Pengertian Dan Maksud Islam

Oleh: Khairul Anuar Bin Abdul Halim

Pengertian Dan Maksud Islam

PENDAHULUAN
Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris: Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.

Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.

ABSTRAK
Islam adalah sebuah agama yang diturunkan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyusun dan mengatur kehidupan umat manusia dalam kesemua aspek semoga mereka dapat menghayati kehidupan yang mulia iaitu kehidupan yang cemerlang, gemilang dan terbilang samada di peringkat individu dan bermasyarakat di dunia dan seterusnya di alam akhirat.

Bahkan perutusan Nabi Muhammad s.a.w. dengan agama Islam adalah dengan tujuan yang amat besar. Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran dengan maksud: “Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”

PENGERTIAN DAN MAKSUD ISLAM

Perkataan Islam berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera , aman, harmoni dan dirujuk dari istilah memberi makna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkannya dengan penuh kenyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya .

Maksud Islam ialah , Agama ciptaan Allah yang lengkap lagi sempurna dengan segala peaturan dan undang-undang yang merangkumi penyususnan kehidupan manusia , baik yang mengenai orang perseorangan , kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan sekaligus menghubungkan manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam sejagat bagi menjamin kesejahteraan , keselamatan , kesempurnaan dan kebahgiaan di dunia dan akhirat .

Islam sbagai “Ad-Dinn” mengajar dan menyuruh umatnya berpandangan jauh dengan mengambil kira kepentingan dunia dan akhirat secara seimbang dan seiring. Islam memberi perhatian kepada kepentingan jasmani sama diberi kepada kepentingan rohani, agama dan kemajuan di dunia dan akhirat.

Pengertian “Ad-Dinn”

Perkataan “Ad-Dinn”dalam bahasa arab membawa pengertian kepada agama. Maksudnya suatu cara hidup atau atau bentuk hidup atau peraturan hidup atau suatu pegangan hidup . Islam ialah agama dan tidak semua agama itu Islam . Maka jika dua perkataan itu digandingan , ia menjadi Agama Islam yang memabwa maksud suatu pegangan hidup atau cara hidup yang menjamin segala keselamatan di dunia dan akhirat . Firman Allah ;“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam .”, Al-Imran ayat 19.

Rukun iman

dalil naqli “ Tidaklah bernama kebaikan , apabila engkau menghadapkan mukamu ke timur dan ke barat , tetapi yang dikatakan kebaikan itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah , hari akhirat , malaikat-malaikatNya , kitab-kitabNya , dan nabi-nabiNya.” Surah al-Baqarah ayat 76. (a)
Beriman kepada Allah dengan sebenar-benar keimanan.(b)
1. Mempercayai bahawa Allah itu Maha Esa dari segi Zat, Sifat dan PerbuatanNya. Tidak ada sesuatupun yang menyerupai Allah.
2. Beriman bahawa Allah yang mencipta alam ini dengan Sifat-sifatNya yang Maha bijaksan , Maha mengetahui dan tidak memerlukan sesiapa dalam mencipta alam ini dengan
3. beriman bahawa Allah tidak menciptakan sesuatu secara sia-sia melainkan setiap satunya mempunyai tujuannya yang tersendiri, sebagaimana dalam dalil “ Maka apakah kamu mengira , bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main main( sesaja) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya , tidak ada Tuhan selain Dia , Tuhan ( yang mempunyai ) ‘Arasy yang mulia” ( Surah Al-Mukminun ayat 115~116)
4. Beriman bahawasanya Allah SWT telah mengutus Rasul-Rasul dan diturunkan untuk mereka Kitab-Kitab dengan tuuan untuk mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal usul mereka dan ke mana mereka akan kembali.
5. Beriman bahawa matlamat kewujudan manusia ialah mengenali Allah SWT serta mengabdikan diri KepadaNya serta mentaati segala PerintahNya dan meninggalkan LaranganNya. Firman Allah “ Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu. Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah, Dialah Maha Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh.” ( Surah Al-Zariyat ayat 56~58)
6. Beriman bahawa ganjaran bagi orang mu’min yang taat kepada Allah ialah syurga, manakala balasan terhadap orang kafir ialah neraka.


