Dosa-Dosa Wanita

Oleh: Nurfatin Farhan Binti Mohamad Jamil

PENDAHULUAN.
“ Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia,” “Pemudi tiang negara,” antara perumpamaan yang diberikan kepada wanita. Kini wanita ingin bersaing dengaan kaum lelaki. Bagaimanapun wanita wajib dibimbing, sehingga mengetahui semua perkara agar segala perbuatan mereka tidak melanggar landasan Islam. Wanita harus menngetahui segala bentuk dosa kecil atau dosa besar yang biasanya meliputi pelbagai masalah ibadah, muamalah dan hak berkeluarga(berumah tangga).
Ada beberapa definisi dosa-dosa besar, di antaranya :-
1. Dosa yang dilakukan oleh seseorang, yang secara khusus dia mendapat ancaman yang keras dari Al-quran dan sunnah.
2. Setiap penderhakaan yang pasti mendapat sangsi hukuman yang ditetapkan di dalam nas.
3. Segala sesuatu yang pengharamannya telah di tetapkan sangsi hukumannya.
4. Segala sesuatu yang haram dan dilarang, sedikit ataupun banyak.
Sedangkan definisi dosa kecil ialah : dosa-dosa yang tingkatannnya di luar yang telah ditetapkan di dalam nas. Namun, jika dosa-dosa ini dilaksanakan secara terpadu dan jelas diharamkan, maka ia boleh berubah menjadi dosa besar.
Tajuk dosa- dosa wanita ini ditulis untuk menjadi panduan agar muncul gadis-gadis muslimah, isteri-isteri solehah atau ibu mithali yang dapat mendidik anak-anak supaya bertaqwa kepada Allah.

Masalah- masalah Ibadah.
Ibadah merupakan kewajipan yang telah disyariatkan Allah, agar dikerjakan seriap orang muslim, sehingga dia boleh mengetahui keagungan khaliq, dan sekaligus dia dapat membersihkan dirinya sreta mensucikan jiwanya. Namun diantara ibadah-ibadah ini disebut sunat , yang funsinya menambah kekuatan taqarub dan merupakan jalan yang ditempuh untuk sampai ke tingkat serta kedudukan yang lebih tinggi.
Taharah
Taharah merupakan mashdar dari kata tahara,kata kerja yang tidak memerlukan objek, sehingga ia merupakan sifat kepada pelakunya terhadap apa yang dilakukan. Taharah bermaksud kebersihan dan menjauhkan diri dari hal-hal kekotoran. Taharah adalah sifat hukum yang menetapkan pembolehan solat umpamanya,berkaitan dengan apa-apa yang disifatkan, yang diikuti dengan masalah-masalah lain. Antara maslah-masalah tersebut adalah seperti yang berikut : -
-Mencabut bulu kening, membuat tatu, dan mengikir gigi.
-Keimaman wanita.
-Wanita yang keluar sendirian.
-Wanita yang menyerupai lelaki (pengkid/tomboy).
-Wanita yang tidak mengeluarkan zakat perhiasan.
-Isteri yang berpuasa sunat tanpa izin suaminya.
-Memakan atau memasak makanan yang diharamkan oleh Allah.
-Memakai pakaian untuk tujuan menyombong(Riak).
-Wangian wanita.

1-Wanita yang mencabut bulu kening, bertatu dan mengikir gigi.
Disebutkan di dalam sebuah hadis : “Allah melaknat wanita yan menyambung rambut dan meminta ranbutnya disambung, wanita yang membuat tatu dan meminta agar dia di tatu.”

Daripada Ibnu Mas’ud, dia berkata : ”Allah melaknat wanita yang bertatu dan meminta agar dia ditatu, para wanita yang mengikir gigi dan meratakannya untuk kecantiakan hingga merubah ciptaan Allah.”

Lalu ada seorang wanita yang bertanyakan prkataannya itu. Maka dia berkata : “ Bagaimana aku tidak melaknat wanita yang dilaknat oleh Rasulullah, padahal telah disebutkan dalam kitab Allah : ‘Dan apa yang telah diberikan Rasul kepadamu, maka ambillah dan apa yang dicegah darimu, maka jauhilah!”(Driwayatkan Al-Jamaah)

Daripada Ibnu Abbas dia berkata : ” Para wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut orang lain) dan meminta agar rambutnya disambung, wanita yang mencabut keningnya dan yang meminta agar keningnya dicabut, wanita yang mentatu dan waita yang minta agar ditatu, adalah wanita-wanita yang terlaknat.

