirnya generasi pertama umat islam.

Peristiwa yang ketiga puluh tujuh ialah serbuan musuh islam terhadap kaum muslim. Ini benar yang telah diperkatakan oleh Rasulullah SAW. Kita pun dapat menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri tentng bukti yang terkandung dalam hadis tersebut. Kita juga dapat menyaksikan nasib malang yang dialami oleh orang islam seiring dengan datangnya serbuan dan penindasan yang dilakukan oleh bangsa-bangsa lain terhadap umat islam. Peristiwa yang ketiga puluh lapan ialah kemenangan kaum muslimin keatas orang-orang kafir. Ini dibuktikan bahawa Allah SWT memenuhi kekuatan orang-orang islam dengan unsur-unsur kafir yang terdiri dari Yahudi, Nasrani, dan orang-orang musyrik dan lain-lain.

Peristiwa yang ketiga puluh sembilan ialah umatnya yang sibuk memperebutkan dunia. Benar yang diperkataan oleh Rasulullah SAW dan fakta yang telah menunjukkan demikian. Ini tidak diragukan lagi bahawa mereka telah terjangkit penyakit umat-umat terdahulu sehingga menjadi terbentuklah pad diri mereka sikap kesewenang-wenangan, kerosakan, saling menyukai harta benda yang banyak dan banyak lagi. Peristiwa yang keempat puluh ialah kesenangan dan kemewahan hidup. Benarlah apa yang terkandung dalam hadis Rasulullah SAW iaitu sesungguhnya kekayaan dunia benar-benar telah dibentangkan kepada umat sesudah baginda. Bertupuklah-tumpuklah barang rampasan dan harta benda, serta ditaklukkan beberapa kota dan negeri.Sehingga kaum muslimin pun benar-benar menikmati kemakmuran hidup serta kemewahan dalam berpakaian, makanan dan tempat tinggal.

Peristiwa yang keempat puluh satu ialah tiga perkara yang semakin langka. Benar kiranya yang diperkatakan oleh Rasulullah SAW dimana di zaman ini tiga hal tersebut benar-benar telah menjadi barang langka dan sukar didapati. Tidak akan dapat diperolehi oleh wang yang halal kecuali sedikit dan itu pun baru boleh didapati setelah harus melalui berbagai kesukaran, sehubungan dengan hampir meratanya barang yang shubhat, menyebarnya harta yang haram serta peredarannya secara luas di tengah kehidupan. Peristiwa yang keempat puluh dua ialah berkurangnya orang mulia dan banyaknya orang hina. Benarlah dalam hadis Rasulullah SAW dimana sesungguhnya hadis ini benar-benar menjadi kenyataan. Kita dapat menyaksikan bukti kebenarannya pada zaman kita sekarang dimana banyak dari anak selalu membuat perangai yang membuat orang tua mereka marah, seiringnya Negara-negara yang sentiasa menderita kekeringan yang berpanjangan.

Peristiwa yang keempat puluh tiga ialah golongan yang selamat memelihara agamanya. Ini dibuktikan oleh hadis Rasulullah SAW yang telah membuktikan tentang kebenaran dari apa yang kita lihat sekarang. Agama islam masih lagi dapat dikekalkan. Peristiwa yang keempat puluh empat ialah manusia yang berhati syaitan. Ini dibuktikan oleh Rasulullah SAW berdasarkan zaman sekarang ini. Dizaman ini telah terbukti yang banyak manusia melanggar ajaran agama sebaliknya mengikut nafsu semata-mata.

Peristiwa yang terakhir ialah persaudaraan dan permusuhan. Tepat apa yang tertulis dalam hadis Rasulullah SAW dengan banyak bermunculan manusia sedemikian di muka bumi ini. Kita dapat merasakan bahawa dikala seorang yang berjumpa dengan temannya, maka ianya akan menampakkan sanjungan, penghargaan dan kesetiaannya. Akan tetapi, pada saat ia sudah berada dibelakang, maka mulalah ia bernyanyi dengan bermaki hamun, menjelek-jelekkan hingga tidak tersisa keburukan sedikitpun melainkan ia telah tujukan pada kawannya tadi.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com