7. Beriman bahawa setiap manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Namun demikian, kebaikan yang dilakukan itu tidaklah berlaku , melainkan dengan taufiq dan ‘inayah dari Allah. Manakala amalan jahat pula tidaklah merupakan paksaan dari allah tetapi ianya termasuk dalam batasan keizinan dan kehendakNya. Sebagaimana firmanNya “ Dan jiwa serta penyempurnaannya, maka allah mengilhamkan kamu kepada jiwa itu ( jalan) kefasikan dan ketaqwaannya, Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” ( surah al-Syams ayat 7~10)
8. beriman bahawa urusan penciptaan undang-undang itu adalah hak mutlak Allah .Manusia tidak berhak sama sekali . Bagaimanapun , dibenarkan kepada para ulama ( ilmuan Islam) berijtihad mengeluarkan hokum-hukum dari nas-nas Syari’at dalam batas-batas diizinkan.Sebagaimana firman Allah “ Tentang sesuatu apapun kamu berselisih, maka keputusannya ( terserah ) kepada Allah ( yang mempunyai sifat-sifat demikian) itulah Allah Tuhanku, kepadaNyalah Aku bertawakal, dan kepadaNyalah aku akan kembali.” ( surah Al-Syura ayat 10)
9. Berusaha untuk mengetahui Nama-Nama dan Sifat-SifatNya. Yang membuktikan akan kesempurnaan KetuhananNya.
10. Hendaklah berfikir merenungi kehebatan kejadian kejadian ciptaan Allah ,serta makhluk ciptaanNya , dan bukan memikirkan zatNya .
11. Mengabdikan diri kepada hanya kepada Allah semaa-mata dan tidak menyengutukanNya dengan yang lain. Serta setiap perbuatan yang dilakukan mestilah diniatkan kerana menyahut seruan mengabdikan diri kepada Allah dan tidak tunduk pada sesuatu selain Allah. Firman Allah “ Dan sesungguhnya telah Kami bangkitkan di kalangan setiap umat itu seorang Rasul supaya ( menyeru) hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut.” ( Surah A—Nahl ayat 36)
12. Tanamkan dalam diri perasaan takut hanya kepada Allah dan tidak takut kepada yang lain . Perasaan takut itu seharusnya dapat menjauhkan diri dari kemurkaan Allah dan larangan-laranganNya.
13. Hendaklah sentiasa mengingati Allah dan berzikir kepada dengan menyebut NamaNya untuk menjadikan diam itu adalah dalam keadaan berfikir dan apabila bercakap adalah kerana berzikir .Sebagaimana firman Allah “ Orang-orang yang beriman da hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah hnaya dengan mengingati Alah hati menjadi tenang.” ( surah Al-Rad’ ayat 28)
14. hendaklah mencintai Allah dengan sebenar-benar cinta serta melebihi cinta terhadap yang lain., iaitu cinta yang menjadikan hati sentiasa merasa rindu dan terikat denganNya, mendorong diri menambahkan amal-amal kebaikan , berkorban dan berjihad di jalanNya sepanjang masa.
15. hendaklah bertawakal sepenuhnya kepada Allah dalam setiap keadaan dan menyandarkan setiap urusan kepadaNya.Firman Allah “ dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Ia akan memberi kecukupan kepadanya.” ( surah Al-Thalaq ayat 3)
16. Hendaklah mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakan ke atas diri kita .Firman Allah “ Dan (ingatlah juga) tatkala TuhanMu memaklumkan , sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambahkan ( ni’mat ) kepadamu dan jika kamu mengingkari ( ni’matKu) maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.” ( Surah Ibrahim ayat 7)
17. Hendaklah sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah, kerana ia dapat membersihkan diri dari dosa serta memperbaharui iman dan taubat.. Firman Allah “ Dan orang-orang yang apabila melakukan perbuatan kejinya atau menzalimi diri mereka sendiri, tiba-tiba mereka teringatkan Allah, mereka terus memohon ampunterhadap dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampunkan dosa-dosa mereka selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui . Balasannya ialah kemapunan Allah dari tuhan mereka .”(surah Al-Imran Ayat 135)
18. Sentiasa bermuraqabah ( merasai berasa di bawah pengawan) Allah dalam keadaan terang atau tersembunyi.