Termasuk juga golonagn wanita terlaknat adalah yang merubah ciptaan Allah,seprti mengecat wajah atau bibir. Semua ini boleh dianggap sebagai dosa besar, kerana adanya laknat Rasulullah s.a.w..

Solat.
Solat ertinya ertinya secara luas adalah doa. Ini merupakan pendapat jumhur ahli bahasa dan fikah serta lain-lainnya.
Solat wanita tanpa tudung kepala.

Daripada Aisyah , sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. bekata : “Allah tidak menerima solat wanita yang haid(baligh),kecuali dengan mengenakan tudung kepala.”(Diriwayatkan Al-Khasah kecuali An-Nasa’y)

Maksud wanita haid dalm hadis ini dalah wanita yang sudah pernah haid,bererti sudah mencapai masa baligh ,bukan bagaimana seharusnya waniata haid berpakaian. Ini kerana pada dasarnya wanita haid tidak boleh mengarjakan solat.

Hadis ini dijadikan dalil tentang harus wanita untuk menutupi kepalanya ketika solat. Hadis ini juga dijadikan dalil tentang persamaan antara wanita merdeka dan budak dalam hal menutup aurat. Kerana sebutan wanita haid da sini berlaku untuk umum. Ini merupakan pendapat ahluzh-zahir.

Setelah mengemukakan beberapa pendapat orang-orang yang menganggap syaratnya menutup aurat sebagai sahnya solat dan lain-lainnya. Asy-Syaukany berkata : “ Yang jelas, menutup aurat merupakan kewajipan sahaja seperti keadaan-keadaan yang lain, dan bukan merupakan syarat, yang jika ditinggalkan hanya akan menimbulkan hukum tidak sah sahaja. Orang-orang yang berpendapat bahawa menutup aurat bukan merupakan syarat, berhujah dengan beberapa hujah fikah yang tidak kuat. Diantaranya mereka berkata:’ Andaikata menutup aurat merupakan syarat , tentunya harus ada pengkhususan dan memerlukan niat. Sementara itu, orang yang lemah di dalam keadaan telanjang harus beralih ke posisi lain, sebagaimana orang yang tidak kuat solat dengan berdiri boleh beralih ke posisi duduk.

Tidak dapat diragukan, solat wanita yang menggunakan tudung kepala merupakan adab yang bersifat umum. Dalam keadaan menghadap Allah dan melaksanakan salah satu rukun agama, dia lebih laak untuk mengenakannya dan tampil dalam keadaan yang paling baik.


2-Keimaman wanita.

Wanita boleh menjadi imam kepada wanita lain. Tetapi, secara mutlak wanita tidak boleh menjadi imam bagi orang lelaki. Menurut pendapat Al-Hasan Al-Bashry dan mazhab Maliky, wanita tidak boleh menjadi imam kepada wanita lain, baik dalm solat fardhu mahupun solat nafilah. Nammun tidak ada dalil yang menyokong pendapat ini. Menurut pendapat yang lain, wanita boleh menjadi imam bagi wanita yang lain dan tidak makhruh.

Jelas, bahawa wanita boleh menjadi imam kepada wanita lain di dalam solat fardhu mahupun nafilah, sebagaimana pendapat Asy-Syafi’y, Al-Auza’y,Ast-Thaury,Ahmad, Abu Hanifah dan jamaah ulama. Sekiranya ada yang mengimamkan orang lelaki dengan sengaja, maka telah melakukan dosa besar.

3-Wanita yang keluar sendirian.
Daripada AbuSa’id Al-Khudry, dia berkata : “Rasulullah SAW berkata :

“Tidak diperbolehkan bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk berpergian dengan perjalanan lebih tiga hari, kecuali dia bersama ayah, saudara, suami,anak atau muhrimnya.(diriwayatkan Asy-Syaikany)
DaripadaAbu Hurairah, dia berkata :” Rasulullah SAW berkata :

“Tidak diperbolehkan bagi wanita yang beriman kapada Allah dan hari akhirat untuk berpergian dengan jarak perjalanan sehari semalam kecuali besama muhrimnya.”