Sifat-sifat yang wajib bagi Allah
Sebagai jalan yang dapat membantu kita untuk memperkukuhkan keyakinan kepada allah, hendaklah kita mengetahui sifat-sifatNya , dan mengetahui Sifat-Sifat Allah itu ialah Fardhu Ain bagi setiap mukallaf lelaki mahupun perempuan.
Adapu kaedah mengetahui sifat-sifat Allah itu terbahagi kepada dua bahagian .
A. Mengetahui sifat-sifat Allah secara Ijmali (ringkas) , iaitu bahawa seseorang itu mengiktikadkan dengan teguh di dalam hatinya , bahawasayanya wajib bagi Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang layak dengan keagunganNya , serta mengiktikadkan bahawa mustahil bagi Allah bersifat dengan sifat-sifat kekurangan.
B. Mengetahui sifat-sifat Allah dengan secara tafsili ( lengkap dan terperinci ) , iaitu bahawa seseorang itu beriktikad dengan iktikad yang teguh dengan dalil-dalil akal dan dalil naqli . Bahawasanya wajib bagi Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan dan mustahil Dia bersifat dengan sifat sifat kekurangan.

Dalam hal ini dikehendaki tiga perkara .
a) Iktikad itu hendaklah teguh , tidak bercampur syak atau ragu-ragu. Bilamana iktikad kita masih disertai syak, zhan dan waham, maka tidaklah dapat dikatakan iktikad itu suatu yang betul.
b) Iktikad itu hendaklah bersesuaian dengan iktikad ahlu’l sunnah wa’l jamaah , kerana inilah iktikad yang sesuai. Bilamana ia tidak seperti demikian , atau menyerupai iktikad Yahudi dan Nasrani, maka tiadalah ia dinmkan iktikad yang betul.
c) Iktikad itu hendaklah disokong oleh dalil , sekalipun hanya dengan dalil ijmali ( ringkasan). Apabila iktikad kita tidak disertai dengan dalil , maka iktikad itu disebut sebagai iktikad taklid. Sedangkan iktikad atau keyakinan yang tidak teguh dan tidak sesuai dengan iktikad ahlu’l sunnah wa’l jamaah , para ulama telah sepakat mengatakan bahawa iktikad itu adalah iktikad kafir , manakala taklid tidak dihukumkan kafir.


Perbahasan berkenaan taqlid
Dalam kedudukan iman taqlid ini , terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama’ tauhid . Pendapat yang lebih kuat daripadaNya , mengatakan , mengatakan bahawa orang-orang yang taqlid itu dihukumkan sebagai seorang mukmin yang derhaka , sekiranya seseorang itu mampu untuk mengemukakan dalil-dalil dengan belajar, tetapi dia tidak berbuat demikian , yakni tidak mahu lagi menambah ilmu pengetahuannya dalam masalah akidah ini.
Sebaliknya , seandainya seseorang itu telah berusaha menuntut ilmu, namun dia tidak kuasa juga menemukan dalil-dalil , baik dalil aqli, mahupun dalil naqli, maka tidaklah dia dihukumkan seorang mukmin yang derhaka.
PENGARUH NILAI ISLAM DALAM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN DI DALAM MALAYSIA

Islam adalah sebuah agama yang diturunkan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyusun dan mengatur kehidupan umat manusia dalam kesemua aspek semoga mereka dapat menghayati kehidupan yang mulia iaitu kehidupan yang cemerlang, gemilang dan terbilang samada di peringkat individu dan bermasyarakat di dunia dan seterusnya di alam akhirat.

Bahkan perutusan Nabi Muhammad s.a.w. dengan agama Islam adalah dengan tujuan yang amat besar. Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran dengan maksud: “Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam” Di peringkat negara, rahmat mengikut Islam akan dapat dijayakan oleh sesebuah pemerintahan jika nilai-nilai Islam dijadikan garis panduan untuk mentadbir negara. Ini adalah kerana nilai-nilai Islam menepati fitrah kemanusiaan dalam memerintah negara. Bahkan peluang untuk memerintah sesebuah negara mengikut Islam adalah satu amanah (trust) atau tanggungjawab keagamaan yang sangat besar. Pemerintah mempunyai kewajipan semoga sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membawa negara
ke mercu kejayaan dalam kesemua aspek kehidupan keperluan rakyat.

Menurut al-Farabi, negara yang unggul iaitu al-Madinah al-Fadhilah atau negara terbaik akan dicapai di mana kebahagian rakyat dapat direalisasikan. Mengikut Ibn Taymiya, jika pemerintah berjaya mengamal keadilan sosial dalam pemerintahan, ia akan menjalin hubungan yang intim di antara pemerintah dengan rakyat. (al-raiwa al-raiya)

Di samping itu, Al-Quran dengan jelas menuntut semoga taraf pencapaian sesebuah negara yang baik adalah apabila rakyat beroleh kemakmuran dan keampunan Allah s.w.t (Baldatun Tayyibah wa Rabhun Ghafur). Justeru itu strategi ke arah membina tamadun masyarakat (Masyarakat Islam Hadhari) yang unggul berasaskan nilai Islam adalah satu pendekatan yang tepat.

Perlu diyakini bahawa pendekatan Islam berbeza dengan pendekatan ideologi ciptaan manusia dalam memerintah dan mentadbir rakyat dalam sesebuah negara.

Mengikut prinsip dan objektif syariah (maqasid al Syariah), lima perkara pokok kepada penyusunan rakyat bernegara perlu menjadi hala tuju pemerintahan Islam. Mereka adalah seperti berikut:-
i. Menjaga, memartabat dan memperkasakan agama,
ii. Menjaga, memartabat dan memperkasakan akal,
iii. Menjaga, memartabat dan memperkasakan nyawa,
iv. Menjaga, memartabat dan memperkasakan harta,
v. Menjaga, memartabat dan memperkasakan keturunan .

Kemampuan sesebuah pemerintahan negara mengatur strategi melalui penggubalan
perlembagaan dan dasar serta pembentukan institusi-institusi yang berkaitan untuk menjamin
kesemua lima objektif syariah tersebut tercapai merupakan usaha yang dituntut oleh Islam.
Bahkan strategi usaha menuju ke arah matlamat tersebut merupakan usaha ke arah mencapai
keadilan sosial