Masalah sudah jelas, kerana biasanya wanita yang berpergian sendirian biasanya akan menimbulkan perbuatan cabul keji, yang lama-kelamaan boleh menjurus kepada perbuatan zina, dan boleh menjadi bahan untuk tujuan-tujuan tertentu. Pengharaman wanita berpergian tidak hanya terbatas dengan apa yang disebutkan di sini, iaitu berpergian sendirian. Tetapi pengharaman itu juga berlaku jika wanita pergi bersama-sama lelaki selain muhrimnya, meskipun jaraknya tidak jauh dan meskipun untuk mengerjakan amal kataatan, seperti mengerjakan haji atau umrah.





4-Wanita yang mennyerupai lelaki.
Daripada Ibnu Abbas ra.. dia berkata:

“Rasulullah SAW melaknat antara orang lelaki yang menyerupai wanita dan di antara wanita yang menyarupai lelaki. (Ditakrij Al-Bukhary dan imam yang empat)

Diriwayatkan bahawa ada seorang wanita lalu hampir dengan Rasulullah dengan menyandang busur (kayu lengkung). Lalu beliau berkata :

“Allah melaknat di antara wanita yang menyerupai lelaki dan di antara lelaki yang menyarupai wanita.”

Rasulullah SAW juga melaknat orang-orang banci (tidak lelaki dan tidak perempuan) dari kalangan lelaki dan di antara wanita yang bersikap seperti lelaki. Dari hadis-hadis ini dan laknat yang disebutkan di dalamnya, dapat disimpulkan bahawa penyerupaan ini termasuk dosa besar. Ada dua pendapat yang menonjol tentang penyerupaan ini di kalangan ulama :

1. Penyerupaan itu haram. Pendapat ini dibenarkan oleh An-Nawawy.

2. Penyerupaan ini makhruh. Pendapat ini dibenarkan oleh Ar-Rafi’y.


Pendapat An-Nawawy adalah yang benar, bahawa penyerupaan itu hukumnya haram. Ini juga merupakan pendapat Al-Haitsamy sebagaimana yang disebutkan di dalam Az-Zawajir. Dia bekata : “ Inilah pendapat yang benar. “ Lalu dia berkata : “ Maka para suami harus melarang para isterinya yang menyerupai lelaki, seperti di dalam hal berpakaian , cara berjalan, atau lain-lainny. Kerana dikhuatirksn perbuatan itu akan mendatangkan, yang tidak hanya menimpa isterinya sahaja, tetapi juga menimpa dirinya. Ini kerana jika dia mengakui apa yang dilakukan isterinya, risikonya akan menimpa dirinya dan juga isterinya. Dia juga harus memberi nasihat kepada keluarganya ,mmbimbing dan menyuruh mereka agar taat kepada Allah serta melarang mereka untuk menderhakai-Nya.

5-Wanita yang tidak mengeluarkan zakat perhiasan.

Daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada abangnya bahawa ada dua wanita datang kepada Rasulullah SAW, dan ditangan mereka ada gelang dari emas : Lalu beliau bertanya kepada kedua wanita itu : “ Apakah kamu berdua telah mengeluarkan zakat perhiasan ini?” kedua mereka menjawab : “Tidak ,“ Beliau berkata : “ Apakah kamu suka jika Allah gelang bagi kamu berdua diperbuat daropad api neraka pada hari kiamat?”(Ditakrij Abu Daud,At-Tarmidzy dan An-Nasa’y. Menurut Al-Hafizh di dalam Bulughul-Maram, isnadnya kuat)

Daripada ummu Salamah, dia berkata : “saya pernah mengenakan gelang daripada emas. Lalu aku bertanya : “ Wahai Rasulullah, adakah ini termasuk harta simpanan.?” Baliau menjawab “Selagi nilainya sudah mencapai batas yang harus dizakati dan ia sudah dizakati maka ia tidak termasuk harta simpanan. “

Dua hadis ini dijadikan dalil oleh prang-orang yang mewajibkan zakat perhiasan. Daripada Al-Hasan , dia berkata : ”Kami tidak mengetahui seorang pun diantara manusia yang berpendapat bahawa ada keharusan membayar zakat perhiasan.”