Keadilan sosial bernegara mengikut Islam dapat difahami sebagai suasana di mana
sesebuah negara pada permulaannya dapat menyedia keperluan hidup asasi rakyat melalui
pencapaian faktor-faktor berikut:
i. Pemeliharaan penghayatan keimanan melalui pengamalan nilai agama dalam ke semua
urusan hidup di peringkat individu dan masyarakat.
ii. Menaikkan taraf daya fikir untuk kesemua lapisan masyarakat supaya bebas dari buta
huruf dan memiliki kualiti ilmu yang munasabah untuk mereka menjalankan kehidupan
secara efektif dengan keadaan perubahan masa.
iii. Memberi kebebasan dan jaminan perundangan kepada masyarakat negara berkaitan hak
menyuarakan pandangan dalam semangat yang beradat dan bebas semoga negara
ditadbir menepati semangat musyawarah. (Consultation).
iv. Memberi jaminan kepada kesemua ahli masyarakat semoga mereka bebas untuk
menentu atau berusaha bersama dengan pihak swasta dan kerajaan, untuk berkecimpung
dalam kegiatan ekonomi di dalam dan di luar negara. Justeru itu sumber harta negara
khususnya harta modal perlu sentiasa mengalir dalam sistem ekonomi untuk mencetus
peluang kegiatan ekonomi untuk kesemua lapisan rakyat. Ini memerlukan dasar fiskal
dan kewangan yang relevan dan dinamik.
v. Negara melalui usahanya membina sebuah tamadun yang utuh semoga dapat memberi
keyakinan dan sikap optimis kepada rakyat bahawa generasi masa hadapan negara akan
terus mengecapi suasana yang cemerlang. Bahkan mengikut Islam kecemerlangan
adalah sesuatu yang mampu dipertingkatkan dari masa ke semasa.



Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran Malaysia
Untuk membicara peranan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran Malaysia, cara terbaik
ialah melalui perbincangan tentang beberapa contoh perlaksanaan dalam pelbagai sektor
seperti berikut:-
Sektor Politik dan Pentadbiran
Dalam sektor berkenaan beberapa contoh adalah berikut:
Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Negara
Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa
Islam adalah agama bagi Persekutuan.
Kedudukan Islam yang istimewa dalam Perlembagaan Malaysia ini
membolehkan nilai-nilai Islam menjadi asas kepada segala aspek
pemerintahan dan pentadbiran negara.
Perkongsian Kuasa
Di dalam al-Quran, Allah s.w.t berfirman dengan maksud: “Hai
manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-
laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa
dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya
orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang
paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Dalam konteks pemerintahan di Malaysia, pendekatan perkongsian
kuasa di antara pelbagai kaum dalam pemerintahan adalah sesuatu
kenyataan dalam percaturan politik. Pendekatan ini untuk mampu
dilaksana dengan jayanya memerlukan kepada penghayatan nilai adil,
muafakat, toleran dan musyawarah.

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM

KHULAFAH BANI UMAYYAH (41-132 H / 661-750 M)
• Diantara para khalifahnya : Mu’awiyah dan Umar bin Abdul Aziz.
• Pembebasan Bukhara (Uzbekistan) dan Samarkand di Asia Tengah, Sind, Transoxania, Afrika Utara di sebelah barat Mesir, Spanyol (Thariq bin Ziyad), dan sebagian wilayah Perancis.
KHULAFAH BANI ABBASIYAH (132-656 H / 750-1258 M) dan Khilafah Bani Umayyah di Spanyol (138-422 H / 756-1031 M)
• Diantara para khalifah Bani Abbasiyah : Harun Ar-Rasyid, Al-Ma’mun, dan Al-Musta’shim. Diantara para khalifah Bani Umayyah di Spanyol : Abdur Rahman Ad-Dakhil.
• Pembebasan Anatolia (Yunani), Kashmir, Benggala (India)
• Penyerangan Holako ke Baghdad, runtuhnya Khilafah Bani Abbasiyyah (1258 M)


Mengapa Belajar Sejarah Islam?


Alasan pertama: Sejarah Islam – lebih dari sekadar tanggal, tempat, tokoh dan peristiwa yang biasa dihafal – adalah hikmah dan pelajaran yang tidak akan pernah ada habisnya. Allah berfirman: ”Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah; dan hendaknya setiap diri melihat apa yang telah ia perbuat untuk hari esoknya” (QS Al-Hasyr : 18). Maksud dari hikmah dan pelajaran disini adalah sebagai berikut:
Pertama: Dalam sejarah Islam, ada contoh-contoh dan teladan yang baik, yang mesti kita ikuti. Islam telah berhasil diaplikasikan pada masa-masa terbaiknya, dan kita harus mengulangnya kembali. Sejarah Islam penuh dengan tokoh-tokoh yang harus kita teladani. Allah berfirman : ”Kalian adalah umat terbaik yang dihadirkan di tengah-tengah umat manusia ...”. Itulah generasi Nabi dan para sahabat, dan bisa pula kita jika mengikuti jejak mereka. Rasulullah bersabda : ”Sebaik-baik generasi adalah generasiku, lalu generasi sesudahnya, lalu generasi sesudahnya”. Itulah generasi salaful ummah : 1) generasi Nabi dan para sahabat, 2) generasi tabi’un, dan 3) generasi tabi’ut tabi’in.