Daripada Ibnu Umar, bahawa dia biasa memberikan perhiasan emas kepada puteri-puteri dan pembantu-pembantunya, dan dia tidak mengeluarkan zakat dari perhiasan-perhiasan itu. Dua riwayat ini dijadikan dalil oleh orang-orang yang tidak mewajibkan zakat perhiasan.

Pendapat yang harus diutamakan dalam masalah ini adalah yang mewajibkan zakat perhiasan, yang didasarkan kepada beberapa hadis yang ada. Pada awal permulaan Islam, perhiasan daripada emas dan perak diharamkan bagi para wanita. Maka dari itu harus dikeluarkan zakat. Namun kemudian perhiasan emas dan perak diperbolehkan. Untuk itu zakat harus dikeluarkan terhadap perhiasan yang berlebih dan tidak disimapan.

adi, wanita yang tidak mengluarkan zakat perhiasannya akan mendapat dosa. Maka dari itu wanita Muslimah harus memerhatikan zakat perhiasannya. Ini lebih baik untuk mendekatkan diri kepada Allah dan sebagai jalan menuju ketakwaan dan maghrifah.

6-Isteri yang berpuasa sunat tanpa izin suami.

Wanita tidak bolah berpuasa sunat tanpa izin suaminya. Sebab jika puasanya itu akan menghalangi pemenuhan haknya. Ketetapan syariat ini dimaksudkan untuk memantapkan rasa cinta dan kesalarasan dalam rumah tangga Muslim, dan menyingkirkan hal-hal yang boleh mengeruhkan suasana.

Daripada Abu Hurairah, sesungguhnya Rasullah SAW berkata : “ Tidak diperbolehkan bagi wanita untuk berpuasa,kecuali dengan izinya.” Dalam riwayat lain disebutkan : “ Seorang wanita tidak boleh puasa, sedangkan suaminya ada pada suatu hari selain bulan Ramadhan, kecuali dengan izinnya. Hadis ini juga dijadikan dalil bagi suami yang melarang isterinya melakukan puasa nazar, kecuali dengan izinnya.

Dalam hadis Ibnu Abbas disebutkan : ” Di antara hak suami ke atas isterinya ialah, isteri tidak boleh puasa sunat kecuali dengan izinnya. Jika dia tetap puasa, maka puasanya tidak akan diterima.”

Hadis-hadis ini menunjukkan pengharaman puasa sunat bagi wanita tanpa seizin suaminya yang ada di rumah. Ini merupakan pendapat Jumhur. Sebahagian Mazhab Asy-Syafi’y memakruhkannya. Menurut Abu Nawawy yang benar adalah pendapat pertama. Daripada huraian ini dapat disimpulkan bahawa jika seorang isteri puasa sunat tanpa izin suaminya, maka dia telah berdosa.

7-Memakan atau memasak makanan yang diharamkan oleh Allah.

Manusia sudah biasa memberi tugas kepada para wanita agar memasak dan menyiapkan makanan. Kerana orang yang membantu melaksanakan sesuatu yang diharamkan sama ada dengan orang yang melakukannya, maka seorang tukang masak makanan yang haram dengan orang yang mengusahakan makanan tersebut atau yang memakannya, kecuali kalau dia dipaksa.

Allah telah menjelaskan di antara makanan yang di haramkan-Nya :-

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai dan darah, daging khinzir,(daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, dipukul, jatuh,ditanduk dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelihnya, dan (diharamkan bagimu)yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) megundi nsib dengan anak panah,(mengundi nasid dengan anak panah itu)adalah kefasikan.”

Ibnu Katsir berkata menjelaskan ayat ini : “Allah menyampaikan sesuatu perkhabaran kepada hamba-hambaNya, yang mengandungi larangan mengambil hal-hal yang diharamkan ini, iaitu bangkai haiwan yang telah mati bukan kerana disembelih atau diburu. Kerana di dalam tubuh bangkai itu terkandung mudarat, berupa darah yang tersembunyi yang berbahaya tehadap badan manusia.maka dari itu Allah mengharamkannya.

Allah juga berfirman : “ Katakanlah : ‘ Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku , sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kacuali kalau makanan itu bangkai , atau darah yang mengalir atau daging khinzir, kerana semua itu kotor.’(An-An’am : 145) Para mufasir berkata : ” Allah membuat pengecualian sebanyak sebelas jenis dalam ayat pertama, iaitu ; bangkai,darah, daging khinzir, haiwan yang disembelih atas nama selain Allah,tercekik, dipukul, terjatuh, ditanduk, diterkam binatang lain, dan yang terakhir adalah disembelih untuk berhala.

8-Memakai pakaian untuk tujuan menyombong.(Riak)

Daripad Ibnu Umar, dia berkata : “ Rasulullah SAW berkata : “ Barang siapa mengenakan pakaian untuk kesombongan, maka Allah akan mengenakan padanya pakaian kehinaan pada hari kiamat.”

Maksudnya, dia akan mendapatkan kehinaan pada hari kiamat, kerana ketika di dunia dia mengenakan pakaian untuk dipamer dan agar lebih hebat daripada orang lain. Menurut Ibu Ruslan, kerana waktu di dunia dia mengenakan pakaian agar kelihatan lebih tinggi dan untik meyombongkan diri, maka pada hari kiamat Allah mengenakan padanya sebuah pakaian yang menghinakannya, sebagai balasan baginya. Termasuk dalam kategori ini adalah pakaian yang dikenakan seseorang,agar setiap pandangan tetumpu kepadanya dan mengaguminya,seperti pakaian yang terselah warnanya.

Tidak dapat diragukan bahawa pakaian wanita merupakan sember cubaan, termasuk pula pakaian yang besar selagi pakaian itu domaksudkan unutk tujuan yang sama.

9-Wangian wanita.

Daripada Abu Hurairah , dia berkata : “ Rasulullah SAW berkata : “ Ketahuilah, wangian lelaki adalah bau yang tidak ada warnanya, dan wangian wanita adalah warna yang tidak ada baunya.”

Menurut sebahagian rawi, hl ini berlaku jika wanita keluar dari rumahnya. Tetapi selagi berada bersama suaminya, dia boleh mengenakan minyak wangi sesuka hatinya. Daripada Abu Ayyub, dia berkata : “ Rasulullah SAW berkata : “ Malu mengenakan minyak wangi, bersugi dan menikah merupakan sebahagian sunnah-sunnah para rasul.” Daripada Abu Musa, dia berkata : “ Rasulullah SAW berkata : “ Setiap mata adalah penzina, dan sesungguhnya apabila wanita itu mengenakan wangian kumudian dia berlalu melewati majlis maka dia adalah penzina.”

Abu Hurairah pula berkata : Rasulullah SAW bersabda : “ Sesiapapun wanita yang mengenakan wangian, maka janganlah dia mengikut solat isyak akhir (isyak) bersama kami.” Daripada huraian ini dapat disimpulkan perbuatan-perbuatan tersebut boleh menjurus kepada dosa besar. Sebab mengenakan wangian agar baunya boleh dicium oleh kaum lelaki , sama dengan menampakkan dirinya dihadapan mereka dan membangkitkan berahi mereka. Mereka tidak hairan jika wanita seperti ini di sebut sebagai wanita penzina.

Kesimpulan.

Dengan menghindari segala perkara-perkara yang boleh mengundang kepada dosa besar mahupun dosa yang kecil dan memlihara diri wanita daripada vergelumsng di dalam dosa sejajar dengan tujuan untuk melahirkan gadis-gadis dan wanita-wanita yang solehah serta Muslimah. Semoga dengan menhindari segala apa yang menjadi larangan Allah dapat di jadikan sempadan dan panduan kepada wanita-wanita masa kini untuk mendapatkan ketaqwaan dan keradhaaan Allah. InsyaAllah akan lebih ramai wanita-wanita,isteri-isteri,dan para ibu-ibu solehah bakal lahir pada masa yang akan datang. Amin...


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com