Kedua: Dalam sejarah Islam, ada contoh-contoh yang tidak baik, yang tidak boleh kita ulangi lagi. Rasulullah bersabda, ”Seorang mukmin tidak akan terjerumus kedalam lubang yang sama untuk yang kedua kalinya”.
Ketiga: Dengan mempelajari sejarah Islam, kita akan memahami sunnatullah (ketentuan-ketentuan Allah) dalam sejarah. Allah berfirman: ”Apakah mereka memperhatikan ketentuan-ketentuan (Allah) terhadap orang-orang terdahulu. Tidaklah ada perubahan dalam ketentuan-ketentuan Allah, dan tidaklah ada penyimpangan dalam ketentuan-ketentuan Allah” (QS Faathir : 43). ”Tidakkah mereka berjalan di muka bumi lalu memperhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka ...” (QS Faathir : 44).
Sedangkan alasan yang kedua: Kira-kira sepertiga dari Al-Qur’an adalah kisah orang-orang terdahulu (sejarah). Bahkan sebagian besar isi Kitab Perjanjian Lama (Taurat) adalah kisah orang-orang terdahulu (sejarah). Ini menunjukkan pentingnya mengetahui dan mempelajari sejarah.


Berbezaan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Barat
Kehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap tamadun Islam telah melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar tamadun Islam lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap bangsa. Namun tamadun barat lebih mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistik (kebendaan) walaupun soal ahklak insan terbiar. Beberapa persoalan adakah tamadun barat yang bangkit daripada tamadun Islam boleh di sama erti dengan tamadun Islam

Agama adalah kumpulan kepercayaan dan keyakinan
seseorang terhadap alam dan kehidupannya. Kepercayaan seseorang akan menentukan hala tuju dan cara hidupnya. Seorang atheis yang tidak beragama dan tidak mempercayai Tuhan akan bertindak menurut keyakinannya. Dia tidak menerima peraturan dosa dan pahala. Dia tidak menerima hakikat alam pembalasan. Seorang yang beragama dan mempercayai kewujudan Tuhan akan bertindak menurut kepercayaannya. Hidupnya akan berpandukan peraturan yang ditetapkan oleh agama. Mereka pasti mempunyai pertimbangan halal dan haram. Mereka meyakini alam pembalasan.

Apakah kesan positif sikap beragama ini? Kesannya ialah mereka hidup sebagai manusia berperaturan. Mereka mempunyai pertimbangan dosa dan pahala. Mereka akan bertindak dengan penuh hati-hati di dunia meskipun ketika bersendiri, bimbang dimurkai oleh Maha Pencipta. Dalam diri mereka tertanam konsep ada yang boleh di buat dan ada yang tidak boleh dibuat. Mereka tidak menzalimi dan menindas manusia. Mereka tidak mengambil dan merampas hak manusia lain sewenang-wenangnya.

Namun, keadaan berbeza pada orang yang lansung tidak mempercayai agama. Mereka menyatakan sebagaimana cerita daripada ALLAH:

Mereka tidak mempercayai bahawa mereka dicipta oleh Yang Maha Pencipta. Mereka tidak menerima hakikat bahawa alam ini diuruskan oleh Maha Berkuasa. Mereka menafikan ada alam lain selepas kematian.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com